Ada Apa Dengan Air Kencing Syaitan?


Korang pernah minum arak tak? Ala, kalau pernah pun, takkan korang nak kasitahu kat komen tu plak kan? Tahu malu? Hehehe. Kalau nak tahu, dulu kehidupan Khai masa study kat Limkokwing Univerity, hari-hari berdepan dengan kawan-kawan kaki tonggang. Apa yang memalukan, mereka ni orang melayu dan apa yang lebih penting, beragama Islam. Semua pun tahu yang arak ni adalah raja segala kejahatan. Buktinya, Khai pernah berdepan dengan kes sorang remaja perempuan 16 Tahun yang terlanjur melakukan seks bersama abang kandungnya sendiri. Buat parti mabuk, tutup lampu dan bertukar-tukar pasangan. Bangun pagi, menangis tak berlagu.

Memang kesian dengan agama dan bangsa kita. Patut pun bangsa dan agama lain pandang sinis pada Islam. Agama kita yang paling lantang menyuarakan umat’nya agar jauhi air kencing syaitan ni. Tapi itu yang dilarang agama, itu yang orang kita sibuk nak buat. Ingin mencuba kononnya.

Khai ada kawan yang bapa’nya seorang Tok Imam di kampung. Bapa dia ni memang dikenali dan disegani orang sekeliling. Bukan nak buka pekung sesiapa, cuma bila melihat perangai anak’nya yang kaki mabuk, buat Khai tersedar betul kata orang yang iman tak dapat diwarisi.

Lagi satu 7-Eleven. Dah tahu haram bekerja kat situ, tetap nak bekerja. Kenapa haram? kerana kita dikira bersubahat menjual arak. Siapa yang letakkan arak tu dalam plastik kalau bukan kita? Kalau budak-budak melayu yang datang beli arak, apa hak kita nak melarang budak-budak tu dari membeli? Kedai bapak kita? Pasti itu yang dikatakan budak-budak tu nanti. Jangan kasi alasan cari rezeki yang halal. Macam dah takde kerja lain? Khai pelik bila jejak kaki ke 7-Eleven je, yang kerja mesti orang Melayu. Bukan jarang, tapi buat masa ni memang belum pernah jumpa remaja bangsa Cina atau India yang kerja di 7-Eleven. Korang pernah jumpa? Come-on la bersepah lagi kerja lain boleh buat. Tapi itulah melayu kita. Belajar tak tinggi mana, nak kerja tempat berhawa-dingin je. Gaji nak sedap. Peduli apa mereka dengan halal haram iye tak?

Berbalik kepada soal mabuk, jangan kata nak malu dengan Allah kalau dengan manusia pun tak tahu malu. Buat party like animal ramai-ramai satu rumah dengan member. Rakam guna handphone cikai (sebab kualiti buruk), then tersebar luas sampai ke Youtube. Itu perangai remaja kita sekarang. Nak beromen pun kau punya pasal tapi sibuk jugak nak merakam dengan handphone. Lepas tu bila dah tersebar, menangis. Best nya jadi orang lelaki ni, dia peduli apa. Dia tak luak apa pun. Yang perempuan tu, dah la hilang dara yang dah sedia hilang (cikaro), tambah pula kalau mengandung? Kena pula tinggal dengan lelaki. Antara alasan paling biasa lelaki gunakan bila dah takut, “Alah, ye je anak aku. Entah berapa ramai jantan lain yang dah tidur dengan kau sebelum aku”. Hurm, macam dalam drama picisan kat TV tu la kan.

Khai tak anggap artikel ini sebagai memberi nasihat pada orang lain, tapi lebih memberi nasihat dan ingatan kepada diri sendiri. Khai bukanlah baik mana pun. Khai dulu dengan Khai sekarang memang berbeza. Kalau boleh diundur masa, Khai nak jadi Khai yang dulu. Tapi benda dah jadi tetap terjadi, cuma mulai hari ini Khai sentiasa pastikan, hari dan masa mendatang menjadi hari yang lebih baik dari semalam. Itu jugalah yang terbaik buat semua.

Renung-renungkan dan selamat… Err.. , __________ (sila isi tempat kosong. Hehe)

P/s: Video kat atas tu, member Khai cakap awek belah kanan baju warna hitam tu, dulu satu batch study dengan Khai. Budak Broadcasting. Yana nama dia. Alahai, kecil nya dunia.

Ditulis pada 3:08 AM 12 July '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 892 views | Dalam kategori: Religion | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

133 Comments »

Comment by Abechimaera
2009-07-12 03:20:23

nauzubillah!! apa nak jadi dengan umat islam sekarang ni.
doakan supaya insaf!!!
dan apa yang best skali!!
I’M FIRST!!!!!!!!

..
Comment by azizwan(dot)com
2009-07-12 03:43:32

kamu first ke? oh, tahniah.. nanti claim hadiah kat khai ye. hehehe..

ada betulnya apa kau ckp pasal kerja kat 7eleven tu khai.. yer la, dah kedai tu ada jual arak malah dijual secara open lg, memang sah2 dah dpt dosa bila jualkan benda tu lg2 kat org islam even tak minum.

apa2 pun, memang menepek kaw2 kat muka kalau kena batang hidung apa yg kau tulis kat atas tu. boleh tahan pedas juga ayat2 tu. huhu.. tp seriously, aku sokong 100%..

semoga benda2 ni dijauhkan dr keturunan kita dan seluruh umat islam khususnya. amin..

..
Comment by m&m
2009-07-14 13:52:07

hurm…sblm khai menyentuh soal org2 yg bekerja d 7e… cube fikirkan jawapan utk soalan d bawah…
1- halal jgk kah jika kita bekerja d pasar raya yg besar sdg kan disana jg terdapat babi n arak???
2- adakah bekerja d hotel juga halalkn sedangkan di sana jg terdapat arak n non-halal food???
3- genting… halalkan tempat seperti itu bg umat islam sedangkan di sana jg terdapat sebuah tmpat perjudian yg terbesar,arak n etc… walau pun hanya pergi ke theme park shj???
4- kemanakah wang hasil drpd hotel+ pasar raya+ genting + etc di salurkan n proses rolling money dia???
5- walaupun soalan terakhir ini agak tersasar… tapi soalan ini jg berkaitan dgn halal haram… blh kah sesebuah blog d anggap “halal” utk dikongsi kan dgn umat islam yg lain jika didalamnya mengandungi unsur2 yg boleh mendatangkan dosa pada org yg melihatnya.. especially gambar. bukan itu shj..tapi juga di dalam bidang hiburan di negara kita…????

mari kita fikirkan bersama ya….

(Comments wont nest below this level)
Comment by adib.
2009-07-14 14:32:06

yg nih mmg ada point…tp pikir2 balik la..hg besa ka p semua tempat yg disebut kan tu..

lg satu kalau dah tau duk buat jugak pasai pa?
terangkan dengan lebih lanjut..

dalam masalah kat blog yg khai tulis nih..dia nak habaq kat semua orang masalah orang ISLAM kita terutamanya yang “me-layu” sebab masih duk pekak dengan merempit saja..

kira aku sokong artikel nih..aku komen supaya jadi artikel paling popular…biar semua orang nmpak…

kira ok laa khai expose benda nih…sebab dia dah ada traffic senang orang nk jmpa sbb trafic dah tggi. ni pon kira berdakwah gak nih…apakah usaha anda bagi menyokong?

TINGGALKANLAH PERKARA YANG DILARANG, USAHAKANLAH KEPADA KEBAIKAN….

 
Comment by Khai
2009-07-14 20:00:46

To M & M… x kisah la perkara mana yang patut disentuh dulu.. asalkan tetap disentuh.. Kalau bukan menjadi kesedaran pada orang lain, jadi kesedaran untuk diri sendiri dah memadai..

cheers ~

 
Comment by m&m
2009-07-15 15:47:06

yes i know ianya juga ada kebaikan utk kesedaran kita.. tapi your wording maybe can hurt some one.. becarefull wz that.. remember islam x ajar kita utk berdakwah dgn “kekerasan” or dgn cara yg “kasar”… “kkerasan” & “kasar” yg dinyatakan disini x semestinya dikaitkan dgn contoh pukul, maki hamun, or etc… so hope org yg baca this 2 word kat ats will not naive to understand n elaborate it. but what ever it is.. u really do ur best. im sure all of us can see ur effort n creativity in this blog. good job khai…

 
 
 
Comment by Khai
2009-07-12 03:53:53

Holla… member se’campus. rumah je sebelah2.. hehehe.. hurm, doakan je la mereka insaf. Apa lagi yg mampu kita buat kan since diorang pun dah tua bangka. kalau budak2 skolah rendah, boleh lah rembat dgn tali pinggang.. tarik telinga ke.. ni dah tua2.. hehe

..
 
Comment by OrangSelatan
2010-05-17 00:38:26

macam mana pula dgn pembeli arak?adakah dikenakan tindakan? macam di 7e perlukan ic and di buat rekod,so adakah dikenekn tndkan?

..
 
 
Comment by zelo55
2009-07-12 03:22:57

memalukan…
hrap aku tak terjebak dgn air syaitan nih…
mmber aku ade gk…
tp diorang dah besar n ak dah bg sindiran sinis pun mcm xde gune je…
member…nk buat cmane…
xkn nk kutuk depan2…hurrmmm…

..
Comment by Khai
2009-07-12 03:56:03

jauhi je bro dari member2 macam tu bila kita rasa kita tak mampu ubah mereka. Sebab apa, takut nanti diorang pulak yang mampu ubah kita.. right?

..
 
 
Comment by Roslan Nazri
2009-07-12 03:23:29

giler babil la pompuan dalam video tuh..tak tau malu..fakap la diorang..

..
 
Comment by abdusfauzi
2009-07-12 03:24:00

nice touch bro. nice.
semoga kita dapat elak dari bende2 yang camni. insyallah.

..
Comment by Khai
2009-07-12 04:06:27

InsyaAllah bro.. apa yg penting sekali kawan. Segala2nya berpinca dari kawan. Kedua baru diri sendiri.. so pilih lah member2 yang boleh dibuat kawan. kan kan? hehe..

Kadang2 kita rasa kita kuat untuk elak dari ikut perangai member yg x betul. tapi silap2 kita akan follow juga mereka. Sebab benda2 macam ni, syaitan tu bersusah payah pagi petang siang malam tarik kita ikut benda yg x elok.. aduhai..

..
 
 
Comment by x-po
2009-07-12 03:29:02

macam2 hal org kita skrg ni…lagi2 pmpn…camne nnt ek bila dh kwin? aku pun xleh nk bygkan sume ni..

..
 
Comment by loq
2009-07-12 03:29:48

perasan hot dan modern la tu
minum arak..pasang lagu english…
pakai seksiseksi
tapi loghat bahase tu masih lekat lagi …haha
:oups:

..
Comment by apa boleh buat
2009-07-13 14:54:00

haha.. ganu kite.. ๐Ÿ˜†

..
 
Comment by an2blur
2009-07-13 19:01:54

Kahkah. Terbaek!
Bajet Hollywood budak2 ni.
Panta Timo weh.

Diorang ni sebenarnya dah tau arak tu haram,
masa sekolah pun semua orang belajar Pendidikan Islam.
Yang bukan Islam pun tau arak haram bagi orang Islam.

..
Comment by zorrow89
2009-07-15 22:30:32

org kampung klu dtg bandar mmg cm2 le jadinye..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by blowie
2009-07-12 03:30:24

sebenarnya semua ni kena dibendung dari tahap sekolah lagi.
den ade kawan yang duk tonggang benda ni,duit pun mak bapak bagi ade hati nk minum,ptuihh.

nk larang,siapalah saya ๐Ÿ˜†

..
 
Comment by akudanbulan
2009-07-12 03:40:53

owoh.. wak malu orang ganu jer…

..
 
Comment by Rjuna
2009-07-12 03:42:54

dulu pernah ada hati nak kerja part time kat 7E, memandangkan gaji dia cam jadah n risiko di rompak, aku kensel

baca artikel ko baru aku ingat diorg jual arak, tapi pasaraya pon ada jual arak kan, kira subahat la kan? hmm

camner pulak kalau pengiklan cam Nuffnang or Advsertlets diorg pon ada kerjasama dgn iklan arak (cuma atas syarat tertentu iklan tu tak dipaparkan dlm blog Islam)

kira subahat ke tak?

..
Comment by munirah
2009-07-12 09:14:24

ye ah khai .tolong jawab yang ni.aku nak tau jugak. :0

..
Comment by Khai
2009-07-12 13:09:52

khai kurng arif pasal tu. Leh refer dgn ustaz ke.. tapi kalau ikutkan logik, ape beza kerja 7E dan pasaraya.Beza dia kecik n besar je. Dua dua jual arak.. Kalau pasaraya daging babi pon ada jual skali.. hehehe..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by BroSKL
2009-07-12 03:56:56

hee minta jauh la dari aku benda2 semua ni x sanggup tanggung dosa byk2 ๐Ÿ˜† x kira la kt tgANU ke mana2 sama je manusia ni..dah x takut dosa siap boleh bangga2 lagi.. :bloody:

..
 
Comment by Mr.Amrie
2009-07-12 06:25:55

Salam.. astaghfirullah.. nauzubillah.. apela nak jadi dgn budak skrg.. takde maruah langsung.. mesti mak bapak dia sedih kalu tau perngai anak2 camtu…
Dalam Qanun jenayah syarโ€™iyyah, seseorang yang telah dijatuhi kesalahan minum arak atau sedikit minuman yang memabukkan, meskipun dia mabuk atau pun tidak, wajib dikenakan hukuman cambuk tidak lebih dari 80 kali, dan tidak kurang dari 40 kali cambuk. Hukuman ini adalah berdalil-kan hadisth Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib r.a :

โ€Rasulullah s.a.w telah menyambuk orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Sayyidina Abu Bakar telah menyambuk sebanyak 40 kali juga, dan Sayyidina Umar menyambuk sebanyak 80 kali. Semuanya adalah sunnah Rasulullah s.a.w. dan inilah yang paling aku sukaโ€.

dan waktu aku sekolah agama dulu, ustaz aku ade menyebut, SETITIS AIR ARAK yang diminum, hukumannye 70000 tahun di neraka jahannam. Wallahua’lam…

Aku bukan nak bagi ceramah, pokok pangkal solat kena jaga, sebab solat itu tiang agama dan solat itu jugak akan menjaga amalan kita.. insyaAllah…

..
Comment by azwan
2009-07-12 09:57:03

nauzubillah.
7000 tahun di neraka jahanam. kalau 1 hari punya seksaan pun boleh sakit beribu2 tahun macam mana lagi kalau duduk beribu tahun dalam neraka.

mintak di jauhkan

..
Comment by Khai
2009-07-12 13:12:21

1 hari di neraka bersamaan 1000 tahun di dunia kan? ni kan plak 7000 tahun di neraka.. bape tahun dunia plak tu.. :aie: :aie: do them math lor.. isk isk..

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by Mr.Amrie
2009-07-12 23:15:36

Bukan 7000 tapi 70000… harap2 yg minum arak tu baca komen nih.. baru dorang insaf.. amin…

..
 
 
Comment by beliamuda
2009-07-12 07:25:03

memang tak boleh blah awek tu.. macam sial je kan..

..
 
Comment by cikkonfiuss
2009-07-12 08:06:53

“kalau boleh diundur masa, Khai nak jadi Khai yang dulu.”

apa makna ni?? apa jadi ngan Khai skrg? x best ka? konfiuss~

..
Comment by Taufik SM
2009-07-12 12:05:06

ha..khai jawab r ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Khai
2009-07-12 13:12:57

ada la maksud dia.. rahsia.. hehehe..

..
Comment by cikkonfiuss
2009-07-12 16:21:48

hahaha..apakah ni?? maaf~ x mjawab kehendak soalan. Try again! haha

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by syakur
2009-07-12 08:17:41

salam..

satu perkara yang perlu kita renungi,

“rakyat akan mengikut rentak pemimpin”

baiknya pemimpin, baiklah rakyat,
teruknya pemimpin maka teruklah rakyat

..
Comment by Khai
2009-07-12 13:15:17

Itu pun betul.. as pemimpin sebuah negara yang dikatakan negara islam, bagaimana arak begitu open dijual. begitu open juga boleh dibeli orang islam. 7E la katakan. Bukan kah itu sangat memalukan. Negara islam ape ni?

Tapi kalau nak salahkan pemimpin x boleh juga. Masing2 dah besar panjang.. dah baligh.. dah boleh fikir.. dosa pon dah tanggung sendiri sendiri.. bukan mak ayah tanggung lagi.. dah x nak guna otak, itu la jadi macam tu..

..
 
 
Comment by kliaman
2009-07-12 08:27:22

huhhh..leh tahan gak dak ganu ni erkk..minta2 ler mak bapak dia org sume tgk video tu…wat malu org tua jer..klu dak laki ok ler agi tapi ni betina brooo…hampehhhhh. :p

..
 
Comment by Akuro San
2009-07-12 10:10:04

Dulu masa kat poli, saya ada juga kawan budak laki yg minum ‘benda haram’ nih… apa yg menakutkan, dia org nih beli arak, dan tuang arak tu kat dlm tin air coca-cola. lepas tuh, slumber la minum depan kengkawan perempuan, siap hulur ajak kongsi lagi… bagi yg dah tahu, jgn harap la nak minum air tu, even dia kata air tin tu dia baru buka/ belum minum/ penuh lagi… sbb dah tahu dia org dah ‘refill’ tin coca-cola tu dgn ‘air lain’… tapi bagi yg tak tahu, apa jadi? mmg jadi ‘penyakit’ lah… :bloody:

..
Comment by Aby RAd
2009-07-12 11:57:11

hahaha..nasib la aku xsuka minum coke. bau n rasa pun mcm nak muntah je

..
Comment by casper
2009-07-12 12:46:26

hehee…sama la…
lgpun lepas rasa nak boiket coke…tgk pun xrasa nak minum pon…hehee ๐Ÿ™‚

(Comments wont nest below this level)
Comment by zool
2009-07-13 16:48:47

Jom minum Radix Cola.. Mai secawan…

 
Comment by niraa
2009-07-23 01:51:19

mai secawan!
hahaha ๐Ÿ™‚

 
 
 
 
Comment by Eriyza
2009-07-12 10:23:56

Heharap laa anak cucu cicit
cuit gamit kita seme tak tejebak
dgn benda haram ni. :p

..
 
Comment by Anarm
2009-07-12 11:23:14

apa nk jadi laaa.. bengang lak tgk video tu..
natang berok!! ๐Ÿ˜

..
Comment by niraa
2009-07-23 01:54:31

nate beruuk!

..
 
 
Comment by Aby RAd
2009-07-12 11:56:10

harap aku xtjebak dgn air ni. wlupun aritu aku hampir2 tminum. bkn ke arak ni busuk? camne diorg larat minum? tahun bila tah aku gi chinese new year, dia bg air tin. aku igt air biasa (tula..xtgk btul2) rupanya si jolly shandy tu. dah buka..nak masuk mulut dah. tp pesal bau mcm hancing je. xjd minum..aku belek2 dlu tin. bru aku sedar yg tin tu si jolly sandy. shial btul. mak, bapak n adik laki aku dah abis tonggang setin. smua xsedar…harap2 diampun kan. xsengaja. tin tu mngelirukan. org lain main minum je…

..
 
Comment by misseda
2009-07-12 12:06:40

Salam…good..erm…evening..huhu
first, mmg bagus entri khai kali ni..mmg ramai orang melayu yang ketagih minum air kencing syaitan ni….bukan sahaja dikalangan artis2 melayu, VIP,VVIP,datuk2, Datin2..malahan anak2 remaja skang pon..dengan tanpa segan silu togok air kencing syaitan ni…entah la kan pe nak jadi…bl da kene musibah, br nak menyesal..uish..tu arr gekap hati nmnyer…tak ingat yang kite ni sementara aje kat dunia Allah yang luas ni.Kita akan mati bila2 masa2…tak hari ni, mybe esok, tak pon kejap lagi.

Kita disunatkan untuk mengingati ‘mati’ sebanyak 40 kalo lam satu hari…itu kan membuatkan kita insaf dan taku nak melakukan perkara2 yang dilarang oleh Allah.

pasal video tu..as a orang terengganu….alamak, mmg malu la kan..dorank tu…dorank dengan bangganyer siap rakam lg…dose yang dorank buat…(istifar)…nk wat ape?..nak malukan diri sendiri ker?hope dorank akan insafla kan… =(

..
 
Comment by lily
2009-07-12 12:28:59

fuh…sgt2 memalukn la bdk2 neh..
apela nk dbggekn sgt ngn air setan tuh..
dorg neh xblaja agame ke ek??
wlupn ak neh xdla baik mnepn,tp atleast nk minum air setan tuh pn xhingin!! inikn plak nk sentuh..
aduyaiii..soo ashamed…
smoge mereka btaubat…. :oups:

..
 
Comment by pjan
2009-07-12 13:09:52

bagus artikel ko kali ni khai..sebab ko punya pembaca byk remja2 melayu islam so berguna gak apa yang ko tulis kali ni..semoga sukses selalu..say NO TO GAY
hahahaha

..
 
Comment by nus
2009-07-12 13:36:23

1. pernah bekerja di 7E time study dulu, sgt kopiden mula2 bekerja kerna langsung x membuat kerja2 bkaitan air setan itu..dan ku pegang janji manager ku..’dlm masa tdekat, iAllah store ni dah x jual air setan’..mcm kt 7E bangi..so, kat 7E bangi x de jual arak ok.. (namun, itu hanya retorik blaka!!)

2. resign sebab da start bersekongkol ngn air setan..

3. penah amper2 bgaduh ngn segerombolan mat rempit yg beli air setan…x jual to muslim (hayaaak), dah gadoh2..depa bjaya beli coz bos suh jual jgk..then mat rempit epy kegilaan, sambil membukak tutup botol air setan di luar pintu dan menjerit kesetanan di luar..bohsia2 di luar pula mnunjuk jari tgh setannya kpd ku..wtdogs??

4. hari terakhir di 7E, last berada di kaunter..dibulan ramadhan..ade sorang pak tua mlayu membeli air kencing itu, namun ku tdk melakukan transaksi utknya..apa lg, hangin la org tua itu, last2..satu ayat kuat dr mulut die, ‘sy dah x islam!!’ (mmg setan punye)
kemudian, ade seorang pakcik lain yg Q di belakangnya dgn berasa tanggungjawab bersuara kpd ku..’anak, anak kan islam, berdosa tau mnjual arak ni, x kira pd sesiapa..anak termasuk dlm golongan bla bla++’, satu store dgr suare tu..
waduh..mau tercabut jantung ku tika itu…
so, itulah kesah hari2 terakhir seseorg perempuan bkerja di 7E…

so..kengkorang yg kerja kt 7E o mane2 mart laen yg ade jual air setan tu..rsign je la..klu korang pasan..gaji korang + OT yg byk tu leh cecah ribuan tu.. sure kuar ayat, ‘mane p gaji aku ehh..cepat beno abeh’ kompem!! tu mmg tande x berkat la tuh… :p

daaa..

..
Comment by fifie ierina
2009-07-17 18:48:27

subhanallah.. perkongsian yg sgt bagus..

teringat pd seseorang berkaitan air haram nie,
astaghfirullahalazim… =(

..
 
 
Comment by Ezad
2009-07-12 14:16:33

Betul3x… aku setuju khai… psal 7-11 tue…. tapi nak wat cam ne ek…. nak biorkan pon kire subahat x?? :choler::p pening2…. apepun ni soal pucok pangkal.. diri sendiri… kie yg buat decision… tapi than yg tentukan lah…. nway aku seru sume bangse melayu n umat islam… pekalah pade persekitaran,, betol x khai oii…??? ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by keiroro
2009-07-12 14:27:57

arak = ibu segala maksiat.

..
 
Comment by Fatin Pauzi
2009-07-12 14:38:45

Huish, wujud ke spesies cmtu kat Terengganu? Tak pernah jmpe agi sepanjang jadi orang ganu. Wak malu orang ganu je. :love:
Aku org kampung ganu yang duk Shah Alam ni pn tak rs nak sentuh ari busuk tuh. WEkk..
Aku doa arap2 die orang insaf sebelum Allah laknat mereka. Ya Allah, berilah petunjuk dan hidayah kat mereka. Mereka hanya manusia yang lemah dan hilang bimbingan :oups:

..
Comment by misseda
2009-07-12 15:03:16

aahkn..kite owang ganu ni gak yg tumpang malu…knp agak khai bg video dr org ganu ni ek?..erm..mybe sebb kat tempat len da bese kot gejala ni..kt ganu…mybe dl xder..but now..makin berleluasa sama gak cam kes mat rempit..bohsia..terengganu x cam dl..skang da jd Bandaraya..dan rakyatnyer pon br nk kenal ape itui ‘bandaraya’ cam kt KL kot…

..
Comment by Khai
2009-07-12 15:34:26

x kisah pun negeri mana. Itu je yg jumpa kat youtube (ada orang email kasi link suruh tulis pasal video ni).. Negeri mana pun sama je.. KL lagi toksah cerita la. Cuma diorang bijak sikit tak de la rakam bagai meraikan minum arak ni.

Macam rusa masuk kampung… berbangga2 lagi dgn kemungkaran.. isk2..

(Comments wont nest below this level)
Comment by misseda
2009-07-13 12:02:33

oo cam tu ek…tapi xdinafikan lah…skang da makin menjadi2 kat negeri ku ini…semlam ct student pompuan gaduh lak kat ketengah Jaya, Dungun…sungguh memalukan..uish… :[

 
 
 
 
Comment by d|n
2009-07-12 15:39:04

umat akhir zaman..memcm yg blaku..
pepandai la idup..kan kite dah dikurniakan akal fikiran.. ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by lan
2009-07-12 16:22:08

A..ah… Dah nak buat dosa tu, siap rakam lagi. apa kejadahnya. Kesiannya kat mak bapak dorang bila lihat mereka ni. Harap-harap mereka yg berkenaan sempat bertaubat sebelum ajal menjemput…

..
 
Comment by fira
2009-07-12 16:31:28

xphm ah drang ckp pe lam video tu. tgk suku je.
malas ah. video buwok. sepah2. x hingin aih.
hahaha.
adoila
mntak ah jauhkan sape2 yg penah teguk air nih dari keturunan aq..bakal suami aq ( ni satu doa..:)…amin2.
elok la jadi org kurang siuman kt tepi2 jalan tu tegok air hujan..air paip.. huhu.

..
 
Comment by fira
2009-07-12 16:36:44

ALLAH MENYAYANGI KITA DGN MMBERI NIKMAT, MENGAPA HARUS DIBALAS DGN MAKSIAT?
=_=

tiap kali terasa terleka..mesti ingat quote d atas..ibarat 1 warning utk diri sendri.
isk2…marila sama2 muhasabah =(

..
 
Comment by awekz78
2009-07-12 17:03:10

kejutan budaya ni!…huhuhuhu. yg penting, jgn salah pilih kwn. coz tak sume kwn2 kita membawa kita ke arah kebaikan…(ishhh…risau plak adik aku yg ada kat UiTM Shah Alam ni..

..
Comment by apa boleh buat
2009-07-13 15:00:46

ya betul.. pengaruh kwn memang kuat t’utama utk bdk2 yg x tahu membezakan baik buruk ataupun buat2 x tahu membezakan.. :[

..
 
 
Comment by Kreuger
2009-07-12 18:00:33

erm.. khai, utk masalah 7E dan segagaimana layaknya pasaraya lain, sememangnya kementerian memantau penjualan arak kepada umat islam. harap jelas dengan perkara ni.

setiap premis yang menjual arak dan minuman keras wajib mempamerkan label amaran menjual arak kepada orang islam dan mereka yang dibawah umar. tindakan boleh dikenakan sekiranya didapati bersalah.

banyak pro dan kontra apabila membincangkan hukum dan nasab berkaitan penjualan arak dan bidang bekerjaya. harap diperamati dengan terperinci sebelum meletakkan sesuatu hukum.

tugas si penjaga kaunter adalah menjaga duit dengan jujur dan harta syarikat tanpa menyeleweng. cukup setakat itu. urusan jual beli.. bukanlah layaknya dibebankan dosa keatasnya kerana dia digaji untuk tujuan pertama di atas. sekiranya dia lari dari bidang tugas yang telah ditetapkan.. seperti mempelawa orang islam membeli arak, ataupon membuat promosi arak ditempat kerjanya.. maka hukum haram boleh diletakkan. sebaliknya sekiranya dia sekadar penjaga kaunter bayaran.

mamat zalim kita menyatakan gaji yang diterima adalah haram. memang cukup zalim. lain lah pula sekiranya dia memiliki premis atau pasaraya seperti 7E dan mengaut hasil jualan arak untuk meraih keuntungan. itu baru kita layak menyatakan hasil sumber pendapatan yang haram.

mari kita ambil sebagai contoh:-
secara mudah apa yang boleh disimpulkan daripada topic perbincangan yang agak komplikated ni, aku tidak lah memihak kepada mana-mana pihak menjual, membeli atau mengedar. aku cuma nak perkara dan pemahaman berdasarkan hukup diperjelaskan secara terperinci. kita tak berhak kata orang itu beriman atau sebaliknya hanya kerana dia memegang sebotol arak untuk disimpan didalam store nya. kerana menjaga harta syarikat telah dipertanggung jawabkan ke atasnya. secara am dan jelasnya.. dia sudah pon melakukan tanggungjawab yang di amanahkan iaitu menjaga harta syarikat.

dipecahkan pula kepada perbincangan selanjutnya. apakah itu perkara yang di amanahkan? Ya… dia diarahkan supaya menyimpan kembali botol yang berisi arak ketempat simpanan. Ini sudah cukup untuk mensyaratkan dia mendapat halal dari apa yang dikerjakannya iaitu:- jujur & amanah serta menjaga harta syarikat. dari segi ini layakkah kita menyatakan gaji yang diterima adalah haram?

aku agak rasa tak puas hati dengan entri ini. maafkan aku sekiranya aku bersifat jujur. aku harap tiada pertikaian terutama meletakkan hukum halal dan haram sesuatu pekerjaan tanpa mengkaji pokok dan pangkal dalam percanggahan yang wujud.

untuk kepastian secara lanjut… anda boleh merujuk:-
http://saifulislam.com/ mengenai perkara ini. agar mendapat kupasan perbincangan yang sewajarnya.

P/S:- sapa tau duit yang kita pegang sekarang ni adalah duit yang dipegang oleh pemotong babi? jadi apa pula hukumnya? Pikirkan kembali…

Note: maafkan aku khai kalau komen aku ni agak berlainan dari sebelumnya. harap maklum. :bloody:

..
Comment by Khai
2009-07-12 18:12:43

Salam man.. thanks untuk komen yg bernas di atas..

1. Aku x cakap pun gaji kerja 7E haram. sebaliknya aku tulis ayat berikut..

“Jangan kasi alasan cari rezeki yang halal. Macam dah takde kerja lain? Khai pelik bila jejak kaki ke 7-Eleven je, yang kerja mesti orang Melayu.”

Itu membuktikan aku cakap gaji kerja 7E tidak haram. Cuma yg disentuh mengenai 7E tu, adalah haram bersubahat bila kita sendiri tahu orang melayu datang nak beli arak, dan kita tiada hak untuk menegur sebaliknya menjual dan menerima duit.

Orang kata matlamat tak menghalalkan cara. Macam kau cakap la, dia kerja dgn jujur dan terima gaji segala. Cuma percanggahan ni dah lama sebenarnya.

Bagi aku bekerja di syarikat pengedar arak, sama la dengan kerja di syarikat di kilang arak. Memang dah kasitahu non halal (even 7E x kasitahu pon air tu non halal), tapi kalau org islam beli, aku rasa syarikat tersebut tidak sesekali melarang walhal premis tersebut dijaga oleh orang melayu sendiri. Sunggguh memalukan. Pendapat aku sahaja.

Mungkin salah mungkin betul. Itu terpulang kepada penilaian orang lain.

..
 
Comment by topo
2009-07-12 18:12:53

menarik komen ni.. aku sokong kenyataan ko.. tapi aku tak nak komen apa2 sebab terlalu cetek ilmu aku untuk memberi komen benda yg memang luar kemampuan aku ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by zool
2009-07-13 16:55:50

er.. pada aku nak pantau tu memang takde…
berapa ribu penguatkuasa nak buat untuk pantau??
kedai judi pun selamba kawan2 aku tikam..
tapi tak silap aku yang lemah imannya penah dengar satu ceramah yang kata kalau jadi jaga tempat buat arak kiranya haram..

tapi masing-masing pikirlah.. sebaik2 cuba elakkan dari perkara-perkara yang meragukan dan mendatangkan fitnah..

..
 
 
Comment by Kreuger
2009-07-12 18:07:02

oh.. lupe nak bagi tau… aku cume tak puas hati
pasal meletakkan hukum halal dan haram untuk
sesuatu pekerjaan… yang lain.. terpulang kepada
masing masing.

thanks khai~ :aie:

..
Comment by Khai
2009-07-12 18:14:44

dah jawab dah komen kat atas.. harap lebih jelas. jgn salah anggap ye bro.. hehe

..
Comment by Kreuger
2009-07-12 18:45:28

hehehe… no problem…
aku tak tersalah anggap.. aku takut orang lain
plak yang salah paham.. so aku cume memperbetoikan
mind set jer..

nko tak salah.. dan aku pon tak tersasar komen.
yang salah adalah mereka yang beragama islam
yang meminum arak.. yes correct.. itu adalah haram
dan salah. no mercy.. memang mereka salah..

ok ok ok.. tiadah salah paham antara kita.
all clear.. heheh.. *jabat salam dengan khai* 8)

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-07-12 23:47:25

hoho.. ape nye bro.. ok la kita berdiscussion bersama2.. hehe

 
Comment by hana
2009-07-13 02:51:35

saya xstuju ngan ur komen..
reasons?

pengharaman arak itu bukan sahaja kepada orang yang meminumnya, bahkan ia meliputi kepada apa jua bentuk pertolongan yang boleh membawa kepada peminuman arak, kerana dosa menolong kepada berlakunya peminuman arak, walaupun dia tidak meminumnya, samalah juga dosanya seperti orang yang meminum arak.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah melaknatnya, yaitu seperti tersebut dalam riwayat di bawah ini: “Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:

(1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Setelah ayat al-Quran surah al-Maidah (90-91) itu turun, Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak, maka barangsiapa yang telah mengetahui ayat ini dan dia masih mempunyai arak walaupun sedikit, jangan minum dan jangan menjualnya.” (Riwayat Muslim)

Maka dengan ini adalah jelas bahawa haram memberi pertolongan kepada penyebaran (meromosi) minuman tersebut, wamplaupun kita tidak berniat sedemikian. Hukum ini samalah juga memakai baju yang memaparkan lambang jenama minuman keras, kerana ada unsur redha dan mengajak kepada peminuman minuman itu.

bukan klo kita yang bungkuskannya termasuk dalam salah satu golongan di atas ke?

saya gak penah terbaca dalam paper pasal soalan macam ni
n ustaz tu jawab lebih kurg camni
” klo dah xde pekerjaan lain, n klo dier x bekerja di situ boleh memudaratkan diri dan keluarga, maka bolehlah dier bekerja. tapi seelok2nya, berhentilah kerana rezeki Allah itu ada di mana2 sahaja. cuma kita yang perlu berusaha untuk mendapatkannya”

harap ada yang lebih arif boleh komen..

 
 
 
 
Comment by hytiq
2009-07-12 19:18:36

lol Khai..aku rse yg keje 7E 2 stu hal r,tpi klw yg keje pramugari 2 plak pcter??
dorg bkan tkat pgang msok beg plastik je tau,bahkan dah sah2 mmg ‘tlg’ tuangkan tros kt cwan.

bkan tgan2 org Islam ke yg bt sume keje 2??

act,da xpham da islam skg ni.
da kte ngre islam,asl bley jual bli arak scre t’bke.
cbe r bt cm Brunei ke,1,1nye ngre yg xsdiakan arak dlam flight.

ingat dlu cte2 nx r jdi pramugari,da tau ni,tkar r..
bek jadi pilot..hee.. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-07-12 23:46:44

orang skang ni pikir duit je.. halal haram tolak tepi.. kan kan?

..
 
 
Comment by neen
2009-07-12 19:31:28

aduh…
bole wat muke bangge pegang air tuh…
da perasan kebaratn sgt ler tuh…
slang ganu pon xleh nk buang, adew hati ๐Ÿ˜
xhbis pk ler tgk diorg ni…
nauzubillah…

..
Comment by applepie
2009-07-12 21:27:59

betul betul
bangge giler tunjuk dia minum..
sakit ati pulak nengok
camane nasib negara kita akan datang yerk?
mintak dijauhkanlah dari benda-benda camtuh..

..
 
 
Comment by virgoes_gl
2009-07-13 00:59:02

alhamdullilah khai… de gak segmen ilmu+kesedaran mcm ni,
neway tahniah… and katakan taknak pd airkecing ataw laen2 najis setann,,,

..
 
Comment by ejardkethot
2009-07-13 01:10:02

lahai….tenet sini slow cam siput H1N1 ..huhu x dpt nk nengok video ape?
hoho…thx sbb bg nasihat..
insyaALLAH akan ku jaga diriku ini sehabis baik
i luv myself ,i love justkhai..muehehe..blog jew

..
 
Comment by boyah89
2009-07-13 02:53:28

erm
tu la
agak sedih
sblm ni aku tak penah knal bau arak,tpi aku duk mscow ni,dah taw dah mcm mana bau arak
kat sini arak ngan rokok murah..tpi aku tak penah bli,sowi ar beb,sejahat2 pon,tak wat dosa besar.huhu
kat tmpt aku,ada la bwh 5 owg yg trpesong,minum,,aku tak penah nmpak dpn mata aku,tpi dgr cite dari membe aku lain sbb dowg saksi..
hurm,renung2kan la diri k =(

..
 
Comment by nadiah
2009-07-13 05:20:49

salam dan selamat sejahtera
erm, I have one opinion which is not quite the hot topic here.
tapi takpelah, nak kongsi jugak
saya x faham knp perkara ini membuatkan ade orang2 komen mengatakan perkara ini memalukan orang terengganu. orang terengganu x payah malu pun, sebab yg menyebabkan diorang buat perkara ni bukan kerana mereka dilahirkan di trgnu ke, johor ke atau mane2 negeri di Malaysia. mcm khai kata, kat mane2 pun perkara ni terjadi. so, rasenye x perlu lah kot kalau nanti video org kelantan ke yg keluar, ramai2 org kelantan bagi komen “buat malu org kelantan je” (ini contoh sahaja)

sbb bagi saya perkara ini membawa kepada isu ‘kenegerian’ yg saya cukup x gemar. childish bagi saya

malulah kite sebagai seorang rakyat malaysia melihat perkara ini berlaku kepada orang melayu. malulah kite sebagai seorang muslim melihat perkara ini berlaku kepada saudara muslim kita.

..
 
Comment by sreshaziela
2009-07-13 09:33:55

keje hotel pon sama kan.. even kite keje opis.. tp kat bar n lounge drg tetap serve arak.. so gaji camne lah tu kan.. halal ke haram…?? renung2kan lah ๐Ÿ˜‰

dak2 kat video tu apesal.. dah meroyan ke.. ko nak minum siap nak rakam semua ape jadah?? mmg bangang ar.. ni klau boleh kasi burn dlm cd bg mak bapak drg tgk.. :-[)

..
 
Comment by broe & sue
2009-07-13 09:39:49

Admin: Comment removed because you are so pathetic.. and out of topic

..
Comment by Kill-Vearn
2009-07-14 03:11:50

adoi removed ke khai? baru aku nak baca… ades ape la dia tulis eh?

..
 
Comment by niraa
2009-07-23 12:25:50

pathetic?
hahaha

..
 
 
Comment by pening
2009-07-13 09:55:04

MasyaAllah..ape nkan jd pd generasi anak2 gadis akan dtg…sedihnye…nape gitu mudah terpengaruh dgn budaya barat..insaflah & taubatlah sebelum terlewat… :beurk:

..
 
Comment by megat
2009-07-13 10:01:33

astagfirullah al azim. aku mohon, tolonglah doakan keinsafan mereka. aku takut!

berjaya atau tidak membawa islam bersama bergantung kpd bagaimana kita mendidik remaja kini. fikirkanlah!

klu adik aku dah lama kaki aku sampai kat muak!! geram pulak aku.

..
 
Comment by bunga kecil
2009-07-13 10:42:40

aku tengok diorang minom macam nak muntah plak.. ish! wek.. wek..
aku x tahu la kalo aku ni agak kuno ke ape.. kalo aku tahu ade yang minom arak ni mesti pandang hina je kat die.. nak kawan pon tak hingin.. menyampah gile.. arak + dadah + maksiat.. memang aku rase nak bagi pelempang jek.. haaa.. lagi satu pompuan smoking.. paling aku benci.. ape lagi yang minom2 ni..
bodo melantun lantun..

..
 
Comment by misseda
2009-07-13 12:10:02

banyak sangat komen ni….sampai jadi keliru…cam ni lah.pada sesape yg ingin tau lbh lanjut soal Halal & Haram dr hukum syarak yg betul2 dan lengkap..pe kata kalo korank ranyer la ustaz ke, ustazah ke,orof ker..sape2 la yg berkaitan ngan ilmu ni..dorang lebh arif damn mempunyai dalil2 yang soheh…

Kahi juz nk kongsi pe yg die tau jek..xyah la soal banyak2…mybe luar pada pengetahuan Khai dan sesape gak pembaca kat cn…xpon search la kt google ke..tgk buku ke…leh + ilmu kan…

..
 
Comment by ain
2009-07-13 13:34:09

hanya mampu membace entri je.
ofis block la youtube. haish ๐Ÿ™
btw, great entry to read.
membuka minda n discussing among us ๐Ÿ™‚

..
Comment by zool
2009-07-13 16:57:51

Eh baru nak cakap benda yang sama..
Opis kitorang kena block youtube lah Khai….
tapi aku pun tak teringin nak tgk..
layan anime One piece lagi bestt

..
 
 
Comment by KampungBoy
2009-07-13 13:59:58

yang tak tahan tu….muka selamba badak aja..
diorang nie tak penah pikir
video wayang cmni
sentiasa dipusing
kalau anak diorang sndiri tgk cmne?
erm….
tu yang makin rosak budak skang

..
 
Comment by zambee
2009-07-13 14:24:29

biarlah mereka dgn dosa mereka…

..
 
Comment by Ina
2009-07-13 14:27:19

hurm… camne nak komen erk..?? back 2 basic.. Ingat2 lah kita didunia ini sebagai khalifah Allah.. Tujuan kita untuk beribadat dan beramal kepadaNya. Sampai ketika nnti kita akan berjumpa denganNya. Persiapkan diri jangan tersasar jauh. Yang mana terpesong, bertaubatlah.. tgk remaja sekarang.. xtau nak ckp apa.. sedih..sedih… iskh..iskh.. :bloody:

..
 
Comment by Nurul
2009-07-13 14:31:58

thanks khai utk entry ini.

..
 
Comment by halim
2009-07-13 15:48:03

Kepada semua, saya sekadar menyampaikan ilmu yang diperolehi dari blog ustaz zaharuddin tentang Hukum Bekerja di 7 Eleven, artikelnya boleh dilihat melalui pautan ini :

http://www.zaharuddin.net/content/view/508/#comment82902

..
Comment by misseda
2009-07-13 17:29:49

erm..bagus la blog ustaz zaharuddin ni…skang da jelas kan..pe hukum kerja kt 7E?…so..tepuk dada..tanyer iman..

..
 
 
Comment by azleah
2009-07-13 18:31:38

siapalah kita untuk menghakimi manusia…jaga diri sendiri sudah ye ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by ther
2009-07-13 18:31:58

cih..natang sggh minah tganu nie…kecik2 x boh mampuh..besor2 nyusohkan mak bapak je..mgkn anak yatim piatu belaka kot.. ๐Ÿ˜†

..
 
Comment by samanosuke_04
2009-07-13 23:02:35

huhu, nice post.. memberi peringatan tue ada gunanya untuk orang islam.. hihi.. aku kalo member jadik kaki botol aku buat tak kenal jer.. hehe, kalo isap rokok pun aku halau kuar bilik, haha!!

..
 
Comment by sheefa
2009-07-14 00:28:56

Hhhmmmmm… Sungguh menakutkan bila gadis (ohoo…gadis ke?) Melayu berpeangai mcm gini.. Mungkin kat luar cover2.. But… Haduyaiii… =( Ngeri… Mintak-mintak dijauhkan laaa…

..
 
Comment by lixdo
2009-07-14 01:55:19

zaman semakin pantas begitu juga perubahan yg berlaku. tetapkan tujuan kita hidup di muka bumi ini, untuk apa dan kerana apa.

Ya Allah kuatkanlah iman dan akidah umat akhir zaman ini untuk menghadapi dugaan yang mendatang. amin

..
 
Comment by tok wan
2009-07-14 02:02:13

salam khai..
memang bila kita dengar perkara macam ni buat kita rasa takut
tok wan pun banyak dengar kat tv, kat radia dan berlamabk2 kat surat khabar… memang anak-anak muda kita dah tunggang terbalik. Tak tahu hala tuju…
=( sedih sangat…
perang sana sini, wabak bermaharajalela..dunia semakin panas, ais di kutub pun dah makin cair…apa tandanya tu?? tok wan rasa semua dah tahu kan khai…? Cuma tak mahu ambil tahu. Salam…

..
 
Comment by Kill-Vearn
2009-07-14 03:17:20

aku penah nak keje 7E… tapi lastยฒ tak jadi… coz pk risiko kene rompak/kene bunuh pon ada.. haha…

video tu lak mmg memalukan org melayu, org Islam tambahยฒ lagi org pantai timur yg penuh dengan adat kesopanan… isk3 ape nak jadi dakยฒ zaman lani.. tonggang arak tu dapat ape? dapat kebanggaan ke sgt? ala depan kawanยฒ yg takde akal boleh la bangga, depan masyarakat pulak mcm ne? hina jawabnya… taubatlah beb.. ape nak jadi… kalo mudaยฒ mcm ni mesti nanti da kawen anakยฒ minom arak dalam umah pon depa tak kesah sbb depa pon dah terlalu open minded kan? agama satu haram pon tak mo ajar anak… da akhir zaman la ni… aku takleh nak judge depa ni ahli mana(neraka/syurga) sbb smuanya rahisa Allah.. tapi kalo nak tempah jalan ke neraka silalah minom lagi.. darah daging dari minum arak tu mengalir dalam keturunan taw… insaflah… what u do u will get back in future…

..
 
Comment by AyAngMafiaty
2009-07-14 12:16:33

salam khai…
topic cukup menarik…
arak pemusnah bangsa, bila dh teguk lupa diri lupa segala..apa yg dorang dpt dgn meneguk kencing setan tu? bau dh lah cam air longkang…
tapi apa yang aku nk share ngn ko khai ialah ko tau tk sape pemegang syer tuk air haram jadah ni?
ko gi siasat n ko akn terkejut beruk mokyeh…
org melayu kita…yg beragama islam…org kenamaan…
so???sbb tu org kapir ni tk segan silu nk menjahanamkan anak muda islam kita…dgn seteguk dh ble melingkupkan iman…
yg bab dorang cmpur dlm kek dn makanan len mcm maner plak?…
payah lah kita nk elak dr seme ni kalau ekonomi kita dipegang leh org yg mmg nunggu masa nk hancurkan islam…
kita cuma leh berdoa tuk bangsa kita dr mnjadi hamba air setan ni…
sedey tol lah kalu kita kenangkan…muhasabah diri lah…

..
 
Comment by depurple
2009-07-14 14:15:56

xtau nak ckp ape..
sgat memalukan.. :choler:

..
 
Comment by KNizam
2009-07-14 14:56:41

aku pun meluat bila masuk 7eleven penuh arak tuh :p

..
 
Comment by pendekar tanpe name
2009-07-14 15:37:16

aku just nak kate perempuan kat dlm you tube tu bodoohhhhh mcm b……..i je….sekian time kasih :choler: :choler:

..
 
Comment by bunga kecil
2009-07-14 15:46:57

1 more thing aku konfius..
kalo kite bli air yang 1 peti ngn arak2 tu kire cane ek?
kire kite tapao skali dose subahat ke ape ek..
sape buleh jwb angkat tangan…

..
Comment by konpius
2009-07-14 20:22:22

a’ahlah khai
cube encik khai jawab plak yang ni.
saye pun slalu musykil gakk. hurmm ๐Ÿ˜†

..
 
Comment by nurie
2009-07-15 00:09:18

hurmmm…dl masa skolah ade gak bincang psl ni….ustazah ckp, hukum nye mcm haram…coz air 2 satu peti dgn air yg lain2….camne ye nak terang kan…tp hukum nye lbh kurang gitu la…di simpan dlm 1 tempat yg sama…dat y la klo g 7e or speedmart or any mart, kena tgk btl2 air dlm fridge diorg…since dh tau psl hal 2, sy x pnh bli air yg share fridge dgn arak…so, better jgn la bli…tp klo dlm pasaraya, x sure lak…x sempat tny ustazah..

sekian…………..

..
 
 
Comment by tanya
2009-07-14 20:14:16

ntah la khai xtau la nak kata…cume musykil di hati ni xda sape yang dpt terangkan..klu penjawat2 awam camner lak citer nyer…halal ker gaji dorg nih..coz segala cukai dikutip oleh gov termasuk ler cukai arak n cukai kedai no ekor..punca pendapat terbesar gomen lak tuh..apa pendapat khai??senang ker idup dorg nih???

..
 
Comment by catzer
2009-07-15 01:00:34

Biasanya kat dpn 7E tu mmg berlambak2 botol/tin arak depa longgok situ lps habis mabuk2..adei..paling seram tgk muke melayu dan islam yang minum..bangga jerk depa minum..Tapi tak sume 7E jual arak kat org islam..

Ada sekali aku pi beli air twister kat 7E mana tah tak berapa ingat.Then ada sorang brother ni muke mmg melayu pure ambil setin arak..then masa nak byr budak perempuan kat kaunter tu tanya di islam ke tak? So dia jawap Ya..so budak tu ckp kami tak jual kat Muslim. Dan bro tu blah dengan muke merah padam.

Hampeh tul..ada kat seksyen 9 plak ada sorang budak perempuan ni memula dia nak amik botol arak then bile tgk geng2 aku dok ramai2 kat depan peti ais pilih air twister. Dia blah dan dtg ngan pakwe dia yg konon muke mcm org “oversea” lah tu..padahal muke melayu gak. Then siap peluk2 bersama bawak botol arak..aisyeh..sabo jerk lah :choler:

..
Comment by nurie
2009-07-15 01:11:37

7e seksyen 9 yg depan plaza masalam 2 kerr???

..
 
 
Comment by Mr.Bintang
2009-07-15 10:49:55

ngeee.. aku lagi best.. dulu mase form 5 aku keje kat cc.. yg mmb aku satu keje kat cc tu selambe je tonggang arak kat dapur.. masya allah.. aku tak mampu nk wat pape dah.. nak tegur mulut terkunci.. adeh.. =(

..
 
Comment by produk paling hebat
2009-07-15 16:58:51

entahlah..apalah nk jd remaja2 islam zaman sekarang…masyaAllah..

..
 
Comment by boyah89
2009-07-15 19:52:36

satu lg kes baru pasal dak pempuan skola yg gado sbb rebut laki..
adoi,mslh2 =(

..
 
Comment by cik kin
2009-07-16 00:18:17

bg aku keje di 7E xde salahnye.cume yg penting kite sbg umat islam tahu tanggungjawab kita sesama islam.
aku pernah keje di 7E.ada 1 masa org islam dtg beli arak.mula2 aku teragak2 jgk nak jual ke x kat mamat nih.tp bile pk blk, aku x nak bersubahat dan + dosa yg sedia byk ni, aku ckp elok2 kat mamat 2 yg aku x jual arak kat org islam.wpun kene maki ngan dia tp aku lega dah terlepas 1 dosa..
pasal gaji aku plak, no komen. sebabnye setahu aku selagi keje tu halal dan aku menjalankan keje 2 dengan sebaik mungkin itu dah kira ok.
bab halal haram ni, xkire kite keje ape skalipun tp klu kite x amanah, curi tulang, gaji yang kite dpt tu dikira haram dan x berkat akhirnye….

..
 
Comment by ceisa
2009-07-16 01:23:53

Ya Allah… dengan telah kami maafkannya mereka, berkatilah hati kami agar semua kebencian, dendam, sakit hati, ketidakpuasan, kejengkelan & emosi-emosi negatif lainnya yang disebabkan oleh orang lain, semuanya dibersihkan & dikeluarkan dari hati kami untuk digantikan dengan cahaya & kasih sayangMu.

..
 
Comment by tenukliar
2009-07-16 13:02:57

bajet cm hollywood skali kluar ckp ganu .
tkutnya aku dunia dah nk kiamat :oups:

..
 
Comment by Adney
2009-07-20 00:35:49

aduhai.. ape nak jadi daa…. :bloody:

..
 
Comment by BAGAK
2009-07-21 10:05:26

Tugas manusia saling ingat mengingati, kalau tak boleh buat banyak kebaikan ; jangan buat kejahatan.
Dah buat jahat, jangan ajak orang lain buat jahat juga. Dah buah keburukan jangan promosi untuk orang lain buat benda yang sama.

Minum arak sedap….tapi tunggu seksaan akhirat
Kalau hidup lama tunggu pula seksaan penyakit ‘buah pinggang’ yang tak ada orang nafikan khas untuk peminum arak.

..
 
Comment by MrMantiz
2009-07-22 00:38:15

dari minum arak baik pekena shii shaa 24 jam. iye x??

..
 
Comment by mirlme
2009-07-25 23:29:11

tu ah bahaya arak nie

..
 
Comment by mello
2009-07-31 02:46:38

“Rasullah SAW melaknat sepuluh golongan orang yang terlibat dalam arak:
1. Orang yang memerasnya (arak),
2. Orang yang meminta diperaskan,
3. Orang yang meminumnya,
4. Orang yang membawanya,
5. Orang yang minta dihantarkannya,
6. Orang yang menuangkannya,
7. Orang yang menjualnya,
8. Orang yang membelinya,
9. Orang yang makan harganya,
10. Orang yang minta dibelikannya.”

Oleh kerana itu, patutlah kita semua berhati-hati dalam hal ini. Jauhilah
diri kamu semua untuk terlibat didalamnya, meskipun sekecil mungkin. May
Allah always help and guide us all in His righteous path.

..
 
Comment by muyyaQ
2009-08-02 20:21:07

dah lame xlepak blog ko.. erm, artikel ni mmg cun.. mmg tepat sekali . kebanyakan me-LAYU skrg tahu tonggang air setan ja, nak wat dosa pon.. pegi la minum tersorok. jangan la dok minum terbuka haiz. memburukkan agama n bangsa sendiri.

arak tetap arak equal to air kencing setan.pasal 7e, dah lame orang tahu. tapi tetap kerja situ. gak yes khai betol. aku xpenah lagi tgk bangsa lain keje kat 7e selaen me-LAYU(yg makin layu)

tak semua hotel / market jual air kencing setan.
pada sape2 yg xpuase hati pasal artikel ni.. aku rase camni lah..
korang ape peduli khai nak tulis pe pon. korang bukan bapak khai pon.. aduhai~

..
 
Comment by rizzar
2009-08-04 23:50:21

dulu saya keje farmasi kt duty free.. sblh farmasi tu kedai arak.. yg jga counter melayu, yg angkut botol dr loading bay melayu, yg display botol tu cantik2 pon melayu.. bila tny knp keje kt situ dorg ckp memula mgmt. kata jaga kedai coklat jer.. tp last2 bila kat kedai arak tu x ckup org.. yg melayu2 nih kena cover.. org yg meniaga arak ptut nyer kena peka & sensitip.. yg malang nyer bangsa kita sendiri.. jd ttp kan pendirian & kuat kan iman.. ingat Allah banyak2

..
 
Comment by fie
2009-12-06 22:51:33

time aku view video berikot, aku ketawe berdekah-dekah. sebabnye, GAYA HIDUP ALA OMPUTIH GTU, TAPI BILA DENGAR DIORANG BERCAKAP, BAHASA IBUNDA TERENGGANU LAGI YOUUUU!~ hahaha. kelakar siot dengar. tunggang arak budget omputih, tp loghat terengganu x blh lekang di bibir.
๐Ÿ™‚

..
 
Comment by ezati
2010-03-28 11:59:03

bab arak ni usah nk ceta la.aku pernah pegi rumah kawan kolej aku kt ttdi.pompuan anak org kaya la,melayu moden.dlm rumah dia tersusun botol2 arak pada rak perhiasan.dia kata keluarga dia kaki minum.dia sendiri pun masa umur 15 thn da mula minum arak.mak bapak dia memang western.balik clubbing mabuk xde hal punya.moden la kata kan.mengucap aku tgk.

..
 
Comment by OrangSelatan
2010-05-17 00:42:04

mcm mane dgn org yg membeli arak?adakah dikenakan tindakan? spt di 7e di minta mnunjkn ic dan direkod,so adakah di kenekan tndakan?

..
 
Comment by icemintea
2010-06-02 09:14:46

HAhaa!! apela diorang ni..
Sesetengah orang ni mendefinisikan moden sebagai pakai seksi, minum arak and gi clubbing. Definisi moden tu luas, tak semestinya dorang ni camtu dorang ni moden..kan perbuatan ni dah ada zaman arab jahilliyah lagi. Apela..
termakan sangat definisi moden yg dicipta matsaleh tu..isk isk.. =( :p

..
 
Comment by LDaisy
2010-06-08 16:03:12

oo..biasala tu.tah apa mo jadi manusia skang.
dulu time study, 1hostel dgn org2 gni.
sabar ja la.nasib bukan sebilik dengan org2 gni.
bulan puasa, hari pertama ja baik.hari kedua emm bawa balik chivas.minum dlm bilik ber hua2..tau malu minum depan org yg x minum.tp x malu dgn Allah.x malu org kristian pun x minum mcm dorg.saya pla yg malu dgn orang2 bkn muslim.

..
 
Comment by sakuraaida
2010-11-25 08:33:51

ape lah nk jadi… tp betul ke org bgtaw aku ‘ klu nk wat bini jgn cri org terengganu + kel.. sebab diorang ni baik, tp bila jauh mak ayah + dtg bandar,diorang jadi ‘peghok’..org ckplah…sebab ms aku study kat uitm s.alam dlu, ramai2 bdk2 sane jd gro …cz xde duit n nak enjoy…kbetulan diorang cantek cantek….sori ye dgn pndpt aku..tp ini dr ape yg dicakapkan oleh kwn2 aku baik llki baik pmpuan (termasuk yg asal dr kelantan+kel sdiri tp baik)..

..
 
Comment by Faris
2011-03-31 20:08:23

Wow! Memang dahsyat la beb!!! Orang-orang kat area rumah aku bersepah kaki botol pastu kacau orang. Golongan sebegini memang patut kena belasah ramai2 if kacau orang. Orang yang dah mabuk kerana arak minda & hati yang baik dah pun mati tapi buat sementara tunggu dia sedar. Aku dah bosan dengan environment kat area rumah aku. kalau banyak duit maybe nak pindah rumah kot..

..
 
Comment by insan
2012-03-15 08:22:25

sebelum ni aku pernah apply 21 kerjadalam satu masa selepas habis sekolah termasuk 7eleven, daripada 21 kerja tu, cuma 7e sahaja yg ambik aku bekerja. so nak kata apa lagi? aku tak berusaha mencari kerja? sekarang ni kita kena professional. kalau nak kondem org je, baguslah kita merompak. tak payah kerja. kan kan?

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post