Sindarela Idaman

Download mp3 OST Sindarela
Amylea – Sindarela (akustik version)
Bau – Warkah

Pagi tadi Khai sampai kampus dalam pukul 8:30 pagi. Masa nak parking motor tu, perasan ada satu kawasan dalam Universiti yang dah jadi tempat ramai orang sarapan pagi. Ada payung-payung macam kat pasar malam tu.Khai bajet, LUCT nak bukak satu warung murah kat dalam kawasan Universiti ni kot. Wah gempak!.. Bila tengahari tadi, usya-usya kat tempat tu, rupanya ada satu produksi drama tengah shooting. Korang rasa drama ape yang diorang tengah shooting kat Limkokwing University tu? Tak lain tak bukan, Lestary setiap hari selasa jam 9 malam di TV3, Sindarela. Sumpah Syarifah Armani berdiri depan Khai. huhuhu. Sumpah jugak dia memang comel. Comel gile rasa nak geget-geget. Aiseh, semalam Acha Septriasa, harini, si Zoela ni plak.

justkhai_nieza_with_armani.jpg
Sempat juga nengok diorang shooting. Nengok krew produksi Sindarela bertungkus-lumus tak kenal erti penat menarik hati Khai untuk melekat di situ selain ingin melekat bersama Syarifah Armani. Terus-terang Khai katakan, rasa benci dan meluat Khai kat dia tiba-tiba lenyap macam tu je. Benci pun korang pun tahu kenapa kan? macam-macam angkara yang dia ni buat. Saya nampak bodoh bila bercakap dalam bahasa melayu la, botakkan kepala sampai licin la yang cukup membuat kontroversi satu arena hiburan negara. Tapi rambut dia sekarang yang macam korang nampak dalam cerita Sindarela tu betul-betul mencairkan kahak di tekak. Meleleh beb. Oh Sharifah Armani, sudikah dikau menjadi pacarku? haha. So harini, N73‘ku ini telah memecah rekod menangkap gambar artis. Nengok Nieza tu, kemain lagi.

Scukz.Com kembali Online?

Petang tadi bila Khai check inbox kat Myspace, ade dua orang budak Scukz beritahu yang Scukz dah ok. Khai ingatkan diorang main-main. Bila Khai cuba, eh dah OK la. Apa kena dengan CGYhost ni? So Khai gi kat main website dia, nengok ada satu announcement di situ yang betul-betul membuatkan Khai tak faham. Mereka mengatakan yang mereka memohon maaf atau masalah sejak kebelakangan ini kerana proses pemindahan server ke Cyberjaya sedang dijalankan. Aik, kenapa tak beritahu awal-awal? Kenapa mereka tak email’kan tetapi sanggup bernanah telinga menanggung sumpah-saranah dari customer dan yang tiada kena-mengena. Khai bertanya dengan seorang ex-staff CGYhost mengenai notis tu. Dia jawab, itukan notis yang dah lama ada kat sane. Heh, amik ko Khai. Which mean, CGYhost still sama dan Scukz boleh online balik mungkin sebagai satu keajaiban untuk sesiapa yang berada di dalam CGYhost, untuk backup data secepat mungkin.

Road block Oh

Haha, selama dah ada motor ni, Khai selalu pikir bila la nak ade road block. Saja nak ngetest power. Ape taknya, sebab takde benda yang perlu ditakutkan. Motor pon standard, lesen ada, road tax ada, side mirror dua dua ada. Kalau kene saman gak tak tahu la nak cakap. So ditakdirkan, petang tadi masa balik kelas, ade road block kat flyover highway KL – Putrajaya. Kereta semua lepas, sampai motor je, dia suh pi tepi. Hampeh! Mintak lesen boleh terkasi plak lesen L awek (saja Khai simpan Nieza punya). Mampos kene berdekah ngan polis tu. Haha. Then dia cakap kamu ni bila nak amik lesen P. Khai cakap nanti incik lepas saya abis final semester ni. Then dia tanya lagi apesal kamu tak tampal L kat motor kamu ni. Khai jawab, incik tak nampak ke punye besar L tu. Hahaha.. otai jugak aku walaupun tak tahu kenapa tangan terketar-ketar abis masa nak masukkan lesen dalam wallet. Pengalaman pertama diriku di tahan polis. Yay!

Internship

Khai di’rekomen’kan oleh seorang lecturer untuk buat internship di Go International Group, Damansara. Rasa berat sikit nak tolak sebab ni lecturer yang rekomen’kan. Masalahnya sekarang kat Damansara. I hate Damansara. Tapi nengoklah camana nanti. Kalau tak jadi praktikal kat Limkokwing ke, Khai pergi lah sana. Nengok portfolio diorang pun sangat OK. Nieza awal-awal dah tak kasi, sebabnya, malaslah Khai nak cerita.. Sebab merepek sangat..

Rosak

Kad Maybank rosak. Damn, tak boleh keluar duit dari semalam. So tadi buat pertama kali’nya sejak Khai dilahirkan, Khai berdikari sendiri seorang diri. Merentas Cyberjaya untuk ke Maybank nak apply kad baru. Alhamdulillah semua’nya selamat. Lihatlah akak-akakku, adikmu kini sudah pandai berdikari. Hihi.. Tapi hanya kerana semangat 125zr itu masih ada.

Psstt: Isk, kalau Nieza dengan Armani dah sama tinggi, itu bermakna, Kalau Khai khawin ngan Armani nanti, tinggi dia hanyalah pada paras bahuku. Haha, indahnya mimpi malam ni.

Posted on 27 February '08 by , under Hiburan. 42 Comments.

Gegar U! 2

bersama-dafi.jpgAku baru lepas potong rambut. Ah rimasnya badan tapi nanti la mandi, baik update blog ni dulu untuk menunaikan janji satu hari satu post untuk blog ini. Hurm.. study di Limkokwing sangat untung. Dunia kau sudah cukup di hostel. Jika kau nak gunting rambut, kau boleh cari member yang amik course Hair Design. Kalau kau nak buat fashion kau sendiri atau seluar kau koyak, kau hanya cari member yang amik course Fashion. Aku beruntung sebab room-mate aku adalah seorang budak fashion. Jika kau perlu membuat editing atau web, kau hanya perlu cari member seperti aku kerana aku budak Creative Multimedia dan jika kau ingin tankap gambar kau dengan menarik ala-ala seorang model, kau hanya perlu cari member yang amik course Photography. Hah! tu baru sikit contoh aku bagi. Kau boleh bayang’kan tak bagaimana gembira’nya aku hidup di sini?

dsc01134.jpg

Oklah, sebenarnya aku still penat ni. Pagi tadi bangun tidur lambat. Maklumlah dulu ada alarm handphone aku yang bunyi takpun awek aku call, sekarang ni takde apa-apa bunyi dah. Handphone dah hilang la kata’kan. So aku naik bas pukul 12 tengahari. Sampai campus, aku nengok orang dah ramai. GEGAR U! dah start dari jam 10 pagi lagi. Ah aku terlambat! Aku jumpa member-member aku di sana. Masing-masing nak tunjuk gambar diorang bersama artist. Haiya! Yang aku nampak tadi adalah Aqasha, Dafi dan beberapa budak Akademi Fantasia lain. Lepas tu ambil air tin free sumbangan Power Root. Cakar dinding la aku kejap lagi. Kawan-kawan aku amik ber’tin-tin. Langsung tak tinggal orang belakang. Apa la diorang ni.

Lepas je minum air, masing-masing busy bawa haluan sendiri. Tangkap gambar dengan artis la, main game yang ada la dan yang duduk lepak-lepak pun ramai. Aku ada la amik sekeping dua gambar dengan Dafi. Dengan Aqasha sorry la, tak berapa nak minat la. Kesian aku nengok Dafi, kene serbu sampai dia kena bawak lari pergi tempat lain. Gayat juga student-student Limkokwing ni. Buat malu betul. Kawan plak kepada Pat yang janji nak kasi hadiah cenkodok ntuk besday aku tu. hahaha.. Sibuk terjerit-jerit Dafii!! Dafii!! nak aje aku sekeh!! Nieza (awek aku) pun dua kali lima je. Tu la perempuan. Pantang nengok jantan jambu sikit terus mental! Awek kat atas tu takyah cakap la. Nyampes!

Then artis-artis tu semua perform la sket. Disambung ngan band dari student (member-member aku gak). Aku dan (more…)

Posted on 2 August '07 by , under Acara. 22 Comments.