Feature terbaru: Create Group di Facebook
Ketika sedang sibuk diperkatakan mengenai fasa perubahan pelbagai dari Facebook, nampaknya perubahan dah dapat dilihat melalui Facebook Groups. Kalau sebelum ni bila korang create group, memang semak group tu sebab sesiapa pun boleh join. So takde apa yang menarik since group seperti tu tak banyak beza pun dengan fan page.
So pagi tadi, Khai cuba create satu group baru iaitu group Tahan Maki. Ni group saja-saja je la antara Khai dan kawan-kawan terdekat Khai. Bila dah create dapat la test macam-macam benda baru kat situ. Antara perkara utama yang paling best ialah Group Chat di mana sekarang ni korang dah boleh chat beramai-ramai melalui Facebook sahaja.
Sebagai contoh, kalau korang ada geng-geng main futsal, so korang create satu group atas nama team futsal korang, then add team member korang sahaja. So korang dah ada satu komuniti baru khas untuk team futsal korang dan tiada campur tangan pihak lain.
Ok cuba korang nengok gambar kat bawah ni dulu. Whole screenshot rupa bentuk group tersebut.
Selain dari itu..
Share something
Dalam group tersebut, korang boleh add post, link, photo, video, create even, upload doc dan macam-macam lagi. Dan semua yang korang upload, automatik hanya dapat dilihat oleh member group sahaja (yang korang pilih masa korang create group tu).
Group Chat
Ini paling menarik sebab korang boleh chat secara beramai-ramai melalui Facebook. Lagi senang kan nak bincang/borak-borak in real-time. Tak payah buka Skype, YM dan sebagainya lagi.
Video Penerangan
Video kat bawah ni lebih jelas penerangannya.
Ini satu lagi feature yang amat menarik dilakukan Facebook! Kewll..!! Kalau korang dah sedia nak create group yang macam ni, boleh ke http://facebook.com/groups.
SUPERB!
kalau friend yg kt invite tu nk upload video or aper je kire diorg ade password ke camne ek? blur nie…ngntuk nye pasal
Best lak chat ramai2 kat Fb nih.. Nak stop la chat kat Twitter. Hahahaha… ๐
terbaeeekkk ๐
wahhhh…. ni sangat terbaik! boleh buat ganti googlegrup ni…. ๐
mcm best jer wat group nie…boleh join togetherkan member2 lama kan..??
Assalamualaikum,wa bestlah boleh buat group dalam facebook :),kena cuba nie,thank q khai..
buka2 fb tadi terkejut byk sgt notification.. hahhaa.. rupa2nya pasal fb group ni.. bagus ni ada features baru…
oh mcm tu…ok2 nnt aku try
1st!! hahaha.. aku tak paham lagi camne facebook group ni.. adehh.. :bloody:
muehehehehe~
features ini cantik tapi agak annoying bila bersepah chat group ahaha..abes penuh footerchat aku! ๐
Yup Melz, sumpah aku tak dapat nak menafikan kata-kata mu itu.. Hahaa! Sebab tu aku join 2 3 group yg layak untuk dijoin je. Kalau buat group then bantai chat merepek-repek ntah ape-ape, maaf lah.. saya undur diri dan jangan invite saya lagi.. hehe..
Salam .
cam mnew nk create gr0up ?
cool . tapi sayang group aku boring gila
abeh tu…yg grup lame…mcmne pulak????
yang tak bestnya bila kita wat group, ramai lagi yang tak tau fungsi nie.. haha… jenuh la pulak nak terangkan…
Takpe bro.. ko suruh dia baca entri ni.. mesti dia paham insyaAllah.. hehehe..
chat kat fb tak berapa nak best..senang je hang kadang2..tak tau lah kalau sekali ramai pun camtu gak. :[
fb nak update layout x
feature group chat ni dah lama kot ada kat fb ni khai..ble masuk link ni http://apps.facebook.com/chat_rooms
Izo, dah cuba ke fb groups tu.. rasanya lain dan paling penting, ianya adalah apps dari facebook. Bukan apps yang dibuat pihak ketiga.
huuuuuuuuu….da byk group join..huuish..
Team kerja FB nih ghajin sungguh.
Herm!!! :[
hari2 i bukak FB skrg, tgk group tahan maki kita tu ahahhahaa
makin menarik..ni buat aku suke fb nie… ๐
wahh semua dah ada group
aku tatau la bila lagi nak buat fan pages ,hehehe
super cool. ini yang kena buat group jugak ni ๐
khai buat la post pasal fb dah boleh download album picture dalam saiz sebenar yang kita upload, macam cool la. :love:
Uiks.. ye ke? Dah try nengok tak nampak apa apa perubahan pun?
grup lama dia x integratekan skali eh? :bloody:
Group fb nie leceh siket .. moderator kena rajin doh .. bagi yang malas tu fan page adalah terbaik .. tapi kena mantau jugak .. kang ada iklan pelik2 muncul
weh…aku nak join gak group ko…nak maki2…boleh? hehe