Apa korang buat bila didatangi peminta sedekah?


Kisah hidup si peminta sedekah boleh dikatakan dah lama sebati dengan kehidupan rakyat Malaysia. Di Puduraya, dulu time Khai kecik-kecik, banyak je peminta sedekah atas jejantas tu. Main muzik yang best-best then Khai pun hulur la seposen dua. Masa kecik mana ada sen ye tak? Sebabnya berterima kasih kepada mereka kerana menyedapkan halwa telinga dengan muzik-muzik indah biarpun buta dan tidak berdaya. Bakat dari Allah iye tak? Tapi tak tahu pulak kalau piano tu dah memang setting boleh keluar muzik. Lepas tu dia belasah je main tekan-tekan. Hahaha!

Masa bergerak dengan begitu pantas. Bila Khai dah besar, atas jejantas tu dah takde lagi orang buta duduk bermain muzik mengharap bantuan ikhlas mereka yang lalu-lalang. Mungkin kerana DBKL tidak benarkan atau kutipan mereka selalu dirampok maling-maling Indonesia yang lalu-lalang di situ. Kalau wallet korang pun boleh hilang, apa lagi duit si buta iye tak?

Sekarang, peminta sedekah yang hadir dari satu meja ke meja yang lain di kedai Mamak amat sebati dengan kehidupan kita. Boleh dikatakan sekali lepak, mahu dua tiga orang buta datang dari satu meja ke satu meja duk hulur tisu tak pun penanda buku brail orang buta tu. Dan selama ni Khai tak pernah tak hulur bila mereka datang. Setiap kali datang, Khai pasti hulurkan seringgit tak kiralah berapa orang pun yang datang.


Namun bukan sekarang. Masa melepak dengan member kampung Khai hari tu, lepas dia nengok Khai hulur kat orang buta yang datang ni, dia petik satu topik yang membuka mata Khai. Kata dia orang yang minta sedekah ni boleh disamakan dengan mereka yang muflis. Orang muflis memang dah tentu hilang hak-hak atas dunia ni dan dia perlu berusaha kembali dengan bukan meminta sedekah.

Kata dia lagi, mereka yang minta sedekah tak kiralah buta atau kurang upaya ni sepatutnya duit hanya cukup-cukup untuk kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kira cukup-cukup makan buat alas perut. Dapat hari ni, habis hari ni. Ini tidak, kutipan dengan hanya meminta sedekah sehari kadang-kala melebihi gaji sehari mereka yang kerja di pejabat.


Bagi Khai mereka yang memainkan muzik, berlakon, beraksi, berlawak atau sebagainya, kemudian menerima bayaran dari orang, itu bukan minta sedekah. Itu boleh diketegorikan sebagai satu pekerjaan. Bila orang rasa terhibur, orang bayarlah kepada dia sekadar berterima kasih. Ini yang meminta dari meja ke meja atas dasar kesian ni, camana tu ye? Apalagi macam gambar kat atas tu. Buat muka seposen mungkin dapat seposen. Atau mungkin dapat penampar. Hehehe.

Selama ni Khai sedekah seringgit dua pun dengan niat yang ikhlas. Tapi tak dinafikan dalam hati ni tetap terdetik sedikit perasaan curiga. Bukan curiga pada yang minta sedekah, tetapi curiga insan cukup sempurna yang membawa mereka dari satu meja ke meja. Kawan Khai cerita dia pernah follow mana si buta ni pergi bila dah habis buat kutipan. Kata dia, sampai di satu tempat yang jauh dari pemerhatian orang ramai, dia boleh keluarkan handphone la pulak kan. Lepas beberapa minit panggilan dibuat, datang satu kereta ambil diorang dan mana mereka pergi, tak dapat dikenalpasti. Dari situ dapat disimpulkan, bukan 100% duit sumbangan orang ramai menjadi periuk nasi diorang, tetapi lebih kepada poket mereka yang sempurna atau lebih dikenali sebagai SINDIKET!! Apa yang lagi menyedihkan, kanak-kanak juga turut dipergunakan tanpa rasa belas-kasihan.

Apapun, itu soal mereka dengan Tuhan. Kita yang bersedekah sekadar seringgit ni, anggap sahaja tanggungjawab kita dah selesai untuk si kurang upaya membeli sebungkus nasi buat sebagai pengalas perut untuk meneruskan hidup. Mungkin juga mereka betul-betul memerlukan duit untuk hidup. Orang kata hidup ini bagai roda. Hari ini kita di atas, esok mungkin kita pula yang di bawah.


Korang kalau ada orang datang minta sedekah, hulur ke tidak? Kenapa? Harap dapat bagi pandangan yang bernas kerana ketika entri ini ditulis, dah dua orang yang datang minta sedekah pada Khai, dua-dua Khai jawab “maaf kak, takde duit pecah.” huhuhu. Help me!

Ditulis pada 2:04 AM 28 April '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,028 views | Dalam kategori: Hidup Khai, Tergempar | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

116 Comments »

Comment by muhdzahari
2009-04-28 02:10:46

kelantan berlambak..macam paksa orang lak. muka sama kat mana2 ceruk bandar kota bharu.
tapi kesian, budak2 lagi..siapa la yang gunakan budak2 ni..
“abang, nak singgit. nak makan nasi”
aku penah jawab “abang pun tak makan nasi lagi dik”
ha ha..

..
Comment by Khai
2009-04-28 02:12:23

hahahaha!! aduyai.. lawak-lawak.. kalau diorang jumpa ko lagi pas ni bro dan ko ada sen, bawak je budak2 tu gi kedai.. suh dia makan nasik..

kot kot dah sampai kedai dia cakap, dah kenyang la bang, time tu budak tak budak, ko lempang je dia lepas tu suh kim salam kat abang2 yg paksa dia mintak sedekah tu..

haha.. gila zalim aku! :p

..
Comment by Awek Khai
2009-04-28 02:16:37

kat kota bahru pun aku da kena. diorang amik ksempatan ngan mnjual sticker ayat quran. aku 1st time tlonglah sbb aku mmg mudah kcian. tp bila da 2-3 kali muka sama apa kes?

kna repot 360 ni.

(Comments wont nest below this level)
Comment by muhdzahari
2009-04-28 02:25:54

haha, memang! tapi bebudak tu macam mamak je..macam bukan melayu..
kekadang dengar pelat2 je cakap kelantan.

err..penah sekali, aku naik bas nak balik johor, naik jugak budak tu dalam bas..
kali ni aku jawab lagi..dia mintak singgit lagi, sambil pegang 5ringgit kertas kaler hijau.
aku jawab “tu dah ade 5 ringgit”
budak tu bengang..ha ha ha

 
Comment by Khai
2009-04-28 04:40:34

kes ayat2 quran ni, pernah kena gak.. masa naik bas beberapa tahun dulu. Bangla mana ntah masuk dalam bas masa bas tu berhenti kat sebuah station..

dia masuk je, terus hulur sorang satu ayat sticker tu. Semua dalam bas tu pun amik je la ingat kot kot bangla ni nak buat amal jariah. Ada yang siap kata terima kasih.. Lepas je dia hulur sorang satu dari depan sampai belakang, terus dia mintak duit sticker tu..

Hampes.. nak x nak ramai yang bayar je la dengan muka terpaksa. Nak ubat hati, cakap la takpe la sbb ayat suci Al-Quran kan? :[

 
Comment by suhz
2009-04-28 05:03:31

aku tak bayar, aku pulang balik. buat muka tembok je.. duli ape aku.. aku hulur balik kat dia..

 
Comment by PakciQue
2009-04-28 08:30:04

Bercerita pasal peminta sedekah di kelantan. Ops! Bukan nak bersifat kenegerian. Tapi, berdasar pemerhatian kasar.

Aku tak ingat lokasi sebenar. Tapi, masa tu aku lalu tempat yang sama 2x. Mula-mula orang lain. Bila aku lalu sekali lagi. Aku tengok ada orang lain pula datang, duduk di tempat yang sama. Dan orang yang pertama tadi, bangun dan beredar. Cheh! Ada shift ke?!

 
 
Comment by Amirez
2009-04-29 10:55:08

eheh..cara ni yg aku nak buat lepas ni.
hari tu tak sempat..tgh berenti kete kat traffic light ada budak mintak duit nak mkn tp pakai baju melayu kemas tak comot2 pun

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by exy
2009-04-29 18:04:29

aa ah mmg ah area2 kota bharu kt stesen bas tu, balik2 muka sama, aku dlu ms bljr kt uitm machang, nk naik bas dr kb ke machang tu sll ada mmg muka yg sama je mtk duit, utk pengetahuan korang seme aku ngn kwn2 aku selalu pukul bdk yg mntak duit tu geram sgt, bagi 50 sen x nk nk singgit gak siap2 tarik baju kalau x mo bagi, dh lame2 hangen gak kitorang apalagi hayun je la dengan apa yg ada kt tangan.. kejam kah aku 8)
mula tu aku kesian gak tapi lama2 x kesian dh geram lagi ada
mak dia meniaga kt tepi stesen bas tu, meniaga brg2 cam sikat, gelang plastik mcm2 la, ku tau sbb pnh tjumpa 2-3 kali ank beranak diorg gi beli brg2 kt mydin kb

..
 
Comment by cyberfly
2009-05-05 03:13:57

aku jumpa budak2 mtk sedekah nak main game kat cc :[

..
 
 
Comment by mrx_lonely
2009-04-28 02:12:03

gmbr last tuh plg tak mnahan.. hahaha..
maunyer aku angkut yg kanan skali tuh.. bkn sdekah je aku kasi.. nikah pn boleh.. hahaha ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-04-28 02:13:25

dah agak dah.. kalau aku letak pic budak2 perempuan mintak sedekah main main tu, sah sah korang komen pasal budak perempuan tu.. dasar JANTAN! hehehe..

MrX oii… komen entri la sayang! :o:

..
Comment by mrx_lonely
2009-04-28 02:20:06

adesh bro.. jgn la hangenn.. hehehe..

neway, aku pnh gak kne ceni..
dorang dtg mntk sdekah pstu aku ckp.. ‘kan da bg td’..
tros dorang garu2 kpale yg tak gatal tuh.. pstu blah.. hahaha :bloody:

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-04-28 02:25:03

hahaha.. gelak guling2 jap.. lawak lawak.. patut ko cakap camni bro..

“Nah amik lagi 10 sen.. tadi saya dah kasi awak sehengget kan? so skarang dah ada sehengget sposen.. dah boleh buat beli dunhill sebatang ngan gula 50 sen.. byee!! “..

Kompem nangis hentak2 kaki nye dia.. ngaa.. zalimnye aku :p

 
 
 
Comment by Kill-Vearn
2009-04-28 02:19:52

aku rebut dari ko mrx lonely.. miahahhaaa…

..
Comment by mrx_lonely
2009-04-28 02:21:58

wei.. kte duk brebut neh.. ntah2 khai pn nk rebut sama.. kih3 8)

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-04-28 02:25:22

korang cam x kenal aku camne.. wahahaha :p

 
Comment by 1901
2009-05-02 23:59:35

errr…aku tetibe ase nak tmuntah..nape ye -_-“

 
 
 
 
Comment by Kill-Vearn
2009-04-28 02:18:09

ape yg aku leh katakan disini ialah….

katakan oh tidak pada mereka yg meminta2 ni… sebab ape, mereka tak usaha nak kerja… dan kebanyakannya menipu… banyak dah sindiket2 mcm ni kat KL.. aku kalo org datang meja, wat bodo aje, mls nak kata ape… lain la kalo yg usaha kerja gak, mcm pemain muzik tuh…. kat ondscene.via.my pon ada citer ttg ni.. byk kes… dia lagi selambe badak tanya mcm2.. hahaha…

so kepada yang meminta2 ni, kalo terbaca sini, usaha la dulu, insyaAllah ada rezeki untukmu… jgn menipu…

..
Comment by Khai
2009-04-28 02:26:33

syam ondscene tu wartawan.. aku ni wartawan artis je.. kot kot yang mintak sedekah tu leh masuk ohartis layan gak nak tanye macam2.. kang dia putar belit, semua aku ngangguk je setuju.. xde ilmu pasal undang2.. haha

..
 
 
Comment by abdusfauzi
2009-04-28 02:24:35

“xde duit pecah”

bagi je semua, then, khai draw la lagi, hahaha!

..
Comment by Khai
2009-04-28 02:27:46

masalahnye yang takde duit pecah tu sehengget je.. nak buat bayar teh tarik.. :8

pe kata ko bank in aku 100 bro.. nanti aku pas kan kat makcik yg mintak sedekah tu.. sama2 dapat pahala ape? huhu ๐Ÿ˜€

..
 
 
Comment by .AzFaRuL.
2009-04-28 02:33:03

tak pernah bagi, sebab lebih banyak yang menipu daripada yang jujur.

lebih baik sedekah kat masjid atau persatuan. at least boleh confirm duit tu disalurkan ke mana. bukannya sebab kita kedekut, tapi kita pun bukannya gaji berjuta pound sterling nak bagi-bagi camtu je.

mieux prรฉvenir que guรฉrir (better safe than sorry).

..
 
Comment by x-po
2009-04-28 02:43:53

seyes klu org cm2, mmg aku xkn derma py..aku akan derma kt masjid je..yg tu je yg plg blh dipercayai skrg ni

..
 
Comment by zelo55
2009-04-28 02:44:16

kdg2…
rse sangsi n x percaya aku mngaburi segalanya….
aku tak hulur pada peminta sedekah…
bukn sbb ak kdkut…cume bg ak diorang boleh buat bnde lain slain minta sdekah…

ak tak sezalim yang disangka…tp…
dripada aku tertipu dgn muke n gerak gaya diorang…
ak lg snggup sdekah ke masjid…

..
 
Comment by Rjuna
2009-04-28 02:46:09

Aku kalau tengok badan sempurna sihat jer memang tak bagi punya, macam-macam alasan aku bagi, belum gaji la, takde duit pecah la, kadang-kadang buat isyarat talk to the hand

kalau yang cacat pon aku berkira gak, main lagu tak sedap, takdenya aku bagi, cuma kalau aku tengah kaya n insaf sikit adala bagi seringgit dua

..
 
Comment by lilacfla
2009-04-28 03:01:48

pilih jugak nak bagi. kalau tua, cacat and muka macam orang tempatan selalu aku bagi la.

kalau x selalu aku wat tatau ja. sebab takut nanti menggalakkan pulak sindiket bercambah.
selalu klu tgk aku terpikir, eh datang ngan sapa, or cantek ja bajunya…
kalau di kelantan or kedah org mintak sedekah aku bagi, sebab bukan sindiket kut.

..
 
Comment by izzat aziz
2009-04-28 03:47:45

klau tgk tu kesian.. terutama yg kanak2.. tapi mslhnya kita bg kat dia.. bkn smua dia dpt.. byk dpt kat orang-orang tua yang bengong x sedar diri.. guna budak2 tu.. budak2 tu tak tahulah skolah ketak…

bab bg x bg.. tu tgk keadaan ah.. ada duit kecik bagi.. x de sori…. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by bd fabregas
2009-04-28 03:58:24

bagi aku la, samada itu kerja sindiket ataupun diorang betul2 terdesak, kita yg berupaya ni patut la hulur walau sedikit pun.. sekurang-kurangnya tanggungjawab tu dah kita tunaikan & kalo diorg menipu, itu urusan dia ngan Tuhan, kita tak layak nak masuk campur..

..
Comment by Khai
2009-04-28 04:42:15

kalau kita tahu dia menipu, kita layak juga rasa aku untuk masuk campur bro.. kalau bukan kita yang tertipu, ramai lagi yang akan tertipu.

Rupanya itu kerja sindiket.. so harap lepas ni ramai lebih hati2.. kesian biar bertempat kata orang.

..
 
 
Comment by im
2009-04-28 04:08:28

nak kongsi pengalaman gak. satu ari tu, aku naik bas. time tgu bas nk jalan,ada sorg mamak ni naik atas bas pastu bagi sorg 4 keping sticker Allah n Muhammad. Dia bagi dari depan hingga ke blkg smbil mulut mnceceh ckp bnda yg aku takpaham. Time tu terpinga gak aku.

org dah bagi, amek jela kan. So aku duk pndang dpn jela. tetiba dia cuit aku. dia kata, 4ringgit. ah? dia ckp lagi, 4 ringgit. ntah ape dia pukau, aku trus je kasi 4ringgit.

dia turun je, menyesal trus aku. sbb sticker kecik tu mmg tak brbaloi utk dibayar singgit satu.

eh, jap. ini cerita org jual sticker ke, cte pemintak sedekah? haha. tibai jela. aku anggap aku sdkah je pd dia.

tp lepas peristiwa tu, aku tak pena bg hatta seposen pun kat mana2 pemintak sedekah. even yg dia bediri sblah aku hulur mgkuk slama 10min. dia bdiri 1jam pun lom tntu aku ckp sebutir pekataan pun. malas nak layan. 8) :oups: :oups:

..
Comment by Khai
2009-04-28 04:43:40

alamak.. sama plak kisah kita.. pernah terkena gak.. ada tulis dalam komen kat atas tu haa… ๐Ÿ™‚

..
Comment by suhz
2009-04-28 05:07:21

dulu aku tiap2 bulan ade dlm 2-3 kali naik bas ulang alik perak ke KL, and mmg 90% bila naik bas, seblum bas jalan ade org akan naik hulur sticker tu. Ade gak sampai dia tunggu bas tu sampai duta baru turun. Aku buat tatau je, hulur balik brg ape dia bagi. Seriously, sepanjang dua tahun tu aku tak penah bayar sesen pun ๐Ÿ™‚

(Comments wont nest below this level)
Comment by Rain
2009-04-28 16:27:15

same r bro…
brader yg jage bas 2 pon kasik je bangla 2 naik bas utk niaga stiker kat seremban….
ade yg bek ati…
kasik RM10…
since bas transnasional pindah ke terminal 2…
xpenah da nmpk mke die…
haha :-[)

 
 
 
 
Comment by Mr.Bintang
2009-04-28 06:35:58

aku pun pnah kene gak.. paling mahal aku kasi.. RM 10.. =(
sbb mane de wet kecit… yg org tu pun pandai.. standby siap kat depan ATM.. nak je aku lari.. tp org tu wat muke kesian.. aku x sampai ati. x de wet kecit.. ulur je 10.. huhuhuhuh… selamber badak kering jer.. :o: :o:

..
 
Comment by beliamuda
2009-04-28 07:42:58

kalau tak layan, kesian la pulak.. aku ni pun jenis yang mudah kesian dengan orang.. hulur jugaklah singgit dua… zzz~~

..
 
Comment by smaelz
2009-04-28 08:02:22

Aku pon pernah tgk bdk2 kecik yg selalu mintak sedekah guna henpon tuk telepon someone. Aku mmg x suka la kalu dtg kat aku, pastu tunjuk2 kertas, dan buat muka seposen. Sori la nak bg. :[

..
 
Comment by Wizurai
2009-04-28 08:24:38

kalau aku, aku tak bagi….
sebab dah tau ni mesti sindikit punya….

..
 
Comment by PakciQue
2009-04-28 08:32:13

Aku sekarang dah jarang menghulur kalau ada yang meminta. Entah. Hati aku tak cukup ikhlas nak memberikan sedikit rezeki yang aku ada.

Lagi-lagi kalau yang datang tu siap bawa surat kebenaran lah. Untuk masjid di luar negara lah. Untuk madrasah lah. Entah lah. Aku memang sangat tidak mempercayai mereka.

..
Comment by aca_kadir
2009-05-11 23:35:48

hahaha.. ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚ .klu yg ni slalu dtg kat umah…
siap resit bagai,nak buat masjid la,umah anak yatim…
skali due lyan la bagi..tp dah klu tiap bulan dtg pe cer..??? ๐Ÿ˜
klu kompol resit2 tu bley tau dah bape henget kene songlap gan depe…
bukan x eklas..(ayt budget :aie: )rezki yg dah dibagi tu mmg ler halal kan tp pas tu xder kije la nak lyan…hahahah
bunyi cam bakhil tp yg nak minta tu pon ingat2 arr umah mane yg die dah pi…x la terkantoi… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by mr.sepet
2010-05-26 11:14:37

smlm baru aje aku hulur sikit kt ade org tabligh tu utk skolah pondok,…tpi dapat Yassin free…heheheh

..
 
 
Comment by Hamdi
2009-04-28 09:52:38

nih cerita kat Malaysia
kawan aku dari Bangladesh bagi tau aku kat sana lagi teruk

kalo kat bangladesh, diorang siap tahan kereta ko kat tgh jalan macam polis trafik buat tuh, pastu mintak duit sampai la ko bagi
selagi ko tak bagi, dia akan dok depan kereta ko….

lagi satu, kalo diorang datang kat umah ko! diorang akan tunggu sampai ko bagi duit kat diorang
selagi ko tak bagi, dia akan tunggu
kalo esok ko bagi, esok la baru diorang gerak
pelik ohh dunia skang nih
betul tak?

..
 
Comment by pinkungu
2009-04-28 10:19:37

yg jual stiker tu kalo x mo kasi duit , pulangkan balik jer stiker tu kat diaorg…

Pinkungu kalo naik bas biasa bwk roti @ air kotak. kalo budak2 peminta sedekah ni dtg bg je kat diaorg. Kalo x dtg melantak sendiri la..kenyang aper.
Kalo bg duit pun rasa2 duit tu bukan dpt kat diorg pun..Kalo bg makan sah2 diaorg mkn. X kan tokei sendiket nak makan roti..heheh..

..
 
Comment by jengkoi
2009-04-28 10:23:15

huhuh macamยฒ
ako penah gak kena
datang tmpt ako kerja
mtk derma
then ako tgk certificated die nk mtk derma
then ako tgk ejaan berterabur.
hati ako jadi x ikhlas so ako x kasi.
pastu ckp dekat emak ako.
emak ako cakap kasi jerk lerk.
kita ngan tuhan da setel.
selebihnya dia ngan tuhan
:beurk:

..
 
Comment by Eriyza
2009-04-28 10:28:20

Kekadang tuh bg, kekadang belalu pegi.
Tgk situasi pengemis tuh gak, sbb penah
tgk pengemis di paso malam shopping
kat Ocean Kuantan. :p

..
 
Comment by depurple
2009-04-28 10:41:08

klo dkat sunway lg la, muka stok mynmar cina babun, kaki tgn ade bleh jln begerak mntak sedekah, aku rse nk tendang jek muka sekor2, bengang tahap cipan, aku penat2 kje, pastu nk hulur kt dorg yg x usaha dng kmampuan sdiri..
klo korg prasan kt jejantas sunway tu de 1 family mamak ke mynmar, mak die kt ujg blah sna, anknye ujg blah sni, yg xleh bla ank pmpn die leh lak pkai mekap 6inci, siap pgang henpon, dng kereknye buat muka prasan supermodel nk mntak penampar, perghh panas jek ati ku tgok..

klo kt mamak lg la, mganggu ketenteraman aku jek.. tgah best2 layan roti canai trus rase nak tercekik tgok muka dorg…

jgn harap ku nk bagi walau sesen pn… g mmpos la org nak ckp ku kedekut…

mcm korang ckp, baek aku sdekah kt tabung masjid…
sekurangnye ku tau mne duet 2 pegi.. baru rse puas ati..
drpd bagi kt dorg dng rse ragu2 dan terpaksa itu dah mcm xikhlas jek…

seyesly, ku anti ngn peminta sedekah… :choler:

..
 
Comment by ms elle
2009-04-28 10:47:16

Assalamualaikum……cerita tentang peminta sedekah ni dah lama dah cuma lately timbul balik isu ni .macam yg khai rasa…saya pun selalu rasa bersalah kalau kita tak hulur nanti orang anggap kita ni tak ader hati perut cuma kita jer yg boleh bertindak..dulu saya selalu gak hulur singgit kat diorang tapi saya akan hulur bila dia berseorangan sahaja. kalau yang ada ikut dari belakang sihat walafiat takder maknanya nak bagi bukan ker kalau ikut logik lagi elok orang yg duk mengekor peminta sedekah ni g cari kerja pastu bantu orang yang tak berupaya tu.
saya ader satu cadangan kepada semua… kalau nak sedekah baiklah bagi kepada anak yatim yang kita kenal kesusahannyer atau kita bagi kat rumah anak yatim lagi afdal daripada kita sangsi kepada mereka n mengumpat plak pasal mereka ni hehehehehhe buat menambahkan dosa jer :bloody: wassalam….

..
 
Comment by Aby RAd
2009-04-28 11:04:08

dlu masa aku praktikal kat nstp bangsar..dpn tu ada la petronas.ptg2 ada la sekumpulan mamat mintak derma utk anak yatim kot rasanya.tp derma tu mesti sekurg2nya rm5 ke ats!! :[

dia siap paksa aku sruh “derma”. siap kejar aku lg [sempat gak sorg tu mintak no fon aku]. hampes tul!
aku wat muka bengang smbil b’jln tnpa pandang blkg

..
 
Comment by hana
2009-04-28 11:07:56

tgk keadaan la… klo yg mntk 2 cacat, yg trk lak tu, kdg2 ak bg. klo yg sempurna mmg xkn bg la. sbb bg ak, slagi bley keje, nape nk meminte2? bkn Allah plg xsuke org yg meminte2 ke?

pas2 nk tnye korunk, skang ni tym mkn akn ade yg mntk sdkh hulur ar st krts tls dier dr persatuan bisu n pekak. diorg ni tul ke? nk ckp xgn gak kn da diorg bisu n pekak….

..
 
Comment by -WaN-
2009-04-28 11:19:06

ada yg betol2 sedekah,tp ramai yg tipo. kesian kat budak2 yg jadi mangsa diorang.. :((

..
 
Comment by mie
2009-04-28 11:29:38

masa aku mkn kt kdi da apek cine,mntk sedekah…siap tngu lama gak la…aku ckp..”itu duit sudah byk”…mmg byk la aku tgk dlm botol plastik die pgg 2..jumlah 2 mmg lebih dr duit aku ada…tp..die nk gak..aku ni jns yg xpecaye kpd org mcm 2…so,aku wt xtau jelah…die pun belah jelah pastu…

info ->
dulu da kan terbongkar yg pengemis da rumah dan kereta mewah…lg kaya dr kita…

..
 
Comment by ueby
2009-04-28 11:35:59

kat kota bharu ramai gle peminta2 sedekah. diorang mcm sindiket je. budak2 muke cm mamak. berpuluh2 org. setiap 2-3 ade area2 tertentu. kecik 4-5 tahun pun ade. tarik2 kaki minta singgit. orang x kasi. die sepak kaki aku pahtu lari. klu org2 tua. mayb miskin, xde anak, xde tmpt berteduh, so terpaksa la. tp sian lak tgk budak2 tu.

..
 
Comment by aRiF
2009-04-28 11:37:41

Benda ni mmg perkara yang sering terjadi kat negara kita.. Malaysia n mana-mana sekalipun.

Bagi aku, klu jenis golongan yang benar-benar memerlukan atau memang jenis muka yang tak tahu malu…..

beter buat mcm ni..

1) Kalau diorang lapar — belanja je makan. Jgn pernah bagi CASH MONEY.. (ni biasanya budak- budak kecil yang datang dgn comot-comotzz)

2) Kalau makcik atau uncle yang mintak tlg kena tipu atau kena rompak.. pastu nak pakai duit… bawak diorang ke balai polis.. tapi klu berani la dan rasakan keselamatan terjamin… takpun suruh je diorang pergi sendiri n tunjukkan la direction.. jgn bagi CASH MONEY!!!

3) Diorang nak duit nak beli tiket… takde duit..kena tipu.. musafir.. muallaf.. tlg diorang sebaik-baiknya.. lagi bagus kita buat mesyuarat dgn kawan-kawan kita yang ada masa tu.. apa nak buat.. klu dia nak balik ngan bas.. beli jer tiket bas untuk diorang.. jangan sekali-kali bagi CASH MONEY!!
….

4) Kalau diorang jual tissue, main muzik, atau mmg bagi servis hiburan ke… itu terpulang kepada budi-bicara korang kalian..haa, yang ni baru boleh kasi CASH MONEY!..
ikut keikhlasan masing-masing.. Macam khai ckp, ni bagi aku x termasuk dgn gol. mintak sedekah.. tapi mcm artis jalanan laaa

akhir kata,
TANGAN YANG MENGHULUR LEBIH MULIA DARI YANG MENERIMA

peace!!!! ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜€ 8)

..
Comment by bby
2009-04-28 15:19:17

setuju…. huhuhuhuhhu….
akan dpraktikan….
hehhehheh….
thanks atas kate2 yang memberansangkan tu..
hik2…
peace.. 8) 8)

..
Comment by aRiF
2009-04-28 15:57:41

itu hanya untuk mereka yang meminta-minta.
Sebaik-baiknya kita la yang kena rajin bersedekah
Bukankah dalam harta kita terdapat hak orang lain?

penutup.
~sedekahlah seikhlas mungkin, sehingga tangan kanan yang menghulur, tangan kiri pun tak tahu…huhu…betul ke?~ ๐Ÿ˜‰ ๐Ÿ˜‰ ๐Ÿ™‚

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by virgoes_gl
2009-04-28 11:40:47

kalu kat tempat i… every weekend ade orng mcm2 bangse dtng mintak sedekah dr umh ke rmh… mcm mn dorg mask i’m not sure….. tp kecian gak ade yg byak ank…
kes yg lain plak ms pg raye kat tnah pekuburan mesti ramai duduk deret susur jln.. kalu bg pakain xnak plak nak duit gak

..
 
Comment by Akmal
2009-04-28 11:56:13

=( =( =( =(
kisah pasal sedekah nii tak tau nak cakap ape scam ke benar
bagi je seringgit sorang kalau berderet tu nak kena lempang hehehe 8)

..
 
Comment by inspirasiizra
2009-04-28 12:27:36

aku pun pernah kene ngan orang jual stiker dalam bas,,
tapi aku pulang balek ngan muke bangge,,

hm,,
kalu orang mintak sedekah jek,,
penampilan pemintak sedekah tu kira cam comot2 sket la,,

tapi kalu pompuan cantik mintak sedekah,,
nak buat ape ek,,
๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by ella
2009-04-28 13:11:50

pernah gak ada dua org budak mintak duit ngan aku, aku bg sehinggit..muka cam kesian je kan. =( =( tau dorang cakap apa..’ala kak, dalam poket tu ada lagi..’ kuang asam punya budak… :[ :[ nasib aku ni baik..bg jugak sehinggit… ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ dah bg jari, nak peha plak… :aie:

..
 
Comment by eda
2009-04-28 14:13:18

Soal pengemis, peminta sedekah ni,dah lama terjadi.Ader yang wat muke kesian, ade yg gnkn alasan sakit,anak sakit tak mampu nk bayar bil hospital, yang buta,macam2 lah.Tapi bagi aku, aku xkisahlah pe alasan dorank, aku tetap bagi xkira bape inggit/sen pon.Mybe aku ni jenis yang cepat kesian kot.bagi aku, aku ikhlas nk kongsi pe yang aku ade, setakat derma singgit, xjatuh miskin pon kan, Allah tetap bagi pajala.Tu yang paling penting,Wat amal sikit2, tu jek yang leh wat pahala bertambah.selaian jalankan yang wajib kan.

..
 
Comment by ain
2009-04-28 16:35:18

Bagi saya, kalau org yang minta sedekah tu masih cukup sifat, ada kaki utk berjln, ada tangan utk buat kerja, ada mata boleh melihat, mmg sy xkn bagi walau 10sen.

Tapi, kalau yg cacat anggota, mungkin akan dipertimbangkan. Sebab kadang2 niat kita ni memang ikhlas nk tlg mereka, tapi mereka ni ambil kesempatan pulak. Macam yang kwn khai cakap tu la, ada sindiket semua. Kita nak bagi duit pada dia, bukan pada sindiket tu.

Kalau saya, org datang minta sedekah, terus sy jalan laju2 elakkan diri dari dia. Sebelum tu tunjuk muka kesian, mcm kita xda duet jugak mcm dia. senang cita..
๐Ÿ™‚

..
 
Comment by aisyah
2009-04-28 16:55:28

aku dulu pun panass gak bila nak makan jek, de org datang kat meja mintak sedekahlah, jual tu lah, inilah..aduh..bukan kedekut ke pe..cume aku tak nak dwet aku kasik, tp ketua sindiket haram jadah yg amek..mmg panaz ati aku. Yang aku bengang lg, jual tak nak murah!!! Gile mahal..adeh..pada-pada lah..

tapi satu hari tuh, aku ade baca satu buku..”bersedekahlah selagi kita boleh bersedekah.” penerangan dia, nanti, kat dunia ni dah takde org miskin dah..mase tuh sume dah kaye. Mase tuh nak sedekah kat sape lg??Sedekah tu kan amal jariah yg boleh bawak mati. Untung sape ade tanah rizab, sedekah bina masjid. Sejuk kubur. Insya-Allah..

Sejak tu..aku malas pk dah..ader org datang, aku bglah berape yg aku rase nak bg.. duet tu kemana ke, ape ke..die tipu ke, itu urusan die ngn Tuhan..yg penting niat kita..sape yg rase2 mmg tak nak bagi tuh, xpyh bg..sume bgantung pd niat..buat apa bg kalau kite tak ikhlas kan..

tp yg org jual2 brg..Sorry..i tak beli..i kasik dwet bape i nak je k..hUu..gile blagak siot..!! Tak..bukan ape, mahal!!! Kekadang sticker jek nak dkt RM10..duh..saye pon idup pakai dwet En/Cik peminta sedekah oii..

Lagi satu nak cakap pasal buat amal jariah ni..penah tahu x ajal, jodoh, kerja kita boleh tgk kat tapak tgn? Bukan menilik..tapi mengikut para ustaz, Allah dah tentukan nasib kita. Kita boleh tengok kat tapak tangan. Setiap garis, ada maksud tertentu. Tapi garis tuh boleh berubah. Dengan cara berdoa dan bersedekah. Ini lecturer aku gtau.

Tapi aku pantang betol bila tetibe de org org datang, mintak dwet on d spot ckp wallet kene curik ar..ape ar..poyo la weyh!! Eee..jaki gile aku..yg tuh..mahaplah..saye tak berminat..

uikss??panjang suda?? daaa..

..
 
2009-04-28 17:31:28

aku jarang nk bagi kat org mintak sedekah ni…..
aku lebih prefer bagi ke masjid terus…
kalo bagi kan mcm menggalakkkan dieorang ni mintk sedekah..sedangkan diorang ni nmpk sihat tubuh bdn…tp knp x gune ke arah itu…

“TANGAN YG MEMBERI LEBIH BAIK DARI TANGAN YG MENERIME” ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by epul
2009-04-28 17:51:53

salam,lama sungguh aku tak komen kat blog kamu khai..huhuhu..exam!!!
pasal benda ini kat kgbaru tak payah nak cakap. tiap-tiap malam aku makan kat kg baru tak kira restoren kapal ker,HR ker,sahzana pau,kedai minang ker ada jer orang yang mintak-mintak ini datang dari meja ke meja. aku dah lali….huhuhu. lagi dua tahun aku kat sini beb..huhu. org yang sama jer. Lagi satu kat masjid kg baru ada budak dan mak budak mintak sedekah. Budak tu selalu beri salam bila orang lalu kat nak masuk masjid. assalammualaikummmmm….. sedangkan pusat zakat dekat jer kat kg baru tu…huhu. pak iman tak kesah pun.. :love:

..
 
Comment by azah
2009-04-28 18:25:40

cian kucin 2 xbersalah….^

..
 
Comment by me myself
2009-04-28 22:27:05

ak pn xsmpi hati tgk muke kesian dorg,bg la jgk..
tp kdg2 kalo yg dok mintak2 sgt tu aku try elak sbb rimas..
hehe..

..
 
Comment by mimiey
2009-04-28 22:49:07

kt penang pon byk peminta sedekah
selalu je kna kt terminal feri, stesen bas butterworth, padang kota.
rimas tul, ngn muka seposen nya nk je bg penampor free
hehe…
tp x smp ati lak

..
 
Comment by Penggemar Sandwich
2009-04-28 23:20:35

Ikut situasi.Kalau kesian sangat atau memang nampak sangat tak berkemampuan aku bagi la.Kalau gaya macam memaksa dan berpura-pura kurang upaya,aku akan lari sebelum dia minta sedekah daripada aku.Hee

..
 
Comment by Kreuger
2009-04-28 23:26:39

hadoi ai… ni pon same gak.. tadek ruang nak mencelah. bwah pon bawak la.. janji boleh aku lepaskan gian aku mengomen. dah la seharian aku semenjak dua menjak ni tak boleh nak online kat opis.. gara gara kene cover 1 empty place position kat tempat aku… dah jadik multi tasking, sungguh gampang. *apekan daye.. sabo jer la ekonomi semakin gawat.

cam mintak sedekah, tadi aku baru jer date dengan kekasih aku, ops.. *tunang aku* kat masjid jamek.. alah beli barang untuk birthday mak die. tak kesah la tuh kan.. mesti hang tau kat sana to many begger. hehehe…

kebetulan plak, aku ni dah lapar.. so aku hajak le die singgah kat bazar dekat depan dengan masjid kat situ. hadoi ai.. dari satu begger ke satu begger. siap ade satu asoh tuh datang mintak sedekah dengan berpuisi dalam bahase hokian… macam le aku paham… aku nak tergelak pon tahan.. lepas die blah aku bantai gelak dgn si die.. ngiahaha.. bukan gelak sebab die pemintak sedekah… tapi atlease jangan le bersajak berpuisi dalam bahasa hokien dengan aku… mane aku nak paham.

terus dari niat aku nak kasik.. terus terbantut. hadoi ai… macam mane aku tau die bahase hokian… aku rasekan macam tuh.. sbab sebutan mandrin dah tentu le lain.. cantonis pon aku tau le skit skit… masalahnye pelat tuh.. lemah gemalai membuatkan aku tak tahan nak tersedak minum air..

lawak betoi… then datang lagi satu begger, dukung anak plak. erm… aku cakap.. nampak lagi dia ni. aku pon heran anak sape. sebab langsung tadek iras muka yang mendukung. kalau buat ujian DNA mungkin le baru boleh disahkan sama ade ade cop sirim atau pon tak.

then lepas tuh datang lagi bertongkat, kaki berbalut… masalahnye memang die datang tercapek capek… yang aku nak marahnye.. bandage baru bai… macam baru keluar dari kotak n koyak plastik… chis.. besi cangkok bandage pon masih lagi berkilat… terus aku buat isyarat… “TARAK”

kejam kan… tapi kalau ade mase aku tengah-tengah jalan… terserempak dengan yang jenis mengesot dengan kaki memang kompom terpeleot tuh.. memang aku tak bleh nak blah.. insyaallah aku hulur gak.. series kaki nampak tinggal isi dengan tulang.. dah le tuh.. terpeleot depan belakang…

kalau nko nak jumpe die.. mungkin boleh le ke jejantas berhampiran dengan ampang park ke plaza eh chuan. kat situ aku selalu tengok die ade.

kekadang yang menjadi kompius.. macam mane die boleh mengesok sampai ke Wisma Sentral kat tempat aku selalu lunch… sapa plak yang hangkut die untuk begger kat kawasan tuh… hadoi pening… sah ade sindiket.

padahal… kat wisma celtral tuh, sikit punye ramai otek + polis beruniform… tak tau ape buat.. macam tadek function jer~ :aie:

ok ar.. ini je pendapat aku khai.. sorry kalau aku jadi penutup entri hot hang ni… kekeke~ :bloody:

..
Comment by Khai
2009-04-30 23:06:45

panjang ya rabbi komen si azman.. hehee.. thanks bro.. bila baca komen ko, berkoba2 plak nak nengok insan malang yg cacat tu.. so kesian.. kalau yg macam tu, no doubt untuk kita sama2 membantu dia.. sungguh kesian… =(

..
 
 
Comment by menteil
2009-04-28 23:32:10

aku bagi ikut pada ikhlas..
kalau rasa tak ikhlas aku tak nak bagi.. huhu…

ada satu hari tu, di sek 2 shah alam, sedang aku makan dengan tak berapa nak sedap.. datang sorang budak..

dengan cawan 7E-nya dia tadah kat aku.. kebetulan aku pon cukup2 makan, maka aku tak bagi la…
tapi dia tak berganjak… dia berdiri je depan aku..
nak tanak kena la bagi nak suruh dia blah..

tapi…
tak ikhlas la kan.. sebab aku bagi dengan terpaksa..
kesimpulannya, duit takde dan pahala pon takde la..
ades…

..
Comment by Khai
2009-04-30 23:07:21

bukan ke patut ko buat bodo je bro sampai budak tu blah.. itu KOMPEM KOMPEM sindiket..

..
 
 
Comment by zai
2009-04-29 00:18:17

klu aku nk bg sdekah ni..
tgk org gak..klu cam cukp sifat
xde ape2 kcacatn ,jgn hrp nk bg..
dia bole usehe sndri ape..

tp klu yg btul2 xmmpu
mcm xcukp sift tu bole ler bg..
sjuk ckit ati&xde kraguan..
cam bg ikhls jer gitu..

p/s: nk britau nih .. chelsea the best..ahakz.. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-04-30 23:08:36

chelshit.. lalalala.. jgn maraa….. jangan la final uefa manu vs chelshit lagi.. sah2 penalti lagi dan chelshit cam biasa ar, kalah je penalti ngan ManU.. sejarah mungkin berulang bak kata tomok the momok..

..
 
 
Comment by ismail
2009-04-29 00:19:30

ish..aku dah bawah sangat da nie
kat KL pun banyak jugak pemintak sedekah espesialy kat pasar malam. Siap ada yang baring2 kat atas jalan raya lagi tu.
Tapi prinsip aku…KATAKAN TIDAK !!!!

..
 
Comment by Naive
2009-04-29 00:59:35

um..ni nak citer sket..
ari tu aku gi lepak2 ngan kwn2 aku kat tasik s.alam,pastu ada la sorg mamat bangla,ngan serban n bj melayu hulur kat aku ayat2 Quran smbil ckap, “bagi seikhlas hati..anggap ni fi sabilillah..”.atas dasar sesama muslim,aku pun hulur la 5 hengget,ko tau dia ckap ape? ” tmbh la lg 5 hengget,ni nak beli nasi pun xckup”.
Aik???aku pun amik balik duit tu,pastu aku ckp, “weh,5 hengget ni duit blanja aku utk seminggu tau!!!” aku pun blah…biar ar buruk siku ke,buruk lutut ke..geram aku!!wat main2 ngan ayat ‘fisabililah’ lak.. :p

..
 
Comment by janda Khai
2009-04-29 09:41:51

Selalu kalau diorang minta sedekah mintah duit dan duit tuh untuk sindiket… So apa kata beli jer air tin dan bungkus nasi kandar bagi kat diorang..at least diorang kenyang dapat makan…

..
 
Comment by Amirez
2009-04-29 11:05:05

“Korang kalau ada orang datang minta sedekah, hulur ke tidak?”

Khai, sekadar memberi teguran seperti mana org menegur aku dulu.

seeloknya soalan macam ni tak perlu lg ditanya. bukan apa, takut kalau org yg menjawab dgn jawapan ‘hulur’ nanti akan hilang pahala sedekahnya sbb dh bagitau kat ramai org lain yg tak perlu tahu tentang amalnya, lagiยฒ mcm blog khai ni yg ramai sgt org masuk.

sama juga dgn statement khai “Dan selama ni Khai tak pernah tak hulur bila mereka datang”.

walaupun niat Khai ikhlas beri sedekah, tapi bila dah keluarkan statement macam tu takut pahala sedekah tadi terbatal.

bersedekah ni ibarat memberi dengan tangan kanan tapi disembunyikan daripada tangan kiri.

sekadar berkongsi ilmu yang sedikit

..
 
Comment by anis
2009-04-29 12:10:45

aku pn nak cite gak. hoho!
but ni kwn aku pnya experience laa.
kwn aku cite, time die kecik, wktu tu both of her parents x de kt umah. yg ada adik-brdik die je laa.
then, ada peminta sedekah mana ntah tkn bell umah die.
pstu, disebabkn rasa simpati kpd peminta sdkah tu, abg die bgi laa rm5,
pastu kawan aku ckp, peminta tu ckp, rm5 je?
bgilaa rm10 ke.

benggong pnya peminta.
org bgi rm5 tu pn dh byk kott.
hish hish hish.
ni x, boleh pulak die mintak double.

then abg kawan aku tu trus blar masuk umah die balik.

haha.
yg aku pnya plak, ada org ni dtg dr celah dunia mana ntah, ngaku sekampung dgn nenek aku.
nenek aku plak percaya laa, pastu die pg hulur sikit kt manusia tu.
haih.

zaman sekarang ni susah nak caya kt peminta2 ni.
kesian mmg laa kesian tp berpada2 laa.

..
 
Comment by ejon
2009-04-29 13:07:46

minta sedekah juga dikira pekerjaan sbb mereka berusaha buat muka seposen..

wakaka.. boley ke :aie:

..
Comment by azah
2009-04-29 18:16:33

mcm 2 ka..hihi

..
 
 
Comment by katahill
2009-04-29 16:39:23

salam khai,

Org buta yang main muzik tu, at least ada jugak benda yang dia buat utk org hargai dan dibayar. Dan itu sahaja yg mereka mampu utk sara hidup. kebajikan utk golongan mcm mereka pun kurang. Yg menyakitkan hati kalau org yang sihat walafiat atau masih mampu buat apa2 keje tp sibuk nak mintak sedekah. aku ada pengalaman skali kat hentian pekeliliing ada 2 org macha , sorang muda sorang tua. yang muda tu mintak belas ikhsan sebab katanya situa tu x der duit nak balik rumah. aku tanya dia awak ni sedara dia ke. tak , kawan. u punya kawan u tolong la. aku blah.

..
 
Comment by chep
2009-04-29 17:32:04

aku penah jumpa org buta yg selalu minta sedekah kat hakim s alam. pas dia minta sedekah, dia ikut jalan belakang yg gelap. dahtu dia lipat tongkat dia, buka cermin mata.. member dia datang bawak moto, dia boleh lompat naik atas moto.. cam sial.. aku dah tak lepak sana, dah tak tahu la ada lg ke tak makhluk jahanam tu.. ntah2 dah buta betul2

..
 
Comment by kanasai
2009-04-29 19:01:38

hmm kkdg kesian gak tgk org mintak sedekah ni..
tp yg aku pelik, ada jugak pemintak sedekah yg sihat tubuh badan..rasa nak fly kick jerk..
bdan punya la sihat, x cacat pa pown..tapi malas kerja..
mcm mana tuh..hmm ๐Ÿ˜

..
 
Comment by aizat
2009-04-29 20:40:18

salam khai..standarad ar, isu peminta sedekah ni.. kite sume curiga dan sangsi, tapi kebanyakan individu bukannye sangsi tak tentu pasal, tapi bile memikirkan, kalau duit yg disedekahkan tu sampai ke tangan peminta sedekah tu ok lagi, ni kalo dapat kat sindiket2 yang tahpape.tu yg x baguih.hehe..

jadi untuk mengatasi masalah curiga ini, sy sarankan agar sume orang diluar sana, lebih baik derma terus kat tabung masjid, insyaallah kite sume akan mendapat manfaatnya.. amin

..
 
Comment by ecca333
2009-04-29 22:10:50

Salam..kesian pun ada tgok peminta sedekah nie..dulu sy pun mcm khai gak cepat jer bagi sedekah ngan dorg..tapi skg dah xde wat mcm tu lgi,kali nie bagi makanan jer kat dorg tapaukan makanan lagi berkat kita bgi dorg makan dripada beri duit..klu sy ngan membe gi makan ada left over tapaukan jer time otw balik bleh bagi kat bbudak yg kehulur kehilir mminta sedekah.. ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

..
Comment by lia
2009-04-30 00:55:36

kekadag yg mintak sedekah tu pulak warge asing..dtg sini mintak sedekah..kaye woo..seari kalau srg dpt senggit darab la 30 org darab lg 30 ari sebulan..

..
 
 
Comment by d|n
2009-04-30 02:42:13

gamba las cam pelik je..hehe
papepn..x kish nk bg bape juta..
aslkn ikhlas kerana Allah…huhu ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by wanie2621
2009-04-30 11:46:37

kalau yg dtg dari meja ke meja tu aku tak penah bagi walaupun cara diorg mcm memaksa,contohnye aku tgh mkn ngn member dulu,ade cina tua mintak duit,kita org taknak bg..pastu dia hantuk2 kepala dia kat meja..last2 member aku bg gak..aku wat tak tau je..kawan aku kata..kurang asam tul..masuk rambut dia dlm makanan nnt satu hal plak..dia bising2 atleast dia bg..kalau aku sorry nk bg..
aku hanya akan bg peminta sedekah yg ade jual tisu ke..kad doa2 harian ke..aku beli brg tu,tapi aku bg la lebih sikit dari harga asal..itu cara aku..

..
 
Comment by ejardkethot
2009-04-30 19:01:30

kat area rumah aku pon….slalu je..
stiap hari jumaat msti aada makcik tu bawak anak2 dia…tekan locceng,………………….[aku ada tgk je..pastu aku kuaq cakap…rumah x de org..[ x dak duit lewwwww]

..
 
Comment by syerrie
2009-04-30 22:43:25

ada sekali tu kat kedai roti n tgh pilih2 roti..pastu ada budak kecik datang..main tarik2 baju aku..mintak duit..aku offer roti dia tak nak..nak duit gak..bagi jer la duit sbb risau aku tgk dia cam tak nak lepas baju aku..kecik2 dah pndai psiko orang bagi duit..

..
 
Comment by yazidyahaya
2009-04-30 23:10:01

peh cute giler,,akak-akak tu..mane ko dapat gambar akak tu khai? :bloody:

..
 
Comment by eyeman
2009-04-30 23:19:21

hulur ajelah. hehe.. 8)

..
 
Comment by azleah
2009-05-01 09:59:34

entah la..susah nak kata. tapi meminta sedekah ni bagi aku menjatuhkan maruah… nak sesuatu mesti ada usaha dan kena jaga harga diri..

kekdg aku pelik tgk bersamamu tv3 tu, nangis2 minta sedekah tapi terselit kat jari cincin emas, makan pun boleh tahan ada ikan bilis. dekat sabah ni contohnya ada org2 lagi daif tau, makan bubur je hehari, x ada telur, x ada kicap, x ada ikan bilis etc…sedih aku… bersyukur aku hidup agak mewah mcm ni.

..
 
Comment by fizie
2009-05-01 18:06:45

selagi ada yg memberi selagi tu ia tetap ada.. tak salah kita memberi tapi kadang2 jangan la terlalu murah hati sangat.. sedekah la kat masjid lagi baik sebab kita tahu kemana wang yg kita bagi tu akan disalurkan..

..
 
Comment by VuJiE
2009-05-01 22:25:22

dekat Kota Kinabalu, ramai je peminta sedekah warga asing. Budak2 pula tu. Lepas tu pula menakutkan, dia akan ikut sepanjang kita jalan. Biasanya di jejantas lah ni. T___T
Bila marah, macam diorang tak reti bahasa melayu lah pula. Buat muka tak faham je. Cis! :((

..
 
Comment by KNizam
2009-05-02 12:05:20

aku pernah buat sekali. masa diaorang minta sedekah (esp kanak2) aku tanya dah makan ke belum. kalau dia jawab belum makan aku terus minta order nasi dengan lauk. kesian tengok dia makan dengan lahapnya. ๐Ÿ˜†

..
Comment by Khai
2009-05-03 03:06:07

aduyai… bagus betul knizam ni.. mari semua contohi knizam.. :8

..
 
 
Comment by Taufik SM
2009-05-02 14:52:25

kalu aku , bagi RM 1 atau 2 je ….

sedekah jugak walau x kenal sape die …

..
 
Comment by fadli
2009-05-02 22:12:08

pengemis ni bukan leh caye…kdang2 yg kaya pn ade…siap pki glang ems g…Tp tngk muke kesian plak..he3

..
 
Comment by 1901
2009-05-03 00:16:33

tu kalo kat msia..kalo kat indo tmpt aku blaja ni len plak….kitorg kalo naik angkut (bntk cam van..fungsi cam bas) n angkut tu brenti kat trafik lite mesti ade laki atau budak2 dtg n naynyi2..dh dekat lampu ijau diorg hulurkan beg plastik gule2 mntk sedekah…nak bg pn malas psl tangan pon aku tgk ber tatu penuh~errrrr jijik tol~wt tatu ade plak duit ehh~

pnah skali tuh aku duk mkn bakso,,tibe2 dtg bdk ni ngan baldi kecik(tempat tarok duit)mntk duit..aku n kwn aku wt bdo je~pastu die hentak2 baldi kecik tu kt meja mintak duit..aku tetap wt bdo..pastu bdk tu geram gi kat meja lain,,pastu tetibe dtg balik n hentak2 baldi tuh~aku geram,aku bg 100rupiah je=2sen je :o: :o: :o: :o:

pd pandangan aku kn,,kalo betul2 miskin xpela..ni bdn sihat walafiat tp malas kerja…..geram la jugak..ingat senang ke mak bpk aku nk cr duit….biasenye bile org2 yg betul2 memerlukan duit,,kite leh nmpk dr cara diorg terima duit tuh….yg sgt memerlukan bile dpt duit akn sgt bersyukur..penah dulu kt psr malam msia,,orang myanmar kot…xde kaki sbelah…dh tue…..duk mnta sdekah….aku ksian bg la 5inggit….xpnah seumo idup aku nmpk org yg sgt bersyukur…pakcik tuh ngan muke cm tkejut nak nanges kate trime kasih n sebut alhamdulillah ~aku tgk pn nak nanges gak….rase bertuah sgt diri ni Allah xbg ujian tuh kat aku wt mase ni…..pd hal aku ase 5inggit tu boleh beli ape jela….

ape2 pn yg penting tgk niat..once dh bg jgn difikirkan…kalo fikir nnt setan hasut..kite bg utk ringankan beban die tp kalo die wt bende len,,itu ant die n Allah….

..
Comment by Khai
2009-05-03 03:08:12

best betul baca kisah hidup 1901 ni.. Hurm.. shahdu betul baca kisah pakcik yang dapat rm5 sampai nak menangis tu.. sob sob :8

..
 
 
Comment by i'ien
2009-05-03 02:04:58

Dulu waktu ak mkn malam kat kg baru,ad geng budak pakai kopiah(tp baju biasa je,x pakai jubah pown) pegang kalendar (xsure kalendar pe,somethg islamic kot) dtg meja ak mtk ‘sumbangan’ ntuk skolah dia(skolah tahfiz r).Budak2 tu cam 12-15 taun,ala2 bdk bru nk baligh. Ak bru nak menghulur,tp kawan ak tarik balik tgn ak.Instead of letting me to give a lil somethg2 to tat boy,he went on and asked the boy to recite tahyat akhir,doa qunut and al-baqarah 1-5.Hampass btol, sumer pon dak tu xleh baca,so dia blaja pe kat skolah agama dia? Ak yg rambot warna warni ni pown da hafal benda2 tu dari skolah rndah,apetah lg bdk tu yg skolah tahfiz..Haih, guna agama nak cari simpati,so cheap

..
Comment by Khai
2009-05-03 03:09:30

aiyark!! lepas ni kalau kena kes yg sama, nak suruh dia baca gak la.. baca doa makan pon jadi la.. kot doa makan pon x reti, lempang sekali dua lepas tu syuhhh syuhhh~ ..

hehehe.. kejamnye daku! :bloody:

..
Comment by Taufik SM
2009-05-09 15:56:11

baru tahu ke yg ko ni kejam hehehe ๐Ÿ™‚

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by diddy
2009-05-03 11:19:49

Kalau ada peminta sedekah datang minta sedekah kat ko khai.. ko cakap je macam ni..

“pakcik/makcik/adik/kakak/abang ada maybank2u tak?! duit saya semua dalam bank.. kalau ada, bagi no akaun nanti saya transferkan.. ” hihhi

..
 
Comment by gua.pelempang.jer
2009-05-26 05:52:32

ni plak kisah benar aku.. :p
ade sorang budak cine pakai cemin mate sihat walafiat selalu duk mintak sedekah kt laluan LRT Maluri, tangan sebelah kudung…
sekali pandang siyes nmpk mmg betul2 kudong..tp adek gua gtaw penah nmpk bdk cine bgsat ni baru kuar dari JPN MaLUri tgn xkudong.. ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜€ .. ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ ..
rse klaka ade geram pon ade, nk jer aku pelempg n wat report polis..skg ble aku jln kt lrt tu dh xnmpk plak bdk tu…mybe die dh kantoi kot.. :(( :((
sumpah pasni aku xlyn pengemis2 sialan

..
 
Comment by niraa
2009-06-22 16:40:33

aiyaa
nira pun slalu kowt d ‘kunjungi’ pminta sdekah nie haa
kalu kasi,takot dorg nie sindiket je.kalu x kasi,kesian laa pulek tengok baju rabak sana sini.nak x nak kasi jelaa singgit.janji aku xya nak ngadap muke die lame2.kpd pminta2 sdekah yg palsu lg bsindiket nie,sedap2 ko je nk gune ayat suci alquran tok tjuan yg puake.pandai2 ler engko jawab ngn tuhan nty.nasib engko ler! :bloody:

..
 
Comment by Serex
2009-08-28 13:09:03

Assalamualaikum..
aku newbiess forum nie..
sekader nk creta pngalaman aku..

dl, ms keje kt tebrau, aku pnh diddtngi org jual SEKEPING ketas A4 ayt Quran, pastu mtk wit..
aku x lyn.korang tau die ckp pe?
“dik, duit adik tue bwk msk kubur je..” :[ ..pap,direct trtusuk ati aku.
dh la tgh bersantap ngan gurl aku..

Aku cdgkan,klau ade bdk ke, bangla ke,mtk duit,ckap, npe x kerja?misti dorang ckp “xde keje la bang”.pastu korang hulur la kaki korang, soh die kilatkan.pastu bg duit.haa,keje la tue..

-Ingat!Berjalan pandang ke depan,bukan ke belakang..-

..
 
Comment by Serex
2009-08-28 13:10:06

Sori, kilat kasut daa… 8)

..
 
Comment by rasyd
2010-09-06 19:05:54

Manusia hidup di dunia ni ada yg kaya,ada yg miskin.Semuanya dh ditentukan Allah 10 000 tahun sebelum dunia dicipta.hikmahnya,cuba bayangkan kalau semua orang kaya,tiada org miskin utk dibantu.

apa salahnya membuat amal.walaupun kita bersedekah kepada pencuri sekalipun,sedekah kita tetap diterima.Ada hadith Abu Hurairah r.a berkenaan perkara ini d zmn nabi di mana seorang pemuda bersedekah kepada pencuri,pelacur,orang kaya.

Kemudian ada seseorang yang datang lalu berkata kepadanya, โ€˜Adapun sedekahmu kepada pencuri, mudah-mudahan ia berhenti daripada mencuri, sedang sedekahmu keapda perempuan jahat moga ia segera berhenti daripada berzina. Sedekahmu kepada orang kaya, semoga ia mahu mengambil iktibar (pengajaran) dan segera menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah kurniakan kepadanya.โ€˜โ€ *

bila kita bersedekah malaikat doakan supaya Allah kembalikan semula apa yg kita sedekahkan dgn segera.kalau kita sedekah Allah bagi 10x lebih baik dari apa yg kita sedekah.Orang yang bersedekah hartanya tidak berkurang,tapi semakin bertambah.

Tapi utk yakin dgn semua ini kita perlu iman.sekiranya tiada iman,mana mungkin kita akan percaya harta tidak berkurang dgn bersedekah ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by almond london
2010-09-23 16:44:05

juz nk kongsi pngalaman..tingat zaman kcik2 dlu..de sowg p.cik ni..xla slalu sgt dtg mtk sdekah..kalo die dtg mtk sdekah pun die xmtk bute jer..dtg umah bg salam pastu ckp nk mtk sedekah..aku yg kcik lg ni tgu la dpn pintu..smntra tok aku msk mik duit nk bg kt die,p.cik 2 siap doa ksjhteraan owg yg bg sdekah kt die..abis doa dlm bhasa arab,die doa plak dlm bhsa mlayu..tp skrg ni p.cik 2 dh xde dtg dh..tp kalo jmpe p.cik ni,aku nk ckp time ksih kt die sbb doa utk tok aku..sbb smpai skrg ni pun tok aku msih sht wlaupun umur dh 90 lbh..

..
 
Comment by Faris
2011-04-20 01:16:44

Peminta sedekah kat KL ni sememangnya bersepah…modal muka 10 sen dapat income 5 angka sebulan…hish!!! Sungguh mewah peminta sedekah zaman sekarang ni…

..
 
Comment by Aziz
2011-12-14 20:42:24

assalamu’alaikum…

maaf… sedikit pandangan saudara… tidaklah diterima satu amalan itu melainkan dengan keikhlasan… maksud firman Allah dalam surah ? : ayat 80-83 :

80. Allah berfirman: “Sesungguhnya kamu (iblis) termasuk orang-orang yang diberi tangguh,

81. sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat)”.

82. Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya,

83. kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (1) di antara mereka.

antara tafsiran mukhlis adalah mereka yang ikhlas. dan jika kita masih ingat hadis dari junjungan mulia nabi muhammad SAW: (maksudnya) : … sedekah itu nur (cahaya)… jadi pandangan saya… jika hendak diberi, berilah dengan ikhlas dan tanpa ragu2… keraguan dan was2 itu dari syaitan. kita tak tahu mana satu amalan kita akan dipandang dengan penuh rahmat oleh Allah untuk kita masuk ke syurga-Nya kerana kita takkan masuk syurga Allah tanpa rahmat-Nya. Namun, jika tidak dapat memberi, tolaklah dengan baik, dan doakanlah kebaikan bagi mereka di hati kita. itu sahaja pandangan saya… maaf la yer… salam

..
 
Comment by Aziz
2011-12-14 20:47:14

ayat di atas dari surah saad… saya dah taip dalam arab tapi tak keluar.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post