Weblog Popular 1Malaysia


Hi all. Lately busy sikit jaga anak. Menangis je kerja macam takde kerja lain. Tukar lampin, baru nak senyap. Nak blogging pun tak senang. Err, baru tahu eh Khai dah ada anak? Lalalala. Sebenarnya anak dalam game The Sim 2 Apartment Life je actually. Kalau betul-betul la ada anak sekarang ni, sah-sah le anak luar nikah. Ntah siapa la mak dia kan? Huh! Mintak simpang! Orang lain dah bertahun layan game The Sims, Khai baru la nak layan 2 hari lepas. Sebelum ni, memang takde maknanya nak main game. Tapi keadaan sekarang betul-betul memaksa. No TV mean No Buletin Utama, No Melodi, No Cerekarama, No Blogger Boy, No Ghost 2 (dah tamat dah Ahad lepas). Selain tu No Playstation, No awek dan lain-lain, membuatkan masa Khai agak sia-sia dan bosan tahap menonggeng.

Ok cukup daily craps. Entri ni sebenarnya nak buat pendedahan pasal satu contest yang diadakan salah seorang dari pengiklan di blog JustKhai ni. Denai Hati namanya. Boleh layari blog humble dia di www.denaihati.blogspot.com – Harus korang subscribe RSS Feed blog tersebut.

First of all, Khai percaya lebih dari 80% pembaca blog JustKhai ini, mempunyai blog sendiri tidak kiralah hosting sendiri atau hanya di Blogspot atau WordPress Commercial. Dan separuh dari 80% tersebut tidak berblogging kosong, tetapi menyimpan niat untuk mendapat sedikit keuntungan dari blog. Suku dari separuh tu pula, buntu bagaimana cara paling mudah nak dapatkan duit dari blog.

Kalau setakat korang letak iklan Nuffnang atau Advertlets, lepas tu untung seposen dua, tunggu cicit korang berjanggut baru dapat cashout la kot? Jadi cara termudah nak buat duit melalui blog, adalah menyertai apa-apa sekalipun contest yang berlangsung di Internet. Diulangi, apa-apa pun! Dari 100 contest yang korang sertai, at least mesti satu atau dua confirm mengena. Kalau tak mengena tu, sila-silalah bawak-bawak mandi bunga ye. Hehehe. Takde’lah, anggap je la bukan rezeki.

Terlalu banyak actually contest yang dianjurkan di blog-blog tempatan. Tak payah cari luar. Tapi ini kali pertama Khai jumpa satu contest yang menawarkan hadiah lebih dari RM5,000 ringgit. Dan hadiah RM5000 tu totally adalah duit. Terima kasih untuk Azizwan inform Khai melalui Twitter. Bukan barang-barang seperti seluar dalam, stokin atau baju dalam yang telah dijumlahkan harganya. Rasanya ini first time contest paling gila pernah Khai jumpa dalam internet. Sama’ada dari blog tempatan mahupun antarabangsa. (more…)

Posted on 15 July '09 by , under Lain-lain. 30 Comments.

Ada Apa Dengan Air Kencing Syaitan?


Korang pernah minum arak tak? Ala, kalau pernah pun, takkan korang nak kasitahu kat komen tu plak kan? Tahu malu? Hehehe. Kalau nak tahu, dulu kehidupan Khai masa study kat Limkokwing Univerity, hari-hari berdepan dengan kawan-kawan kaki tonggang. Apa yang memalukan, mereka ni orang melayu dan apa yang lebih penting, beragama Islam. Semua pun tahu yang arak ni adalah raja segala kejahatan. Buktinya, Khai pernah berdepan dengan kes sorang remaja perempuan 16 Tahun yang terlanjur melakukan seks bersama abang kandungnya sendiri. Buat parti mabuk, tutup lampu dan bertukar-tukar pasangan. Bangun pagi, menangis tak berlagu.

Memang kesian dengan agama dan bangsa kita. Patut pun bangsa dan agama lain pandang sinis pada Islam. Agama kita yang paling lantang menyuarakan umat’nya agar jauhi air kencing syaitan ni. Tapi itu yang dilarang agama, itu yang orang kita sibuk nak buat. Ingin mencuba kononnya.

Khai ada kawan yang bapa’nya seorang Tok Imam di kampung. Bapa dia ni memang dikenali dan disegani orang sekeliling. Bukan nak buka pekung sesiapa, cuma bila melihat perangai anak’nya yang kaki mabuk, buat Khai tersedar betul kata orang yang iman tak dapat diwarisi.

Lagi satu 7-Eleven. Dah tahu haram bekerja kat situ, tetap nak bekerja. Kenapa haram? (more…)

Posted on 12 July '09 by , under Religion. 133 Comments.