Hancurnya sebuah kebahagiaan kerana Facebook
Sekarang ni semua orang pun ada Facebook. Yang muda, yang tua, yang budak-budak dan yang dah berumur bagai telur dihujung tanduk pun, tak lepas peluang untuk merasai kenikmatan ber’facebook. Well, itu hak sesiapa sahaja dan langsung tiada masalah langsung pada sesiapa sahaja. Cuma yang jadi masalah, bila ramai yang bercerai-berai dek kerana Facebook. Tu belum story kes baru-baru ni bila budak kene belasah kawan-kawan kerana dituduh memecah masuk akaun Facebook kawan dia. Macam haram je perangai. hahahaha.
So ambil sedikit masa korang untuk baca bingkisan di bawah. Tinggi pengisian dia memberi kita kesedaran mengenai bahana Facebook dan sejauh mana boleh dan tidak boleh pabila kita menggunakan Facebook.
“Biarlah Mama sendiri mengharunginya demi anak-anak Mama.”
Sekiranya anda terbaca komen sebegini di atas dinding Facebook rakan anda, tentu sekali banyak persoalan yang ingin anda ajukan. Kenapa? Apakah yang terjadi? Dalam waktu yang sama mendesak, “Ceritalah!!”.
Maka, andaian-andaian liar mula tercetus di minda pembaca sedangkan bagi tuan punya akaun, ia hanyalah sekadar luahan hati. Satu ayat tidak mungkin memberi kesan apa-apa.
Bagaimana pula kalau anda lihat komen sebegini:
“Kalau nak sangat yang lebih muda, go ahead!!!!”
Kontroversi bukan?
“Susah kawin dengan orang gaji kecik ni.”
Hmm…. Tak patut cakap begitu.
“Benci bila my Hubby cakap I gemuk, dia pun sama je boroi.”
Kutuk mengutuk sesama sendiri pun sering dilihat di ruangan komen di Facebook.
Pengguna Facebook rata-rata menulis apa sahaja di dinding sendiri kerana bagi mereka ia merupakan ruang peribadi mereka di alam maya dan pendapat atau luahan yang diluahkan di situ hanyalah mengikut rentak dan citarasa mereka sendiri.
Aku punya Facebook, aku punya sukalah! Kegagalan untuk mengenali gelanggang media sosial ini sebagai satu komuniti menjadikan kelakuan ini amat berisiko sekali.
Fenomena Facebook semakin popular di zaman kini sehinggakan anak yang baru bersekolah rendah sudah mempunyai akaun dan datuk yang sudah berusia pun tidak mahu ketinggalan. Media sosial ini semakin menular ke dalam masyarakat; disamping memberi impak positif, fenomena ini juga tidak kurang memudaratkan jika pengguna tidak berhati-hati dalam menggunakan medium itu untuk meluahkan perasaan hati sendiri.
Seringkali pengguna Facebook gemar menulis apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka di gelanggang tersebut tanpa mengira sama ada ia perkara remeh mahu pun yang penting.
“Murtabak tadi sedap sungguh”; penting ke maklumat ini kepada umum?
“Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, Amin…”; tidak kurang juga ada di antara pengguna yang berdoa di Facebook. Namun apabila kisah rumahtangga didedah untuk tontonan umum, ia mengundang pelbagai reaksi spontan yang bakal menjadi barah seperti ungkapan “tikus membaiki labu”.
Amat mudah bagi mereka di luar sana untuk menilai dan melontarkan reaksi tanpa mengambilkira kesannya kepada perhubungan yang sedang meruncing. Boleh dikatakan semua pengguna Facebook mendambakan perhatian dan kehadiran banyak komen kepada luahan hati yang ditulis akan menjadikan perkara kecil semakin membesar.
Setiap ahli keluarga bertanggungjawab menjaga kerukunan rumahtangga dengan tidak menceritakan apa yang terjadi di dalam rumah sendiri kepada sesiapa pun.
Lantas, menulis ‘luahan hati’ di dinding umpama menebuk lubang di dinding rumah sendiri agar dapat diintai orang luar. Satu ayat yang kontroversi mengundang pelbagai andaian daripada komuniti Facebook dan apabila didesak oleh teman-teman, masalah yang mula-mulanya tidak diketahui ramai mula diceritakan sedikit demi sedikit.
Fikir dengan teliti sebelum meluahkan isu peribadi kepada umum. Ada di kalangan rakan-rakan kita juga merupakan rakan suami atau isteri kita sendiri dan menceritakan kisah peribadi hanya mengaibkan pasangan sendiri.
Halang diri untuk meluahkan perasaan di Facebook ketika perasaan amarah sedang membara kerana tiada siapa yang untung kesan daripada perbuatan tersebut.
Simpanlah rahsia keluarga dan rumahtangga di tempat yang selamat, jangan digantung di dinding Facebook untuk tontonan umum dan akhirnya merosakkan perhubungan.
Jika anda seorang rakan yang melihat perkara ini berlaku, jalankan peranan anda dengan menasihatkan rakan agar memberhentikan tindakannya itu. Mungkin bagi si pengguna, hanya dia dan komputer riba atau telefon bimbit, realitinya, sekali tulis begitu ramai mata yang membaca dan mereka sedang menilai kehidupan anda di luar sana.
Beringatlah!
Itu baru soal status. Belum story pasal gambar dan segala detail yang lain. Ingat lagi tak kes perempuan kena bunuh sebab dia tulis address penuh kat Profile? Bila ada lelaki ni ajak jumpa tapi dia taknak. At last, lelaki tu sendiri pergi rumah dia, rogol se’das dua then bunuh. Tak ke mati sia-sia dek kerana Facebook tu.
Gambar pulak, kalau boleh satu dunia korang nak kasi tunjuk. Kononnya koranglah paling bahagia dengan kekasih, dengan suami dan sebagainya. Bukan tak boleh upload. Upload sikit sikit sudah. Ini satu album sampai 200 gambar korang main peluk-peluk dan romen-romen. Ape kejadahnya? Nak tunjuk dekat siapa? Nak bangga dengan siapa?
Korang nak marah kekasih dan suami/isteri pun, takkan dekat Facebook? Hal rumahtangga pun nak canang satu dunia ke? Nak suruh kawan-kawan baca? Tak tahu malu betul orang-orang kita zaman sekarang ni ye?
Tak kurang juga status lonely dan kegersangan, habis satu dunia korang nak cerita yang lesbian ajak korang main. chet!
* klik gambar untuk saiz sebenar {respon di fanpage ohmedia}
So itu sahajalah. Kalau kita bahagia dan rasa ingin berkongsi di Facebook, kita kena ingat mungkin hanya 40% sahaja di Facebook itu yang tersenyum melihat kebahagian kita. Lagi 60% mungkin akan timbul hasad dengki sebab si pendengki ni loser dan tak pernah merasa kebahagiaan yang kita kecapi. So sentiasa kena beringat. Harga sebuah kebahagiaan tu tak terletak di Facebook. Cukuplah kita dan pasangan yang merasai’nya. Jangan jadikan Facebook tempat melempiaskan kesakitan dan kesengsaraan korang. Nak berkongsi, cari sahabat baik dan cerita 4 mata. Di Facebook tu, lagi ramai yang mengapi-api’kan berbanding yang menasihati.
Khai tulis ni pun lebih kepada berpesan pada diri Khai sendiri. Untuk itu, sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat beramal. Ingat, orang yang bijak mengambil peluang, akan menggunakan Facebook lebih kepada marketing atau mencari sahabat-sahabat lama. Yang kurang bijak akan mengambil risiko mencari sahabat & kekasih baru. Tersilap langkah, tergadai diri. Teehee!
+ Respon entri ini di Fan Page Oh! Media Network.
Psttt: Lagi satu korang kena ingat, even korang private’kan album atau gambar pun, memang orang tak boleh masuk. Tapi gambar korang tu still dapat di’lihat pada bila-bila masa sahaja oleh “orang-orang” Facebook. So siapa yang bebal sangat pergi upload gambar seksi–seksi dan bogel segala tu, pergila buang balik. Jangan nanti gambar dah tersebar sampai orang gelar “ratu porn”, baru nak menangis tak berlagu. Betul tak?
Btol2..
peringatan utk diri sendiri dan semua..
fikir dulu sebelum post.. :aie:
2 lah khai budak2 sekarang suke bile wat benda buruk atau gaduh je letak kat status….sunguh mangkuk sekali….cari masalah sendiri kan… :aie:
act…ada sorg kwn post kt fb dia…
dia ckp..apa yg kita tlis kt fb..nt akan d tya jugk kt akhirat..
knp kita tlis cm tu…knp kita perli org tu..knp kita maki org ni..
apa sj yg kta bt kt dunia ni..xkn terlepas kt akhirat sana..
sy pon skrg lbh berhati hati utk mnulis..wlau d fb atau d blog..
sama2lh improve dri mnjd yg baik..AMIN.. 😉
kdg2 myamph bila tgk status sesetengah org kt fb nih
hal rumah tangge,ta yah la na kecoh2 kat lawan web sosial cm 2..
wat sakit aty jea bile ad yg mule komen yg bkn2..
wat rosak rumah tgge jea..
baek bncg secare elok..
kn3??? 😉
once you post it online… it will stay on the internet forever…
think before you post.
*kenapa kempen tu tak sampai malaysia?* 😐
khai….aren’t you supposed to kinda blur out those people names before posting out on your blog? huhu…
mengaibkan kot kalau, tmbh lg kalau kita ngah kutuk pasal dema.
memperbodohkan diri sendri nmnyer tu… :[
bila dah salah guna cam nie la jadinya..
kadang2 aku terpikir gak knapa la bebai sgt org yg cam tue…
mohon share…tq…
betul kata khai..sebab tu aku tak suka upload gambar personal..just upload gambar anak jer…
entri yg benar2 berguna.thx khai
Selalunya wanita lah yang out spoken…bile dah bebas bersuara macam ni lah…yang dah kawen 2 janganlah tuduh laki bukan2, itu doa tu!!!
Woww…satu pengisian entri yg bagus. Yg plg x best bile si wife aibkan husband sendiri…. :oups:
klu yg dah ade laki bini tu x yah la nk bfacebook jg family sudah. tp nk wat camne, org akn ckp ‘ikot trend la’. ha’a. kalau cerai berai ‘ikot trend la’ jgk
setuju dengan artikel tuan.mohon copy yer..
Stuju dgn kata² Encik Khai tuh..
Peringatan yg sungguh berguna kpd pengguna Facebook zaman skrg (Aku terkecuali sbb Xde Fb buat mse nih 🙂 ).
hahahaa…
agree…
abes klw kte tulis kte ade awek pn nk kne gtahu stu dunie gk ke???
mcm ad la sy TERbaca blog spe ntah…
psl : I’m lucky I’m in love with my best friend
xrse cm poyo gk ke???
blog ko… ko bayar domain, ko bayar hosting, ko bayar server etc.. terpulang nak tulis apa pun.. kita sebagai pembaca ni, kalau suka baca, sila baca. Tak suka baca, sila main jauh-jauh.. mudah kan? berbeza sungguh dengan Facebook.. Slalunye org yg x suke tu sbb jeles.. Teehee!
peringatan yg sungguh bagus dari khai..ape yg penting..fikir dulu sebelum nak tampal ape2 kat fb tuh..lagi bagus..takyah tampal ape2..just buat jadi penyambung ngn kawan2 jer..nk tgk gambar..sila datang rumah yer 😀
biasalah ciptaan manusia..mesti ada benda baik buruk..tak de yg sempurna..bila kita pandai guna ke arah yg baik..baik lah jadiknya..dan sebaliknya..sama-sama kita beringat 😎
fb ada baik buruknya
sye jarang sngat tulis status kt Fb]klu tulis pon hnya ayat2 indah, perpatah melayu dn madah. saye jugak x suka chating2 d fb wlu pon dgn kawm perempuan melainkn ada hal penting.saya layan fb pon hnye bace2 PAGE yg tetntng masakan, agama, kecantikan dn lain2 seperti OH MEDIA. sye hnye komen2 pada hal2 yg berkaitan resepi, petanyaan agama dn betanya kbr dgn kawn2 d fb.x suka komen2 bekisarkn hal peribadi dgn kawan2.nanti ada yg slah faham.FB x salah..yg slah diri kita sendiri menyalah gunakan laman sosial .
kdg2 xsuke gak tgk org post dinding ngutuk2 org, cite2 hal peribadi xberkenaan kt facebook.. kalo da salu sangat, sy invisiblekan je depa ni kt halaman terkini tu.. rasa aman ceket, xperlu tau ape yg mereka soksek kan…
Wise men speak because they have something to say; Fools because they have to say something. (Plato)
erm..informasi yang berguna..thanks khai
🙂
facebook skrg dh terlampau soSIAL.. friend2 sume ramai yg suke tayang lurah tetek (pompuan jer).. wat aku geraamm.. grrr.. kah3.. :o:
betul khai, pndpt enko aku agree sgt…. matang jgk cara ko pikir ye walaupun masih muda…. bl IT nie disalah guna… bnyk benda yang diguna utk keburukan, buka aib orang dan rahsia peribadi selagigus menyebar fitnah….
Sebaiknya berkatalah yg elok² shj
krn mesej anda dibaca seluruh dunia.
Peringatan tuk anak² gadis, jgnlah perihal
diri didedahkan tanpa rasa segan silu. Bayangkan
kalau ibu bapa kamu membacanya, agaknya apa
yg ada di benak mereka?? Kamu mungkin tidak rasa
malu tetapi ibu bapa kamu yang terkena tempiasnya. :p
damn its true… gyahahhahaha~
anarm, gersang gile ko.. lek2 lu..
bersederhana dalam segala hal…
Ehem. Khai, remove contoh dari Norashikin Mn tu boleh tak? She was my batch dulu, sama2 study. Kang bising lak 1 U kutuk blog ni etc…
awww…
TERasa ke???
jeles???
sry der…
baek ak jles tgk org beriman g perang drpd jles kt ko…
bkn dpt hasil pn…
ekekekeee…
woot…
jgn mempoyokan diri sgt la ye…
t xpsl2 kne ScreenShot lak…
ada aku kesah? hahahaha!!
hmm aku setuju dan skang ni pengguna facebook yg beragama islam tp menggunakn nickname mat saleh @ nenambah name player bola or artis yg mereka suke di dpn nama islam mereka..agak hairan la kenape dorg nk wat nick name cmtu?ia umpama menukar agama(maaf kate klau de yg trase)…
Aib dijaja untuk tontonan semua?
Akhirnya sendiri yang malu. :aie:
ish2…tu pon nak bgthu ke..kkdg nyampah pon ade lau ade org post status cmnie…mcm nk bg sume org tahu…err~ :((
alahai nama pun poyoman…dengki la tu khai…sapalah mamat poyo tu nak ckp org poyo…suh dia cermin diri skit khai…haha
haha….btol 2 khai….aq sokong 100%
bukan ke ayat ‘I’m lucky I’m in love with my best friend’ tu khai yg punye ke? :oups:
minta share yer…
bndg blog an fb…fb lagi laju sebaran nya..lau tkt nk cita kisah cinta lam blog, aku xla ksh sgt..sb bkn suma org de blog.. n sbran blog bkn laju mcm fb…
fb ni..even ko bkn add manusia tu skali pn..lau dia de kwn2 yg sm kwn2 an ko pn, ko still lg ley bc status n komen dorg.
so bro..sal kisah chenta ko lam blog tu..bior ler dorg nk kt poyo..hahahaha
:love:
nice one..
i nak paste kat my blog ye..
siyesly i akan letak kredit to you
pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Tahniah la entry kali ni bagus.
salam kenal,
betul. sgt setuju dgn isi entri. tu tak termasuk lg bab isteri nak letak gambar wajib ada izin suami 🙂
nice blog man!
thanx alot! :-[)
nauzubillah 🙂
mau minta share artikel ni di facebook 😉
mintak share kat blog
tq..
nama dan source ni akn d sertakn nti
tq
kan ke kt status FB tu ada tulis “What’s On Your Mind?” mestilah org tulis ape terlintas kt pikiran dia..kot ske dia la nk tulis murtabak sedap ke ape ke…bukan nk suruh org komen pon..
tahniah khai, best la entry u ni ..i share kat fb boleh ya…tqvm
mohon share… agree with this n3..
credit to all ur articles.. make me thinks further and open my mind wider..
best2..terbaek.
part private album yang bahaya tu…hehe
khai khai, kalau tulis ni khai kat status ok tak?
“Kena tidur awal nampaknya (kompem xkan berajya).. Esok pukul 7:30am dah kene keluar.. Ada test.. Dang! =.=’….”
:bloody:
*larikkkkkkkk
tersangat la baik…. tq bro… mengingatkan diri dan semua penguna facebook agar mereka dapat menilaikannya sebaik baik mungkin..
tentang gambar ntah ape2 dalam album tu khai …..kadang2 bknyer kte yg masukkan @ ambil tp kwn2 fb yg kasi ‘tagged’ pd wall…..jdnyer gambar tu dah masuk dlm album n kadang2 xperasan pun dah berlambak2….masalah jugak.. 😐
FITNAH AKHIR ZAMAN,LEKA JE ABES LA. 🙂
sokong khai,tapi kdg2 tak semua orang faham walaupun kita tulis panjang lebar macam ni,walaupun diisu,dinasihat tetap tak guna kalau pemilik akaun tu sendiri tak tahu dan tak alert tentang bahan ciptaan israel ni. 😉
Berkurun-kurun lamanya aku mencari artikel ini….perhhhh!!! :o:
Tip top lah…
tah la budak2 skang.. tapi kan author lebeh baik jika anda censor nama2 yg terlibat… secara tak sedar kita pun lakukan dosa mengaibkan orang huhu.. sekadar teguran :8
eisya stuju & sokong Comment by Khai
2010-10-08 01:50:10
blog ko… ko bayar domain, ko bayar hosting, ko bayar server etc.. terpulang nak tulis apa pun.. kita sebagai pembaca ni, kalau suka baca, sila baca. Tak suka baca, sila main jauh-jauh.. mudah kan? berbeza sungguh dengan Facebook.. Slalunye org yg x suke tu sbb jeles.. Teehee!
Comment by suka ati la
2010-10-18 15:24:45
kan ke kt status FB tu ada tulis “What’s On Your Mind?” mestilah org tulis ape terlintas kt pikiran dia..kot ske dia la nk tulis murtabak sedap ke ape ke…bukan nk suruh org komen pon..
semua owg x perfect,,,, tp perlu ada batasan gak,,,, ehem ehem agak2 r nak sound owg, n pada kawan2 yg terase pas bace artikel2 kat ats ni agak2 r sikit pasni bile nak post shout out ke ape ke,,,, coz MMG BETOL AMAI OWG JELESSSSSSSSSSS,,,,(”,)
Bro…nice post and remider. Tapi lain kali padamlah nama orang tu. Kita mengaibkan orng tu. kesin kot.. lain kali kita padam nama ye bro 🙂
Thanks 🙂
biar la khai bg mereka yg x stuju ngan ko ni…biasalah pikiran x terbukak lg..mang fb ni byk kburukan dri kebaiknnyer..contoh yg khai ckap pasal mkn murtabak tu,,pnting sgt ke nak bg tau kat sume ape yg kte mkn???byk lg benda yg lebih penting yg bole kte kongsi bersama…byk lg benda penting yg bole dibincangkan…x payah pasal hal keluarga,jiran2,kawan dan swaktu dgn nyer nak di gembar gmbur kan dalam fb..pas tu hal2 dalam kelambu dan hal2 yg sensitif perlu dibincangkan dlm fb…aku brani jamin..ape yg ditayangkan/ditunjukkan dlm fb skang ni 50% je yg btol…yg lain hanyalah lakonan dan wayang semata2 utk menunjukkan diri sndiri bagus,bahagia,cemerlang dan sbginyer…x slah lau nak bincang ssuatu,tp biar kne ngan tmptnyer…biar kne ngan caranyer..jgn terlampau sgt mcm da x der perassan malu dlm diri…malu itu kan prisai org beriman….renung2 kan n slamt beramal…salam…. 😀 🙂
NOTIS: Semua artikel di dalam blog ini adalah hak milik peribadi yang dilindungi oleh Akta Hakcipta Malaysia. Sebarang pengambilan artikel untuk dipamerkan di dalam blog lain adalah memerlukan persetujuan pihak kami terlebih dahulu. Sebarang aktiviti copy paste tanpa kebenaran, akan dikenakan tindakkan undang-undang. – Oh! Media Network.
>>>knp perlu copy paste hak peribadi org dlm fb die khai?kamu sdri ckp kamu xbenarkan semua artikel kamu dicopy paste tanpa kbenaran kamu dan kamu akn mengenakan tndakan undang2.terlintas di fikiran sy knp penulis blog yg spttnye mendidik para pembaca dgn bahan yg bermanfaat menggunakan cara penulisan mcm ni.artikel yg membina dan bertujuan baik utk menegur bkn spt artikel ni khai.benar artikel ini bgs,cuma cara penulisan,bahasa,agak kurang beradab.sekiranya benar khai mendapat kebenaran drpd pemilik fb di atas,sy xkn menegur sebegini.ada kebenaran dlm setiap teguran dan nasihat sy ini.yg baik dtgnya dr Allah,yg buruk dtgnya dr diri sy sendiri.Subhanallah..
bila facebook anda di’set kan kepada public termasuk gambar dan segala2nya yang ada di Facebook, anda perlu mengetahui yang anda telah berkongsi hak anda dengan semua orang melalui Facebook. Jadi berhati-hatilah. Terpulang pada yang ingin menerima atau tidak. Yang memanadng positive atau negative.. Artikel di atas, itulah apa adanya.
apa pun aku amat bersetuju dgn ko….
wlaupun ada yg menentang dn beranggapan tak semana artikel ko ni..tp aku amat setuju dgn ko dan aku agak memang ada yg terkena batang idung dan mmang mujarab….mereka2 ini perlu ketahui pro nd con dlm meluahkan dan brkata kata wlaupun dgn seorg kenalan..mentang2 lah dialam maya ikut gerak hati jer.. konon nya nk meraih simpati or prhatian lah akhirnya termkan diri…. nk syer dn bg tau segalanya last2 amik habuan..bosan gak kekadang jmpa org mcm tu tk de ke sesuatu yg lebih bernas utk dikongsi sbliknya smpai hal bodo pn nk bg tau pd umum….teruskan bro tulis aja apa yg ko trpikir kalu ianya ada unsur2 nasihat dn perigatan…ikhlas bro8)
btul btul btul..! 🙂
bagus post ni….bernas…..
Mmg btl sgt2…msg2 kena tau batas2 yg perlu ada pada setiap individu…kita xblh terlalu obses sgt gan fb ni…mmg leh mkn diri sndiri… :oups:
i suker entry nie..
kdang2 nak termuntah darah bace status2 kat fb nie 🙂
azue minta izin utk share artikel nie yerkk…tennkiuuuu 😉
thanx sbb finally awk dah cover gmbr profile fb sy yg awk muatkan sbg sbhagian dr artikel awk.sblm ni sy agk tertekan krn artikel,walaupn rmy menasihatkan sy supaya ambil tindakan tp sy ttp berdiam diri smpy la hari ni.semua ni bg sy 1 teguran yg sy terima dgn hati yg terbuka.ketika artikel ini dipublish,sy sdg menghadapi final exam.tp sy positif yg 1 masa nanti Allah akn dgr doa saya supaya sy xlg menjadi bahan kutukan ramai.Alhamdulillah..terima kasih khai.semoga awk terus menjadi seorang blogger yg disegani pd masa akn dtg.salam.
Salam saudari,
Saya secara peribadi memohon maaf daripada anda di atas apa yang berlaku. Saya secara peribadi menjadikan entri ini sebagai pengajaran pada entri yang akan datang agar tidak tergesa2 mengeluarkan artikel yang mampu menyukarkan orang lain. Sekali lagi, saya mohon maaf. Dan sama2 kita jadikan perkara ini sebagai pengajaran. Terima kasih.
great sharing. thank you. kadang2 meluat juga tengok wall kengkawan yg post ayat2 romantis (mungkin ditujukan kepada seseorang)..kalau ye pun nak beromantik-romantik, biarlah private sikit..kan ada ruangan utk private message..tak kurang juga yg meluahkan perasaan marah dalam facebook. tak memotivasi langsung..share ler sesuatu yg bermanfaat
ramai sangat nak update benda2 remeh tuk heboh 1 dunia. even benda2 yang x penting pun nak post. lau post hal2 perbincangan/sharing information ok lah..but kalu dah terlampau peribadi tu yang sengal tu. :8
izin share nasihat ni ok….
thanx..
semua org sekolah…tapi tak semua pas preksa..maknanya tak semua org sempurna akal… tak semua mesti dikongsi/dihebah…peliharalah nhargailah diri sendiri
buat apaaaaaaaaaa tu..
Part privacy, ”aib”, etc yg diutarakan di atas sebenarnya xde hal. Diorang kena tau that the moment they do (write, pics, etc) in PUBLIC spaces like in FB, it is NO LONGER PRIVATE. Sama kes dgn bebudak yg marah sebab orang upload gambar atau video diorang comolot atau romen in PUBLIC PLACES macam kat lrt, klcc etc. Masa time buat tu tak pulak rasa aib bila orang sekeliling tengok!
aku pun terkena , sampai ex wife aku berzina dngn jantan hidung belang kt fb .. betina bodoh dan jantan maniak ,, hati2 dngn shamsuhairi shamsudin di fb , 😯
public kn jer aib penzina2 dan betina sundal di fb,, bg sedar skit.. bru tau malu,,,malu pada org tp tk malu pada tuhan
Bodohnya sape2 yg tulis status miang2…gatal2…klu miang n gatal sgt, contact jer aku…hahaha 😆