(Photo) Nokia N8 (N8-00) Symbian^3 Review
Hi guys, kalau pada review Part 1 sebelum ni, Khai letak teaser sedikit sebanyak pasal rupa dan spec Nokia N8 ni, dan ini adalah perkara paling penting dan sentiasa menjadi perhatian pertama untuk para pembeli atau kawan-kawan korang sendiri iaitu berapa Mega Pixel kamera dan bagaimana kualiti gambar dan video dia pada waktu malam dan sebagainya. Semuanya berkaitan dengan kamera yang sedia ada wujud pada sesebuah handphone itu sendiri.
Untuk Nokia N8, ianya disediakan dengan 12MP camera (dengan Carl Zeiss optics) dan fungsi rakaman video 720p at 25fps (Shoot 16:9 videos in HD). Dengan kehebatan Xenon Flash, autofocus, face recognition, Focal length: 5.9 mm, F number/Aperture: F2.8, Still images file format: JPEG/EXIF and zoom up to 2x (digital) untuk still images. Ianya lebih baik dari Motorola Droid X tetapi hanya sedikit kurang berbanding iPhone 4 dan Samsung Wave di atas kebolehan merakam video pada 720p at 30fps (kurang 5 frame per second).
Tetapi ianya langsung tidak memberi perbezaan yang ketara. Langsung tidak! Apa yang pasti, bila korang play dekat LCD TV korang, kualiti gambarnya tak ubah macam menonton mana-mana channel Astro Byond! Siapa rumah ada masuk Astro Byond tu, tahu la camana gambar yang dikatakan High Defination (HD) ni kan? Hehe. Contoh video siang dan malam Khai akan bawakan ke dalam review part 3 nanti.
Untuk pengetahuan korang, Khai takdelah ter’persona sangat dengan 12MP Nokia N8 ni sebab Khai memang pengguna Sony Ericsson Satio dengan kamera 12.1MP sebelum ini. Tapi apa yang membezakan dua phone ini, ialah size gambar yang diambil. Kalau SE Satio, untuk gambar 4000 x 2248 yang berkualiti tinggi selalunya akan bersaiz antara 3 – 4 MB. Berbanding dengan Nokia N8, gambar berkualiti yang juga 4000 x 2248, akan mengambil size antara 1 – 2 MB sahaja. Ini kerana Nokia secara automatik mem’proses gambar pada kualiti 85% sahaja pada gambar yang di’snap tetapi masih mengekalkan kualiti yang cukup hebat. Saiz gambar yang kecil lebih memudahkan korang untuk upload terus (jimat kredit kalau takde wifi), menjimatkan space hdd pc korang dan juga memudahkan proses perpindahan data pada phone atau PC yang lain. Dan tak lupa mengjimatkan storage memory phone korang. Lagi kecil size gambar, lebih banyak gambar yang boleh korang isikan.
Spec lengkap Nokia N8 Camera (Photography)
– 12 megapixel camera with Carl Zeiss optics
– Fullscreen 16:9 viewfinder with easy-to-use touchscreen parameters
– Xenon flash
– Face recognition software
– Autofocus
– Focal length: 5.9 mm
– F number/Aperture: F2.8
– Still images file format: JPEG/EXIF
– Zoom up to 2x (digital) for still images
– Zoom up to 3x (digital) for video
– Secondary camera for video calls (VGA, 640 x 480 pixels)
Kebanyakkan pengguna biasa (not geek), tak berapa nak ambil berat soal spec dan lain-lain. Asalkan design phone cantik, OS yang cantik dan tak berat serta kualiti gambar serta video yang baik, itu dah cukup menjadikan kita sebagai seorang pengguna yang gembira (happy user) dan menjadikan setiap sen dana yang disalurkan kepada phone, benar-benar berbaloi.
Contoh gambar dihasilkan dengan Nokia N8
Dan berikut beberapa gambar yang diambil oleh Nokia N8 pada waktu siang.
* Note: Korang boleh klik empat gambar di atas kalau nak nengok actual size (saiz sebenar) untuk gambar tersebut tanpa sebarang edit dan sebagainya (fresh from phone momory).
Close up?
Gambar time malam?
* klik gambar KLCC untuk saiz lebih besar {respon di fanpage}
Fungsi Panorama Nokia N8 yang hebat!
* Panorama adalah fungsi kamera yang membolehkan banyak gambar di’snap yang kemudiannya disambungkan menjadi satu gambar yang lebar. Sesuai untuk keadaan seperti di pantai, tempat lapang atau di dalam stadium.
Fungsi Panorama pada phone Nokia N8 memang benar-benar menjadikan Khai seorang pengguna yang “gayat” dan “jakun”. Ini kerana fungsi Panorama yang sedia di’download di OVI Store secara percuma ini memang benar-benar hebat dan tiada tandingan setakat ini. Orang lain kalau nengok, memang akan jakun seketika punyalah! Kenapa?
Ini kerana kebolehan Nokia N8 mengambil gambar dalam mode Panorama dengan beberapa banyak gambar pun serta korang takkan jumpa kesilapan proses penyambungan antara satu gambar dengan gambar yang lain. Dan ketika proses ini (selepas beberapa gambar diambil), korang dapat nengok bagaimana ‘amazing’nya Nokia N8 membuat penyambungan semua gambar itu secara automatik. Memang tepat gila dan susah nak cari kesalahan pada penyambungan gambar tu even korang snap tunggang terbalik pun.
Berikut adah contoh gambar dalam mode Panorama yang sempat Khai snap.
Gabungan 3 gambar (resize to 2000pixel width)
Gabungan 4 gambar (resize to 2000pixel witdh)
* Note: Gabungan gambar (panorama mode) boleh dibuat sehingga 360 darjah sekeliling korang.
Wrap-up untuk Nokia N8 camera/photography
Nokia berani keluarkan statement untuk claim yang kamera yang ada pada Nokia N8 sekarang adalah mobile camera yang paling terbaik di dunia (sehingga artikel ini ditulis). Perkembangan mobile camera sekarang amatlah pesat dan mungkin status “the best mobile camera in the world” akan diambil oleh phone keluaran lain pada masa akan datang. Buat masa sekarang, pemilik Nokia N8 pasti dapat berbangga dengan apa yang dapat dihasilkan oleh phone hebat ini.
Khai paling tak sabar nak buat review Part 3 di mana Khai akan keluarkan banyak video Nokia N8 yang dirakam pada waktu siang dan malam. Apa yang dapat Khai kata sebelum mengeluarkan artikel Part 3 adalah Nokia N8 memang superb dalam merakam video lebih-lebih lagi ketika waktu malam dengan kekurangan sumber cahaya. Kalau malam dah superb, bila siang tak payah cakap lah kan? Dengan kemudahan port HDMI lagi, memudahkan korang untuk nengok video yang korang rakam melalui Plasma/LCD/LED TV yang korang ada dengan kualiti HD! Itu yang paling penting.
Khai percaya korang pun tak sabar nak nengok so nak tak nak kena tunggu review Part 3 dalam masa sehari dua ini di Justkhai. Terima kasih kerana terus mengikuti review Nokia N8 di blog ini. So apa komen korang dengan contoh-contoh gambar yang dihasilkan oleh N8 pada review kali ini?
tak jadi ak nak angkat i-phone 4..heheh
Ini yang membuatkan daku terliur nak dapatkan N8 ni. :love: Kumpul duit sekarang…eyaahh!
serius tak sabar nak tunggu part lain .
huwaaa mahu n8 lah, even design dia freak ke apa tapi lawanyaaa gambarrrrrrrrrrrr
masyuk…. smart gak camera dia..
rm999???murahnye????contract ke ape?
N8 harga retail dia RM1700 je.. Murah kan? Yang RM999 tu dari Maxis. Of coz dengan contract.. Hehe..
wah wah wah…cam profesional plak Khai ni…besh a dapat melaram gadget baru ni…
Brapa part ko nak buat khai? macm menarik je..
cam best la plak.. sempoi je tgk gambar dia..
agak2 kalau kamera nokia n8 dgn satio mana lagi bes?
Aku tak nampak perbezaan phone antara dua phone ni dari segi gambar. But dari segi video time malam, N8 nyata juara!
kalau diikutkan paranoma tuh boleh dibuat dengan menggunakan mode shooting biase je, tapi kene jarak sikit la
Memang boleh. Lepas tu kene merajinkan diri la main cantum-cantum gambar ye tak? Hehe.. Zaman sekarang semua benda dah senang.
wow gmbr sgt cantik :bloody:
salam khai.. aku sarankan ko tgk balik cmne review2 dari blogger2 yg take part dlm Maxis10 yg lepas2..
1)HTC desire
2)Samsung Galaxy S
bagi aku N8 dh ketinggalan, OS baru tp lebih kurang sama. kalau khai xpecaya sila tanya kepada pengguna android phone.
thanx khai. slmt maju jaya. harap2 ade comparison dhn samsung galaxy s n htc desire.
Salam Karim, tugas Khai sekarang untuk review Nokia N8 ni dengan apa yang boleh diadaptasi dalam kehidupan sendiri. Bukan phone yang lain. Yes I know, banyak phone lain kat luar sana yang lebih better dan semuanya akan dihuraikan dalam review akan datang (byk part lagi yang akan ada di justkhai ni, insyaAllah).
OS baru tak ketinggalan malah hebat kalau kita tahu nak apply’kan nya dalam tugas kita. Cuma nampak lame (dah bosan) kalau kita pengguna setia Nokia or Symbian Phone yang lain (like SE Satio). Phone with lots of apps, its a phone for kids (at least for me). Ahah!
Perghhh…smart!!! Close-up pictures sgtยฒ mempesonakan. Setanding DSLR pny kualiti tu…
Kalau ambik sebijik, harga berapa eh? Tak minat ah dgn pelanยฒ ni…
Retail prive: RM1699 only. Dalam kategori murah dan berbaloi-baloi.
Camera gile chantekkkkkk ~
Gile siot … Nak 1 .. Sape baek aty kasi aku 1 free ..
Nak beli xMampu … T_T
Smp RM1.7k tuh … Pergh …
khai dh lupa missatio dia kee…..
nanti boleh khai tolong compare camera satio dengan n8?
setahu saya, nokia punya gambar 300dpi berbanding satio 72dpi sahaja.
selamat maju dunia akhirat khai….
Tak lupa. Still sayang cinta hati saya tu. But, nak compare antara dua phone ni pun macam malas sebab Satio dah bertahun dalam pasaran dengan spec yang berbeza. Tak adil untuk dibezakan. Tapi nengoklah camana nanti dalam part akan datang.
jelesnyeeeeee abe khai tangkap gambaa lawa, nak jugak nak jugak!
hahahahahahah ๐
Gambo lawo! ๐
abg khai camner nak wat panorama tu..dh beli seminggu ni tp still blur hehehe ๐
Download apps Panorama kat OVI Store. Ianya percuma.
it’s amazing…
gmba die pon cntik..
x mcm nokia sebelum2 nie…
mmg ptt diorg (Nokia) buat autofocus kt kamera..
sbb tue salah satu elemen penting klu nk amek gmba..
mmg cun la gmba2 nye…
gud job khai atas review nie…
looking forward for another review… ๐
rm1699 only?wahhh…bebaloi sbb mutu pic die…tp khai..i tggu u pny another part dlu lah..i kasik u 10saat siapkan entry ๐
p/s: suke tulisan kt pantai tu…smoge kali nih more happiness than before.. :love:
wow!!!memang canggih phone nie…aku memang lebih suka amek nokia dari phone brand lain…sebab senang nak cari sparepart..
aku dah menjangkakan sesuatu yang baik dengan N8 ni…memang dahsyat la gambar2 yg N8.. :[
Salam khai.
dah cakap da- shaye mahu satu:P
pergh, memang lawa. aku baru je ushar2 kat lowyat kelmarin. budget awal tahun depan nak angkat sebijik. tgh compare ng SE Xperia…ko rasa mana lagi bagus khai?
wah wah wah n8 best tue!hikhik
gambar 12megapxl yg lain tampak bergaya,,tp kan,,satio pon x dapat miliki lagi nikan pula n8,,
last2 pakai nokia 1110 jer..wahahaha ๐
Siyes ase nak beli dsebabkan faktor camera yang ultra superb.Hope pas nie Khai dapat wat review sal kualiti audio N8 nie lak.TQ ๐
salam saudara khai,pe kata anda buat satu peraduan handphone ?,yang menang dapat handphone nokia n8,pastue yang seterusnye pandai-pandailah bagi hadiah,amacam, k ker ? ๐
bapak best handphone nie,aku nak satu,tak kira ! aku nak jadikan pengganti handphone aku yang hilang tue,Sony Ericsson W995 =(
hoihohoohoho…. cancel la nak beli dslr camera tuh… beli phone nih pon dah cukup berbaloi rasanya…. ngengenge.. memang terbaik la quality gambar dia… xsabar nak tunggu part 3 release…
dah sentuh, dah guna dah buat macam2 kat n8 nih..
satu je kekurangan die wat mase ni yang aku perasan..
bateri die sangatlah cepat habis..blom sampai sehari suntuk dah kong. rasenye mase tuh xde la rekod ape2 pon..snap gamba pon bape keping je, kol pon xde lelame..ade la layan 2 3 video super jr, itu je..hahah. bab bateri itu sile komen ye khai kot2 semasa anda rebiu anda ternoticed pasal ini..yang lain superb! ^^,
Ash, aku baru je duk puji kat kawan2 tadi yang aku perasan bateri dia tahan lama.. tak macam Satio yang aku pakai before. Satu hari suntuk dari petang sampai malam aku main amik gambar dan video sekitar KLCC, 2 bar je bateri turun.. erm.. ni yang pelik ni? Tak charge lama2 dulu ke masa 1st time charging?
perghh..lawo aweks bro..o_O
:p
cantik gila gambor nokia c8 ni en
wah! cam best je bro. tapi, leh lawan ko punye Sony tak? ๐
salam..
em mmg gah la kamera N8…
tunggu lg 2 taonn la.bwu usha.. :8 =(
em abg khai nak tanye..
hp nokia 5530 xm tu xde tuk panorama punye kamera ke?? ๐ ๐ =(
ala, nak repair w660 ni pon tak mampu lagi…huhu
salam..antara se satio dan nokia n8, which one better?? anyone?? 8)
aku nak angkat Handphone ni weekend ni! ๐
thanx for the review,khai.
BAru nak cari ket tenet review2 dia,alih2 tgk Khai dah layan!
oh tidak! henset ko pun dah nak sama power daa ngan NEX-5 aku.. zzzzzzzz
menyesal beli videocam. kalau tau ada N8 nie…. memang best. Gambar, video memang superb.. Khai, kalau rakam video boleh tak melebihi 2 jam? kalau boleh consider ia memang ‘patut beli’.
Boleh sangat 2 jam tu.. internal memory dia 16GB kot.. dah letak apps best2 semua ada la lagi dalam 13GB.. Nak lagi lama, masuk lagi external memory sebab bila beli, slot microSD dia memang available ntuk di isi.
Bile tengok kualiti gambar nie rasa macam nak terus pegi MAXIS centre je …. mau angkat satu laa…. hohoho
mantap gila!!! seriously. baru hari ni tadi usha N8. tengok macam biasa je. sekali baca review, PERGH! menyesal tak tanya harga!
berapa harga satu, bro? gila ah! mahu tangkap satu!
Tangkap la satu. Hehe. Selama aku pakai N8 ni, tak pernah ada rasa penyesalan pun. hehe..
beza Nokia N8 dgn SE VIVAZ HD pulak???
kecewa sgt..sampai sekarang aku lum dapat memiliki lagi Nokia N8 ini…puas aku mencari sekitar utara tanah air.dari Alor Setar dan Sg petani kedah hingga ke pulau pinang dan Ipoh perak..kata peniaga2 hp stok tak dak..di stop dulu.. =(
woah!sangat nice..tp dah angkat xperia…lambat la n8 ni kluar… :o:
Agaknya berapa RM la hp ni ye?
apa setting utk picture nih? sbb aku beli N8 xdpt gambar mcm nih semua berkabus jer. rasa mcam tetipu or aku yg salah setting. tolongg sapa yg tau =(
Dah cabut belum plastik kat lens kamera tu? hehe..
hah-ah betullah xbukak cover lens tuh lagi. hihi malunya. terima kasih khai ๐ baru rasa berbaloi2 beli N8
Hehehe.. Sure no problem.. enjoy ur N8!!
omg!!!!
huhu khai bru je terbeli sony xperia x10i…
perhhh mula2 nk angkat n8 nih…tp tah cm na terangkat sony plak…
klau da masa khai wat review skit pasal sony xperia…(blom mahir sgt) kakhakaha
Hihi.. Ok ape Xperia tu? Hehe. Khai tak boleh buat review sebab Khai tak pakai Xperia. Tapi suatu hari nanti kalau-kalau la pakai, InsyaAllah akan berkongsi apa sahaja yang menarik di sini.
xperia ngan n8 ni manew lagi best ? ? ? ๐
Rasanya Xperia lagi best.. (pandangan peribadi)..
N8 ni x ada burst function bkan?
ad x application yg boleh di download untuk function nih?
khai, plz, need your respond.
bole tak adakan burst function pada camera N8?
sekarangni banyak sangat hpon tiruan terutama dari cina..so cam saya yang kurang tau sal hfon boleh tertipu gak lah..
so blh tak kc tau cikit camana nak bezakan orignal ngn tipu punya…cer cerita…. :((
Salam…saya dapat tahu n8 ni ada masalah tone colour yg menyebabkan rakaman gambar dan video kurang menarik. Cara untuk mengesan nya ialah dengan melihat jam bulat screensaver, jika bahagian atasnya warna purple dan bahagian bawahnya hitam, maka n8 tersebut memang sah dijangkiti penyakit tone colour ni. Boleh khai ulas sikit cara nak mengatasinya dan adakah semua n8 mempunyai masalah ini, Terima kasih.
Salam. Pastinya bukan semua namun kalau berlaku, eloklah claim warranty anda.