Motif Kehidupan Aku, Kamu, Dia dan Mereka
Salam Hari Isnin buat korang. Isnin? heh! Hari malas sedunia orang cakap. Maklumlah untuk yang dah bekerja, nak masuk kerja balik macam biasa. Menghadap muka bos yang dah lah tak kacak, boroi pulak lagi. Kalau budak sekolah tu, dah nak kena bangun pagi-pagi pergi sekolah. Kalau tak mak marah. Ada perhimpunan pulak lagi tu. Habis rambut, kuku, seluar, baju, lencana, tali leher dan macam-macam lagi lah dia cek. Oh, sungguh tidak best kan? Nostalgia. Hehehe. Tapi dulu time sekolah, Khai pengawas dan kena baca Ikrar Rukun Negara (in english) tiap kali perhimpunan. So rambut panjang pun takpe.
Pernah tak korang terfikir dunia yang kita nengok hari-hari ini, akan hilang tak lama lagi? Dan masa tu, kehidupan di alam lain pula. Tiada lagi kehidupan macam yang kita lalui hari ini. Dan bagi Khai, dalam kehidupan sekarang ni, boleh lah kita anggap diri kita sebagai pelakon yang mengikut skrip, Allah sebagai Producer & Director, Rasul sebagai Asst Director dan Malaikat sebagai krew disebalik tabir. Setiap perlakuan dirakamkan dan akan ditayangkan akhirat nanti. Dan audience’nya semua makhluk Allah tentunya.
Kehidupan ni apa sangatlah. Tak lama mana pun. Korang masih boleh ingat korang main baling selipar masa umur 6 tahun dulu. Dan sekarang mungkin usia korang dah 26 tahun. Maknanya dah 20 tahun berlalu. Kejap ke lama 20 tahun tu? Tak lama pun. Orang kata pejam celik pejam celik je dah berbulu atas bawah. Lepas ni korang pejam celik pejam celik menempuh onak-duri kehidupan dengan Isteri dan anak-anak, korang pun meninggal dunia.
Konklusi kehidupan boleh’lah disamakan dengan gambaran berikut:
Masa korang kecik, korang teringin nak pergi sekolah. Bila dah masuk alam persekolahan, korang rasa bosan dengan sekolah dan struggle nak masuk Universiti. Bila masuk alam universiti, korang bosan dengan assignment dan dengan penuh keterpaksaan, korang struggle lagi untuk grad dengan jayanya dan tak sabar untuk masuk ke alam pekerjaan. Dan ketahuilah, alam pekerjaan adalah alam yang paling membosankan antara keseluruhan alam yang disebutkan tadi. Namun hidup harus diteruskan. Satu je lah yang best apa lagi kalau bukan alam perkahwinan dan percintaan? Hehehe.
Jadi siapa kita hari ini pada pandangan orang, dan mampu atau tidak kita menilai diri sendiri, terpulang pada diri masing-masing. Orang kata bayi tu bagai kain putih dan ibu bapa yang mencorakkan. Rasanya setiap ibu bapa di dunia ni nak corakkan dengan cantik dan penuh warna-warni. Tapi at last, kita sendiri yang letak hitam sebagai corak. Untuk yang tak tahu, hitam bukan warna ya? Begitu juga dengan putih.
So nak juga dikatakan di sini, siapa yang dah berbulu atas bawah tapi still bergantung harap dengan mak abah kat kampung untuk minum secawan kopi, korang adalah loser sejati. Itu saja point’nya. Tepuk dada tanya selera. Dan ketahuilah, bila berkata mengenai alam percintaan, lelaki baik adalah untuk wanita baik dan begitulah sebaliknya. Siapa diri kita hari ini maka cerminlah diri sendiri dan lihat bagaimana pasangan yang kita inginkan. Sometime, tak boleh nak diterima akal. Nak yang perfect, tapi diri sendiri penuh kekurangan. Keluar dating pun awek belanja minum hari-hari. Kadang-kadang takpe lah jugak (lemak la hari-hari nak pakwe bayar). Hehe.
So itu sahajalah. Lepas ni di Justkhai setiap hari Isnin, boleh lah Khai merapu dengan entri yang nampak macam motivasi, tapi sebenarnya lebih kepada sindrom memotivasi’kan diri sendiri. Renung-renungkan dan selamat…? Errr.. Errrr.. ape-ape je lah.
Pssttt: Dah create Fan Page baru untuk Oh! Media. Korang joinlah balik ye kalau belum join. Fan Page sebelum ni yang dah 8000 followers, dah kena ban dengan kacaknya oleh Facebook. Nice nice. Dem you Facebook!
yearrhhh… 1st time dpt 1st komen hehehe :8
err…. apa komennyer? hu hu ๐
no komen… asal dapat 1st komen dah terharu… huhu.. :8
terbaiknyer bro..hehe
masih lg gagal dalam mengomen 1st komen 8)
Isk… bila la masokis dapat peluang jadi 1st komen kat justkhai ni..isk…4 =(
hahaha… hackers pun akan x dapat komen no 1?.. sian MOKIS
dah lama menantikan entri terbaru dari khai..
thanks..entri yg menarik utk dibaca pagi ni..
pagi2 dah kena bebel…hahahaha..dah lama x update pasal software dah lama tggu nihh.. ๐
life kat sekolah yang paling best.. kat situ le tempat belajar nak memonteng kelas & buat jahat sikit2… hahaha.. :p
motivasi di pagi isnin nampak khai.hehe
nasihat menasihati
awat ohmedia kena bad
patut ban ja anak pontianak haha
kalau anak pontianak kena banned,ilang ar sorg pornstar melayu..hahahha ๐
hehehe….tmbh lagi..hari isnin kena pkaian formal !!~ x suka x suka
hehehe…nice entry..terasa gak sbb x pnh keja..wuwuwu..[T.T]
well nk try bisnes online..hehe…any suggestion?
penat keje ni…ari2 keje..jadi full time blogger la plak..huhuhuhuhu..dapat rilek sikitn wat ape yang kita suke.,huhu
Everyday is a working day, ada apa dgn hari Isnin, hehe
salam khai……nice entry. itulah hidup khai……, yang nyata semua org sedar yg end nya tentunya mati tapi macam tak peduli right? sbb kalau la manusia ni bother sgt pasal mati dia da takde mood nak hidup. maka itulah fungsinya nafsu yg menyebabkan manusia terussss tak kisahkan mati. cuma jgn lebey la.
ade mase jenguk la blog buruk pakcik.
“sedarlah sebelum kamu disedarkan dengan mati, kerana ketika itu sedarmu sudah tidak berguna”
hoho…tepat sekali ape yg diperkatakan oleh khai..Alam bekerja nie sgt membosankan…Bila dh kerja ngan org,rase cm nk kerja sendiri..bila dh kerja sndiri..bertambah2 pening..hehe
yuo tul tu..bdk2 ckp time sekolah tak best..kite ckp time bajar tak best..nak kerja la..tapi org keje ckp rasa nak bajar balik jer..so mane nak pegi weh? hahaha…so teruskan jer kehidupan..org cakap la..tapi ade hadis ke ape aku penah baca… kalo A… sayang kita dia akan menguji kita dengan kesusahan..nexcaya selepas tu beroleh la kejayaan..kalo kite sng jer sepanjang hayat..sure org tu lupe pada tuhan mereka..sbb tuhan nak test jer tuh..jgn la tergolong pada golongan yang mcm tu..teruskan usaha…lipat gandakan pahala… ๐
Khai, kalo keja dgn mak abah dan
terima gaji dr depa, kira loser gak ke?? :bloody:
Eh eh… apa plak kak.. Itu kan dah kerja. Bukan duduk terkangkang kat rumah then nak keluar dating minta duit mak abah.. hehehe..
It’s life that we all have, no matter how suck it is.
Memang betul, alam pekerjaan adalah alam paling tak best sebab tak kaya-kaya. Kerja macam kerbau.
Ramai kita terperangkap dalam kandang kerbau. Kerja macam babi tapi tak kaya-kaya.
Sebab kau kerja dengan orang. Kau kayakan orang lain. Tak cuba kerja sendiri dan kayakan diri sendiri itulah fasal. Bila orang start bisnes kecil-kecil kau jeling sebelah mata, senyum senget. Melayu oh melayu.
Well done Khai sebab kau tak terperangkap dalam kandang kerbau. Aku dah lama nak keluar, tapi bisnes tak bangun2. Selagi tak bangun, selagi tu lah tak leh nak berhenti kerja bajak ni. aduhai.
zaman kanak2 menang terbaik, tak payah nak pikir macam2.
tp dah lumrah la kan kitar hidup manusia macam tu, kita membesar dari bdk hingusan hingga jadi seseorang yg berguna utk masyarakatt. ๐
aku suka hari isnin sb hari isnin, kuliah aku satu kelas jer, hari lain jgn cerita… mcm ko ckp, alam persekolahan lagi best, even dah belajar kat universiti pun, aku pasti ramai nak balik(kalau boleh..) gi masa zaman sekolah rendah dan menengah… dan bagi aku sudah pasti bila di universiti sikit boring, lepas universiti lagi la boring(alam pekerjaan)… tapi aku tetap berpegang satu prinsip ni, iaitu hidup perlu diteruskan.. yeah~ hidup perlu diteruskan… ๐
sesungguhnya kita sbg manusia mmg x dapat lari drpd kesilapan.. Seringkali kita berfikir, andai dapat diundurkan masa, tentu kita x akan mengulangi kesilapan yang kita buat…
zaman kanak2..kiter asek men jek…xpayah nk pk pape pon..sgt best…bila da sekolah..pk sal pelajaran..ujia..result…bila da keje..kn pk sal keje plak….yg paling xsuke kn bgn awal 2 pagi..huhu./
ni lah kehidupan..selagi kite hidup…kn bnyk bersabr lah..walopon sngt2 bosan..huhu
X kira macam mana, school tetap perlu diteruskan =(
haha..habis kn lu pye STPM dlu bro… ๐
Salam..khai..nur tgk entry ni khusus tuk sume kn?..tksh coz khai dh wt nur pk kesudahan hidup ni..erm thanks again..
masa sekolah dah pikir pasal kerja.. seronok kerja la apa la.. hidup bebas…
tapi bila dah kerja terkenang zaman sekolah… nak masuk sekolah balik la.. rasa tak terbeban.. semua mak bapak tanggung..
tapi itulah kehidupan.. berganjak ke takuk yang baru jadikan ianya bermakna…
er… jap… macam mana aku boleh cuti hari nie? hehe… sampai rabu plak tu.. jangan jeles ar..
ngohohoho, luahan perasaan hari Isnin. Aku pun tak ske hari Isnin.. tetiap kali hari Isnin, mesti aku tertunggu2 hari Jumaat akan datang..
wlupun aku ni student, masih boleh bergntung kt mak bapak nak mintak wit blanje,
tp aku xpenah nak nyusahkan dorang, at least skg aku sggup susah pyh wat keje prtime cari wit sendirik,wlupun xbyk mane pown 4 rtus je sbuln hidup kt kl ni ok ha~
~ :-[) dah bebulu atas bawah tulg pon dah kuat, xyah r susahkan mak bpk dah mintak duit ye kekawan, sesekali xpe r :-[) ~
Bagusnya dia.. Tahniah.. Mmg patut dicontohi..
hmm. suke sgt bce ntri cm nih.
aku bdk skola. smmgnye bosan.
nk2 skola aku tiap2 hr ade spotcek. bkn isnin je.
dgn bku yg berkilo. addmath n physics yg pening.
hstory yg mmrlukan essay. wt aku rimas. hoho =( =(
hmm, lao dlm cls, slu berangan2 nk msuk u.. ๐ ๐
amt2 lah xsbr nk jd besar. 8) 8)
bkn SMART la.
AFZAN. Ouppss. EX-AFZAN.
Skunk SMKPelindung.
Myb kt umah kao kot. 8)
ehh, aku da ed FB kao.
pndai2 la cri ek?
Apa pun, hidup harus diteruskan… he he he..
ooo.. khai dah bg jadual, kira tiap isnin blog ini akan..
Di update.. kalau x update, aku saman ko khai…
Bebudak – sekolah – universiti – pekerjaan (perkahwinan + keluarga) – tua & mati = pakej hidup.
uish :oups: ~ pendek betul hidup kita. macam mana kalau yang tak sempat capai 1 pakej tu.. :8
salam….hai khai..hrmmmm mmmg isnin kebanyakkan adalah hari yang malas..akak plak dah mula start kije…ehhh silap masuk skool balik…hahahaha sampai ke_tua la akak g skoll…
tp ini lah masanya nak membuli blik..hehehe jgn kene buli udah..
tp dengan penuh tanggungjwp demi anak bangsa…
apapon khai…nice entri…
moga dilimpahi kelapangan dalam hidup…..
Hehe.. Janganlah buli balik.. sian student.. Hehehe.. Khai selalu terfikir, kalau Khai jadi cikgu, teringin nak jadi cikgu yang baik sangat-sangat dengan murid sampai murid boleh luahkan segala2 masalah dan anggap kita sebagai kawan dan bukan sebagai cikgu. Tapi jangan sampai pijak kepala la. Penyek kepala dia kena pihak pulak nanti.. hehehe..
Tahniah. Asalnya seorang Yang Dipertuan Agong pun adalah dari seorang guru yang mendidik.
terasa aku..tak pe tinggal sebulan je lagi sebelum intern tamat.. ๐
alam keje paling membosankan?walaupun penah keje partime dulu…aku dah penah rasa bosan..tapi alam u ni..x bosan tapi penuh dengan ketensenan..huhu :bloody:
Tapi bila dah habis alam University, bila terkenang balik alam university lah yang paling best untuk seorang remaja seperti kita kan? hehe..
arini aku mntk cuti sbb demam..plus mls nk bgn awl sbb dh smggu asik bgn lewat je..hahahaha
erm..malu pun ada aku ni…hehe…dah besar, tapi makan minum mak tanggung lagi…nak cari kerja blum dapat lagi…
aku pun sedar…aku mempunyai tanggungjawab kepada keluarga…tapi apakah daya, dengan faktor ekonomi sekarang, nak cari kerja pun susah.
Jadi untuk meringankan beban mak aku, aku kerja online dirumah.ye aku ceburi bidang topup, walaupun income purata sebulan dalam RM1K, tapi aku bersyukur sebab dapat tolong ringan kan beban mak aku
cuma makan dan minum mak aku masih jaga…kalu aku mempunyai masa terluang aku akan bersih rumah dan basuh kain, tanda aku berterima kasih kepada mak aku.
walaupun RM1K itu tidak dpt membantu keluarga…kekadang perniagaan online pun ada risikonya dan ruginya.
Aku tetap berusaha mencari pekerjaan di samping buat kerja online…dan jika ia berlanjutan sehingga bulan 7, aku mengharapkan Allah murahkan rezeki aku untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Degree.
Dengan melanjutkan pelajaran, sekurang-kurangnya aku tidak membebankan mak aku dirumah…
Bila difikirkan tanggungjawab sebagai ketua keluarga..aku memang takut adakah aku boleh jadi sehebat ibu ku??
apa2 pun entry khai bagus untuk dijadikan motivasi.. ๐
Hehe..nice entry,,,..loser sejati tu sape yg ibu bapa menaja..:P
time blaja mmg bes..xyah pk psl kje,nk byr cm2 jnis bil lg..sume mak ayh yg uruskn…bla dh kje,stress sket jer trus rsa nk blaja lik..iskkkk kalo la aku leh jd bdak2 slama2nye kn best…nk mam aiskrem mntk wit ngn mak..xyah pning nk kje…kalo la buleh hurrrmmmmmm
sekarang dah terpikir nak kawin la! :oups:
macam pernah aku tgk gambar papan hitam tue..
cam banner blog lame ko jerk khai… ๐
aku benci alam pekerjaan.. lebih suke alam study mady.. tp keje bleh dpt duit.. study mengabihkan duit.. haihhh.. susahnye hidup.. tp susah camne pon, kene teruskan jugak.. dah nama pon kehidupan.. hmm ๐
nice entri…love it(*v*)….
yup btul alam kerja memang membosankan….tp alam perkahwinan xdelh best mn pon…mle2 jelh best kot…dh beranak pinak dh bertimbun masalh dh terbang semua periuk belanga… hilanglh ke’best’sannye…
hehe that just my opinion ๐
bagus yg suke bekerja, tak rasa bosan. yg suke belajar pun bagus sbb menambah ilmu di dada. tapi bagi aku bila kita masih belajar libatkan la diri 100% dlm alam kampus. tak rugi dan bukan selalu pun kita merasa. makin meningkat usia makin jauh kita berjalan.. dan melangkah ke alam kerja. memang kita akan rindu alam tu bila bekerja, sekurang-kurang kita dah merasa.. jgn x rasa langsung..
bile kerja kita dah berduit.. tu pun best! tak kesah la kerja bosan tak bosan; janji duit masuk poket bole sara diri & keluarga. balas balik jasa ibu ayah yg dulu membesarkan kita dgn titik peluh dorunk.
entri yg sgt bgus sbg satu bntuk pringatan pd diri kita dan org lain..entri muhasabah diri..
arghhh memang betul apa yg ko/awak/abang khai tulis…mula2 masuk darjah 1,nak je jawab apa yg cikgu soal walaupun time tu saya rendah lagi…jawapannya kat atas,apa lagi cikgu dukung aku and aku tunjuk jawapan…ecehh ๐
dah besar sekarang ni aku ye…7 thn drjh 1 sekarang upper 6 19 thn…err tolak sendiri la…cepat giler masa berlalu…OH!TIDAK… :aie:
terasa sedih baca ape yang ko tulis..tak tau kena
terasa sedih baca ape yang ko tulis..tak tau kenapa..
huhuhu… encik khai… nmpk ny entri kali ini adew b’kaitan dgn dri kamu yaw!!!
ahaha…
anyway this name of life…
*p/s : tahniah yek khai…hihihi ๐
thinking back of our pass is really joyfull!!! i agree with you khai!!! kids nw days are nt as what we where bck then!!!
they need a better lesson and they have to learn the hard way!!! :oups:
yeahhh.. u r rite…
lapar… huhu :oups:
life mase blaja best.. kerje nih best gak.. cuma kdg2 de angin tak best bertiup.. hahaa.. pape pun. life has to go on..
Hmmm… setiap peringkat umur ade tahap kebahagiaannya yang tersendiri….
selagi tak tutup mata…. keje..keje..keje….
Alam Perkahwinan kau kata best. hahaha
Nanti korang kahwin korang tau lah langit tu tinggi ke rendah… hahaha
hehe..dem u facebook. tapi wat gak fan page baru. haha..
ceramah ke pakcik?
hakhak! sepertinya pakcik Khai sedang memberikan motivasi ya kepada readers blognya.. tekun membaca ya murid murid, heeee~ :8
berbalik kepada san Pencipta~
Adakah kita dilahirkan hanya utk makan, tido, keje, main, kawin dan sebagainya tu?
Apa tujuan kita hidup diatas bumi ciptaan Allah s.w.t ni?
~ utk jadi Khalifah Allah. menunaikan tanggung jawab/ibadah sebagai seorang Islam.
Untuk jadi Khalifah Allah, bagaimana kita menjalankan ibadah dan tanggung jawab kita?
~ tunaikan solat 5 waktu itu sudah tentu. solat tiang agama.
~ adakah kita perlu join ‘tabligh’ dan pergi dari 1 masjid ke masjid yg lain utk beribadah semata-mata? sudah tentu TIDAK! kalau kita faham, apa yang kita lakukan seharian adalah ibadah jika kita niatkan kerana Allah. kita makan (utk dapatkan tenaga jalankan ibadah), kita tido (utk rehat), kita keje (utk nafkah), kita belajar (tuntut ilmu), kita main (cth main futsal-rapatkan siratulrahim), kita kawin (elak zina- jaga keturunan), dll~ itu semua ibadah~ ISLAM IS PERFECT!
apa pun, yg paling penting, kita kena kenal diri kita dahulu. sbb kalau kita kenal diri kita, kita akan kenal Allah s.w.t… kalau nak citer bab ibadah nih, kena buat 1 entri baru nanti. sebab pengertian dia meluas. apa pun, sedikit yg saya ceritakan disini sebagai peringatan pada diri saya dan korang yg membaca komen saya nih. 8)
p/s: kalau tanya saya zaman mana yg best? saya akan cakap zaman sebelum ‘baligh’. sebab time tu, dosa semua mak bapak yg tanggung. kita boleh wooha, wooha, lg~ huhu~ :love:
brilliant comment akuro san! seriously, we need more of these commenting types in this kind of blogs.. cz it helps others a lot! ๐
khai… enjoy your life bro… kalu nak carik yang tenang n damai.. tak lain dan tak bukan.. jadi insan yg baik.. buang sangka buruk dan busuk hati.
aku doakan ko..
Aku pelik ko yang bijak ni kata hitam dan putih bukan warna. Dah tu hitam dan putih ko klasifikasikan sebagai apa?
Rambut ko warna apa? Kalau dah tua nanti ada uban warna apa? Kuda belang warna apa?
Masa belajar pendidikan seni dulu cikgu aku ajar hitam dan putih tu warna asas. Kalo ko pernah guna pensel warna luna, campur macam2 kaler takkan dapat warna hitam/putih.
Masa tabika, sekolah, kerja, pencen.
Masa kecik, remaja, dewasa,tua.
Semuanya takkan boring kalau sentiasa mengingati tuhan dan diisi dengan ibadah.
Bila lupa tuhan, hidup mula bosan, semua serba tak kena. Takde duit tak keruan, ade duit pun tak keruan.
Masa yang lalu takkan dapat digapai semula. Hargailah masa yang ada sebaik-baiknya. Kita merancang,Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan. Kita semua belum tentu sampai ke umur tua/pencen. Sentiasalah beringat-ingat.
Study mana dulu? cuba tanya lecturer balik pasal warna.. ๐
hitam putih bkn wrna asas.
merah, kuning & biru wrna asas lao xclp la. ๐
sebelum sekolah teringin nak pegi sekolah, masa sekolah tak habis-habis merungut nak habiskan.. bila dah habis mulalah rindunya zaman sekolah..
kat u pun sama.. sebelum masuk nak je pegi.. bila dah masuk malas plak.. bila dah lepas nanti rindu plak..
kerja aku tak tahu.. jauh lagi.. ๐
salam..
mmg Allah dah atur semua perkara s’baiknya…
bila alm pekerjaan sgt menguji kesabaran,
alm perkahwinan dan cinta dlm rumah tangga yang indah jadi penebus…
maka bersyukur selalu..
plan nak tempah iklan header juskhai..nak kumpul bajet jap nanti…murah gak iklan kat justkhai..nie..confirm masuk bila iklan kat justkhai nanti….nanti ada masa aku bagitahu ya khai bila aku nak tempah iklan kat justkhai nie…
Bila baca arikel ni,rindu lak zaman persekolahan,kalau la dapat diundurkan masa…isk3,walau apa pun yang terjadi,aku kene gak harungi segala cabaran di dalam dunia pekerjaan ni. :love:
Ble nk update nh?
bz sgt ke..? ๐
haha..tak pasal2 aku bace bebelan khai nie..cerah jap mate.. :8
salam khai..lamanya xbaca blog khai..tetiba baca khai cite psl mati..kebetulannya sy br habis membaca buku Sakaratul Maut..sgt2 menginsafkan
buku tu dibeli oleh adik tp sy membacanya selepas bapa sy kembali ke Rahmatullah pd 8.2.2010 yg lepas..
“adakah kamu meninggalkan dunia, atau dunia meninggalkan kamu?”
setelah lebih 20tahun hidup, kita kena belajar untuk hidup supaya hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini…hidup hanya sekali jadi kena jadi manusia terbaik! ๐
Walaupun aku 1st dapat dkt cni,ak dah bleh agak,next time ak nak dtg cni lagi hehe….
Betul, ak stuju, tak kisah la kita keje ape…Susah la kalau nak memilih keje berdasarkan kelulusan, then terpaksa menganggur disebabkan asyik nak keje yang best2 je…Bagi ak, asalkan tak menyusahkan ayah n mak, ak keje je ape2…
Congratz khai…ak rasa, mayb dah banyak reader yang mula terfikir disebabkan penulisan khai nie hehe