(Video) Nokia N8 (N8-00) Symbian^3 Review
Untuk Nokia N8, ianya disediakan dengan kamera 12MP dan fungsi rakaman video 720p at 25fps (Shoot 16:9 videos in HD). Ianya memang jelas lebih baik dari Motorola Droid X tetapi hanya sedikit kurang berbanding iPhone 4 dan Samsung Wave di atas kebolehan merakam video pada 720p at 30fps (kurang 5 frame per second). Tapi dengar cerita, dah ada yang dah berjaya hack N8 ni untuk menjadikan video’nya dapat dirakam pada 720p at 30fps juga. Khai tak apply lagi tapi takpe, itu kita cerita kemudian.
Walaupun Nokia N8 tercipta dengan 25fps, tiada perbezaan yang ketara dapat Khai lihat antara kualiti video’nya dengan iPhone 4 (sebagai contoh). Apa yang pasti, Khai dah try play dekat LCD TV guna HDMI port yang dah siap sedia ada kat Nokia N8 ni, kualiti gambarnya tak ubah macam menonton Astro Byond! Siapa rumah ada masuk Astro Byond tu, tahu la camana gambar yang dikatakan High Defination (HD) ni kan? Seriously, memang terkejut sangat.
Spec lengkap Nokia N8 Camera (Video)
– 12 megapixel with Carl Zeiss optics
– HD quality 720p resolution
– Shoot 16:9 videos in HD
– Video capture in 720p 25 fps with codecs H.264, MPEG-4
– Settings for scene, video light, white balance, colour tone
– Secondary camera VGA for video calls
– Video boleh save dalam Phone je (16GB internal memory la katakan). Tapi kalau nak simpan dalam memory card, pastikan korang guna micro SD card Class 4 (32Mbit/s (4MB/s)) atau yang lebih tinggi. Baru puas hati!
Khai dan beberapa krew yang lain sempat luangkan sedikit masa untuk test video Nokia N8 ni. Memang terkejut la sebab video dia masa kami rakam dan nengok balik dalam phone, memang terlalu cantik. Kiranya apa yang kami nampak dengan mata, itulah yang dapat dirakam oleh kamera Nokia N8.
Tapi macam biasalah, file video memang terlalu besar. Untuk 1 minit rakaman, saiz’nya adalah 100MB. Memang sedikit sebanyak akan menyusahkan kita. HD video’lah katakan nak taknak kena terima perubahan zaman. Ok berikut adalah contoh video yang sempat Khai rakam dan tiada sebarang editing dikenakan pada video (fresh from phone).
Kualiti video yang dipaparkan mungkin tidak sama dengan kualiti video sebenar. Ini kerana pihak Facebook (tempat video di’host’kan) dah compress file video ini.
Video time siang
Video di bawah ini agak panjang. Fungsi zoom juga ada digunakan. Menariknya pada Nokia N8, kita boleh guna fungsi zoom in dan zoom out semasa rakaman sedang berlangsung. Function yang tidak dijumpai pada iPhone 4. Lokasi rakaman di Teluk Kemang, Port Dickson.
* Video lain:
– Gua Kelam, Perlis.
– Filem pendek dirakam dengan Nokia N8.
Video time malam
Video berikut pendek sahaja dan mode rakaman biasa digunakan. Kalau korang guna nightmode, pasti akan memberikan hasil lebih menarik. Mana ada phone yang boleh rakam video time malam (tanpa cahaya yang cukup) tanpa sebarang noise lagi kan? Hehe.. Lokasi rakaman adalah di kawasan sekitar KLCC.
Nengok Video On The Spot di kaca TV
Seperti yang kita dah sedia maklum, satu je caranya nak memainkan High-Definition (HD) Video di LCD TV (widescreen TV) adalah dengan menggunakan HDMI (High-Definition Multimedia Interface) yang disambungkan pada TV. Dan di sini Nokia N8 memainkan peranan yang amat penting dengan menyediakan port HDMI terus pada handphone.
Caranya memang cukup senang. Sambungkan cable HDMI antara phone dan TV..
Dan korang boleh nengok video yang korang rakam tadi kat TV dalam format HD. Selain tu, boleh juga main game dan buatlah apa suka pada phone tersebut dan kontrol ikut TV korang je.
Function ni memang dah lama ada pada Nokia dan banyak phone lain, tapi rasanya ini pertama kali wujud phone yang boleh sambung ke TV dalam format HD!
Kesimpulan Video rakaman Nokia N8
Kesimpulannya, video dari Nokia N8 ini bukanlah begitu sempurna sepenuhnya, tetapi masih mampu menghasilkan video yang begitu jelas, cantik dan cukup syarat untuk korang tak perlu lagi mencari device perakam yang lain. Dari segi rakaman suara, Nokia N8 dapat merakam bunyi yang ada sejauh 20 meter dengan jelas. Ini memang menakjubkan kerana kebanyakkan phone lain mempunyai masalah gagal merakam suara si perakam dengan jelas apa lagi suara yang hendak dirakam.
Untuk rakaman hari siang, dengan cahaya yang cukup memang akan membuatkan video dari Nokia N8 ini berada di dalam kelas’nya yang tersendiri. Simply amazing! Cakap banyak pun tak guna melainkan kalau korang dah pegang Nokia N8 ni dah cuba sendiri, baru korang puas hati. Harga pun murah kan? Ok itu saja buat masa ni. Part seterusnya akan menyusul. Part lepas ni berkaitan software dan OS Symbian^3 yang ada pada Nokia N8 ni pula. InsyaAllah.
Pssttt: Seronok gila kalau masuk part-part buat review ni.. Haha!
Salam khai. ish! dah cukup dah entri2 khai untuk mewajibkan ia dibeli!:)
Hehe.. Yup, kalau Khai diberi pilihan dengan bajet yang rendah, mmg Khai sendiri akan angkat N8 ni.. RM1700 je kot dengan pelaburan yang berbaloi.
1 minit….100mb!!
terkejut den…ekau bio bonar….hahahha
:bloody:
Tiada yang benar melainkan benar belaka. hehehe.. Satio punya video pun sama je macam N8 ni.. gambar cantik, dia punya file size pun memang cantik punya la kan? Hehe..
superb.. kena beli ni…
Uiks.. harus beli.. Hehehe
khai nak tnye..kalu cucuk kat tv biase still leh main ke video tuh? 8) ..lagi satu kalu record time malam bole capture hantu tak hehe ๐ ..
TV biasa? tak boleh sebab tv biasa takde port HDMI dan bukan HD.
Macam best… Tapi nak tunggu review khai tentang symbian yang latest plak..
Camna ok ke tak?
then baru decide yang mana terbaik utk diriku.. he he he..
InsyaAllah dalam review seterusnya..
adehh…
sblum ni nak satio….
tgok n8 klua….nak n8 pulak..haha… :choler:
vid satio masa malam…ok tak??
kalau N8 ni install ios4 boleh x khai? android ke?
problem phone ni satu je . battery life kurang . ๐
Khai. bpe arge nokia n8 ni yg zitron???
Murah je.. RM1699
n8 ok jgk…
nyesal aku angkat
samsung pixon12….
gua pun akai n8 gak..tapi beteri cpat habis la.
wah,Khai kau jgn risau,besok lusa aq dapt gaji aq blanje kau handset BANYAK punye….ok… ๐
Good review bro. Think FB compressed the video, so it doesn’t really look good when uploaded online.
khai, ko install gravity la…
social app ntuk n8 sgt cikai compared to gravity
btw try up hd video kat vimeo…
n review la sekali video editor kat N8 ๐
aduh…aku bace review dah buat aku cemas tak tentu pasal…nk start kumpul duit beli n8 plak…hehe
Caiyolah Nokia.
Errrm caiyo gak laa tuk Khai. ๐
salam..khai nak tnye,
satio dgn N8 ni bnyk beza tak..?
selama guna satio, apa pandangan khai..
c0z ingat nak angkat satio..tapi tak tau la ada yg baru lagi ke tak..?
aritu tg0k kat mobile88..ramai yg coment N8 ni..
kebanyakan yg coment pasal board dia..
mcm tak tahan..ermm macam mne..?
apa pandangan khai..?
Satio memang best dan berbaloi juga dengan harga. Kameranya juga cantik (sama 12.1mp) cuma video’nya sahaja tiada HD macam N8 tapi still cantik. Ye lah satio dah keluar bertahun kan. N8 ni baru lagi sebab tu ada macam-macam tech yg latest. Cuma pihak Sony Ericsson dan hentikan sebarang pembangunan untuk Satio. Perkara ni yg membuatkan ramai pengguna Satio kecewa kerana tiada sebarang firmware baru untuk Satio lagi.
Nokia N8 selama Khai pakai ni, emm not bad. Everything running smoothly. Last review nnt, Khai akan beritahu kekurangan yang Khai nampak pada Nokia N8 ni. InsyaAllah.
pergh…mengukuhkan lagi untuk aku memilikinya…hehe
huu, mula jatuh hati kt Nokia N8, harga sangat berbaloi dgn kualiti yg ada
thnx khai..
di tunggu review seterusnya..
sekarang ni tengah dilema..
nak angkut yang mne satu..hehe..harap khai dapat membantu..:)
kena start mnabung dri skrang ni..hehehe..skit2 lame2 jd bukit ๐
bole jd blog gadjet terkini dh blog ni..hehe
๐
best arr blog ni……i very10x like…..
“Memang terkejut la sebab video dia masa kami rakam dan nengok balik dalam phone, memang terlalu cantik. ”
Ayat takleh blah ahhaa..Siap masuk kan perasaan sekali tu :8
boleh tahan gak gambar video.kalau zoom pun masih ok lagi ๐
slm,
saya dah 2minggu tunggu iklan di oh artis tidak disiarkan juga,
nak kata justkhai nie offline tiap hari update entry baru, then bila saya minta refund still no response, ape yg boleh saya buat, sy tiada num telefon die, boleh sape2 sampai kan pada si khai nie tak, kawan2 ke or sedara mara die, tq
0127522085