Sejauh mana browser internet akan menyusahkan anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri Khai kali ini insyaAllah akan ringkas sahaja. Artikel ini mengenai sejauh mana browser internet yang korang guna tu akan menyusahkan korang sendiri. Bagi yang menggunakan sebuah komputer peribadi untuk melakukan urusan harian termasuk bersosial di internet, tahukah korang bertapa bahayanya bila komputer atau notebook korang tu digunakan oleh orang lain (termasuk kawan-kawan) apa lagi jika laptop korang dicuri oleh orang lain?

Kita ambil contoh terdekat, Facebook. Tiap kali korang dah taknak main, korang akan logout dan korang rasa amat yakin yang akaun Facebook korang takkan dapat diakses oleh sesiapa lagi walaupun orang tersebut menggunakan laptop korang sendiri. Ok, agak logik di situ sebab korang memang dah buat apa yang patut korang buat. Nak lebih selamat lagi, korang pun clear cache dan cookies semua nak bagi betul-betul selamat. Takut member korang hijack akaun korang dan tulis status macam-macam la ni ye? Hehe.

Percayakah, sebenarnya orang yang menggunakan komputer kita dapat mengetahui segala jenis password kita dengan begitu mudah sekali. Tiada apa-apa software yang diperlukan dan ianya tidak memerlukan sebarang kepakaran dalam bidang hacking dan sebagainya. Mari lihat sedikit penerangan yang sempat Khai buat ini. (more…)

Posted on 11 May '11 by , under Tutorial. 65 Comments.