I’m NOT a LOSER!!

200zlly_th.gif

Beberapa hari ni, Khai berada dalam kondisi yang sangat tak terkawal.. Tension sangat.. dapat group assignment yang macam si*l.. ade seorang je yang boleh pakai.. Yang lain go to hell!! semua kerja Khai seorang je yang ada rasa tanggungjawab untuk siapkan.. Khai tak kisah kalau diorang nak Khai buat (sebab almost khai mmg agak biasa la guna Adobe Audition atau Adobe Premier), tapi apesalahnya kalau mereka tu tanye atau amik tahu.. bukan amik tahu kerja dah siap belum atau hasilnya camana.. Haritu buat assignment Video untuk buat iklan TV 30 saat.. Kerja group 5 orang, tapi semua benda Khai yang lakukan.. dari jalan cerita, cameraman and editing, semua Khai sendiri lakukan.. Diorang just datang dan duduk tepi.. Nak suruh kasi idea? idea bodoh dan tak boleh pakai boleh la diorang kasi.. shooting belum sempat abis, diorang dah blah dulu.. Memang haprak punye orang!! Assignment Radio Advertisement pon, dah dua project semua Khai buat sendiri dan diorang langsung taknak amik tahu.. yang diorang tahu, siap dan diorang dapat markah.. and please la, khai bukan bodoh.. kalau dah tak guna, jangan ingat Khai nak biarkan diorang dapat markah.. pergi mampos lah kau loser!!

th_flowersanimation.gif

Tak abis dengan tension pasal study ni, timbul plak masalah yang jauh lebih berat bagi dalam hidup Khai.. soal girlfriend!! menda ni betul betul sensitif untuk Khai.. Masa Khai melamar dia, dia just cakap dia ada abang angkat dan dia accept Khai seadanya.. Dan sejak dari dia menerima Khai, pada saat itu juga Khai serahkan seluruh jiwa dan raga Khai kepada dia.. But know abang angkat dia cuba melamar dia. Dia berada dalam keadaan serba salah.. kenapa dia serba salah, biar Khai sahaja yang tahu.. but dalam masa yang sama, dia sayangkan Khai dan Khai lagilah terlalu sayangkan dia dan hubungan kami.. Dia just anggap abang angkat dia sama macam abang kandung dia, but maybe sebab dah lama kenal, dia takut & tak sampai hati untuk kecilkan hati lelaki tu.. mungkin juga lelaki tu tak faham bahasa kerana my girlfriend dan penat untuk jelaskan perasaan dia kat abang angkat dia tu..

Baru beberapa hari lepas Khai bercakap dengan abang angkat dia.. Kami berbincang dengan cara baik melalui telephone.. Khai ajak dia berjumpa, but dia tolak.. Setiap hari Khai cuba memberi harapan kepada dia dan hubungan kami.. It’s work or not only Allah knows.. Khai taknak dia rasa terpaksa untuk menerima lamaran abang angkat dia sedangkan dia langsung tidak mencintai lelaki tu.. Kami selalu berjanji untuk hidup bersama bahkan pernah dulu kami bersumpah akan ditembak petir kalau ada antara kami yang mengkhianati cinta ini. Samada dia pegang atau tidak dengan semua janji tu, terpulanglah kepada dia.. tapi bagi Khai, Khai tak pernah takut untuk buat janji sebegitu sebab Khai tahu, dia adalah permaisuri hidup Khai dan tak mungkin Khai akan tinggalkan dia sebab Khai memang dah lama buang perasaan kat sesiapa pon dan semuanya dah pergi kepada dia.. Hari hari Khai luahkan perasaan Khai kepada dia.. dan dia juga begitu.. Kadangkala kami menangis.. Khai juga selalu memangis depan dia.. Bukan Khai paksa air mata ini untuk keluar, but only Allah know bagaimana perasaan Khai kepada dia sampai air mata Khai bercurahan pun, tak mampu Khai tahan.. betul orang cakap, ego seorang lelaki tu betul betul jatuh bila berdepan dengan orang yang sangat dia sayang..

Why semua benda ni jadi kepada Khai, i’m not really understand.. Adakah ini dugaan kepada cinta kami berdua.. Khai mencintai dia sepenuh hati.. Khai takkan boleh hidup tanpa dia.. Khai sanggup mati demi dia.. Sanggup mati demi cinta kami.. Khai dah lama bersumpah pada diri Khai yang hanya dia akan menjadi isteri Khai but jika Khai tak mampu lakukannya, mean Khai adalah seorang yang loser pada diri sendiri.. dan khai takkan sanggup menghadapi kenyataan itu.. Kehadiran dia betul betul memberi seribu makna dalam hidup Khai dan kalau tiadanya dia, Khai rasa betul betul taknak hidup lagi.. Khai cuba lakukan apa sahaja untuk memiliki dia.. Dia dah mengenali sebahagian besar keluarga Khai.. thats mean Khai betul betul serious dengan dia.. My family pon dah kasi greenlight hubungan kami berdua..

Entahlah, Khai harap dia akan terus mencintai Khai dan dapat menepis semua cabaran dan dugaan dalam perhubungan kami.. Khai masih kuat untuk menghadapi semua ini, tapi Khai tahu bagaimana perasaan kalau berada di tempat dia.. Khai sentiasa ada bersama dia and Khai berharap dia takkan berputus asa dengan cara mendustai sumpah dan cinta kami berdua.. Nieza, kau mengertilah.. Hormatilah hubungan kita berdua.. jangan sesekali kau mengkhianatinya kerna sekali kau mengkhianatinya, pasti kau hanya dapat mengenang sejarah manis kita berdua tanpa melihat Khai berpijak di bumi tuhan ini lagi.. Khai tak sanggup kehilangan Nieza kerna Khai tahu, Nieza adalah cinta terakhir Khai ~

Ni ada tag dari seorang blogger lain, Khairilz untuk Khai..

[+] I’m very addicted to Internet (30%)
[+] I’m very addicted to Software (10%)
[+] I’m very addicted to Games (0%)
[+] I’m very addicted to Grafix (6%)
[+] I’m very addicted to TV (4%)
[+] I’m very addicted to Movies (5%)
[+] I’m very addicted to Music (10%)
[+] I’m very addicted to Books (0%)
[+] I’m very addicted to SMS (0%)
[+] I’m very addicted to Blogging (5%)
[+] I’m very addicted to Loves (30%)
[+] I’m very addicted to Gadgets (0%)
[+] I’m very addicted to Chatting (0%)
[X] I’m very addicted to Smoking (0%)
[X] I’m very addicted to Gambling (0%)
[X] I’m very addicted to Alcoholic (0%)

Tak tahu nak tag sapa.. cerita soal perasaan, betul betul buat Khai terseksa..

Ditulis pada 3:43 AM 14 May '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 399 views | Dalam kategori: Daily Craps | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

36 Comments »

Comment by aidateddy
2007-05-14 10:17:17

aloooorrr~ cian nye adikku sorg ni~

ei,khai! b strong k!

hope u can hadapi everything dgn tenang~ n DO NOT DO ANYTHING STUPID bcus dat will only make things worst~ juz relax n thing about wut+why+how u can make things rite~ n everything wud b ok!

trust me~ been there,done dat! 🙂

🙂

..
 
Comment by fadli_amd
2007-05-14 14:00:25

:)Sabar lah khai..betul ckp aidateddy 2…jgn buat perkara yg boleh memburukan lg keadaan..ok klu khai betul2 yakin dgn hubungan khai nie better khai gi jumpa ngan mak bapak makwe khai 2..bukan nyer dtg merisik or meminang but khai n awek khai try explain kt mak bapak awek khai 2 yg korang nie mmg betul2 dah berjanji nak hidup bersama nnt..cuma tunggu saat n ketika nyer..cuba explain betul2 dekat mak bapak dia n cuba yakinkan dorang..klu abg angkat dia dtg meminang pun klu mak n ayah dia tak terima abg angkat dia tak leh nak buat apa tapi buat secara elok lah..takut jd kes lain lak nnt…cuba lah bersemuka ngan mak bapak dia..khai kena berani dan yakin pada diri..Semua boleh selesai ngan baik..cuba lah dulu..jgn cepat mengelabah n pk yg bukan2..nnnn..pk satu jer…klu jodoh khai dgn dia pasti takkan kemana…ttp kita kena sentiasa berdoa jugak..mungkin nie ujian untuk korang berdua..percaya lah bnyk lg ujian yg akan kita lalui nnt n malah ada yg lebih teruk dr ini…yg penting kita kena sentiasa berdoa agar dapat melaluinya dgn hati n tabah…yg penting jgn mudah putus asa dlm apa jua yg kita lakukan…Harap khai akan berjaya…

P/S : Hanya ingin membantu…:)

..
 
Comment by Khai
2007-05-14 16:09:57

thanks… satu je yang sering khai tertanya dalam hati.. kenapa bila kita tidak menaruh 100% perasaan untuk bersama seseorang tu, tiada pon masalah yang datang..

tapi bila kita betul2 dah jumpe wanita yang betul betul kita sayangi, lepas satu, satu lagi masalah yang datang…

ape pon betul nasihat akak ipar nieza kepada khai yang kalau ada jodoh mmg takkan ke mana..

AMIN ~ 🙁

..
 
Comment by lochoe
2007-05-14 16:18:11

whats the problem with abang angkat dia tuh?? x patut betul la.anyway aku dulu mmg pernah bercinta gak, tapi bila baca coretan khai ni baru aku perasan.. cinta aku dulu macam secubit beras je, berbanding cinta khai sebesar tempayan.. aku dulu tak pernah dan takkan berjanji dipanah petir itu.. seperti khai berjanji (so sweet ni) au respek cinta khai, anyway aku tak pernah meletakkan 100% perasaan aku pada sesuatu, kerana aku pasti, semakin byk kita letakkan harapan kepada satu, semakin mudah kita menjadi rebah apabila harapan terkandas, for me it must always have a backup plan. jika perkara ini melanda aku.. erm.. apa aku buat ek.. aku akan cakap macam ni. nanti jap sambung… nak sembahyang dulu… lewat dah ni

..
 
Comment by firdee
2007-05-15 09:06:52

sabaq la khai…biasa la dugaan dlm percintaan tu pelbagai…semua org yg bercinta pasti akan tempuhi dugaan…jgn biarkan kegilaan menguasai kewarasan…owkies…:)

nway…thnx 4 da vista crack…saya dah try n stakat ni still 30 hari lagi…x berganjak lagi walaupon dah 2 hari install…:d

..
 
Comment by wicked_jack
2007-05-15 18:16:05

salam..

wei khai ko ni bikin malu kaum laki2 lah…”you are BIG LOOSER!!!! IN THE WORLD!!” pasal perempuan merenggek tak malu ke?..bukan bini ko pun..just say sorry udahlah..be A MAN not PONDAN!!!..(except ko mmg PONDAN lah)

meraih simpati open mcm ni…?..ko tak malu ke org bace?..sedih sgt ke cerita ko tu?..org lain pun couple gak..eeeeiii ko ni mengalahkan perempaun lah merengek mcm budak kecik…

ahh boringlah ko ni…aku naik geli bace cerita ko!!
pandai2lah jd laki2…

****jgn sampai terbius lelaki yg tak pecus yg wajahnya seperti tikussssssss****

chowww….

-wicked_jack-

..
 
Comment by SpidyKitty
2007-05-15 22:35:25

Hurmm.. Khai.. Masalah khai sama sgt ngan masalah helmie.. Walaupown helmie ne budak skola lagik and xptot bercinta.. Tp helmie rasa.. helmie syg sgt dkt gf helmie and kalo boleh nk kahwin dgn dia.. Dulu.. helmie ingt.. hubungan helmie ngan dia mmg xkekal lama.. tp dh nk masuk dua tahun dh.. waktuh tuh.. helmie mmg sdar sgt yg dia tuh cinta sbnar helmie.. helmie syg sgt kat dia.. mcm2 helmie buat untuk dia.. helmie pown tahu dia ada best fren..laki..tp helmie xkesyah..bub helmie tahu dia xkan wat mcm2 kat helmie.. tp kdg2.. si best fren dia tuh..melampau sgt..ada skali helmie tgh msg ngan gf helmie ne.. ttba gf helmie xreply dh.. helmie plik la..mula2 ingtkan dia dh tido..xkesyah la..tp dkt kul 4 pg tuh.. gf helmie antar msg.. dia cakap.. best fren dia yg laki tuh call.. pastue dia tdo.. huhu.. helmie pkir xkan best fren tepon pown smpai lupa bf kot..helmie xanggap sgt la psai bnda tuh.. tp helmie dpt tahu yg bes fren dia tuh ari2 msg ngan dia.. mcm nk tackle plak.. helmie ne yg kat sini.. dibiarkan cmtuh je.. helmie xpenah lagik msg ngan p’rempuan lain mcm tuh kecuali ngan gf helmie sorg je.. helmie tahu.. bukan salah gf helmie.. tp kwn dia tuh.. kdg2.. helmie rasa sedih sgt.. bukan helmie xpercaya kat dia.. cuma.. hmm.. khai paham la kn.. mmg sedey sgt.. helmie pown pnh menangis dpn dia.. tp dia pown nngs gak la.. dia nngs dlu.. hmm.. helmie xtawu nk ckp pe.. mcm2 helmie buat untuk dia.. bila dia perlukan sesorg.. helmie ada untuk dia.. tp.. bila helmie perlukan dia.. mmg la dia ada.. tp mesti kwn dia tuh.. kco.. hmm.. helmie xpnh cita kat sapa2 lagik psal masalah ne kcuali kak angkat helmie..

helmie tulis pnjang2 ne.. mintak maaf yer.. cuma helmie rasa nk luah sgt apa yg terpendam kat ati helmie ne..

..
 
Comment by Khai
2007-05-16 00:40:18

Lachoe : dah abis solat kan? sambung la lagi.. hehee..

FIrdee : ermm.. sama sama.. best kan guna vista? hehhee…

Wicked_jack : hehe.. khai bukan pondan ar.. n bukan nak merayu simpati sapa sapa.. just nak share je perasaan khai.. khai perlukan tempat ntuk luahkan perasaan.. bagi khai sapa pon yang masuk blog khai dan sudi baca cerita khai, diorang automatik dah jadi tempat khai meluahkan perasaan…n khai tak kisah ape orang nak cakap kat khai.. becoz thats me! itulah Khai …. n i love her so much… khai akan buat ape sahaja demi dia…. itulah cinta dari seorang insan bernama Khai … poyo? mmg khai poyoo.. poyo ntuk orang yang kita sayang.. ape salahnye kan wicked jack? hihihi

SpidyKitty : ermm.. thanks gak coz sudi share masalah dengan Khai.. pada pendapat Khai, helmi terlalu muda lagi.. Khai dulu time skolah pernah bercinta gak.. tapi cinta kat zaman sekolah selalunya memang takde makna.. sekadar cinta monyet je.. percayalah..

but kalau betul helmi mmg sayangkan gf helmi tu, x mustahil cinta zaman sekolah boleh berakhir di jinjang pelamin…Khai pon pernah rasa apa yang helmi rasa.. kalau timbul perasaan cemburu macam tu, sekurangnye kita tahu yang diri kita ni betul betul sayangkan dia.. n that gurl even dia tak tahu ape kita rasa pon, suatu hari nanti dia akan tahu bertapa tingginya cinta kita kepada dia….

n by the way, perempuan ni mmg ramai yang jenis melayan.. tapi dia sayang kat seorang je… so harap helmi bersabar dan jgn buat tindakan terburu buru kerana cemburu.. nanti merosak diri sendiri… okehs!!?

..
 
Comment by medic_khai
2007-05-16 13:56:45

ala rilex lahh … pasal group tuu .. aku pn naikk angin gakk kalau dibagi groupp .. bukan reti nak buat keja .. yg diorg tahu …. hasilnya dh siapp ….

ermmm … adehhh mcm sajak palk aku baca ko punya artikel ni khaii … ermmm lorr ada abg angaktt …. x pe lah khai … ko attack dia lagii.. mana tau kot dia … terima ko.. ko gak gembira kelak .. 😀 …. all the best dlm pecintaan ini 🙂

..
 
Comment by azleah
2007-05-17 10:07:49

alalala cian cian.. rilex khai, jodh xkan ke mana bah :d

..
 
Comment by silent reader
2007-05-17 15:38:07

just percaya pd jodoh cukup la. better u & ur gf bg ruang utk memasing pk lik ape prob korang. & if prob tuh bkn dtg dr korang, wat pe nk peningkn pale?

psl abg angkt diek tuh..khai try la nasehat gf khai suh diek jgn t’lalu rpt sgt ngn abg angkt diek tuh..tuh pon if diek bebtol nk selamatkn relationship korang. & khai plak kne selalu² la luangkn ms ngn ur gf..*as a girl i noe how she feels :-\” * hang out ker…erm….xpon study together² ker? 😉

relakslaa..korang br je declare kn? ni br je sket dugaan yg korang rs..nnt bile da kawen cmner? so byk² kn doa & bersaba ek? 😉

p/s : b’cinte time skola x semestinye cinte monyet..2morrow my 6th years anniversary..since form 3 until now..mmg byk dugaan we all, but alhamdulillah we all bly settle our prob. 😉 memasing kne la always give & take..anyhow hope ur relationship will be ok balik..okeh?
tke care ya!!

xoxo

..
 
Comment by amirez
2007-05-17 19:55:55

sedih, sayu, hiba bila baca luahan hati ko ni khai. tp aku teringat 1 kata2 yg baik utk kita semua.. “janganlah cintamu itu berlebihan dan janganlah marahmu itu memudaratkan.” cinta yg berlebihan boleh memudaratkan. itu yg aku pegang sejak dikecewakan bertahun2 dulu huhu

..
 
Comment by tunteddy
2007-05-18 18:08:50

dear khai,

sabarlah… jika dia jodoh dirimu… tentu takkan kemana..
jangan terlalu mengharap, kelak diri kan jatuh dari langit yang tinggi dan memusnahkan segala khayalan indah…

boleh bermain perasaan.. tapi berpada padalah.. jika dia betul2 sayangkan dirimu.. tentu persoalan abang angkat tidak akan muncul sama sekali… apapun.. selamat berjuang…!

the ocean are so wide.. just be ready for the turbulent time..!

tunteddy

..
 
Comment by Khai
2007-05-20 17:12:40

thanks all for advise 🙁

..
 
Comment by minci
2007-05-24 00:49:23

I pray that your relationship will survive the worst..
[-o<

..
 
Comment by dragonfly
2007-05-24 10:31:44

mmm…tu baru 1 dugaan..banyak lagi yg menanti d hadapan..kalo dugaan yg ni ko dapat lepasi..insyaALLAH..dugaan yg lain mcm tu jugak..gd luck bro!!we always pray 4 ur happiness.:)>-

..
 
Comment by Khai
2007-05-24 13:57:15

thanks minci and kak pepatung.. hehe ;))

..
 
Comment by musnazdotnet
2007-05-25 09:45:58

steady lah khai, chayok, chayok! :d/

..
 
Comment by Khai
2007-05-25 11:06:18

thats what i want.. support dan nasihat dari para pelawat blog ni. u’all dah macam my reality friend.. thanks

..
 
Comment by gurl life
2007-05-25 11:15:52

cyg…jgn ler risau k. nieza syg dier sgt, sma mcm dia syg nieza. aper pon dugaan yg dtg…….kiter ttp bsatu k. nieza janji tuh….walopun tgok nieza mcm nie…tp dlm hati nieza mana cyg taw?? knaper still xpcayakan nieza??? org dah janji nk hidup ngan dia…insyallah la, ader jodoh kiter nnt….

pasal abg amir tuh…kan dia xcontact nieza lg….jgn ler cyg risau lg k….just cyg kt hati nieza skunk. abg amir tuh nieza just anggap dia abg angkat. kalo dia still xleh anggap nieza sbg adik, mmg nieza xkan layan dia lg. k cyg….nieza xnak cyg bsedih sal hal nie lg….org syg dia..xsnggup tgok dia nangis lg taw.cyg jgn pkir sgt hal ni lg taw…..syg dia sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt…:x

..
 
Comment by Khai
2007-05-25 17:06:25

cayanggggggg :(( love u too…. thanks by giving me a chanve to love u… :(( thanks!! c u tomorow at KL..

psstt: minci tu kak yasmin upernyee..

..
 
Comment by YaNa
2007-05-27 00:56:22

waaaaa…sedey arr baca luahan ati khai..
rilex la bro..
dugaan itu pasti mendatang dlm setiap percintaan..
itulah asam garam perhubungan yg akan dikenang satu ari nanti ..
percayalah…
semoga hubungan korang akan tetap utuh dan bahagia..
ingat..

“Tiada Yang Mustahil Pada Hati Yang Berkeinginan”

:)>-:)>-:)>-

..
 
Comment by Eriyza
2007-06-02 13:22:06

Khai, cinta itu fitrah tetapi kalo disalahgunakan ia akan menjadi fitnah. Pelihara hubungan antara lelaki dan perempuan dengan baik.. Sekiranya kamu sukakan dia, banyakkan berdoa, mudah²an Allah makbulkan.

..
 
Comment by Khai
2007-06-02 15:59:20

[Comment ID #9752 Will Be Quoted Here]

ermm. semakin hari khai semakin dapat bersedia jika khai kehilangan dia… jika suatu hari nanti khai ditakdirkan bukan untuk bersama dia, Khai takkan menangis lagi..

..
 
Comment by gurl life
2007-06-03 23:23:57

syg…..syg xkan mnangis.nieza akan bsama syg…itu janji kiter kan syg….nieza xnak syg bputus asa…kuatkan dri syg tempuhi sumer aper yg kiter perli lalui bsama….nieza perlukan syg dlm hidup nieza…..:((

..
 
Comment by khairilz
2007-06-09 09:43:39

dasyat betul kisah cinta ko…keep strong!
nak nangis rasa :((
abis cam ne ngan abg angkat die yg nak kan kat nieza?
xpe..

..
 
Comment by khairilz
2007-06-09 10:11:00

nanti kena petir,jadi manusia panggang

..
 
Comment by Khai
2007-06-12 01:46:13

[Comment ID #9844 Will Be Quoted Here]

so sweet… thanks syg…

..
 
Comment by noey88
2008-07-03 14:51:34

byk2 bsbr yek khai…aku pn mcm2 jg skrg da break dgn bf aku tp skang kmi still kwn g.da 2 thn kapel rsa mcm nak gla jak bl kt khlgn org yg kt syg.tp khai kn la byk luangkan msa dgn gf khai sppya dia rsa dsygi lg….abg agkt dia pn mcm xfham bahasa melayu suka2 hati jak mau kcau hbgn owg…1 khai prlu ingt jodoh xkan kmana…

..
Comment by Khai
2008-07-03 15:08:05

hehe.. thanks noey.. mm, ni entri lama.. wat masa sekarang, everything ok la.. dah setahun 4 bulan couple dengan dia.. clash mmg banyak kali tapi adat le tu, then continue balik..

asam garam bercinta ~

neway thanks for advise..

pstt: now dia tengah merajuk.. nak pujuk dia off henpon plak.. takpe la, someday she will know that i love her so much… yup, someday ~ somedays… wuteverlah…

..
 
 
Comment by Mrs.S
2009-04-08 02:26:52

salam…
awek lu (oops…ex-awek da) yg gmbr die ade kat entry “Kita Tetap Kawan Kan?” tu ke?
poracit…sekali free hair ke?lu ckp mcm bagus je.
gua prnh bc lu pny previous entry ckp psl auratla,dosa pahala,sume…sekali awek sendiri wat dosa dpn mata+lu pon dosa tgk aurat dia.aduiyai…
nway,gua rs lu patut b’syukur lu dah clash ngan dia coz confirm lu dah xpyh tanggung dosa setiap helai rambut dia tu in case lu dan dia still on n kawen nnt…
so,congrats bro sbb dah clash!
p/s:lu jgn terasa ati…bc n fhm btol2 komen gua ni k?

..
 
Comment by Mrs.S
2009-04-08 02:30:19

alamak…gua br pasan lu pny komen atas tu
dah couple balik ke?
hurm…selamat la lu,dunia (akhirat lom tentu)

..
Comment by Khai
2009-04-08 03:11:06

any problem? dosa ke kawan dgn wanita yg free hair? Belum isteri lagi kot. Isteri nanti tak pakai tudung, lempang je.. ni anak orang lagi kot…

nak cakap tu, renung2 la dulu…. :bloody:

..
 
 
Comment by Mrs.S
2009-04-08 09:46:03

then,lu admit lu kenal baik sama lu pny gf pny family kan?so,lu x kesian ke sama lu pny bakal pak mertua kena tanggung dosa “wanita yg free hair” tu?
gua mau tnyla…prnh x lu ckp psl isu pakai tudung ni dgn gf ksygn lu?apa reaksi dia?
kalo lu x prnh bangkit isu ni,pyhla…lu ingat sng ke pompuan yg dah biasa tyg rambut n rs dia lawa dgn rambut dia tu nak cover baik pny rambut dia pastu?~kecuali btol2 dpt hidayahla~kalo ye pon,jd cam ekin kot…ntah hape2 pny fesyen tudung da…
lu jgn mrh.gua ckp sbb lu kata lu syg giler gf lu…kalo lu syg,nasihatkanla dr skrg…lu nak tgu kawen watpe.xslh pon lu bertindak skrg,let it be an advice from muslim to muslimah?
okie dokie…

..
Comment by Khai
2009-04-08 11:01:37

macam ni la, u dont know me. and i dont know u.. so jaga tepi kain sendiri je lah ye.. u x tahu pon ape I buat hari hari, dengan siapa i keluar, dan macam2 lagi..

jgn main tibai je ikut sedap mulut.. sbb dah nasihat dia x nak ikut la x boleh buat ape ape. sekarang nasihat je la boleh, nak buat ape lagi kalau dia x nak?

Ok shhhhhhh……… jaga tepi kain awak yg compang camping tu dulu..

Wassalam..

..
 
 
Comment by yomuyat
2011-08-14 10:42:02

kawen la, payah pa, nikah gantung

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post