Seeking for MP3 or other files?

668 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

cari-lagu-di-google.gif

Owh. Malam ni aku betul-betul hilang akal tapi aku masih belum gila. Harini macam-macam masalah yang datang. Lepas satu datang satu lagi. Tak selesai masalah aku, aku kena fikir pula masalah dengan girlfriend. Aiyoo.. memang orang lain tertanya-tanya apa masalah aku ni? Aku nak cerita pun berat tapi takpe la, biar aku tanggung sendiri cuma yang aku harap, orang yang aku sayang akan boleh memahami aku apa adanya. Itu sudah memadai.

All right, oleh kerana ramai yang PM aku secara personal mintak lagu ini dan itu, terus terang bukan aku tak mampu nak tolong, cuma line internet di hostel ini betul-betul membuatkan aku tertekan. Lembap memang tak ingat. Memang Go Light Speed ni sengal seadanya. Mungkin customer mereka makin meningkat, tapi service still macam masa customer 5 orang dulu. Tak pernah nak ber’upgrade. Kepada yang meminta lagu ini dan itu tu, maaf aku pinta kerana bukan sahaja keadaan internet tidak mengizinkan, tetapi aku online di internet bukan sekadar untuk Myspace dan Friendster, tapi banyak perkara lain yang perlu aku utama’kan dari menolong orang mencari lagu.

So di sini aku hanya ingin menyarankan kepada semua untuk mencuba satu cara yang mudah dan pantas untuk mendapatkan sebarang lagu. Tidak perlu menggunakan apa-apa software, yang perlu ada hanyalah satu syarat iaitu kau boleh masuk ke halaman carian Google. Kalau dah boleh maknanya, peluang kau untuk mendapat lagu dengan mudah sangat besar. Ini cara aku mencari lagu selama ini gi Google. Tapi untuk lagu melayu susahlah sikit. Ada rezeki, ada la. Begini caranya..

?intitle:index.of? [extension] [nama artis atau tajuk lagu]

Nampak di atas tu? kau hanya perlu copy dan tukar mengikut apa yang kau mahukan. Contoh jika kau ingin mencari lagu dari My Chemical Romance, kau hanya perlu menukar data-data di atas itu menjadi ?intitle:index.of? mp3 My Chemical Romance dan search gi Google. Kau akan lihat pelbagai senarai index yang akan keluar dan kau hanya perlu right click dan save as file tersebut. Kalau nak cari software, tukarkan sahaja Extension itu kepada exe dan sebagainya.

Begitu mudah bukan? Sebenarnya cara ini dah lama cuma pasti ramai lagi yang tak tahu sebab dulu tak pernah pun nak ambil tahu. Sekarang aku dah kasitahu, hehehe.. so apa tunggu lagi? Cubalah!! Kalau berjaya, kau memang best!

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 2:00 am 5 August '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 668 views
Dalam kategori: Tutorial | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

13 Comments »

Comment by gurl life
2007-08-05 02:23:19

masalah gf?? huhu……tlg ler paham

..
 
Comment by pat
2007-08-05 11:56:46

oooo…begini carenyer mendownload lagu kat google..huhu lepas ni nak cube r..
(sebenanye dah lame dah gune care ni kakaka,tapi sebab khai suruh…buat je r lagi skali huhuhuhu)

..
 
Comment by Vile Dante
2007-08-05 12:18:44

wow…
thx Khai…

gudluck on ur problem

..
 
Comment by gurl life
2007-08-05 12:34:51

elehs…pat poyo. hahaha…….yer ker dh taw nii..leh cya x. kwang3..ajar aku meh

..
 
Comment by pat
2007-08-05 12:53:03

ek eleh niza….nak suruh aku ajo ye…meh datang bilik aku ni..
(hahaha siap la ko kene rogol ngan tina kakakaka)

..
 
Comment by gurl life
2007-08-05 13:03:22

adoii…tina perogol wanita……..tlgggg tlggggg tlggggggg!!!!!!!

..
 
Comment by EmeliousXorn
2007-08-05 16:19:08

works…
tapi….
lagu malaysia susah nak jumpa sikit…
khai guna cara nih je ka download lagu ?

..
 
Comment by Khai
2007-08-05 19:58:27

selain dari cara ni, aku gunakan Imesh, join forums scukz dan mintak kat orang lain by YM ntuk dapatkan lagu yg aku nak…

takde cara lain, aku gi kedai beli je CD.. hoho…

..
 
Comment by Eriyza
2007-08-06 00:59:44

Nice info. Mekaseh ye Khai. Nak mintak izin guna info nih. 🙂

..
 
Comment by musnazdotnet
2007-08-06 15:51:37

yup, yup, request jek la kat forum scukz! kat sana macam-macam ada…. ho ho

..
 
Comment by aiqha'
2007-08-14 22:15:20

article yg baghush

..
 
Comment by gie
2007-09-10 20:44:29

cuba guna google 2 person…mane tau best ke…kepada yg malas nak ingat kod2 tu..taip je g2p.org pastu leh la try search..diaorg dah siap2 kod…huuh

..
 
Comment by muhammad amin
2010-07-04 01:22:37

thanks…..

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?