Aku dan hari ini – Part 1

352 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Hari ini seperti kebiasaannya sejak 2 tahun yang lalu, aku tidur selepas waktu subuh. Di kala matahari mengintai-ngintai dari bawah tanah. Cuma dalam tempoh masa 100 hari sebelum ini, aku akan tidur selepas pukul 7 pagi. Di mana selepas aku kejutkan si dia suruh bangun pergi kerja. Jangan malas-malas. Hehe.

Pukul 10 macam tu aku bangun dan online kejap nengok apa yang menarik (time-time ni terhasil’nya web “oh oh” yang korang rajin leparking tu. Bila nengok jam macam dah terlambat, bingkas aku bangun pergi mandi. Aku kalau mandi je mau makan masa 20 minit. Tak caya tanya la member-member aku. Syok oo mandi shower lama-lama kan. Nasib rumah aku takde kolam renang. Kalau tak mau 20 jam baru siap mandi. Haha!

Then terus gerak ke Plaza Lowyat dengan penuh malas’nya. Aku memang rasa nak lompat-lompat bila dah sampai Lowyat tu. Dengan event CSL yang super-meriahnya lagi (Gambar kat atas tu). Tapi perjalanan nak sampai sana tu, masyaAllah! Tuhan saja yang tahu. Sampai sana, aku terus ke HP tingkat paling atas sebab Sabtu lepas aku hantar Merlot Jr tu pergi repair. Problem’nya sikit je dekat button A keyboard tu. Button A tu korang tak payah tekan dah, sentuh sikit je dah keluar. Kiranya terlalu sensitive sangat sampai kerap jadi typo (double A’s). Aku hantar HP kat Lowyat. Then HP Lowyat hantar ke HQ kat Damansara sana tu. Diorang janji dalam masa 2 minggu tapi baru 6 hari dah setel. Terima kasih daun keladi. Kalau nak cepat, kita pergi sendiri ke HQ tu dalam 2 jam dah siap.

Dah sampai Lowyat, tak best la kalau pergi terus balik kan. Aku pun usya-usya game PS3 kot-kot ada yang baru. Tapi malangnya semua yang lama. Nak beli PlayStation Move, boleh habis stok pulak kan. Suruh tunggu lagi 2 minggu. Kalau korang dah ada PS3, dalam RM400 macam tu korang dah boleh layan PSMove. Tapi harga PS3 dah murah la sekarang. Time aku beli dulu, RM1299 untuk 120GB. Cuba nengok gambar kat bawah ni dah berapa sekarang? Harga sama tapi kapasiti dia jauh lebih besar. Berganda! Ciskek!

So kempunan tak dapat beli apa-apa berkaitan entertainment, baru aku teringat ink printer dah habis. Aku guna HP Deskjet F246. Memang semua benda yang berkaitan komputer, aku akan beli brand HP. Termasuklah bluetooth mouse, headphone, earhphone, external, beg sandang dan semuanya akan dibeli di HP, tingkat 4 Plaza Lowyat. Jatuh cinta sungguh dengan Hewlett Packard ni kan.

Nak taknak beli catridge baru terus la senang. Price yang hitam tu RM89 dan yang warna RM98. Sebab apa ada “XL”, sebab ink dia lebih 3 kali ganda dari yang biasa (pada harga double). Dan Maybank Visa Card memainkan peranan penting. “Zraaassss!!” kad di’swap dengan rakus dan aku buat muka sedih rasa tak puas hati. Aku lebih puas hati kalau duit keluar dari wallet then hulur kat orang tu. Sebab aku nampak. Ini? Haha. Tapi memang nak kena beli ink ni sebab banyak benda aku nak kena print lepas ni. (sape nak print or photostat, meh datang rumah)

Sempat jugak aku usya iPhone 4 tadi. Harga retail semua kedai lebih kurang je. RM2690 untuk 16GB dan RM2999 untuk 32GB. Lagi tak tahan semua kedai kasitahu jangan pakai Maxis. Katanya pakai Celcom sebab murah. Korang bayar RM49 je untuk unlimited internet. Kata cina tu, dia dah pernah kena. Online kat iPhone, nengok bil dah 3 4 ratus. Masa dia cerita tu, teringat aku si Fazreen pun ada cakap benda yang sama sebab dia dah kena.

So sape nak beli iPhone 4, doesn’t mean korang kena pergi beli kat Maxis secara cash atau kontrak. Bagi Khai, lebih bagus korang beli retail terus je kat Lowyat or mana-mana. Tapi jangan sampai kena kelentong ambik iPhone cina sudah lah. Tak dapek pakcik nak tolong. So, if korang tak tahu selok-belok dunia gadget ni, ajak member yang pandai dalam hal yang berkaitan’nya.

Balik dari Lowyat dah la dahaga, kebulur pulak tu. Tiba-tiba nampak satu gerai ni jual lemang. Aku pun jerit, “OH! TIDAK… LEMANGG!!!! WHAAATT?!!!“. Ingat raya tinggal 2 3 hari ni, dah tak jual dah. Sekali ada lagi. Wah, KL mengalahkan kampung pulak kan? Hehe. Kalau korang nak tahu, untuk raya tahun ni, ini kali pertama aku suap’kan mulut ni dengang lemang. Sedih hati ni bila tak merasa nak makan lemang. Akhirnya dah 28 hari kita beraya, baru dapat merasa. Siap beli dengan rendang dan serunding lagi (nafsu kuda). Pergi beraya rumah orang untuk beraya pun, paling tidak diorang hidang air sirap kurang gula je. Mana ada lemang. Buat open house, tapi macam tak ikhlas je nak jamu tetamu. Ada ke air sirap. Oh ok! Jimat bajet kan?

Ok so now perut akan terisi dengan lemang. Tapi tekak yang tengah kering ni nak basahkan dengan apa? Air liur pun tak cukup ni. So aku berhenti dekat warung seorang makcik ni. Makcik ni jual macam-macam jenis air dan juga jambu. “As’kum Makcik. Tu air asam boi kan? Nak secawan makcik“. Then makcik tu ambil dan masukkan dalam cawan. “Ok berapa makcik?“. Makcik tu jawab, “RM1.20 je dik“. Aku pun hulur RM2 sambil berkata, “kira halal’lah makcik. Saya sedekah di hari Jumaat yang indah permai ni“.

Makcik tu tolak tapi aku paksa gak. At last dia ambil tapi tangan potong-potong jambu kasi aku makan free sambil borak-borak. Haha! Respek aku dengan makcik ni sebab dia seboleh-boleh nak berniaga tanpa menerima sebarang sumbangan orang. Aku nengok mata dia, sayu sangat. Teringat mak aku kat kampung. Sambil borak aku nengok makcik tu dari jauh gembira sangat bila ada orang singgah kedai dia beli air or beli jambu.

Dari situ aku tersedar satu perkara. Bertapa kita semua perlu bersyukur. Kalau RM50 tu kadang-kadang tak sampai satu hari aku dah habiskan macam tu je, tak nampak pergi ke mana. So bila nengok makcik tu dan betapa susahnya dia memerah kudrat untuk mencari duit, mana aku tak sedih kan. Kerja aku, masa tidur pun duit masuk. Makcik tu kerja tengah-tengah panas untuk dapat keuntungan yang tak seberapa. Alhamdulillah bila mengenang nasib diri. So kita semua perlulah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Kalau kita rasa kita susah, ramai lagi yang jauh lebih susah dari kita. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Langsung tak pernah wujud impian nak beli iPhone, PS3 atau sebagainya dalam jiwa mereka. Yang mereka tahu, mencari sesuap nasi untuk merasai apa itu kekenyangan.

Dan sekarang, aku dah pun ada kat rumah ditemani Miss Merlot. Kejap lagi nak online guna Miss Merlot Jr pulak. Rindu gila nak online dengan si kecik tomel tu. Ada masa aku sambung bahagian dua dengan kisah di hari yang lain pula. Moga apa yang aku story hari ini, ada la sedikit maklumat dan juga “sesuatu” untuk kita bersama.

Gambar saja-saja nak upload:

Pssttt: Lebih banyak kisah aku (termasuk yang remeh-temeh) ada di ohkhai.com. Oh ya, semua gambar di’snap menggunakan Sony Ericsson Satio. Rasanya kualiti macam Satio ni, tak tercapai lagi dek iPhone 4 (12.1MP VS 5.0MP). Tapi aku tetap rasa nak beli gak la iPhone 4 ni sebab sakit hati bila web-web social lebih utamakan apps diorang untuk iPhone & Blackberry dari phone lain. Racist ok!

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 3:50 pm 8 October '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 352 views
Dalam kategori: Gadget, Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

37 Comments »

Comment by paeh
2010-10-08 16:00:34

hahaha. jgn pasni semua button touch je dah kuar. hahaha

..
Comment by Khai
2010-10-08 16:03:19

Aku lagi rela macam tu sebab netbook aku sorang je yang takyah ditekan.. Netbook touch tu.. Mesti ko jeles kan paeh? Then mintak sebagai hadiah hari jadi. Hehe..

..
 
 
Comment by Melz
2010-10-08 16:01:27

uit rege RM1690 untuk 16GB iphone ?

aku masih tak paham pasal iphone nie tapi teringin jgak nak angkat satu πŸ˜€

..
Comment by Khai
2010-10-09 09:04:01

melz, aku silap letak angka la.. haha.. tukarkan no 1 tu jadi 2.. ekekeke…

..
 
 
Comment by syahirul
2010-10-08 16:04:51

wow.. byk lak gambar arini.. gi lowyat dengan hanz ke? mcm sedap aje lamang n rendang.. kalo ada agi aku nak ke sana makan.. gyahahahha… khai, jual ps3 lama ko n beli yg baru.. ape lagi lelong.com.my la… pasni harap aku guna merlot jr takde la typo a byk lagi…

..
 
Comment by syafieq
2010-10-08 16:19:26

waahhhh…playstation move mmbuatkn rasa nak memiliki ps3 mbuak2…hehe..trailer nye smart sgguh….! :bloody:

lemang tu…makn dah aritu….awl2 raye..hehe.. πŸ™‚

..
 
Comment by Scromix
2010-10-08 16:38:16

amboi lama mandi. hahaha, paham πŸ™‚

..
 
Comment by bubbles182
2010-10-08 16:48:29

phone pun boleh kira racist eh? alaa skrg besides iphone & bb, kan android pun dah banyak apps. kire android tergolong dlm yg racist gak ke? ;p

..
 
Comment by Rjuna
2010-10-08 16:59:58

dah pakai DiGi ke bang? ada bau iPhone 4 la blog ni hehe πŸ™‚

..
 
Comment by menteil
2010-10-08 17:11:21

jom ramai2 beli iphone 4.. hehe…

boleh bagitau details tak ape yang maxis cekelat tu ek?

..
 
Comment by arefiqrc
2010-10-08 17:11:48

ciss…ak bru g lowyat smalam…x nmpak pn ko..hak3 8)

..
 
Comment by Fazreen
2010-10-08 18:23:42

patut la aku tersedak arini..ada mention aku kat sini rupanya..entri full iphone 4 reviews akan kuar malam ni..hehe..

..
 
Comment by aizuddin
2010-10-08 18:29:19

nak tunggu review ps3move pasni..cambest je 😎

..
 
Comment by Eriyza
2010-10-08 19:43:05

Best ke Iphone 4 tu??
Huhuhu!!!

..
 
Comment by Nizam6281
2010-10-08 22:46:53

Iphone 4 ? Huisshh
Kang hang buat review gak huhu πŸ™‚

..
 
Comment by sis mieya
2010-10-08 22:49:01

indahnya hr2 yg di lalui πŸ™‚
best jd freelancer ni..boleh g memane pun..keje xde office hour ka…
well pic no3 dr bwh tu mcm kenal je..kat mamak tesco ampang ehh…gyahahaha skali lg x roger pun…mencik!!

..
 
Comment by Meow
2010-10-08 23:42:31

aku tertarik dengan cerita mak cik tu…kasihan gak bila baca kasihan makcik tu..

kekadang aku pun fikir,kalaulah aku dilahirkan dalam keluarga sederhana, agak2 dimana aku skrg??wujud ke aku di internet??

hurm…renung2kan =(

..
 
Comment by ZoOL
2010-10-09 00:35:56

huhuhu… serunding… sedap… rindu ngan kluarga angkat kt johor plak.. beraya kt kpg sana mmg best especially masak dodol (org s’wak cam aku ni tak pernah wat dodol jd 1st time experience tu mmg best)

pasal iphone tu… hmm.. x sangka plak maxis ada hidden tricks nk tipu pelanggan yek.. nasib baik aku ni pelanggan loyal digi tp aku x pki iphone pun sbb benda tu x penting pun..

..
 
Comment by Piratz
2010-10-09 02:24:06

netbook ade dua kan? tak guna ke? :aie:

..
 
Comment by neyrashazeyra
2010-10-09 02:32:44

da beli no digi? hehehe

..
 
Comment by Anip
2010-10-09 13:18:29

bgus ko khai..sedekah kt makcik tu..hehehe..loaded ko ni..mcm2 nk bli..hehe πŸ™‚

..
 
Comment by h3r0
2010-10-09 15:56:34

Ada gambar digi.. dah pakai ke?

..
 
Comment by Arrul
2010-10-09 17:17:16

Wahahaha…digi terbaek wokk! πŸ™‚

Makkk! Murah nye PS3 skrg ni!! :[

Nak bli Iphone 4 lak ke? 😎
Npe x Android? or Windows ke?

..
 
Comment by mosyar
2010-10-09 19:58:17

bro, nak tanye skit, ko guna ada edit2 ke gmbr dlm setiap entri ko tu? aku nmpk mcm terang aje colour dia…

p/s : buat la tutorial skali skala ke…hehe.

..
Comment by Khai
2010-10-09 21:53:39

Ada la edit sket kasi gelap sikit.. standard la tu kan even guna dslr pun masuk photoshop baru lebih ngancam. Hehee.. Tutorial pasal ape tu bro?

..
 
 
Comment by pian
2010-10-10 00:42:10

eh nak tanye la jgk..ko ni keje ape erk..kate dalam tido pon masuk duit πŸ™‚ …maklumla baru mengikuti perkembangan khai..best la plak blog khai ni…

..
Comment by Khai
2010-10-10 11:48:33

Hehe.. Ada la.. Tiem kasih Pian mengikuti blog ni. Ada yang kurang di mata, tegurlah ye..

..
 
 
Comment by onetrg
2010-10-10 12:01:31

ha3 thanks khai,dh lama khai x story citer camni..skali-skala bace best gk.. πŸ˜‰

..
Comment by Khai
2010-10-10 12:58:03

hahaha.. tu la kan.. aku pun rindu ngan entri2 macam ni.. entri mengimbas justkhai yg dulu di awal awal kewujudannya.. thanks bro anyway!

..
 
 
Comment by Mohd Isa
2010-10-10 12:18:00

aish…ni aku musykil ni…napa ada kad sim digi ni…aish…dah angkat iPhone 4 ke bro? aha…kantoi sudah…

..
 
Comment by syahiran
2010-10-11 00:14:58

khai nanti dah beli psmove buat review eaaa…nak tawu jugak camne function dy~~

*tengah tunggu game dead rising 2 ~ πŸ™‚

..
 
Comment by hafizmd
2010-10-11 17:24:31

rasa macam baca justkhai masa dulu2 punye…best2 jugak sekali sekala layan entri camni…hehe..

dah angkat iphone ke ni? :choler:

..
 
Comment by peyjal
2010-10-12 11:46:46

rasenya aku tau tpt ko bli jambu nie..ni kt simpang 3 kt ppr kerinchi tu kan…hahaha..ko duk pantai dalam yer.. πŸ™‚

..
Comment by Khai
2010-10-12 15:52:54

Haah, betul sesangat la tu.. Aku duduk Bangsar.. Singgah situ masa balik solat jumaat dari rumah member. Area situ kan ada masjid kan? hehe

..
 
 
Comment by peyjal
2010-10-22 08:11:55

haah…kt situ da masjid..ni mst selalu lepak riangΒ² kan?hahahahhahahaha……

..
 
Comment by DiaD
2010-10-24 17:31:54

apasal logo CSL mcm Android??

..
 
Comment by mamat
2011-08-18 21:32:04

bila la mamat nak merasa ps3..hehe asyik main ps2 je..

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?