Perginya 2007 membawa 1000 alasan

bye.jpg

Pejam celik pejam celik, tahun 2008 dah pun menjelma. Maka genaplah usia Khai 20 tahun. Tidak, makin hari makin tua. Janggut misai semua makin lebat. Tension betul. Meh nak cerita sikit perjalanan hidup Khai sepanjang tahun 2007 ni. Bukan semua la just apa yang Khai ingat. Tahun 2007 dapat aku rumuskan sebagai tahun yang penuh mencabar bagi Khai. Tahun yang penuh dengan pelbagai masalah. Masalah study, website, girlfriend, member dan macam-macam lagi.

Tahun 2007 adalah tahun ke-2 Khai menuntut di Limkokwing University untuk Diploma in Creative Multimedia. Subjek yang sangat fun lagi-lagi kalau dah memang kita minat ye tak? Saingan antara pelajar bagi Khai tidaklah berapa sengit cuma apa yang frust’nya, lambakkan assignment sangatlah mengganggu. Apapun, Lecturer untuk semester dua, tiga dan empat sangat best! Aku mengenali seorang wanita yang insyaAllah, akan ku peristerikannya suatu hari nanti. Mungkin kalian ingin tahu tentang aku dan dia, terus sahaja ke blog Mohd Ismail kerana beliau pernah hightlight hubungan Khai suatu ketika dahulu. Tahun 2007 juga telah membuatkan Khai untuk pertama kalinya me’label seorang lelaki tak guna sebagai musuh. Lelaki seperti aku belum pernah lagi berbuat demikian atau tidak mungkin berbuat demikian melainkan betul-betul perlu. Budak Limkokwing tentu tahu kan?

Jatuh motor lagi satu hal. Dari form 1 bawak motor mengalahkan mat rempit tak pernah jatuh, tahun ni tak pasal-pasal tergolek. Abis berparut lutut. Oh tidak! Korang bayangkan je la, hati ngah happy happy on the way balik lepas dapat lesen L, tetiba tergolek gara-gara pasir durjana. Sebenarnya motor Khai tu yang lebih durjana. Ape taknye, brek belakang boleh tak makan plak time selekoh. Nak taknak, guna la brek depan. Hah ape lagi, time selekoh berpasir, boleh plak guna brek depan, tergolek la jawapnya. Bacalah entri sedih Khai pasal eksiden ni dulu.

Khai menerima hadiah hari jadi paling mahal dalam sejarah. Apa hadiah tu? Nokia N73 tu beb. Sape yang kasi gitu-gitu je? seorang insan yang masih belum pernah Khai jumpa. Seorang akak angkat yang hanya dikenali di dalam dunia maya ini sahaja. Khai ada tulis entri mengenai hadiah itu dulu. Bukan mudah nak jumpa dengan insan mulia dan baik hati seperti itu kan? Yes betul cakap korang, Khai memang bertuah. InsyaAllah hujung bulan disember ini, Khai akan menerima sebuah motor idaman sejak masih sekolah lagi iaitu Yamaha 125zr. Pernah juga ditulis dalam entri beberapa bulan lalu. Motor ini adalah barang yang paling Khai harap-harapkan termakbul pada tahun ini. InsyaAllah. Hidup ini seakan-akan lengkap bagi Khai kerana telah memiliki banyak perkara yang termasuk dalam wishlistiaitu memiliki seorang insan yang sangat disayangi, sebuah handphone 3G, motosikal 125zr dan juga Notebook (dibeli pada tahun 2006).

Tahun ini juga sangat pelik. Entah kenapa dari seorang yang begitu bencikan jeans, tiba-tiba dah minat gile plak nak pakai. Maybe itu dikatakan usia semakin dewasa right? Bukan jeans je, baru beberapa hari lepas Khai belajar cara pakai kain pelekat. Hahaha. Thanks dad sebab ajar pakai dan ikat kain pelekat tu. Hahaha. Maybe bukan sebab nak dewasa kot, ntah-ntah makin tua. Aiyark! Tapi ada juga perkara tak sedap hati yang jadi. Tanggal 23 Februari lepas pada jam 12 tengahari, atuk pergi untuk selama-lamanya meninggalkan kami. Pemergian atuk banyak memberi kesan kepada seluruh anak, cucu dan cicitnya. Kini Pakngah pula terlantar dalam Intensive Care Unit (ICU). Baru semalam Khai pergi Pusat Perubatan Selangor. Pemergian atuk seolah-olah keluarga kami tiada langsung pendinding dari bahana buatan orang yang berhati busuk.

Tahun ini juga Khai dah lakukan terlalu banyak dosa berbanding 18 tahun sebelum ini. Moga Allah menerima taubat hambaNya ini. Azam Khai untuk tahun 2007 adalah untuk selesaikan semua azam pada tahun 2006. Alhamdulillah, dah tercapai dan untuk tahun 2008 ni, boleh la buat azam baru kan? Hehe.. Azam Khai untuk tahun akan datang ialah untuk grad dengan keputusan yang sangat cemerlang. Kalau boleh tahun 2008 nanti taknak berkelahi dengan sape-sape pun. Taknak lagi buat dosa. Nak jauhkan diri dari asap rokok ape lagi rokok. Nak tambah lagi ramai kawan yang betul-betul ikhlas.

So ape azam 2008 korang? eh jap, sebelum sibuk pikir azam 2008 tu, pikir balik azam 2007 yang tergantung-gantung tak terlaksana lagi tu. Ada sesiapa tahun 2008 ni yang berazam kalau boleh nak khawin? Kalau ada, sebenarnya korang sama la dengan Khai. Tapi azam hanya tinggal azam, nak laksanakannya NO WAY! nak kasi anak orang makan ape? makan batu? hakhak!

So selamat Menyambut Tahun Baru 2008 la yer! Jangan sesekali sambut Christmas plak kalau taknak Tsunami berkunjung lagi.

P/s: Eh, ada sesiapa yang sudi designkan theme baru blog ni? Kalau Khai bayar RM100 nak tak? tak cukup? Oklah, up lagi 10 hengget. So RM110.. sape nak angkat tangan? hihi..

Ditulis pada 1:58 PM 22 December '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 609 views | Dalam kategori: Istimewa | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

13 Comments »

Comment by gurl life
2007-12-22 17:31:40

sayang…semoger ditahun baru nie, hubungan kite lebeh mesra..n xder lg masalah2 yg wat kiter gaduh ok….nieza syg abg selalu….

..
Comment by Khai
2007-12-23 08:11:58

ye la ye la.. jgn cakap je plak taw..

..
 
 
Comment by azleah
2007-12-22 20:20:07

khai, ko memang best la wa cakap lu ๐Ÿ™‚

btw, sedih gak knp la my status at scukz jadi VVIP? whereas sy x byr RM40++ pun kat scukz. *sob*sob* sedihnya… org baik kat kite, kite x baik kat org huhu.. xpe la, gath esok lusa tulat, kitorg (me and kechick) akan belanja encik dan puan khai berdua okay ๐Ÿ˜‰

wooo lamaran maya ek, sama aje keadaan kita ni but i never meet him face to face until now. haha. belum masanya budak kecik jumpa bakal laki *lalalala*

..
Comment by Khai
2007-12-23 08:22:19

ala takpe.. its ok.. waa nak lanje ape nanti? hehehe….. ala korang tu yg jauh ya rabbi.. ccammane la nak face to face…

khai even maya pun, tapi dah satu kelas .. nak wat camana kan… lol ๐Ÿ˜›

..
 
 
Comment by kak lia
2007-12-22 20:32:54

selamat tahun baru khai…2008 dah besar adik kak..dah 20thn ye…
semoga bahagia selalu hendaknya..aminn….

..
Comment by Khai
2007-12-24 09:16:05

thanks kak!! gitu juga dengan akak.. moga terus dimurahkan rezeki dan kekal bahagia selalu…

..
 
 
Comment by deennasour
2007-12-23 19:06:02

gagagaga~
kite angkat tgn nak buat theme ada ke org nampak,,haha,,blog kita lagi mcm apa je,,hahaha,,

erm,,yesh2,,aku pun akan masuk 20 tahun,alamak makin tua plak,,janggut tak tumbuh2 lagi,,cuma misai asyik2 cukur~
khai dah pakai kain pelekat? nmpk nya aku je blom pakai walaupun dah nak jejak 20 nih,,,

naik moto sorry le,,khai dpt 125z,nak org plak tak kasi,waalupun mto honda c70 kapcai sbb kl bahaya katanya~

hp? khai dpt N73,kite motorola rosak paksa pinjam dgn akak 3310 yg dah tak dipakai org, notebook? alhamdulilla mak kasi bg gantikan moto yg tak diizinkan di pakai,,,,,,

pemergian ssorg yg disayang,,kai atuk,,deen nenek,,,sayang sgt,,apakan daya,terima sajalah,,,

azam kite 2008 suapaya link blog kita ada dlm khai punya blog,,masih tak ada,,maybe tak cantik di pandang mata khai,,atau blom pm khai di ym,,
salam,,,,,,

..
Comment by Khai
2007-12-24 09:39:52

huhu… sama la.. khai janggut ciput je.. misai dah bape kali plak cukur kan.. hehehe….

lom pakai kain pelekat gak ek? jom la sama sama kita berubah menjadi lelaki melayu terakhir dengan memakai kain pelekat, lalalala.. kain pelekat diguna aneka cara.. lol…

azam mu dah terlaksana.. sorry lewat sikit.. skit je kan.. x marah kan? hehe…

..
Comment by deennasour
2008-01-05 05:00:02

aduh,,tak perasan komen ni direply…
erm..ni mesti sbb keturnan kedua2 belah pihak mmg janggut ciput,hehe..

kain pelekat diguna beraneka cara…pakai sangkut kat bahu je lah,,,hehe,,

azam dah terlaksana,,biar lmbt asalkan selamat.haha.haisy~
thanks~

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by shadowX_19
2007-12-24 10:56:47

hoho… lame tak jeguk blog ko ni..

“Aku mengenali seorang wanita yang insyaAllah, akan ku peristerikannya suatu hari nanti.”

jgn terlalu yakin… panjang lagi perjalan ko tu dan aku mintak ko jgn mengharap sgt kang menyesal tak sudah… time belajar ko jgn mengharap jauh sgt.. wat perkara normal je. kang dah dpt keje n dah leh sara anak orang baru la ko pikir pasal kawin tu… tak semestinya ko kapel skrg n ko akan kawin ngan ngan org yg ko kapel tu.. maybe akan dtg berubah.. tapi selagi ada persefahaman dan usaha insyallah. pe2pun aku doakan korg berdua kekal smpai kawin nanti. jgn lupe jemput aku dah a..

“baru beberapa hari lepas Khai belajar cara pakai kain pelekat.”

adoi. ni la org bandar.. ish2…..

..
 
Comment by Khai
2007-12-24 12:11:22

thanks bro untuk nasihat tu.. ya mmg betul.. khai dah sedar skang.. and i dont care tentang perhubungan tu lagi… khai pun dah x larat.. macam-macam halangan yg x mampu lagi khai tanggung dan sabar..

pasal kain pelekat tu, alaa…. bukan x nak pakai before, tapi… ntah ar.. ahahaha

..
 
Comment by Truckster
2007-12-24 17:09:56

haha ko dah menambahkan bilangan user Jeans kat mukabumi ni….tahniah gua ucapkan pasni blehla Keringkan Jeans ko dengan cara Turbo!!!! Bagaimana caranya??? nantikan demonya kat Blog aku…kekekeke

..
 
Comment by neutronics
2007-12-27 05:47:33

wuwuwuwu <– nanges
miahahaha <– ketawa

itu je yang mampu aku buat.. ngehehe

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post