I’m lucky I’m in love with my best friend


[audio:150juta.mp3]

Lama tak berbicara soal cinta dalam blog ni macam ceritera sebuah cinta seorang Khai yang dulu. Seronok bila baca balik sebab semua tu dah jadi kenangan. Bila kita dah jumpa sang pengganti, doesn’t mean kita perlu melupakan perkara yang lalu. Kerana perkara yang dah berlalu tu selalunya menjadikan siapa kita hari ini. Apa yang silap dalam hubungan terdahulu, dalam hubungan kini kita perbetulkan.

Semua orang berhak berbicara mengenai cinta sebab kalau dah memang Allah jadikan hambaNya dengan perasaan kecintaan yang tinggi untuk pelbagai perkara. Berbicara soal cinta kepada kekasih, semua orang akan mengalaminya. Samada cinta bertepuk sebelah tangan atau cinta suka sama suka, kira sama’lah tu. Kalau dalam dunia nyata, Khai lebih gemar diam dari sibuk menjadi doktor cinta. Orang kata kalau kita pun tak pasti rumah kita dah cukup tiang ke belum, jangan la sibuk nak pasangkan tiang kat rumah orang lain. Nanti rumah orang lain dah jadi banglo, rumah kita senget sebelah sampai tak kesudah. So, cukuplah sekadar jadikan kisah orang lain sebagai pedoman hidup kita dan pasangan.

Alhamdulillah. Selepas sekian lama menderita dengan cinta terdahulu dan melalui 1001 halangan, tangisan dan kekecewaan dek kerana seorang wanita yang tidak pernah menghargai, ditakdirkan Tuhan untuk Khai menemui seorang insan yang macam tak pernah Khai jumpa sebelum ini. Terlalu istimewa di mata sampai bila pandang perempuan lain, nampak perempuan lain tu macam tiang elektrik je. Seyes!

Wanita ini Khai kenali 4 tahun yang lepas. Ya kami sama-sama belajar di tempat yang sama (Limkokwing University). Kemudiannya bekerja juga ditempat yang sama sebelum graduate (juga di Limkokwing University). Kenal memang kenal tapi sekadar tegur-tegur macam tu je. Lepas 1 tahun masing-masing membawa haluan dengan karier masing-masing, akhirnya ditakdirkan Tuhan kami bertemu. Bertemu tak ubah seperti sepasang sahabat lama. Tapi Khai tak banyak bercakap dan lebih untuk menjadi pendengar. Dia yang kuat bercerita. Maklumlah time tu tak pernah lepak berdua. Mesti ada kawan-kawan lain. Tapi dalam masa yang sama, selalu curi-curi keluar dengan dia. Nengok wayang, lepak-lepak kat Bukit Ampang, dinner kat Ampang Look Out point dan macam-macam lagi lah dibelakang pengetahuan sesiapa.

Dipendekkan cerita, hari ini kami telah pun menjadi sepasang pasangan kekasih yang amat bahagia dan bukan sekadar sebuah drama cinta plastik. Taman Tasik Titiwangsa menjadi saksi cinta dua hati. Khai taknak story dari mana berputik’nya perasaan cinta antara satu sama lain tu, cukuplah hanya kami, keluarga dan kawan-kawan terdekat yang mengetahui. Apa yang pasti, kami berdua sering belajar dan berkongsi sebuah kisah kekecewaan sebuah hati yang terluka.

Dalam hubungan baru ini, Khai cuba tidak mengulangi apa yang terjadi dalam hubungan terdahulu. Alhamdulillah, dapat pasangan yang matang dan bekerjaya. Sebab tu Khai suka cakap pada kawan-kawan, nak cari kekasih sehidup semati (isteri), carilah yang dah bekerja. Jadi fikiran dia lebih matang berbanding ber’couple dengan student yang selalunya berakhir dengan cinta monyet. Bila pasangan kita dah bekerja, maka dia ada life dia sendiri. Dia boleh beli apa dia nak tanpa merengek-rengek meminta pada korang.

At last, korang pun naik menyampah dan meluat. Atau mungkin tak tahan lagi. Pendek kata semua ni pasangan kita akan faham sendiri kerana tahap kematangan yang berbeda. Jika kita rasa kita dah masuk ke peringkat dewasa, carilah pasangan yang dah masak dengan pengertian sebuah cinta sejati dan bukan yang baru nak kenal apa itu erti cinta.

I’m lucky I’m in love with my best friend

Khai berdoa semoga hubungan Khai dan si dia mendapat restu dari Illahi, keluarga, sahabat serta orang sekeliling. Begitu juga dengan pembaca blog ini (terutama’nya wanita). Kalau kita menyayangi atau menyukai seseorang, gembiralah bila mereka bergembira dan berbahagia.

16 sebab saya cintakan dia:

– Sekilas mata melihat’nya, dapat menggambarkan tahap kematangan yang ada.

– Setiap percakapannya, penuh pengisian dan langsung tidak kebudak-budakkan. Mungkin kerana karier’nya sekarang sebagai seorang P.A di sebuah syarikat insuran terkemuka di Kuala Lumpur.

– Seperti kekasihnya, bercakap bila perlu tapi tidak bermakna anti-sosial.

– Cuba memahami dan terus berminat dengan setiap apa yang diminati kekasihnya.

– Tidak pernah meminta-minta apa-apa tetapi tidak menolak apabila diberikan hadiah. Ya dia seorang iron lady!

– Selalu merasa susah hati jika terpaksa meminta tolong dengan kekasihnya. Walhal pada kekasihnya, itu juga adalah tanggungjawab sebelum tapak kaki’nya menggantikan syurga si ibunya.

– Seorang anak yang baik dan rapat dengan ibu bapa’nya

– Dapat bergaul baik dengan keluarga dan teman-teman kekasihnya.

– Romantik dan sweet lover!

– Dapat membezakan priority dan yang kemudian.

– Berpewatakkan ceria, menarik dan disenangi sesiapa sahaja.

– Tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah (sedap-sedap). Hehehe.

– Kekasihnya lebih tua 12 hari saja dari’nya. Sama-sama berbintang LEO.

– Kekal yang terindah di pandangan mata kekasihnya.

dan yang paling penting,

– Peminat tegar Manchester United seperti kekasihnya (siap masuk paper lagi)

– Tidak buta IT & menghargai harga sebuah cinta!

Buat apa dicerita bahagia kita rasa, biar tak dipercaya, peduli orang kata. Baju ronyok tak apa, asal pakai selesa. Berkilau tak bermakna, kalau hati tak ada..

Kepada si dia, terima kasih kerana menerima 1001 kelemahan, kekurangan dan khilaf saya sebagai sang pencinta. Jika ada kelebihan dalam diri ini, segalanya hanya untuk kamu satu-satu’nya, Nur Irfah Mohd Raflie. Anda terlalu cute, sempurna dan terbaik di mata saya sampai bila-bila tiada tandingan’nya. Kekurangan kamu sentiasa menjadikan diri ini seorang lelaki yang sering mencakupi kepada pasangannya. Saya akan membahagiakan kamu ke akhirnya. Inilah janji seorang lelaki super-setia.

Pssttt: Di sini secara official’nya hati saya telah dicuri dan telah tertutup (siap patri) dengan rapatnya. Tuhan saja yang tahu bertapa bertuah rasa hati memiliki hati seorang wanita seperti’nya. Saya kenal sayang saya!

Ditulis pada 5:19 AM 4 October '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 2,808 views | Dalam kategori: Hidup Khai, Istimewa, Kisah Cinta | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

71 Comments »

Comment by ejardkethot
2010-10-04 05:27:45

:love: im waiting for KAD KAWIN ye incik khai dan cik eifa [^_^]

..
 
Comment by fifi lala.
2010-10-04 05:28:21

untung lahhh 😀

..
 
Comment by joegrimjow
2010-10-04 05:28:36

ku duk play lagu ni, semua budak rumah nyanyi. haha

semoga cepat kahwin dan jangan lupa jemput
😉

..
 
Comment by eiyda
2010-10-04 05:36:10

congrate Khai…tumpang heppy…eifa mang cute! heheh moga kekal selamanyer…

..
 
Comment by mimoxx
2010-10-04 05:42:29

she’s so sweet n u r so lucky. congratz!!! glory2 man.utd!!!

..
 
Comment by blowie
2010-10-04 05:44:17

soalan cepumas, bila nak kawen bro? 😀

..
Comment by Khai
2010-10-05 08:18:34

InsyaAllah.. ngah menstabil’kan dan meng’ready’kan diri orang kata.. Hehe..

..
 
 
Comment by n.z.i
2010-10-04 05:50:11

tahniah khai…
cepat2 kawen.. 🙂 😉

..
 
Comment by syahirul
2010-10-04 05:53:40

Damn! siap patri lagi tu.. gyahahhahaha~ aku tolong ko paku2 leh? hahahhaa…

dah kapel2 ni harap bahagia selalu.. aku sebagai kawan doakan ko n eifa bahagia dan moga selamat bertunang dan berkahwin.. tapi bila ye? aku dapat kad dulu kan?

bila dah bercinta, kongsilah suka duka bersama.. susah senang bersama.. janganlah benarkan cemburu buta atau sifat kongkong menguasai diri.. saling memahami dan jujur okey..

yang baik teruskan, yang ditegur jadikan pengajaran.. ape2 pon jgn lupa.. family first… kedua sahabat… ketiga baru awek.. kan kan kan khai? gyahahhahaaha~

take care… jumpa lagi eh khai n eifa..

..
Comment by Khai
2010-10-05 08:19:47

Nak tunggu ko menikah dulu la syah.. boleh? hehe.. Terima kasih di atas pesanan khidmat masyarakat tersebut.. hehe..

..
 
 
Comment by maz
2010-10-04 06:00:59

sanding nt jemput tau..x sabar nk mkn nasi minyak korang.. ms majlis nt khai nak mosaic muke ker??? huhhu..pki topeng yer….
(^_^)

..
Comment by Khai
2010-10-05 08:20:10

Haha.. Soalan yang baik.. Ya, akan dimosaic’kan jugak! Kahkah..

..
 
 
Comment by Mr. Q
2010-10-04 06:42:25

auuwww….. so sweet la. haha. nice². ak jgk yg xdpt g awek. khai, cari kn 1. haha.

..
 
Comment by fungkur
2010-10-04 06:56:19

“tidak terlalu tinggi tidak terlalu rendah (sedap2)” haha.. Aku suke ayat ko ni khai. All da best bro!

..
Comment by Khai
2010-10-05 08:20:29

Thanks Fungkur n others!

..
 
 
Comment by farah beebee
2010-10-04 07:31:22

wow…memang khai ni lelaki super setia.hehe..i wonder what my bf thinks about me..hmm.. :8

..
 
Comment by fiD
2010-10-04 07:59:58

terbaik bro… 😀

..
 
Comment by Fazreen
2010-10-04 08:04:13

patri tak kuat lagi..meh aku tolong weld bagi kuat lagi…hehhe..semoga berbahagia rakan-rakan ku

..
Comment by Khai
2010-10-05 08:20:57

Leh je kalau nak tolong weld kan.. Hehe.. Thanks Een!

..
 
 
Comment by putcomey
2010-10-04 08:04:37

menusuk kalbu~~~

..
 
Comment by sahibul hikayat
2010-10-04 08:19:27

best kanm kaluu dpt bf atau suami yang bakal setia mcm khai…. bahagia hidup n x makan hati…

..
 
Comment by nyetok
2010-10-04 08:33:33

wawawawawah..
Ni kalo clash ni kompem jd separuh gila jap hahaha..

Aku doakan jodoh korang panjang..! aminn 🙂

..
Comment by Khai
2010-10-05 08:21:26

Eh tak la.. pengalaman sebelum ni mengajar untuk bersedia dengan sebarang dugaan di hari mendatang. Betul-betul mematangkan diri.

..
 
 
Comment by Sylarius
2010-10-04 08:36:47

Cun siot awek ko Khai 🙂

Woi Khai, bila nak kawen? Haha (Soalan stended Melayu kat orang muda)

..
Comment by Khai
2010-10-05 08:22:03

Tunggu la betul-betul bersedia dari semua segi perkara..

..
 
 
Comment by milimilo
2010-10-04 08:59:32

wowowow..siap berpatri lg yg xmenahan tu. ;p tp sumpah sweet gila entri ni. ;D

..
 
Comment by Rosmerah
2010-10-04 08:59:41

Sayang..Thanks for everything.. Kamu buat hidup ku sempurna 🙂

..
Comment by Khai
2010-10-05 08:23:37

…. saling mencakupi antara satu sama lain.. Alhamdulillah..

..
 
 
Comment by me
2010-10-04 09:25:52

jgn dok pegang2 tgn masa couple….
Islam masih perlu dijaga..

..
Comment by Khai
2010-10-05 08:23:52

baik ustaz!

..
 
 
Comment by Fud_i
2010-10-04 09:43:23

*
*
*
Cool la Khai.. 8)
*
*
*
Pesanan, sntiasa brdoa agr bhgia Dunia & Akhirat 🙂
*
*
*
challowwww

..
 
Comment by haNa
2010-10-04 10:57:02

ehh khai ckap korang same2 berbintang LEO kan?
tp dlm paper tu tulis cik Eifa ni berbintang CANCER..
huhuuhu :love:

..
Comment by Khai
2010-10-04 13:51:51

paper tu menipu + ditipu.. hehehe..

..
 
 
Comment by Kasih Suci
2010-10-04 11:21:13

wow!! nak cari pasangan biar dah bekerja..hmm.nice advice, 😀

..
 
Comment by cEro
2010-10-04 11:29:44

gud luck in life encik khai… :8

..
 
Comment by MuJE
2010-10-04 12:13:46

i loike!

..
 
Comment by emysahaja
2010-10-04 12:35:35

ehe,
siap patri lg tu..

btol2, cinta student ni cinta monyet jee,
xkemana pon….
bila nk merasa nasi minyak ni?
aha

..
 
Comment by mello
2010-10-04 12:55:47

hahaha kata-kata org tngah bahagia!

dlu aku suka dgr lagu “I’m lucky I’m in love with my best friend” tp skang klu dgr rs mcm tak sedap hati.kehkeh

p/s: nak kawen jgn lupa roger ak.moga kekal 4evere.hee 🙂

..
 
Comment by afiq aiman
2010-10-04 12:59:45

semoga bahagia..xtau nak komen apa dah…ekeke

..
 
Comment by Faarihin
2010-10-04 13:12:50

singgah sini..
wah awek keluar paper tu..

semoga berbahagia hingga akhir hayat.. 😉

..
 
Comment by arnamee
2010-10-04 13:59:43

Saya pun kenal sayang saya!
*semoga berakhir ke akhir hayat,khai
insyaallah

..
 
Comment by emansopan
2010-10-04 14:12:50

wah khai. pewwwitt =)

..
 
Comment by ummu
2010-10-04 14:18:29

giler punyer sweet!

cik rosmerah & en justkhai mmg kiut lah!
bahagia ye tgok org len bhagia~~
:8

..
 
Comment by oshinz
2010-10-04 14:25:22

khai.. cepat-cepat kahwen. ehehehe.

..
 
Comment by Hunny_Qtn
2010-10-04 16:23:49

wooww. HAHA. so sweet.
semoga berbahagia & pnjg jodoh..
amin.

khai, nanti kawen, invite ktorg eh? :love:

..
 
Comment by aizuddin
2010-10-04 18:47:39

semoga hubungan berkekalan 😀

..
 
Comment by lea
2010-10-04 20:13:20

moga berbahgia deh 🙂

..
 
Comment by rizzar
2010-10-04 21:49:41

sama2 menerima kekurangan / kelebihan msng2… moga diberi kebahagiaan selama nyer… tahniah khai… sweet giler.. =)

..
 
Comment by h3r0
2010-10-04 22:30:40

Semoga berbahagia… dengan adanya entry nie…
Khai telah membuktikan pada para pengkritiknya sebelum ini.. Yang khai adalah lelaki sejati… bukan Gay.. ha ha ha ha…

Aku lelaki super duper setia.. nak tau kenapa? kawan2 aku lagi tau.. he he he..

..
 
Comment by GematriA™
2010-10-05 00:55:57

congrate bro. moga ini cinta sejati kamu! insyaAllah. kisah cinta dulu jadikan pengajaran. tp kahwin nnt, jgn lupa jemput! miahahahaha..

..
 
Comment by mankuchai
2010-10-05 01:29:10

salam,

terus pinang la khai jgn tunggu lama-lama 🙂

..
 
Comment by neyrashazeyra
2010-10-05 02:08:27

terkentut2 baca pastu siap skip2 perenggan sebab teringat assignment belum siap.

eh ada unsur pink di lagu2 . suka.

happy for both of u. didnt have to mention it million times again right? because both of u know that u are always in my heart as the best couple ever i’ve ever met. 🙂

salam.

*sambung assignment sambil berkomunikasi bersama sang cinta. lalalalalal saya bahagia *

..
 
Comment by neyrashazeyra
2010-10-05 02:09:25

COPPPP!!!! cut cut cut. macam mana la boleh tak sedar ni.

kenapa buah hati saya sesat komen sulu dari saya? ini tidak adil. teheee~

*sambung bercinta. lalalalalal

..
 
Comment by samanosuke_04
2010-10-05 11:23:53

bila dah ader gilfren.. memang pompuan lain nampak cam tiang lektrik… aku tetunggu2 saat2 pompuan lain jadik tiang lektrik… XD!!!

..
 
Comment by Mohamad Ali Imran
2010-10-05 14:19:06

:love: Tahniah En.Khai.. Samoga barbahagialah hendaknya sampai bila2..

..
 
Comment by AyongQiela
2010-10-05 15:44:20

khai, all the best.

kawen tak jemput ketuk pale.

hahaha. biar sama tinggi ngn qila. hak² 😛

biar hati tu kunci serapat2 nya.

jangan biar ada rasa bosan dengan perhubungan kerana itu akan membunuh cinta.

so, be happy!
suke tgok korang berdua.

and am glad to know both of u, khai and eifa. 🙂

..
 
Comment by BLOG KISAH2 KELAKAR
2010-10-05 18:47:43

tahniah2….cantik2….syabas2… 🙂

..
 
Comment by syam
2010-10-05 18:55:28

tahniah…..hehehe…cantik….insyaallah kalau ada jodoh

..
 
Comment by nel
2010-10-06 08:13:16

im happy for you khai….:D =) so romantik..cewahhh

..
 
Comment by Liyana Lunia
2010-10-06 13:16:57

sweetnyaaa khaiiii :DDD aku pun tak boleh jadi sweet gitu. tgk je la entry yg pakwe caye bg teddy bear, ganas gila kot T______T

btw, seronok sgt kalau boyfie aku tak buta it and otai blogger. kan comel je HAHAH T________T nak ajar boyfi berblog lh

..
 
Comment by Mus
2010-10-07 00:11:27

kalau ada jodoh.. maka adalah Khai Jr. nanti 🙂

..
Comment by Khai
2010-10-07 09:01:42

kalau ada, nama dia Nur Qistina.. ahaks! Kalau lelaki, Danial Ashraf.

..
 
 
Comment by Mieya
2010-10-07 00:18:33

OMG sweet gilaaaaaaaa! Forever tauuu 🙂

..
 
Comment by Mohd Isa
2010-10-07 06:54:15

pergh…indahnya bahasa…ko memang sweet la khai…cair aku dibuatnya…tambahan pula jika org yg dicintai membacanya…hehe…semoga berbahagia khai…

..
 
Comment by syahiran
2010-10-08 11:23:20

yo khai.. so sweet… ase nk menitis air mate mbace artikel nih..
tumpang gembira..bahagia.. smoga berkekalan selamanya… anda layak menerima cinta seorang wanita yang anda suka.. 😉

..
 
Comment by Anip
2010-10-09 13:11:53

tunggu kad kahwen jer khai..korng mmg padan…byk persamaan…moge bahagia…hee~

..
 
Comment by Luna
2010-11-06 02:57:07

“Sebab tu Khai suka cakap pada kawan-kawan, nak cari kekasih sehidup semati (isteri), carilah yang dah bekerja. Jadi fikiran dia lebih matang berbanding ber’couple dengan student yang selalunya berakhir dengan cinta monyet. Bila pasangan kita dah bekerja, maka dia ada life dia sendiri. Dia boleh beli apa dia nak tanpa merengek-rengek meminta pada korang.
At last, korang pun naik menyampah dan meluat. Atau mungkin tak tahan lagi. Pendek kata semua ni pasangan kita akan faham sendiri kerana tahap kematangan yang berbeda. Jika kita rasa kita dah masuk ke peringkat dewasa, carilah pasangan yang dah masak dengan pengertian sebuah cinta sejati dan bukan yang baru nak kenal apa itu erti cinta.”

ni quote u, i just nk kata yg x brp selesa dgn kenyataan u ni…bkn sume yg couple ngan student camtu k. U ckp seolah2 kalau kapel ngan student x kan kekal n just cinta monyet je. I student, i ngaku mmg kadang2 i bersikap x matang, tapi i x pernah meminta2 macam u kata tu. I x suke meminta2 even i tgh xde duit pun. Kalau dia betul2 cintakan kita, seburuk mana pun perangai kita dia mesti sanggup terima kan? X semestinya kapel dgn wanita berkerjaya dan matang je boley kekal kan. Student pun tau makna cinta k. And lagi satu, u kata carilah pasangan yg dah kenal erti cinta, ni satu lagi yg i x setuju. Jujur i kata, b4 i kenal dgn bf i, i x tau cinta tu ape, dia yg ajar i semua sampai i tau menghargai sebuah cinta. So, x semestinya bercinta dengan yg dah kenal erti cinta je yg boley kekal kan?

lagi satu khai, cinta itu x bersebab…i know u know what i means rite 🙂

Kalau bercakap soal cinta ni mmg x kan habis, sebab semua pengertian berbeza2. i suke blog u, n i bkn nk cari gaduh ke ape ke..just bg pandangan je, sebab pada i cinta tu x bersebab. Ia datang sendiri.

Anyway, hope jodoh korang kekal sampai syurga, amin.

..
 
Comment by sofea
2010-11-10 02:56:50

salam, aku suke blog ko bro. serious, byk benda yg best. tp aku tgk ko ske kutuk2 org lebih2. pastu tb2 aku terbaca artikel psal awek ko ni. aisey. baik la ko cermin2 diri ko dulu and gf ko dulu sebelum ko kutuk org. dh la terang2 awek ko pakai tanduk setan yg sememangnya HARAM dlm islam. haih.

..
 
Comment by paan
2011-01-15 19:24:33

cerita kita hampir sama. cuma saya lebih muda. 😀

..
 
Comment by faizal
2011-03-30 01:28:54

hehe…fanatik MU pun agak2 la jgn la sampai tanduk setan pun nak pakai :p

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post