Ada Apa Dengan PlayStation Portable (PSP)
Selasa lepas (4 Ogos 2009), tiba-tiba Khai rasa nak beli hadiah untuk diri sendiri. Disebabkan apa yang Khai rasa nak beli ni tak mungkin akan dihadiahkan oleh siapa-siapa, terpaksalah Khai hadiahkan untuk diri sendiri. Sony Playstation Portable atau PSP memang dah lama tersenarai dalam wish-list Khai untuk tahun 2009. Khai bukanlah rasa addict sangat sampai termimpi-mimpi nak ada PSP ni tapi rasanya dah sampai masanya untuk buat perkara bagai tiada hari esok. Khai dah kasi dia nama tau. Nak tahu ape nama dia? “Black Spaghetti”. Hehe.
Sebelum ke Plaza Lowyat, tanye kawan-kawan kat Twitter. Ramai la kasi idea termasuk harga. Then YM dengan junior kat Limkokwing, Hamdi. Dengan sedikit maklumat yang Khai dapat dari mereka yang dah lama layan PSP ni (Khai memang Zero pasal PSP), terus gerak pergi Lowyat. Ada yang cakap PSP-3000 tak boleh main game pirate/donwload. Betul ke? Hurm, sebenarnya PSP-3000 dah 2 bulan berjaya di’hack. Tahniah buat PSP-hackers! Hehehe.
Sampai sana, terus survey terus kedai Sony. Harga diorang letak RM880. Dan apa yang korang akan terima dalam pakej ialah..
– Sebuah Sony PSP-3006
– Percuma dua game tapi hanya boleh pilih satu (bernilai RM150)
– 4GB Memory Stick Duo (kena tambah RM80)
Dan kat kedai Sony tu, PSP dia masih belum di’hack dan takkan di’hack. Jadi korang tak boleh main game yang di’download di internet. Pendek kata, nak main game je kene pergi beli yang original. Satu dvd dah RM150 something. huh! Khai terus pergi Magic pulak. Memang diorang ni jual console PSP, PS3, PS2, Wii, Game Boy dan macam-macam lagi eksesori. Lokasi dia kalau korang nak naik tingkat dua Lowyat tu, betul-betul kedai dia depan eskulator tu.
Lepas sedikit perbincangan dibuat, harga total yang diorang beri untuk Khai adalah RM900. Dan apa yang Khai terima ialah..
– Sebuah Sony PSP-3006 Piano Black
– Percuma game pilihan sampai penuh memory card
– 8GB Memory Stick Duo
– Transformers Hard Case + Screen Protector
– PSP hard case Plastic Cover
– Sony Headphone
– Data/Power Cable
– 4 botol air mineral beserta straw (perlu tulis ke? hehehe)
-10 biji gula-gula (hahaha)
Dan diorang hack depan mata Khai. Hack ni guna satu application dalam memory stick duo yang lain. Khai pun tak ingat camana, sebab sekali je diorang tunjuk. Sebab tu suruh diorang setelkan terus. Tapi mesti depan mata la. Paling penting nak beli handphone ke, notebook ke, console ke atau apa-apa pun kat Lowyat tu, pastikan jangan pergi seorang. Bawak member sekali. Thanks Syed sebab temankan. Lowyat tu sebenarnya bukan sekadar syurga barangan teknologi tapi juga adalah syurga gangster dan kaki penipu. Almaklumlah, siapa pulak majoriti kat sana kan?
Tokey kedai Magic tu sendiri dedahkan, dalam Lowyat tu kedai dia yang paling murah dan berbaloi untuk PSP-3000. Kalau kedai lain memang ada murah, tapi barang dalam semua dah tukar local. Kalau tak caya, dia suruh Khai survey. Bila Khai survey memang betul pun.
PSP ni memang best. Bukan sekadar untuk main game grafik terbaik je, tapi boleh (more…)