Brands Headquarters #2

Ini adalah sambungan untuk siri post sebelum ini. Dalam Brands Headquarters #1 kita dah puas melihat bagaimana rupa Headquarters beserta sedikit info mengenai syarikat-syarikat besar yang sinonim dengan dunia perkomputeran & Internet, Kali ini aku akan sambung dengan syarikat-syarikat besar yang sinonim dengan dunia mobiliti pula.

Nokia

nokia_hq.jpgKau pakai handphone apa? Nokia? Sony Ericsson? Samsung? Motorola? Ah, Bosan lah kau ni.. kenapa kau tak support M-Mobile? Haha.. aku pun sama je tak support.. maybe next time! Tunggu M-Mobile setanding jenama Nokia. Huuu… Headquarters (HQ) Nokia Corporation terletak di Keilaniemi, Espoo, Finland. Ingat tu, Nokia produk keluaran Finland dan bukannya keluaran China (Chokia ye la Cina). Nokia ditubuhkan pada tahun 1865 oleh Fredrik Idestam. Kini Chairman Nokia dipegang oleh Jorma Ollila. Nokia mempunyai 68,321 orang pekerja. Slogan terkini Nokia ialah Connecting People.

Motorola

motohq.jpgSebelum nama Motorola digunapakai pada tahun 1947, ianya dahulu dikenali sebagai Galvin Manufacturing Corporation pada tahun 1928. Ramai penduduk dunia terutamanya Jepun menggunakan barangan berjenama Motorola. Headquarters Motorola Inc. terletak di Schaumburg, Illinois, USA. Diketuai oleh Edward Zander (CEO & Chairman), Motorola kini sudah menjadi satu jenama yang mantap dalam bidang telekomunikasi. Nama Moto diguna kerana kewujudan Motorola pada asalnya dahulu ialah di dalam bidang automotive. Syarikat ini mempunyai pekerja seramai 66 ribu (66,000) orang. Slogan untuk syarikat ini ialah “Hello Moto” dan juga “Intelligence Everywhere”. Oh ya, ada satu lagi iaitu “Saya Menang Moto” .. kwang kwang…

Sony Ericsson

sonyericssonhq.jpgIanya juga bukan nama yang asing lagi dalam bidang telekomunikasi dunia. Sony Ericsson adalah gabungan 50:50 dua buah syarikat gergasi dunia pada Oktober, 2001 iaitu antara Sony Corporation dan Syarikat telekomunikasi Sweden, Ericsson dalam usaha untuk menghasilkan telefon bimbit dengan menggabungkan kepakaran antara dua buah syarikat ini. Saham syarikat ini juga terpaksa dikongsi masing-masing sebanyak 50%. HQ Sony Ericsson terletak di Hammersmith Road, London, England dan sebuah lagi di Sweden. Key People untuk Sony Ericsson buat masa kini ialah Miles Flint (president) dan Anders Runevad (EVP). EVP ialah singkatan kepada Executive Vice President. Mempunyai pekerja lebih kurang seramai 8 ribu (8,000) orang. Tiada slogan! kesiann… Jadi aku pun tak pasti ianya produk negara mana. huhu… Nieza juga sekarang menggunakan handphone jenama ini.

Samsung

samsung_tower.jpgSamsung juga bukanlah nama yang asing bagi kita terutamanya bagi negara-negara di Asia. Salah satu jenama Asia paling terunggul di dunia. Samsung bukan sahaja aktif dalam bidang telekomunikasi, tetapi juga turut aktif dalam pelbagai jenis barangan elektronik. Samsung Group ditubuhkan pada tahun 1938 dengan Headquarters terletak di Seoul, Korea Selatan. Dijana oleh dua orang jantan sioman iaitu Lee Byung-chul dan Lee Kun-hee. Mempunyai seramai 229 ribu (229,000) orang pekerja.

Aku dah tak larat nak tulis review.. dah pukul 3:37 pagi. Tengahari nanti dah nak balik Hostel. Belum packing barang apepun lagi ni.. Hope nanti cepat la dapat guna Internet Connection kat Hostel tu.. RM65 sebulan.. 512kb.. Wi-Fi absolute.. ermmm.. Mahal kan?

Ditulis pada 3:38 AM 14 July '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 370 views | Dalam kategori: Lain-lain | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

8 Comments »

Comment by under18
2007-07-14 09:35:45

yay….aku yg first bagi komen…….
eh….nokia ditubuhkan mase 1865….
so mase 2 ade ke henpon?????

..
 
Comment by Khai
2007-07-14 11:15:46

nokia melibatkan diri dalam bidang telekomunikasi ni dalam tahun 1960 macam tu.. dulunya, macam2 menda nokia ni buat termasuklah kilang kayu.. huhuhu…

“What is known today as Nokia (pronounced /nok-i?/ in IPA) was established in 1865 as a pulp mill by Knut Fredrik Idestam on the banks of Nokia rapids. Finnish Rubber Works established its factories in the beginning of 20th century nearby and began using Nokia as its brand. Shortly after World War I Finnish Rubber Works acquired Nokia Wood Mills as well as Finnish Cable Works, a producer of telephone and telegraph cables. All these three companies were merged into the Nokia Corporation in 1967.

The Nokia Corporation that was created in the 1967 fusion was involved in many sectors, producing at one time or another paper products, bicycle and car tyres, footwear (including Wellington boots), personal computers, communications cables, televisions, electricity production, capacitors, aluminium, etc.”

– source from wikipedia

..
 
Comment by EmeliousXorn
2007-07-14 21:39:03

khai yang syarikat LG tarak ka ??? saya minat brand handphone LG…. setau aku LG nih dari Korea kot…

..
 
Comment by Khai
2007-07-15 14:53:50

[Comment ID #10912 Will Be Quoted Here]

yups.. setahu khai LG pon dari korea.. huhuhu… nnt khai update pasal LG plak yer

..
 
Comment by manchurr
2007-07-15 22:25:18

mak ai… byknyer info ko pasal benda2 ni.. berpengetahuan luas khai ni hukhuk..

..
 
Comment by mohdismail
2007-07-15 23:44:07

sebelum nama aku terkeluar dr senarai.. baik aku tinggal komen.. ha ha ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by rokudaime_jr
2007-07-16 07:49:42

Waaa….ada update lagi ek?????Bagus2….

..
 
Comment by NuNu
2008-08-05 11:24:47

kt uma aku da hp nokia besa gler…waner kuning,x slh tawun 1992

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post