GOM Player Review – Cuba Try Test

gom-player.jpg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Akhirnya rekod ingin update seharian aku tercalar jua dek kerana masalah salah faham yang melanda antara Scukz dan pihak hosting, Cgyhost. Akhirnya semuanya selesai dan aku boleh ber’blog dengan penuh semangat setiap hari dan pastinya kalian semua yang harus beri sokongan. Mari ke sini dan berikan respon. Tiada satu pun respon yang terlepas dari pandangan aku kerana aku suka baca pendapat pembaca. Rumpun 07 sudah selesai tanpa kehadiran aku dan tiada apa lagi yang menarik untuk diberitahu mengenai dunia blog di Malaysia cuma yang terbaru, orang-orang kuat Advertlets sekali lagi menjadi pencetus semangat generasi muda dengan wujudnya Merdeka.Com. Sertainya untuk menjadi antara 4000 rakyat Malaysia yang terlekat mukanya di bendera. Alamak, Josh Lim (Advertlets Founder) juga sudah pandai menari. Boleh tahan!

Hari ini aku akan menulis mengenai sesuatu yang wajib untuk dikongsi bersama. Ianya baik untuk aku dan aku pasti ianya juga baik untuk kalian. Aku ingin rekomen’kan sebuah software. Kau pernah dengar mengenai Gom Player? Tidak pernah? takpa, teruskan membaca. Aku sebenarnya sangat berterima kasih kepada rakan-rakan aku di hostel ini kerana memperkenalkan Gom Player kepada aku. Gom Player sama juga seperti Windows Media Player, Winamp, iTunes atau apa sahaja jenis muzik player yang kalian tahu cuma Gom Player satu-satunya semua player dalam satu dan paling penting untuk aku ianya PERCUMA dan aku pasti PERCUMA sangat penting juga untuk kalian. Kurang jelas lagi aku merahkan ayat PERCUMA ini untuk kalian.

Aku memerlukan player berasingan untuk memainkan file FLV sebelum ini. Bukan itu sahaja, aku juga memerlukan Quick Time untuk memainkan file berformat 3gp. Dengan Gom Player, aku tak perlu lagi semua software itu. Gom Player mampu memainkan semua jenis format dari AVI, DAT, MPEG, DivX, MP3, 3GP hingga apa sahaja file yang kalian mahukan. Sebentar tadi aku ingin memainkan sebuah video berformat MP4 menggunakan GOM Player tetapi hanya video tanpa suara yang keluar. Tanpa membuang masa, terus sebuah link diberikan untuk aku mendownload Codec dan hasilnya selepas itu, aku dapat menonton video itu dengan penuh bergaya. Terima Kasih GOM Player. Sebelum ini video itu tidak mampu aku tonton menggunakan apa sahaja player termasuklah VLC Player. Jika sebelum ini kau rasa VLC Player sudah cukup bagus, GOM Player lagi bagus. Aku jamin! kau cubalah. Paling aku gemari, aku boleh memainkan sebarang video dalam Full Screen. Ianya bukan sekadar Full Screen tetapi dilengkapi juga dengan fungsi Full Screen Stretched bermakna jika notebook kau selebar 1KM, bermakna video itu juga akan melebar kepada 1KM sehingga tidak terdapat langsung ruang kosong di monitor kalian. Eh, tak logik sungguh aku ni. Wujud ke notebook selebar itu?

Selain itu, GOM Player menggunakan sepenuhnya keyboard untuk menjanakan fungsi mereka. Untuk nak forward atau rewind video, tekan arrow kanan atau kiri. Untuk kurang dan tambah volume, guna arrow atas dan bawah. Full Screen tekan Enter dan untuk Full Screen Stretched, tekan Ctrl + Enter. Terdapat banyak lagi shortcut lain yang perlu anda explorer sendiri menggunakan GOM Player.

Ingin download? Terus sahaja ke website’nya http://www.gomplayer.com dan lihatlah sendiri pelbagai kelebihan player ini yang tertulis di sana. Cerita pasal Interface’nya, aduhai, sungguh menawan kalbu dek kerana oren warna kegemaranku. Berikan respon anda mengenai player ini. Aku tunggu kerana aku ingin tahu.

Ditulis pada 3:29 AM 3 September '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 499 views | Dalam kategori: Lain-lain | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

28 Comments »

Comment by musnazdotnet
2007-09-03 10:32:22

pergghhh! hebat giler info, cayalah! thanx!

*oh? favourite color khai oren ye? bukan pink ke? hu hu….

..
 
Comment by pluginbaby
2007-09-03 11:15:41

mmg best gom player.. tp satu yg aku tak puas hati adalah kadang2 ripper video ni dia gatal tgn wat cropping.. jadi video yg hdtv pun jadi mcm biasa… so bila gune gom player nih.. aspect ratio dia mmg lari.. dpt la tgk pompuan kurus jadi gemuk.. lol

..
 
Comment by Zik
2007-09-03 14:30:14

GOM Player memang best. Kepada saudara/i yang malas install codec pack, GOM Player menjadi pilihan. Tapi tetap suka kat windows media classic, licin jer skrin lcd kalau tengok haha.

Khai nak tanya? setiap satu entri kat blog ni boleh letak satu komen jer ke? Semalam saya cuba balas komen dari entri sebelum ni dia kata duplicated apa entah? kena tunggu Khai approve atau memang tak boleh letak lebih dari satu komen setiap satu entri?

..
 
Comment by Fahmishah
2007-09-03 14:52:21

wah…mesti donlod..best2..

..
 
Comment by Khai
2007-09-03 15:16:15

[Comment ID #11860 Will Be Quoted Here]

antaranya la bro…

[Comment ID #11861 Will Be Quoted Here]

so jgn la lebarkan full screen.. hakhaks…

[Comment ID #11864 Will Be Quoted Here]

takde la bro.. leh komen mana2 post je.. no limit.. kalau dah komen x kuar tu, takpe, nanti khai approve kan..

[Comment ID #11865 Will Be Quoted Here]

jgan segan2 ๐Ÿ˜›

..
 
Comment by zack
2007-09-03 15:49:42

salam.khai, ko dah try k-lite mega codec?
aku dah try gom player nih tapi aku rase k-lite mega codec nih lagi besh..
codec complete..semua ader.
x payah dah nk install asing2…
siap skali ngan player windows media classic..
mmg gom player nih interface die lawo..
tapi aku rase performance die x sehebat windows media classic player..
just my opinion..huhu
ps:usya2 ah blog haku.baru wat.hehe

..
 
Comment by dott-com
2007-09-03 17:36:30

trima kasih ntuk info, maka akan btambah koleksi donload aku..

..
 
Comment by Fahmishah
2007-09-03 18:11:55

sudah di download.. best pakai..ringan plak..dah lar free..percuma plak tu..

..
 
Comment by rokudaime_jr
2007-09-03 19:03:42

Cun…satu lagi software bergune utk aku cube..Thanks khai…Hehehee….Blog aku lama ko x jenguk….Jenguk2 la…aku tiap2 ari jenguk blog ko….Hehehe…

..
 
Comment by Khai
2007-09-03 20:09:52

[Comment ID #11870 Will Be Quoted Here]

tambah jgn x tambah

[Comment ID #11871 Will Be Quoted Here]

haah, dah la free..percuma plak tu kan? hahaha..

[Comment ID #11872 Will Be Quoted Here]

ye le.. nanti aku jenguk.. ikut turn.. hehe.. busy skit la bro.. sowy okie.. hehehe..

..
 
Comment by manchurr
2007-09-03 20:24:34

wahh! thanx la khai! ok gak ni.. walaupun aku rasa media player classic dah best..

..
 
Comment by azmie
2007-09-03 20:28:08

saper yg agak2 malas install mcm2 codec tu, download ajer K-Lite Mega Codec, siap install kebanyakan common nyer codec…media player classic pn ader…leh main bermacam2 jenis format cam 3gp, mkv, mp4 …dll ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by medic_khai
2007-09-03 22:49:38

huhu ..
bnda ni dh lama aku pakai ..
huhu mmg beshh .. smpaikan ckgu2 kat sekolah aku semua pakai gom playerr … hahaha ….
kbyakkan notebook yg aku bukak semuanya dh ada gom playerr …

..
 
Comment by Khai
2007-09-03 22:51:36

bro azmie, kira sama la function macam GOM ni ek…. tapi kene donlod ar.. kejap je..x leceh pon….

..
 
Comment by pat
2007-09-04 02:32:18

yay!!khai…. aku kembali mengomen blog ko… aku bkan tak nak komen,tapi macam la ko tak tau tenet kat sini cam tut…haih…..sakit jiwa..esok nak tunjuk flash kat sir ni khai…huhu ko tolong aku wat…aku bagi ko pkai my N73 amacam..ahaks..:)

..
 
Comment by Eriyza
2007-09-04 02:40:25

Khai, kalo best benda nih, akak nak cilok juga buh kat blog. Mintak izin noo. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Leeza
2007-09-04 15:05:23

memang best … cepat giler … so far baru cuba file utk mediaplayer jer coz tu jer yg bole dibukak sebelum ni .. maybe akan try lain plak .. thx a lot ..

..
 
Comment by mohdismail
2007-09-04 17:39:27

first time siot aku dgr player ni.. yg ada dlm pc aku, Windows Media Player dgn Media Player Classic… lain tarak! ha ha..

..
 
Comment by Khai
2007-09-04 17:48:58

[Comment ID #11861 Will Be Quoted Here]

oh ye bro, aku nak perbetulkan skit pasal GOM ni.. pasal aspect ratio jangan risau sebab GOM Player ni dah betul2 disaluti dengan Aspect Ratio option. Bezakan ikut shortcut ke full scree..

Enter = Full Screen
Ctrl + Enter = Full Screen Stretched
Ctrl + Alt + Enter = Full Screen Stretched (Keep Ratio)

atau nengok sendiri option dia (right click masa video tengah play)…

[Comment ID #11883 Will Be Quoted Here]

hehe.. aku faham.. dah aku pon pakai internet kaum sejenis dengan ko.. nak wat camne.. lembap je la line die.. ape pon ala x heran la n73 tu… orang nak iphone.. hehe

[Comment ID #11884 Will Be Quoted Here]

ye ye.. silakan.. benda baik dikongsi bersama..

[Comment ID #11891 Will Be Quoted Here]

try la 3gp ke, flv ke, mp4 ke.. sure puas hati… isk isk.. best bangat..

[Comment ID #11892 Will Be Quoted Here]

pe lagi bro, install le jgn malu2.. hehehe..

..
 
Comment by under18
2007-09-04 23:18:40

ble thn la GOM player nie……
dia punya setting pun simple…..
easy 2 use….

..
 
Comment by Hard2K
2007-09-05 14:56:57

Bagus jugak menda nieh tapi aku lebih suka mengguna kan K-lite Codex yang lebih ringan serta PERCUMA!!! seriusly dah penah try benda nieh tapi x berapa puas hati sebab bila full screen gambar jadik x elok. so kalau better use K-lite codex megapack yang menggunakan windows media player clasic yang ringan serta x membebankan.. :d

..
 
Comment by Khai
2007-09-05 15:58:43

gom pon ringan ape bro… tu la… klite mmg ok.. cuma GOM ni mesti cuba.. nak install pon dia dah suruh pilih nak ringan ke berat…. and bila full screen, nape plak gambar jadi x elok… ok je aku nengok.. kalau video kecik, forsure la x elok kan.. adat le tu.. hehehe

..
 
Comment by kid
2007-09-05 16:17:06

dah setengah tahun aku pakai aplikasi media ni..memang best..power and simple..

..
 
Comment by misskaka
2008-08-31 02:48:49

salam khai..
sy ni bru je jmpa blog khai ari ni..
x sangka best siot blog awk ni ye..
thanks a lot coz introduce pasal gomplayer ni..
laslty sy bleh jgk bukak video format mp4 sy..
hahha..lega..
xpe la dah lama pun awk post psl menda ni asal still available kan..
tu pun rmai yg tak tau..
tp pasal video dia main straight suma video kta..
bkan ke main yg kta choose je??

..
Comment by Khai
2008-08-31 03:23:47

same2 misskaka..

pasal play video semua tu, you highlight semua video dalam folder tu, then right click n choose play with GOM player.. then semua video tu akan dimasukkan dalam gom player playlist dan akan dimainkan secara terus menurus yg membuatkan kita takde la leceh nak double click lagi file2 yg nak di open…

..
 
 
Comment by hamzi
2009-11-21 20:42:44

tolong jelas kan saya tak faham macam mana gom ni
? Apakah elemen multimedia yang digunakan (animasi, audio, teks, grafik, video) dan bagaimana elemen-elemen ini dapat mempertingkatkan perisian?
? Apakah kesan sekiranya anda membuang (eliminate) separuh daripada elemen-elemen atau kesemua elemen-elemen ini?
? Apakah kesan sekiranya anda menggantikan sesuatu elemen dengan elemen lain (Contoh: menggantikan teks dengan grafik dan sebagainya)
? Bagaimanakah rekabentuk antaramuka utama?
? Apakah maklumat yang terdapat pada antaramuka utama?
? Jenis kawalan/peralatan navigasi yang digunakan pada perisian (Contoh: butang, hiperpaut dan sebagainya)
? Anggaran masa yang diambil untuk menyempurnakan (complete) keseluruhan perisian yang dipilih.
? Kelebihan dan kelemahan perisian yang dipilih.
? Apakah cadangan untuk memperbaiki produk.

..
Comment by Khai
2009-11-22 03:46:46

LMAO~

GOM hanya pemain multimedia. Motip semua soalan2 tu? kene tanya pada creator GOM sendiri. :[

..
 
 
Comment by keke
2011-01-21 14:03:55

jrg la guna g0m, sbb bnyk songeh ngn codek! guna skunk vlc ja sng! yg xbest vlc xble save playlist! g0m boleh! =(

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post