Antara Internet dan Bulan Kemerdekaan Negara

Salam 1Malaysia guys! Motif entri ni dimulakan dengan Salam 1Malaysia, tentunya lah artikel ni lebih bersikap patriotik. Kalau tengah-tengah bulan Ogos ni orang sebut pasal partiotik, apa lagi kalau bukan sebab Merdeka kan? Takkan sebab Deepavali pulak? Hehehe

Oleh kerana Khai nengok suasana sekeliling Khai, langsung tak nampak inisiatif kerajaan kita dan rakyat untuk sambutan bulan kemerdekaan negara untuk tahun 2010 ni, So Khai cuba la sampaikan sedikit sisa-sisa patriotik yang ada dalam jiwa Khai ni melalui blog. Kalau nengok kat TV pun, macam nak taknak je iklan merdeka tu diorang buat. Mungkin tak boleh salahkan diorang sebab merdeka tahun ni jatuh pada bulan puasa dan nak dekat-dekat raya pulak tu. So mungkin ramai antara kita yang lebih rela habiskan duit untuk beli baju raya dan juadah hari raya berbanding membeli bendera untuk dikibarkan di depan rumah mahupun di kenderaan.

Khai pun sama je sebab tu sama-sama la kita hayati bulan merdeka ni melalui internet. Ok la ada juga dari takde langsung kan? Ok dari hanya pandai berbicara tapi tiada tindakkan. Yeehhaa! So kita mulakan dengan menanam semangat kemerdekaan melalui internet dahulu. Bagaimana? (more…)

Posted on 19 August '10 by , under Daily Craps, Istimewa. 41 Comments.