Selamat Berpuasa & HE for Allah?

selamat-berpuasa-2.gif

Beberapa hari lagi, bulan Ramadhan datang menggantikan Sya’ban. Bulan yang penuh dengan nikmat dari Allah SWT. Jadi dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Meyambuat bulan Ramadhan 1428 Hijrah kepada semua yang beragama islam terutama seluruh produksi Scukz.Com yang tidak henti membantu menaik’kan jenama ini. Diharapkan, kalau tahun lepas puasa tak penuh, tahun ni cuba-cuba la penuhkan ya. Bukan susah pun kalau sedaya-upaya. Alah, persetankan saja tentang rokok, Nasi Lemak, Mc Donald, KFC, Pizza Hutz dan pelbagai lagi perkara yang sememangnya sudah cukup membuatkan iman kita bergelora. Tempoh lebih kurang 12 jam tu, takkan membuatkan kau mati kelaparan. Ini ada jadual waktu berbuka.

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan, “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

– Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya;
– Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri (yang sah okay!);
– Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Jadi, kalau rasa taknak sia-sia berlapar tu, buatlah 3 di atas tu. Jika aku pernah melakukan kesalah kepada kalian, harap dimaafkan sahaja begitu juga dosa kalian jika ada kepada aku, aku anggap 0-0 sahaja. Tetapi kepada insan yang mencuri email aku dahulu, maafkan aku kerana aku tidak dapat memaafkan dosa kau. Kau juga bukan pernah meminta maaf sebaliknya makin keji. Itu janji aku kepada diri aku sendiri.

Oh, aku ade soalan kepada kalian. Jawab jika kau betul-betul tahu. Jika ingin memberikan pendapat, nyatakan itu pendapat bukan fakta. Aku cuma agak konfius, dengan nama panggilan Allah SWT di dalam english. Seperti yang kita semua tahu, Allah SWT tidak mempunyai jantina dan bermakna Dia bukan’lah setaraf dengan kita manusia biasa yang mempunyai jantina lelaki dan perempuan. Aku agak konfius, mengapa dalam english, Allah SWT selalu sahaja digantikan dengan “HE”. Bukan’kah “HE” itu digunakan sebagai nama panggilan kepada lelaki? Aku cuba bertanya kepada seorang kawan dan dia cakap, sebelum ni pernah membaca sebuah kitab tafsir al-Quran yang dialih-bahasa ke dalam english dan “HE” juga digunakan di dalam kitab itu untuk menggantikan panggilan tuhan. Berikut adalah contoh ucapan yang aku terima melalui email petang semalam. Bukan’kah lebih bagus jika “HE” itu digantikan dengan “Allah”.

selamat-berpuasa-1.gif

Aku cuma bertanya apa yang aku terlalu ingin tahu.. tidak terlalu awal untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya sekali. Lagi sebulan je. Kalau merdeka dari awal tahun dah diucapkan, apa pula Hari Raya.

Pssttt: Thanks Ismail kerana highlight kisah cinta aku. Haha > This Link

Ditulis pada 4:40 AM 11 September '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 603 views | Dalam kategori: Religion | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

15 Comments »

Comment by azmie
2007-09-11 06:11:27

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Puasa untuk ko gak khai 😀

patutnyer kalau nak sebut nama Allah ni takyah lah nak guna kata ganti diri, terus sebut nama Allah sahaja…pendapat aku ler

..
Comment by Khai
2007-09-11 10:19:56

thanks bro.. komen terawal buat hari ini. Hurm, khai pon berpendapat sedemikian.. lagi senang kan.. x yah nak konpius dah…

..
 
 
Comment by syuxx
2007-09-11 17:03:00

ohoho~ in my opinion lah Khai kan..
tak kira lah ape juga bahasa yg korang panggil, asal kan hati tetap mengaku Allah taala maha kuasa, korang tetap maseh beriman.
lagipun kan, takkan nak letak “SHE”?
kan martabat lelaki lebih tinggi, so, scr kasar nya bermaksud martabat ALLAH itu lebih tinggi….
oohoh~ in my opinion,..
correct me if im wrong..[syuxx.co.nr]

..
Comment by Khai
2007-09-12 00:34:52

Hurmmm… thanks untuk pandangan anda… ada relevennya juga tu…

..
 
 
Comment by ainee
2007-09-12 02:59:36

salam khai. selamat menjalani ibadah puasa. mudahan kita ini ditambahkan iman dan amal, dan marilah merebut segala peluang keemasan di bulan ramadhan.

menjawab persoalan khai:
mengapa dalam english, Allah SWT selalu sahaja digantikan dengan “HE”. Bukan’kah “HE” itu digunakan sebagai nama panggilan kepada lelaki? Aku cuba bertanya kepada seorang kawan dan dia cakap, sebelum ni pernah membaca sebuah kitab tafsir al-Quran yang dialih-bahasa ke dalam english dan “HE” juga digunakan di dalam kitab itu untuk menggantikan panggilan tuhan.

jawapan saya yang bukan seorang pakar bahasa:
walaupun saya ada pengalaman cetek belajar bahasa arab selama 5 tahun dan sedang mengambil B.Ed TESL, sebagai bukan pakar bahasa, tidak salah menggunakan ‘he’. tidak ada perkataan dalam bahasa inggeris yang sesuai untuk mentafsirkan ‘huwa’. bahasa melayu juga sama. lihat surah al kedua ayat 255 (cuba teka ini ayat apa?!):
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

dan ini adalah terjemahan dalam bahasa inggeris:
Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).

jadi that’s the reason why al quran is in arabic. arabic is rich in vocabulary. unlike english and malay language. so let’s learn arabic.

khai kena jumpa dengan ustaz untuk memahami lebih konsep ilah dan rabb. saya tak dapat berikan jawapan dengan baik di sini.

..
Comment by Khai
2007-09-12 12:12:13

thanks a lot… insyaAllah, khai akan cuba jumpa dengan ustaz nanti untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai hal ini..

..
 
 
Comment by ketuk_angel
2007-09-12 15:55:18

Wahhhhhh canteknya gambar nih… harap-harap penulis nih dapatlah membacanya setiap hari..
semoga amalnya secantik gambar yang di paparkan…
amin

..
 
Comment by pat
2007-09-12 15:59:17

khai sape kawan ko penah bace tafsir al quran dalam bi tu….hurmmm cam kenal jer akakakakaka

..
 
Comment by pat
2007-09-12 16:03:56

lupe nak wish slamat berpuase kat khai..happy becoming ramadhan khai..sorry kalo aku wat salah kat ko slame kite berkawan ni..ok 🙂

..
 
Comment by kid
2007-09-12 21:27:26

selamat berpuasa…

..
 
Comment by Ayie
2007-09-13 01:22:30

Selamat Berpuasa, may Allah accept our efforts and make every second of this month a means of getting His Mercy, Blessing and Forgiveness.

..
 
Comment by lyn
2007-09-13 11:44:09

selamat berpose wat sume..semoga kedatangan ramadhan ni dapat mensucikan kita sume dr segala “kekotoran”..amin…

..
 
Comment by azhad
2007-09-13 11:52:52

Selamat menunaikan ibadah puasa dan lain2 ibadah di sepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga kita dapat melakukannya dengan khusyuk dan diberkati Allah s.w.t.

..
 
Comment by hytiq
2009-08-24 02:48:30

act.smnanye sumer bhse pon mmg gne pnggilan utk llaki 2 gx utk Allah.contoh b.arab s’diri mggunakan ‘hua'(die utk llaki) bg gnti nme Allah 2.
bhse mlyu pon sme gx..kte gne istlah Die.utk mnusia pon kte gne die gx,kn??

“Dialah yg m’jdikan lngit n bumi”.

so,xde yg plek n slahnye.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

  • Adib » Blog Archive » Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...