Ramadhan. Berpuasa sedangkan tidak.

berbuka_puasa.jpg

Ku mengharap’kan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna..

Sedikit petikan dari lagu nyanyian Raihan bersama Manbai ini cukup membuatkan aku betul-betul ingin melakukan tugas sebagai seorang muslim dengan cukup sempurna. Alhamdulillah, aku bukan’lah seorang Muslim yang lengkap dari segala aspek tapi mengenai bab berpuasa, aku cukup menitik-beratkan ibadah dalam rukun Islam ke-3 ini. Hari ini, hari ke-dua berpuasa. Alhamdulillah, semalam aku dapat melaluinya dengan penuh rasa tanggungjawab. Ini adalah kali ke-2 aku berjauhan dari keluarga pada hari menyambut bulan seribu makna ini. Keadaannya sama, masih berhempas pulas menyudahkan assignment untuk pulang beraya seminggu sebelum Aidilfitri tanpa perlu datang kembali ke hostel seminggu selepas raya. Ini juga yang aku lakukan pada tahun lepas ketika masih di Semester 1. Berbuka puasa pada hari pertama tidak’lah terlalu hambar. Berbuka puasa bersama rakan-rakan sedikit sebanyak dapat mengubat rindu berbuka bersama keluarga. Semalam, aku berbuka dengan pelbagai juadah percuma. Ada lauk ayam, sayur, kuih muih, bubur, kurma, tembikai susu dan air yang enak-enak.

Bagaimana puasa anda? Ya, kalian mampu menahan lapar sehingga hampir 12 jam. Adakah itu sudah cukup membuat anda merasakan bahawa sudah berjaya menjalankan tugasan sebagai seorang Muslim. Kau sibuk bercerita kepada kawan-kawan yang tahun ini akan cuba berpuasa penuh. Bukan seperti tahun-tahun sebelum ini. Tetapi cuba kita renung balik, adakah ianya cukup sekadar menahan lapar untuk berpuasa. Bagaimana dengan mata, tangan dan anggota badan yang lain. Adakah ianya turut berpuasa. Sejauh mana’kah diri kalian kepada al-Quran. Aku juga berpesan kepada diri aku. Dalam kesibukan duniawi sebagai seorang pelajar, berapa kalikah aku membaca al-Quran dalam setahun? Jadi apakata kita jadikan bulan Ramadhan ini sebagai masa yang paling sesuai untuk kita membacanya. Imam-imam besar seluruh dunia meng’khatamkan al-Quran sebanyak 2 kali dalam sehari. Ini bermakna mereka telah khatam sebanyak 60 kali dalam tempoh masa sebulan berpuasa. Ramai antara sahabat aku di sini yang berpuasa. Tahniah kepada mereka yang tidak pernah berpuasa pada tahun-tahun sebelum ini. Ada yang kaki botol sudah melangkah ke Masjid mengerjakan Solat Terawikh. Namun masih ada yang berpuasa tetapi masih dengan tabiat kuat mengumpat, mengeluarkan kata-kata yang kurang elok di dengar. Aku sangat heran dengan orang sebegitu.

Di sini ada slideshow yang sangat indah jika didownload oleh kita semua. Baca dan cuba ikuti apa yang ada di dalamnya. Ianya mungkin bukan sebuah jadual harian yang lengkap untuk seorang muslim dalam bulan Ramadhan ini, tetapi ianya cukup untuk kita menjadi seorang muslim yang berjaya di bulan penuh syafa’at ini. Dunia kita sudah tua. Sedar-sedar’lah kepada mereka yang terus sesat. Hindari dunia penuh kehancuran dan pergilah mencari sesuatu bekalan untuk akhirat kelak. Berpesan-pesan kepada kebaikan dan berpesan-pesan kepada sesabaran.

Download (right click & save as)
Ehsan dari saudara Azmie.

Oh, aku rindukan suasana bulan ramadhan di kampung. Mungkin ramai antara kalian juga dapat merasakannya. Ayah ibu, sabarlah menunggu kepulangan anak-anak’mu di hari lebaran nanti.

Ditulis pada 6:17 AM 14 September '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 425 views | Dalam kategori: Daily Craps, Istimewa | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

10 Comments »

Comment by pat
2007-09-14 07:51:41

khai best r berbuka puase semalam kan…hari ni jom bebuke same2… huhuhuhu

..
 
Comment by lyn
2007-09-14 10:11:10

korang tau ape yg plg aku rindu time bulan ramadhan ni..?aku paling rindukan tadarus al-quran…tapi bile dah besar ni susah betul nak tadarus penuh sebulan..biase la faham2 je la..best kan duduk rmi2,gilir2 baca,mmg terasa kemeriahan dan kesyahduan die…rindunyaaaa….

..
 
Comment by azmie
2007-09-14 20:18:43

baru nak tanya soklan tu (bagaimana puasa anda?) huhu

aku tadi pn berbuka ngan ayam percik 2 ketul, 1 lagi simpan spare utk sahur besok…ngan 2 bungkus air tauhu (air yg habes dulu..huhu)

..
 
Comment by ainee
2007-09-14 20:42:48

dalam bulan ramadhan, yg wujud hanyalah diri kita dan rabb. syaitan tiada. bulan untuk menilai dan mengenali diri kita. tahniah khai kerana mengajak pembaca ke arah yang makruf. jom kurangkan maksiat dan dosa.

..
 
Comment by jinbara
2007-09-15 00:49:43

tenkiu khai for the slide…
sedar sikit diri yg hina ni…

tp kan…knapa background slide tu ada dua orang dating, pastu ada sorang tgh skodeng? 😛

..
 
Comment by hafreze
2007-09-15 04:40:09

dah 2 hari puasa..2 hari gak tertinggal terawikh..ekeke..haish..penat sungguh..esemen melambak2..final nk dkat..mak pulak suro balik..dan apsal aku meluahkan kat blog ko khai..haha

..
Comment by Khai
2007-09-15 05:37:54

sebab ko dah terlalu rindukan kampung halaman.. pulanglah……. mereka menunggu tu.. hehehe…

..
 
 
Comment by musnazdotnet
2007-09-15 12:33:03

Selamat berpuasa Khai. Semoga puasa kali ni adalah yang terbaik dalam hidup kita selama nih!

..
 
Comment by gurl life
2007-09-15 14:37:18

selamat bbuke puasa cyg…hehe

..
 
Comment by sWaNtOm_BoMb
2007-09-19 11:03:37

A`ahla.. akO Pung Rindu Nak Sambut Ramadhan Kat Kg. 2nd Time Sambut Pose Jauh Dr Famili. Tapi Yg Sebelom Ni Tak Terasa Sgt.. Sbb Duk Hostel, Juz Beli Makanan Yg Dah Siap. Skang Nih Tiba² Rindu Sgt Ngan Suasana Ramadhan Kat Kg. Duk Umah Sewo.. Masak Sendirik, Rindu Plak Ngan Masakan Mak…WaaaAaaa ~!

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post