Google Search Tricks


Ada baca kisah cinta tiga segi si banduan bernama Hazwan dalam blog ni? Kalau belum korang mesti baca kerana sampai sekarang, hits cerita tu sahaja selama tiga minggu dah lebih 20 ribu hits dan dah lebih dari 350 komen dari pembaca dan terus meningkat. Nak lagi best, baru beberapa hari lepas Khai updated (upload’kan) video yang kononnya video pembunuhan Hazwan ke atas girlfriendnya. silalah download.

So cakap banyak pun tak guna sebab korang bukan boleh dengar. Hahaha. Hurm, berapa ramai pengguna Google Search Engine di luar sana? Ramai nyeee… tapi berapa ramai dari itu yang betul-betul mengoptimakan penggunaan Google Search?

Frasa Pencarian Google
Kalau korang nak cari ayat contohnya Pergi ke London iaitu ayat yang tidak terpisah (satu ayat), korang kena letak quotes (” dan “) sebelum dan selepas ayat tu. Contohnya seperti “Pergi ke London”. Google akan automatik mengeluarkan hasil carian mana-mana artikel yang ada menulis Pergi ke London. Kalau tak buat macam ni, Google secara rambang akan mencari mana-mana artikel atau web yang terdapat ayat Pergi, ke dan London. Bila tunggang terbalik hasil yang dikeluarkan, itu bermakna korang mencari sesuatu yang susah.

Gunakan tanda “-ve” dan “+ve”.
Contohnya seperti PKR -kool. Dengan adanya tanda “-“, Google akan mencari mana-mana artikel yang mempunyai ayat PKR dan pada masa yang sama turut menyenaraikan HANYA web yang mempunyai ayat kool dan PKR. Kiranya, takde la keluar result dengan hanya satu kata kunci yang korang letak tu. Err, contoh ayat tu tak bermakna PKR memang kool ok.

Gunakan susunan ayat yang betul.
Ini selalu yang kita buat. Contohnya kalau nak cari perkataan Limkokwing University di Google, ada yang gemar meletakkan University Limkokwing. Suka hati je nak terbalikkan sana sini. Sebenarnya ianya sedikit sebanyak memberi effect kepada hasil pencarian korang. Kalau nak melayu, taipkan aje la Universiti Limkokwing. Bukan University Limkokwing. Ini contoh je sebagai tribute di mana tempat Khai belajar sesuatu sekarang ni.

Google Forced Search
Google memang dah disetting untuk mengeluarkan ayat-ayat biasa seperti “how”, “and”, “what” dan sebagainya kerana ianya mampu melambatkan hasil pencarian korang. Tapi kalau perlukan ayat tu sebagai kata kunci utama pencarian korang, contohnya Khai +and Nieza.

Search for Unique Articles
Ni mudah je. Dari dulu Khai dah guna. Contohnya kalau korang terus nak mencari artikel mengenai Band Hujan di website Berita Harian, so korang kena ingat keyword ni.
site:URL “keyphrase”
Contohnya, site:bharian.com.my “Hujan”

Dot Dot of Google Search
Bagi Khai ini paling best. Dengan menggunakan simbol dot dot, korang akan dapat result dengan penuh sempurna di Google. Contohnya jika korang berhasrat ingin membeli seluar jeans dalam lingkungan harga RM50 hingga RM100, so apa yang perlu korang lakukan adalah, Jeans RM50..RM100. Tambahkan saja dot dot (..) di tengah-tengah tanpa ada space. Begitu juga untuk mencari fakta seperti P Ramlee 1928..1976

Google Define
Gunakan Google untuk mengetahui perkara yang korang nak sangat tahu. Jangan terlalu berharap kepada Wikipedia macam apa yang Khai selalu lakukan dulu. Berpandukan kepada hanya satu maklumat dari Wikipedia, tidak bermakna ianya sebuah maklumat yang lengkap. Contohnya kalau korang search “web 2.0′, so akan keluar banyak maklumat beserta praktikal di mana mampu membuatkan korang betul-betul tahu apa itu web 2.0 bukan dengan hanya tahu definasi sesebuah perkataan atau istilah.

Google Calculator
Google juga boleh berfungsi seperti Kalkulator. Amat mengagumkan. 1st time dengar ke? Kesiannya dia Sebenarnya member-member Khai yang ambil Diploma in Information Technology selalu gunakan untuk menjawab soalan-soalan math yang gila mencabar dengan menggunakan Google Calculator. Diorang cakap, Lecturer bukan tahu beb! Hahaha. Find out more about Google Calculator.

Google Spell Checker
Ini sebenarnya tak perlu Khai masukkan dalam senarai. Tapi rasanya bagus juga untuk korang yang masih belum tahu lagi. Tak kiralah perkataan melayu, english, cina atau apa pun, gunakan Google untuk mencari ayat yang betul kalau korang rasa bit confuse tentang ejaan yang betul. Contoh paling senang kita ambil, kalau korang confuse nak tulis “bussiness” atau “business”. Buka Google dan taipkan bussiness, then akan keluar “Did you mean: business”. So, itulah ejaan yang betul.

Jika sebelum ini korang lebih gemar menggunakan Yahoo sebagai platform utama membuat carian, berubahlah kepada Google. Bagi Khai, Yahoo lebih sesuai untuk search gambar (images) dan Google paling sesuai untuk membuat carian yang lain.

Ditulis pada 2:25 AM 31 March '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 609 views | Dalam kategori: Tutorial | Tweet This!

Eat This Google!:


RSS feed | Trackback URI

26 Comments »

Comment by Mohd Ismail
2008-03-31 05:19:10

[off-topic]

khai, video ni aku pernah tgk.. video ni originate dr tanah Arab jika tak silap aku, orang kampung marahkan si gadis ni sebab berzina.. lebih kurang gitu la citer dia..

then, aku rasa citer Hazwan ni patut di’hentikan da.. sbb benda sahih2 tak betul..

..
Comment by khai
2008-03-31 10:42:36

pulak dah.. kat arab pula dah.. kau lihat entri tu mael.. aku ade kasi detail dari mana asal video tu… aku bukan sebar video tu dengan mengatakan itu video kes cinta tiga segi, tetapi aku cuba memperbetulkan andaian salah orang ramai terhadap video dan lagu itu.. insyaAllah, ahad ni aku akan menginterview lelaki yg mengatakan lagu itu adalah milik dia dan dia adalah pencipla lagu itu.. tunggu saje

..
 
Comment by syamsulariff.com
2008-04-05 20:13:52

eik..ape kena mengena dgn google tricks nie? ape2 pun thanks khai sebab kongsi

..
 
 
Comment by IcedNyior
2008-03-31 06:54:38

I rasa yg +ve dan -ve tu terbalikla. Kalo pakai -ve maksudnya dier TAK akan senaraikan link yg ada perkataan itu. Kalo tak silap la

..
 
Comment by nikillas
2008-03-31 11:53:32

haha.. google mmg ada kelebihan.. aku suka guna google dari yahoo.. nak hack guna google pun boleh….
google pun boleh di hack… kuang2..

command untuk search unique article tu mmg berguna kalo nak cari lagu.. hik3.. kena tau trick dia terutama nak cari file kat share files.. x gitu..

..
 
Comment by zool
2008-03-31 13:58:19

Wah banyaknya tips untuk belajar menggunakan google…
Bagus tips ni

..
 
Comment by azleah
2008-03-31 14:05:09

Google paling best. Plain white je color dia.

..
Comment by khai
2008-03-31 23:01:06

diorang mmg low profile la ek? hehehe..

..
 
 
Comment by khaimmu
2008-03-31 20:35:32

aku suka google.
hehhe
google best!
google ejen pencrian ku heheh ๐Ÿ˜›

..
 
Comment by menteil
2008-03-31 22:50:42

info yang chanteks…
sememangnya bez guna google…
byk lagi yang kita tak tau..

..
Comment by khai
2008-03-31 23:02:23

and of coz akan ada aje benda baru yg akan diorang perkenalkan nanti.. tapi x kasi tahu.. dia mmg nak suruh orang explore whole google kan? hehehe… bagus tul.. main page just ntuk search je.. yahoo dulu macam tu.. tapi now dah gile babi cari duit..

..
 
 
Comment by awqi_zar
2008-04-01 07:15:30

byk lg trick kat google nie khai..ade 1e-book psal google trick..psal google define tue..ak bru jmp trick 2 bulan lpas..mmg elok utk someone yg cari makne ape2.. define:Web2.0 ..

..
 
Comment by Truckster
2008-04-01 11:29:47

waaa bagus la hang ni…aku pon xtau benda ni…main taram jerr kalo nak search

..
 
Comment by deennasour
2008-04-01 19:00:23

kalau lah si Hazwan tu ada blog ke, yg dia kasi kat orang suruh handle bila dia mati, sungguh kaya dah..
mesti byk traffic tu..
ngehe…
deen salu carik info guna yahoo.
tapi kalau dah org ramai guna google, last2 tergerak gak ati ni~

..
 
Comment by Luqman
2008-04-01 19:54:11

Hmm…khai yang Google Define tu caranya gini kan?:

Define: keyword

ek?

..
 
Comment by pluginbaby
2008-04-02 07:52:22

say no to yahoo search!

..
 
Comment by nawkaz
2008-04-03 17:27:52

weahh..trick yg amat begune utk aku..dh la byk mende nk search nk wat assignment..huhu..trimasss…

..
 
Comment by Dante-San
2008-04-03 21:23:24

waa.thx for tips.benda berguna neyh. =D

..
 
Comment by ecahkoop
2008-04-04 03:30:57

huhu!! selame ni tau taip je kalo nak search kt google
x tau lak…ade mcm2…dot2 la…calculator la…

..
 
Comment by titan
2008-04-04 11:01:15

haha. aku dah tau bende tu. tapi wat masa sekarang. aku main taip je. selalunya memang jumpa.

..
 
Comment by PeneRockers
2008-04-05 14:55:18

Wah Khai…informasi yang menarik skali tentang Google…TQ

..
 
Comment by maeng129
2008-04-06 05:04:55

khai, ko biasa x pakai Yahoo??

..
 
Comment by azleah
2008-04-12 22:21:49

baru2 ni aku cari info pasal esemen library, awat aku x jumpa benda yg aku cari kat google ni???? smpi lebam mata aku ni menghadap komputer, lain lak benda yg kuar hmmmm.. google oh google

..
 
Comment by MieMie
2008-05-24 19:21:10

askum khai…betul ke video tue masih ada? klu miemie nak tgk ble tak?byk la org ckp ttg cete nie ek..klu ble..miemie teringin la nk tgk..tu pun klu ada lagi…ble tak khai

..
 
Comment by siti
2008-06-16 10:44:07

khai tul ke cte si hazwan 2,siti teringin sgt nak tgk video pmbnhan 2..tlgla khai bgtau cra2 nye ya………..

..
 
Comment by chika
2009-03-21 04:31:11

hurmmm…good info..thanx

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post