Selamat Hari Raya 2009 Kepada Pembaca JustKhai
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam. Wallawei! First time ni tulis entri kasi salam dulu. Selalunya main redah je taip tak ingat dunia. Ye lah bulan puasa ni kot, sekali-sekala nak memikat hati bakal mak mertua kalau-kalau lah dia baca blog ni. Wawawa..
Khai dah shopping malam Isnin lepas kat Downtown Shah Alam dengan member-member. Thanks Edie sebab drive’kan pergi sana. Khai kalau jalan Shah Alam ni memang failed la kot. Petang sebelumnya dah pergi Mid Valley sebab ada sale. Ingat nak beli baju melayu tapi last-last tak jadi sebab takde yang berkenan. Khai kasi je RM100 kat akak Khai suruh carikan. Selera perempuan ni rasanya lagi tinggi dari lelaki kan? So kita suruh la orang perempuan ni yang carikan. Hehehe.
Khai ada buat live blogging masa shopping tu. Kalau ada yang rajin jenguk-jenguk Blog Live Bloging Khai tu, tahu la kot?
Raya mungkin hari Ahad tapi Khai balik awal sikitlah sebab nak tolong apa yang patut mak abah kat kampung tu. Korang pun jangan lupa balik awal sikit kalau berkesempatan. Tolong’lah lap tingkap ke, kipas ke, cat rumah ke, kacau dodol ke, buat kuih ke atau apa je la pun yang boleh ringankan beban diorang. Khai kalau dah nak raya memang suka tolong mak Khai buat kuih raya je. Tapi tak tolong mana pun setakat kacau tepung dengan telur guna mesin tu boleh lah. Dari kecik memang Khai suka buat benda tu sampai la ke besar. Hahaha!
Lagi satu kalau mak Khai buat kuih gunting, Khai suka main mesin leperkan tepung tu. Lepas tu masukkan pulak dekat mesin yang gunting tepung tu. Pebret oh! hehehe. Yang lain maaf mak sebab orang makan kuih raya tahu la kot. Belum sempat jiran-jiran nak datang habis satu balang Khai belasah. Lepas tu malas nak isi balik pulak tu. Kene lah bebel kejap. Pokpekpokpek macam mesin 20 sen. hahahaha!! Love u mak! (more…)