Pentingnya meletakkan target dalam hidup

Semua orang yang mempunyai akal fikiran yang waras, akan meletakkan sasaran atau target di dalam hidupnya. Orang yang hidup tanpa sebarang sasaran dan matlamat, adalah orang yang tidak mampu menghargai hidupnya umpama hidup tanpa arah tujuan. Ramai orang yang takut meletakkan target pada diri. Apa yang ingin dicapai. Apa yang ingin didapatkan. Kenapa perlu takut? Takut tak dapat dilaksanakan? Itu kisah orang yang memandang rendah pada kebolehan diri sendiri.

Khai selalu meletakkan target dalam hidup. Contoh awal tahun nak keluar kereta milik sendiri, hujung tahun nak tambah lagi beberapa projek, lagi 5 tahun nak buka company design sendiri dan banyak lagi. Tercapai atau tidak, sememangnya masa yang akan menentukan. Berkat doa, usaha tanpa kenal erti jemu, doa ibu bapa dan tawakal diri kita sendiri bila puas berusaha setiap hari dan setiap jam.

Dari target yang dah kita letak dalam hidup, kita akan berusaha keras untuk melunaskannya. Bila korang ada satu target besar, automatik korang dah melunaskan target yang kecil antara nampak atau tidak. Kadang-kadang, orang tak tahu target kita, tapi hanya pandai berkata-kata.

Contoh kalau kita target tahun 2012 akan kahwin, orang akan mula salah faham dan cuba mengingatkan kita ini dan itu yang masih belum selesai. Walhal hanya kita yang tahu target kita dan tak perlu melayan karenah orang yang hanya tahu berkata-kata tanpa memikirkan perasaan orang lain. Hidup kita kalau selalu menjadi pendengar setia kepada orang sebegini, nyata kita takkan maju dan hanya di tampuk itu selama-lamanya. Jadi hiduplah dengan cara berani mengambil risiko dalam hidup dan abaikan kata-kata orang lain yang tidak membangunkan diri kita.

Contoh terdekat, diri Khai sendiri. Satu dari target Khai nak ada ****** sebiji warna Merlot. So now, i’m a lil bit struggle for it. Orang kata ibadah bagai tiada hari esok. Tapi apa kata ibadah dan kerja bagai tiada hari esok. Baru seimbang dunia akhirat kan? Hehe. So dalam perjalanan untuk melunaskan satu dari target-target Khai ni, banyak target lain yang kecil dah diselesaikan dan bakal diselesaikan kelak, insyaAllah. If korang terlepas due-date dari apa yang korang target tadi, at least korang dah mulakan usaha ke arah itu dan last but not least, target kecil korang yang lain dah pun dilangsaikan.

So kalau kita hidup tanpa sebarang target yang besar, memang yang kecil-kecil pun payah sangat nak dilangsaikan. Memang benarkan rezeki takkan datang bergolek? Duit memang takkan pernah jatuh dari langit.Tuhan memang dah siapkan rezeki kita semua mengikut bahagian masing-masing. Tinggal nak tunggu kita cari je sampai jumpa. Bagaimana nak cari? Kerja kuat berdasarkan fokus dan target yang dah kita set dari awal. Dalam usaha kita mengejar target ini, memang kita akan diduga pelbagai dugaan dari orang sekeliling terutamanya. Jadi just abaikan mereka dan cuba buktikan kemampuan korang.

Tapi apa yang penting, target jangan la melampau. Kalau bantai target nak buat rumah banglo korang depan KLCC, sampai mati lah korang jadi useless. Targetlah mengikut kemampuan dan impian yang pasti kita dapat capai. Kalau bukan hari ini, mungkin esok atau lusa. InsyaAllah.

Ditulis pada 6:51 AM 19 October '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 2,521 views | Dalam kategori: Motivasi | Tweet This!

Eat This Google!: , , , ,


RSS feed | Trackback URI

39 Comments »

Comment by hazwan
2010-10-19 07:04:01

ya..betol2..hidup tnpa mtlamat susah nk brjaya ๐Ÿ˜›

..
 
Comment by putcomey
2010-10-19 08:26:27

kita hanaya merancang dan Allah yg menetukan..ajal maut,jodoh pertemuan,rezeki sume dr Allah…berusahalah selagi mampu dan berdoalah kita utk mendapat keberkatan dariNya..

semoga ape yg kita hajati,akan dimakbulkan Allah..amin..

..
 
Comment by Mohd Isa
2010-10-19 08:41:07

betul tu, dalam hidup ni perlu ada target. setiap orang pasti ada impian, tapi masa akan menentukan. so kenalah ada target, bila nak capai impian tu. betul tak khai? hehe

..
 
Comment by maz
2010-10-19 08:49:45

nice entry…target memang penting dlm hidup..jd hidup seharian ni x dela kosong..atleast ader tujuannye..x de la merapu…sukasuki buang masa…

..
 
Comment by Sylarius
2010-10-19 09:04:17

Target dalam hidup ni patut tak perlu diceritakan kat orang lain. Banyak yang suka perleceh dan demotivated diri kita balik. Itu yang spoilt tu. Senyap-senyap sudeh.

Tapi tulis dalam blog takper. Kalau ada yang kompelin pasal target hidup kita ni selalunya Anon-Anon je. hehe

..
Comment by Khai
2010-10-19 12:23:15

Yup.. Target tu hanya kita yg perlu tahu. Kalau ada orang lain yang tahu pun, orang terdekat yang boleh dipercayai. Kalau kaki kaki menjatuhkan ni dah biasa sangat. So telinga dah naik kebal.

..
 
 
Comment by TheSharkox
2010-10-19 10:24:21

Betul tu khai…setiap benda yang kita nak buat, kita kena set our goal..without that, useless. Dan betul, kita tak perlu nak dedahkan kepada orang target kita pasal kadang2 orang lebih bnyak mengutuk dari support. Mengambil kata-kata dari Sonia Johnson โ€œWe must remember that one determined person can make a significant difference, and that a small group of determined people can change the course of history.โ€

..
 
Comment by tarmizi
2010-10-19 10:27:48

lama dah aku tak muhasabah diri tentang masa depan aku.. thanks khai sebab mengingatkan..

..
 
Comment by Eriyza
2010-10-19 11:11:37

Hampir mencapai salah satu target yg telah
ditetapkan tuk tahun ni. InsyaAllah kalo xde aral,
akan sukses sepenuhnya sebelum 2010 berakhir.
Doakan ye. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by azwan
2010-10-19 11:32:11

yerk..baru smlm ada budak tnya sy..target kawin sy…bila sy ckp target sy 25 utk kawin….dia ckp kalau gaji sy rm700..bole kerk nk kumpul utk kawin…mcm2 ar dia nk pertikaikn…itukn kuasa Allah..

..
 
Comment by intankuterpilih
2010-10-19 11:35:44

bila kita ada target umpama kita ada tujuan untuk hidup…

..
 
Comment by Faisal Reza
2010-10-19 11:59:30

Hidup kena ada matlamat. dan matlamat tu mesti ditulis… kalau x tulis di panggil angan2

..
 
Comment by h3r0
2010-10-19 12:24:12

Khai dah jadi blogger motivasi.. ha ha ha.. anyway memang betul apa yg hang cakap.. Kita kena ada target baru best.. Kalau tak tak ada tujuan.. aku sokong..

..
 
Comment by azleah
2010-10-19 12:34:53

likes this

..
 
Comment by rashid
2010-10-19 14:21:40

Target biarlah dimulakan dengan yang senang, dan bila dah berkeyakinan baru target tinggi…So sekarang bila dah grad atau capai sesuatu yang tinggi, boleh pasang target baru.. Biar lambat asal tercapai, tapi jangan lambat sangat…

..
 
Comment by nabel
2010-10-19 14:34:03

wahh, bagus lah tips khai. nabel selalu follow khai, nak majukan diri, nak pertingkat kan diri ni. ๐Ÿ˜€ insyaAllah, kita boleh buat dengan target. Dengan target jugak kita tahu hala tuju kita selepas ini. insyaAllah

..
 
Comment by aizuddin
2010-10-19 14:51:40

macam target nak ada kereta sendiri berkaler merlot je pasni? ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by gadisses
2010-10-19 15:54:13

sokong! kena ada matlamat hidup kan… (nak jd blogger best cam khai, kalo ble nak kalahkn khai) huhu…Nothing is impossible if Allah is by our side..kalo ble biarlah matlamat yg kita nk capai tu beri gak faedah buat umat..

..
 
Comment by naem
2010-10-19 16:38:57

ok…aq nk jdi nape ye..huhu

..
 
Comment by nabilpotter
2010-10-19 18:37:52

yup…betul2..ak setuju..kena ada terget dalam hidup..

..
 
Comment by arnamee
2010-10-19 18:41:58

Salam khai.

yes!penting untuk semua orang ada tujuan. Sebab memang semua manusia hidup kerana masing2 ada tugas ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Kid
2010-10-19 19:39:58

aku setuju sangat2 dengan apa yang ko katakan..
Tanpa matlamat, kita ni macam dah matilah.Hidup takde makna, macam dah takde pedoman. Contoh paling senang, macam dlm entri ko, ‘orang ada blog, dia pun nak ada blog. Tapi sampah!’ . Blogging takda tujuan. Last2 main copy paste je. Tu contoh yang paling mudahlah dalam hal ni.

Dengan mempunyai matlamat dalam hidup, barula hidup ni bermakna. Kalau tak, baik mati je.

..
 
Comment by shams
2010-10-19 21:12:09

ya,setuju ngn entry khai..
setiap matlamat yang diletakkan juga perlu sentiasa disusuli dgn usaha untuk merealisasikan matlamat tersebut….

..
 
Comment by paihujey
2010-10-19 23:32:08

matlamatku adalah untuk menjadi seorang blogger tegar..huahuahua.. :bloody:

..
 
Comment by MuJE
2010-10-20 01:36:02

tetibe rasa cam bersemangat pulak!

..
 
Comment by Kenn
2010-10-20 11:08:52

beberapa definasi politik santai di sini:-

KaBel In My Mind

he..he..he..

..
 
Comment by panadol
2010-10-20 12:17:29

target itu mmg penting.
kalo just ada target tp tiada usaha untuk mencapai target tue,
tak guna gak pasang target. ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by redbean
2010-10-20 14:24:42

set matlamat..jgn jadi mat lambat ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by paeh
2010-10-20 14:35:25

target kena realistik. mengikut keadaan dan kemampuan kita.

..
 
Comment by Kamal
2010-10-20 21:50:42

Ni Entri Terpendek Khai kot .
:p

..
 
Comment by samanosuke_04
2010-10-20 22:52:11

masalah set target nie sebab ramai sangat yang akan cuba untok lemahkan semangat kita… “get real”, tue laa ape yang orang slalu cakap… hehe, nice post khai.. meniup semangat para pembaca…..

..
 
Comment by nikamirul
2010-10-20 22:53:11

asal semua nie sebijik macam ayah aku cakap kat aku . haha . ada sifat kebapaan dah kau khai ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by wazy
2010-10-21 00:08:17

Betul tu bro
hidup kene ada matlamat atau tujuan
then baru la kita merancang untuk capai target tu kan

..
 
Comment by zool
2010-10-23 00:31:07

bagus camtu.. ada target dlm hidup masa muda2..
terus terang aku baru2 je ni nak set target.. aku mengaku aku loser kerana tak plan sasaran aku masa umur 20-an, byk yg aku takde dan tak capai..mungkin lambat tapi selagi belum tutup mata perlu ada sasaran. walaupun lambat, tak semesti tak boleh berjaya kan?

..
 
Comment by Aretikz
2010-10-24 10:28:14

Hidup semstinya ada tujuan. Kebiasaan sekeliling bila dorang tak nmpk taget kita, mula la ckp itu ini. Bek set taget sndri. Melenkan kalo ada yg memg nak sokong dr mnjtuhkan. uhuk2. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by syahrilhafiz
2010-10-24 17:19:49

setuju3..
sama jugak target kita tulis blog sampai kat pembaca ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by bro knie
2010-10-25 09:43:34

salam..
terbaik…. target penting…:) yang kate bekerja bagai hidup 1000 tahun tu.. sebab kalu tahu esok nak mati, adakah kite akan bekerje? knpem kite duk atas sejadah doa mintak taubat…:) tu je…:)

..
 
Comment by shaharil
2010-10-30 13:57:22

Tulis matlamat dengan jelas dan realistik. lepas tu, terjemahkan dalam bentuk tindakan. Itulah yang seelok-eloknya.

..
 
Comment by DirmansyahMuslim
2011-05-12 15:46:07

kadang2 benda nie lr yg org lain gelakkan..aku pernah ckp kt org lain yg aku plan nk kawin bila umur aku 25..sume gelak..kira ok aku ada plan..dari d0rg tu..s0, sesiapa yg tk de target agi tu..cpt2 buat ye.. Gogo justkhai.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post