I’m lucky I’m in love with my best friend


[audio:150juta.mp3]

Lama tak berbicara soal cinta dalam blog ni macam ceritera sebuah cinta seorang Khai yang dulu. Seronok bila baca balik sebab semua tu dah jadi kenangan. Bila kita dah jumpa sang pengganti, doesn’t mean kita perlu melupakan perkara yang lalu. Kerana perkara yang dah berlalu tu selalunya menjadikan siapa kita hari ini. Apa yang silap dalam hubungan terdahulu, dalam hubungan kini kita perbetulkan.

Semua orang berhak berbicara mengenai cinta sebab kalau dah memang Allah jadikan hambaNya dengan perasaan kecintaan yang tinggi untuk pelbagai perkara. Berbicara soal cinta kepada kekasih, semua orang akan mengalaminya. Samada cinta bertepuk sebelah tangan atau cinta suka sama suka, kira sama’lah tu. Kalau dalam dunia nyata, Khai lebih gemar diam dari sibuk menjadi doktor cinta. Orang kata kalau kita pun tak pasti rumah kita dah cukup tiang ke belum, jangan la sibuk nak pasangkan tiang kat rumah orang lain. Nanti rumah orang lain dah jadi banglo, rumah kita senget sebelah sampai tak kesudah. So, cukuplah sekadar jadikan kisah orang lain sebagai pedoman hidup kita dan pasangan.

Alhamdulillah. Selepas sekian lama menderita dengan cinta terdahulu dan melalui 1001 halangan, tangisan dan kekecewaan dek kerana seorang wanita yang tidak pernah menghargai, ditakdirkan Tuhan untuk Khai menemui seorang insan yang macam tak pernah Khai jumpa sebelum ini. Terlalu istimewa di mata sampai bila pandang perempuan lain, nampak perempuan lain tu macam tiang elektrik je. Seyes! (more…)

Posted on 4 October '10 by , under Hidup Khai, Istimewa, Kisah Cinta. 71 Comments.

Aku lebih menderita sebenarnya..


Beberapa hari lepas, sekali lagi Khai menjadi orang tengah bila ada member-member Khai yang gaduh. Before, kalau lelaki dengan lelaki tu gaduh, jadi hero tu biasalah. Tapi bila couple yang gaduh dan ianya melibatkan soal hati dan perasaan, bukan semua orang mampu menjadi hero.

Siapa dan pasangan mana, biarlah ianya menjadi rahsia. Takut-takut kawan Khai tu terbaca pulak artikel ni nanti. Nak dipendekkan cerita yang lelaki ni memang kawan baik dengan Khai. Yang perempuan tu juga kawan Khai tapi kenal-kenal macam tu je la kan. Lebih-lebih nanti takut kena pijak pulak dituduh merampas kekasih kawan sendiri. Hehe..

Nak dijadikan cerita, si gadis menghubungi Khai lepas sahaja bergaduh dengan teman lelaki dia yang juga kawan baik Khai. Sebuat pasal kawan baik ni, Khai kenal sangat siapa dia dan bagaimana sayangnya dia kat si gadis ni. Bila si gadis ni call, suruh Khai jadi watak utama supaya dapat jauhkan lelaki ni dari dia, bukan perkara yang mudah rasanya.

Kata si gadis, dia memang sayangkan si jejaka tapi dalam hatinya terbagi sayang pada lelaki lain. Tapi sayang kepada si jejaka ni tadi lebih dari lelaki yang lagi satu (FYI, lelaki lagi satu tu adalah ex dia yang kembali menagih cinta). Khai potong kata dia sebab kata-kata macam ni tak ubah hanya perangai seorang wanita yang selalunya takkan pernah puas mengejar kesempurnaan. (more…)

Posted on 20 May '09 by , under Hidup Khai, Kisah Cinta. 72 Comments.