Apa korang buat bila didatangi peminta sedekah?


Kisah hidup si peminta sedekah boleh dikatakan dah lama sebati dengan kehidupan rakyat Malaysia. Di Puduraya, dulu time Khai kecik-kecik, banyak je peminta sedekah atas jejantas tu. Main muzik yang best-best then Khai pun hulur la seposen dua. Masa kecik mana ada sen ye tak? Sebabnya berterima kasih kepada mereka kerana menyedapkan halwa telinga dengan muzik-muzik indah biarpun buta dan tidak berdaya. Bakat dari Allah iye tak? Tapi tak tahu pulak kalau piano tu dah memang setting boleh keluar muzik. Lepas tu dia belasah je main tekan-tekan. Hahaha!

Masa bergerak dengan begitu pantas. Bila Khai dah besar, atas jejantas tu dah takde lagi orang buta duduk bermain muzik mengharap bantuan ikhlas mereka yang lalu-lalang. Mungkin kerana DBKL tidak benarkan atau kutipan mereka selalu dirampok maling-maling Indonesia yang lalu-lalang di situ. Kalau wallet korang pun boleh hilang, apa lagi duit si buta iye tak?

Sekarang, peminta sedekah yang hadir dari satu meja ke meja yang lain di kedai Mamak amat sebati dengan kehidupan kita. Boleh dikatakan sekali lepak, mahu dua tiga orang buta datang dari satu meja ke satu meja duk hulur tisu tak pun penanda buku brail orang buta tu. Dan selama ni Khai tak pernah tak hulur bila mereka datang. Setiap kali datang, Khai pasti hulurkan seringgit tak kiralah berapa orang pun yang datang.


Namun bukan sekarang. Masa melepak dengan member kampung Khai hari tu, lepas dia nengok Khai hulur kat orang buta yang datang ni, dia petik satu topik yang membuka mata Khai. Kata dia orang yang minta sedekah ni boleh disamakan dengan mereka yang muflis. Orang muflis memang dah tentu hilang hak-hak atas dunia ni dan dia perlu berusaha kembali dengan bukan meminta sedekah.

Kata dia lagi, mereka yang minta sedekah tak kiralah buta atau kurang upaya ni sepatutnya duit hanya cukup-cukup untuk kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kira cukup-cukup makan buat alas perut. Dapat hari ni, habis hari ni. Ini tidak, kutipan dengan hanya meminta sedekah sehari kadang-kala melebihi gaji sehari mereka yang kerja di pejabat. (more…)

Posted on 28 April '09 by , under Hidup Khai, Tergempar. 116 Comments.

Kenapa kita harus sentiasa menerima Qada’ & Qadar Allah?


Assalamualaikum.. Hurm, ni ape kes Khai kasi salam bila nak buat entri ni ek? Sebenarnya tengah dalam mood meng’insafi diri ni. Kenapa tiba-tiba rasa insaf ni datang? Well, terus baca entri ni.

Korang dah join contest Teka Choki-Choki ke belum? Walaupun hadiahnya tak seberapa, lebih 90 orang pembaca Justkhai dah pun join sekaki dan kepada yang belum join tu, masih sempat sebab tarikh tutup pada pagi 1 March 2009 ni.

Tadi dari Google Reader, Khai masuklah blog si X-Po ni dan tak sangka dia ada letak satu video yang buat Khai rasa sedih. Terasa yang kenapa kita perlu hargai diri kita. Kalau kita rasa diri ni tak sempurna, ada lagi yang jauh lebih tak sempurna. Tapi jangan biarkan ketidak-sempurnaan itu membataskan segala-galanya. Ialah, orang yang cukup sempurna macam kita semua, ada juga yang jadi mat rempit, mat ganja dan macam-macam mat yang lain (gua je jadi mat bunga).. Tahu tak, orang kudung pun ada yang jadi Datuk tahu? Usya’lah video kat bawah ni. Video yang buat air mata Khai mengalir sebentar tadi. Ah sakitnya mata. Lama dah simpan air mata. (more…)

Posted on 27 February '09 by , under Media Sosial. 37 Comments.