Aku, Kau Berbeza.. Aku, Kau Istimewa

221 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

OIAM3: Tahniah Tomok!!


Maaf kerana update agak slow. Khai sibuk sikit dengan dunia pekerjaan dan pemindahan web web ke dedicated server tajaan Server Freak. Semua pun dah tahu kan? So Khai terima satu artikel ni dari email dan artikel ni memang terbaik untuk dikongsikan. Membuka mata bertapa untungnya kita tercipta sebagai lelaki atau mungkin juga sebagai perempuan. Dua-dua pun sama loo… Baca ye jangan nampak panjang je, korang taknak baca. Mentang-mentanglah takde apa yang lucah. Biasalah manusia. Hehehe..


LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..). Tetapi orang lelaki ada keistimewaan’nya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat org lelaki suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatan’nya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ….
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. “Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya. Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segalayang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri ” (Ali- Imran:103).

Moga dapat menjadi pedoman Khai sendiri dan anda pembaca blog ini. InsyaAllah.

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 3:29 am 2 May '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 221 views
Dalam kategori: Motivasi, Religion | Tweet This!

Eat This Google!: , , , ,


RSS feed | Trackback URI

69 Comments »

Comment by azizwan(dot)com
2009-05-02 04:12:43

post yg menarik dude……

semoga kita semua faham akan tanggunjawab masing2 =(

..
 
Comment by emma songall
2009-05-02 04:34:47

sangat menarik dan berilmiah.
memang patut diemat dalam otak sampai hujung hayat. =(

..
 
Comment by akmal
2009-05-02 06:44:05

hmmm ini betul kerana suami yang membiar isterinya tidak tutup aurat diluar rumah sama seperti menempah istana didalam neraka masyallah 8)

..
 
Comment by cidimidi
2009-05-02 07:25:44

bagus post nie.. nak copy ble? utk emel pd seseorg spy dia ble baca n amik pengajaran…. :8

..
Comment by Khai
2009-05-02 09:26:48

mestilah boleh.. kongsi menda2 camni mmg kool.. hehe ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by ejon
2009-05-02 07:31:59

wahaha.. dia promot lim kok wing skali

..
Comment by Khai
2009-05-02 09:27:25

tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat skodeng budak perempuan mandi.. ohtidak!! hahaha :o:

..
Comment by Kreuger
2009-05-02 20:56:03

nampak entri khai kali ni ade sikit
keterbukaan hati untuk wanita…
erm.. dah jumpe pengganti ke khai..

aku harap macam tuh le.. yang lepas kasik lepas
la… kasi peluang kepada yang baru. jangan dok pk
soal yang gitu-gitu tuh.. hahaah buat senak kepala
jer..

erm.. ok la.. minggu ni minggu rungsing..
mood semua ilang.. :bloody:

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Anarm
2009-05-02 08:06:15

bagus entri kamu kali ni..
semoga semua sedar akan kewajipan masing2,
tanggungjawab masing2.. ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by azleah
2009-05-02 09:21:27

haaaa yg ni bagus.

..
 
Comment by Faiz
2009-05-02 09:41:50

yg sebelah kanan ko tuh , mamat india yang belagak dlu erk dengan mp3 dia ? yang last2 dia masuk mmu tuh ?
ape ntah nama dia aku pown dah lupa.ha3..

tuh nieza kan ? kata dah x nak cakap dah ~

..
Comment by Khai
2009-05-02 09:55:41

betul tu.. tu budak india yang aku pernah cerita dalam justkhai ni dulu.. hehe.. SHhh!!

Yang pic aku dan seorang perempuan tu, itu bukan nieza.. tu awek cina limkokwing maa.. time tu aku kene prank ngan budak kelas.. kene ngorat mana2 awek yg diorang tunjuk..

last2 diorang suruh ngorat awek cina tu.. ngan muka tebal aku gi dan mintak no phone.. nasib dapat.. haha..

nasib diorang x suruh ngorat makcik cleaner.. =(

..
Comment by ubey
2009-05-02 11:54:53

pergh… haha. market test yg bjaya

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-05-02 14:18:28

hehe.. untuk aku lakukan dalam dunia nyata (bukan prank atau sebagainya), sangatlah mustahil untuk seorang yg bernama Khai.. Pemalu habis.. anak sapaa la ni.. :[

 
Comment by 1901
2009-05-02 23:29:56

orang laki ni suke wt keje bukan2~heeeeee ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

 
 
 
 
Comment by applepie
2009-05-02 09:50:12

ya allah, bertuahnye aku jadik pompuan… ๐Ÿ˜‰
baru aku tau, dosa aku ditanggung abah aku
siannye abah aku :oups:

..
Comment by Khai
2009-05-02 09:56:35

Hurm, kalian yang wanita, hati2 lah.. kesian kat parent korang.

..
 
 
Comment by Eriyza
2009-05-02 10:51:21

Enche Khai, awat x ikhlas jer nk tunjuk
pic?? Men blur laa plak. Hehehe!!! :p

..
Comment by Khai
2009-05-02 14:19:43

kalau x blur pic skolah tu, habis kantoi rambut belah tengah.. mamat nerd mana ntah tu.. almaklumla, skolah dulu buat rambut spiky, mau makan kasut spike ngan HEM.. hehehe..

psstt: tetiba teringat muka HEM.. rasa nak masuk skolah balik tarik tetek dia pulak.. sbb dia suka tarik tetek khai.. ape nye cikgu da.. hahaha

..
Comment by aisyah
2009-05-02 15:46:31

xlea blah HEM kamu khai..
tp kalo HEM mmg pangai pelik2 kan..

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by Ozzie
2009-05-02 18:21:11

Xpayah tengok rambut belah tengah Khai..Pakai uniform pengawas tu pun dah komfem Khai ni nerd..Hahaha.. :p

(Comments wont nest below this level)
Comment by 1901
2009-05-02 23:32:00

ade je pengawas yg otai hbs :p :p :p :p :p

 
 
Comment by cayataro
2009-05-03 01:36:19

gay ke hape HEM tu ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜€

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-05-03 01:52:28

cikgu perempuan la sayang.. hehe

 
Comment by cayataro
2009-05-03 20:13:05

:[ :[
ampun cikgi 8)

 
Comment by Atack
2009-05-07 01:04:03

uiks!!!ko nak tarik tetek cikgu pompuan????? cetttt khaiii :aie:

 
 
 
 
Comment by KampungBoy
2009-05-02 11:38:45

Baru terbuka ati para cewek ttg
pengorbanan seorang bakal suami
xghitu khai

..
 
Comment by Nurul
2009-05-02 11:59:30

syahdu….

..
 
Comment by KIMIZ
2009-05-02 12:02:37

Oleh itu wanita, hargailah lelaki sebagaimana lelaki berusaha untuk berkorban bagi wanita.. Jangan mengharapkan lelaki perlu lakukan itu ini untuk wanita. Tapi fahami dan bantulah sebagai seorang wanita.. Sebagai peneman dan penyokong setia seorang lelaki.. Kerana lelaki terlalu banyak tanggungjawab yg perlu dijalankan…

Hehehehe..

..
 
Comment by KNizam
2009-05-02 12:03:24

besar tanggungjawab jadi khalifah di muka bumi ni kan. hehe ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by ejardkethot
2009-05-02 12:56:47

nice entry !!~ ๐Ÿ™‚ thx 4 sharing [sharing is caring]

..
 
Comment by inspirasiizra
2009-05-02 13:48:38

gambar sekolah tu tahun biler khai,,
nape xde kerusi,,
hahaa,,

hm,,
syok jugak kan lim kok weng,,
dulu pernah gak nak mintak kt situ,,
tp ingatkan lim kok weng tu tempat cine,,
so x jadi la amek,,
rugi tul la,,

eh, ngarut lak aku,,
bagus la entry nie,,
baru aku tahu pasal dosa pahal wanita sama lelaki yang tersurat dan tersirat,,
nak copy ayat sket boleh x,,
sikit jek,,
boleh kan kan kan ,,, ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-05-02 14:23:24

Gambar sekolah tu saja-saja je kitorang budak2 kelas nak amik.. bukan gambar official majalah sekolah..

pasal limkokwing uni, bila melayu study tempat cina la bagus.. ikut rentak mereka.. bercampur dgn mereka.. mereka kan kaum yg berjaya kat malaysia ni.. bukan ke belajar biar sampai ke negeri cina.. now, cina dah bersepah kat Malaysia.. ye tak? hehehe..

study kat mana2 pun sama je.. nak rasa best, kene rasa best kat diri sendiri. x yah pedulik orang lain ye tak? hehehe..

psstt: ape kes diriku mempromo limkokwing lagi ni.. ada dapat upah ke?

..
Comment by inspirasiizra
2009-05-02 20:34:33

eh,,
baru perasan,,
banner justkhai dah tukar dialog lak,,
khai nyanyi lagu radja,,
musti gempak kan,,
hahaa ๐Ÿ™‚

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-05-03 01:53:55

“peterpan la bodo” .. hahahaha.. sekadar mengulangi apa mamat gambar paling kanan tu cakap.. jgn maraaa cik izra.. hehehe ๐Ÿ™‚

 
 
 
 
Comment by x-po
2009-05-02 14:29:09

hoho wajah sbnr khai trus menjadi tanda tanya smapi ke ari ni…

..
Comment by Khai
2009-05-02 14:41:48

facebook? myspes? hohoho..

ala bro, aku gemuk (150kg), pendek (140cm), rambut botak tengah, telinga capang, hidung kembang, gigi jongang.. cuba ko bayangkan… :bloody:

..
Comment by 1901
2009-05-02 23:36:58

hahahaa encik khai ooo encik khai~kata2mu itu suatu doa tau ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-05-03 01:54:13

tarik balik ๐Ÿ˜

 
Comment by x-po
2009-05-03 03:56:53

haha tau tkt

 
 
 
 
Comment by Taufik SM
2009-05-02 14:46:39

awat blur kan foto ko … nak tengok muka ko ni hensem ke x ??? hehehe .. ๐Ÿ˜€

..
Comment by 1901
2009-05-02 23:38:33

hurmm kalo ensem konpem taufik jeles kn~ngaaaaa ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by aisyah
2009-05-02 15:52:07

khai pengawas ke dulu?? hohoho..
tu gambo kelas suka suki ea??
bukan tok majalah skolahkan? kalo tok majalah skolah, gle rock takde pakai kusi..

tp kan khai..
pompuan pon senang dapat dosa..
penah dengarkan nnt kat neraka penghuni dye ramai pompuan..
same-samelah saling mjage..

..
 
Comment by me myself
2009-05-02 16:24:54

perempuan kene pandai jaga diri,cian bapak@suami nk tanggung dosa..

..
 
Comment by ustaz
2009-05-02 17:37:06

tapi ex ko xbtudung kan? cemane lak tu? x nasihat die ke?
buangla sume gmba die dlm blog ni.. wt dose je org ramai tgk..

..
 
Comment by boboiz
2009-05-02 17:55:58

Lelaki & Wanita ada kelebihan masing2…

..
 
Comment by shiro91
2009-05-02 19:20:55

artikel yg sgt menarik..
syabas bro.. ^_^

..
 
Comment by fadli
2009-05-02 22:10:05

betul 2…jdi laki ni memg berat ckit..pmpuan n laki masing2 ad klebhan die..

..
 
Comment by 1901
2009-05-02 23:43:09

Allah melebihkan perempuan dan laki dr masing2 segi ๐Ÿ™‚ so tinggal nak jage atau x tu je:) kalo jage insyaAllah jaminan syurga dh dalam tangan:) yang ramai masuk neraka tu perempuan gol akhir zaman~mungkin coz fesyen baju kot~yang btudung pon cam xpakai baju cmne tuh~hurmm renung2kan syarat menutup aurat dalam islam~

..
 
Comment by samanosuke_04
2009-05-03 00:09:06

huhu,
men are not superior to women, and so aren’t women to men..
they’re just different, but equal…

..
 
Comment by jow
2009-05-03 00:09:55

ap alamat email ko khai?

..
Comment by Khai
2009-05-03 01:54:56

khaixy @ gmail dot com

..
 
 
Comment by jow
2009-05-03 00:10:39

salah tmpt brtnya skt…ak dh cri kaunter prtnyaan dlm ni.xde

..
 
Comment by hytiq
2009-05-03 00:19:51

thank’s r ade entri cam gni..
skurangnye,tau gx pe klbihan prempuan dlam dunie ni.
klau x..rse mlang je r jwabnye..!

..
 
Comment by aisyah
2009-05-03 13:54:19

Dulu aku pena bace pasal blog yg dorang wat tu..
mmg terserlah kebabian dowang..upps..
dowang jeles m’sia lg best dr dorg..
xsedo dek diri datang m’sia cari keje..
dah lah bnyk wat onar..
sedar2 lah org negare ko tuh bnyk cari mkn kat cni..
dasar umat xreti nak bsyukur..

..
Comment by h4xor
2009-05-03 16:31:41

mcm sala tempat je nie wahaha 8)

..
 
 
Comment by lily
2009-05-03 23:08:11

syabas kerana mengeluarkn entri cmnieh..
atleast,sme2 dpt ilmu dri entri nieh..

wahh..insap la plk..
huhu.. =(

..
 
Comment by Aby RAd
2009-05-04 00:38:57

islam mmg pndang tggi martabat seorang wanita. tapi org skrg?? suka tindas org ppuan

..
 
2009-05-04 01:58:18

menarik dan tertarik tu… ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by azLina
2009-05-05 18:31:52

entri yg sangat menarik. thanks for sharing !

..
 
Comment by kampunggurlz
2009-05-08 14:04:50

ske bce blog khai,,terutama yg neh…khai 6paknye dh mle berfikiran luas…trus kn usaha mu…huhuh

..
 
Comment by titan
2009-05-08 14:12:05

em. aku ada dapat gak artikel camni. memang best baca.. :8

..
 
Comment by zira
2009-05-11 13:53:08

tahniah khai..
tak sangka plak pencarian berhasil.
ini pun satu dr amal…saling mengingati..

teruskan usaha…

..
 
Comment by MrMantiz
2009-05-11 21:09:50

wah! emmm hebat ko khai. x sangka aku. boleh x klu aku jadikan ko idola aku?.

..
 
Comment by myocieokie
2010-02-18 15:54:47

ui best nya nie..huhuhu… ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Leila
2010-06-13 14:30:23

bagus..lelaki diluar sana patut baca ney.. ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by azan
2010-09-13 15:49:27

khai, ko tggal kat mane? dulu ko skolah mane?

..
Comment by Khai
2010-09-15 01:40:29

Di sebuah daerah di Negeri Sembilan.. Why?

..
 
 
Comment by Faris
2011-04-20 01:13:41

Apa yang kita dah lalui akan terus ke hadapan…kenangan yang lepas akan terus berlalu…

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?