Dalam Hidup! – Part 1

345 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Saya akan cuba menjadikan artikel ini sebagai satu artikel paling ringkas pernah wujud di Justkhai. Jadi bacalah sampai habis ya? Hurm, ianya mengenai prinsip. Ya, prinsip yang tercipta sendiri di dalam hidup saya dan ini bukanlah seperti yang disarankan pakar motivasi atau sesiapa sahaja. Ya, bukan saya cipta tetapi ianya terjadi sendiri dari pemerhatian dan kepercayaan tentang erti hidup dan masa selama 23 tahun mencorakkan kehidupan saya sendiri. Sekadar ingin berkongsi.

1. Dalam hidup, saya akan sedaya upaya melakukan apa sahaja yang menggembirakan hati saya. Kalau tak happy, saya sanggup tinggalkan walaupun saya dah berhabis banyak wang ringgit dan waktu untuknya. Kerana saya percaya, saya akan berjaya bila saya buat perkara yang buat saya gembira dan bagi saya, tiada penyesalan pun jika kita tinggalkan perkara yang buat kita tidak gembira.

2. Dalam hidup, saya akan cuba pastikan semua yang saya lakukan akan berakhir dengan profit! Itu sahaja yang saya mahukan bagi membayar masa yang telah berlalu. Orang kata masa itu emas bukan? Untuk itu, pasti ada harganya. Lakukan sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Apapun bukan semua perkara perlu berakhir dengan profit. Terpulang kepada kewarasan dan keinginan diri.

3. Dalam hidup, selagi berdaya saya akan berdiri di atas kaki sendiri dan saya tidak akan tumpang berdiri menggunakan kaki orang. Maksudnya, saya sentiasa mahu jadi bos pada diri saya sendiri selagi mampu dan saya sentiasa cuba untuk tidak bekerja di bawah orang. Paling penting, keputusan ini menggembirakan saya.

4. Dalam hidup, hanya diri saya sendiri berhak menilai orang. Bukan menilai orang dari penilaian orang lain. Maksudnya, saya langsung tidak akan terpengaruh mahupun mengambil tahu sebarang maklumat tentang seseorang yang datang kepada saya dari mulut orang lain. Kalau terdengar, saya akan mendengar dengan kusyuk tetapi terus amalkan teknik masuk telinga kiri, keluar telinga kanan hanya untuk menjaga hati si pencerita.

5. Dalam hidup, saya sanggup lakukan apa sahaja untuk kedua ibu-bapa saya selagi mereka masih ada kerana saya bencikan ayat “kalaulah” yang pasti akan terpacul dari mulut dikemudian hari bila sudah terlambat untuk berbakti dan menggembirakan hati mereka.

6. Dalam hidup, saya sentiasa cuba untuk tidak memperkecilkan kebolehan orang lain dan tidak sesekali akan memandang-rendah pada sesiapa sahaja. Kalau hari ini kita rasa kita hebat, ramai lagi yang lebih hebat. Kalau kita rasa ilmu kita dah cukup banyak, esok lusa pasti banyak lagi perkara baru yang akan kita tahu. Jadi, kita sebenarnya tidak pernah akan hebat.

7. Dalam hidup, selagi saya mampu dan saya rasa perlu, saya akan beli apa sahaja yang akan menggembirakan hati saya tanpa menghiraukan kata-kata nasihat dari orang lain. Kerana bagi saya, saya lebih tahu apa yang saya perlu dan tidak.

8. Dalam hidup, saya akan pastikan isteri dan anak-anak perempuan saya nanti seorang yang bertudung biarpun mungkin saya dianugerahkan seorang bakal steri yang tidak bertudung. Bagi saya, itu adalah satu ujian untuk saya bila bergelar sang suami nanti.

9. Dalam hidup, saya tidak akan sesekali meletakkan duit/wallet di poket belakang seluar kerana bagi saya ianya penyebab kepada mahal rezeki kerana tempat rezeki bukan di punggung. Di manakah lokasi wallet anda selalunya lebih-lebih lagi apabila memakai seluar jeans?

10. Bakal bersambung dalam part 2.

Selebihnya, berkaitan belakan di akhirat dan kita semua sedia maklum apa yang patut kita buat di dalam hidup ini. Apa yang anda sentiasa lakukan dan mahukan dalam hidup?

Pssttt: Semua gambar hanyalah sebagai pemanis mata sahaja dan mungkin tidak berkaitan.

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 5:45 pm 10 November '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 345 views
Dalam kategori: Hidup Khai, Motivasi | Tweet This!

Eat This Google!: , ,


RSS feed | Trackback URI

36 Comments »

Comment by apes
2011-11-10 18:05:53

Yang no 9 tu aku tertanya-tanya.. Wallet ko selalu letak kat poket tepi ke khai??

..
Comment by Khai
2011-11-10 18:38:50

Haha. Taklah. Kalau keluar mana-mana, mesti akan pakai satu beg sandang. Semua ada dalam beg tu. Hehe.

..
 
 
Comment by aleep
2011-11-10 18:53:31

apa nama buku mac tu?

..
 
Comment by aleep
2011-11-10 18:57:40

takpelah.dah nampak. =)

..
Comment by Khai
2011-11-10 19:17:14

Baru nak suruh klik pada gambar untuk saiz lebih besar. Hehe

..
 
 
Comment by aPiP
2011-11-10 19:32:44

sama r wallet ltk dlm 1 beg tepi atau letak kt poket tepi ni,
betul berjadual lah khai… haha.. ๐Ÿ˜†

..
 
Comment by sukacuka
2011-11-10 22:51:14

wallet saya simpan kat kocek blakang tapi duit tak de. Duit saya letak merata, dalam beg, saku kanan,saku kiri dan dimana shja tmpat yang boleh diselitkan duit sebab rezeki ada dimana-mana.

..
Comment by Khai
2011-11-11 00:00:26

Apa kaitan letak duit bersepah sana sini dengan rezeki ada di mana-mana? Hehe.

..
 
 
Comment by Umar Faruq
2011-11-11 00:50:34

Bangun kul 10 ke beb? Hahaha.. Btw, bagus r kalu boleh disiplin ngn jadual tu..

..
 
Comment by nabel
2011-11-11 01:17:56

hensem jugak post kali ni khai. terasa macam nak buat apa yang khai ajar. haha

..
Comment by Khai
2011-11-12 18:39:52

Bukan niat mengajar. Niat nak berkongsi je. Mana yang rasa kena tu, ikutlah. Kalau rasa tidak, jangan diikut pulak. Hehe..

..
 
 
Comment by Asy
2011-11-11 01:30:32

heaven betul life ko khai aaa makan gaji ni jugak tersiksa keh2 cepat la bila nak tt session nak jupe ko kot ๐Ÿ˜‰ nurin dekat je haha

..
Comment by Khai
2011-11-12 18:40:46

Hurm Alhamdulillah. Tapi itulah, tak semudah yang disangka bro.. sama je kerja sendiri atau kerja bawah orang. Cuma terpulang pada kita boleh terima atau tidak je. Kerja sendiri lagi mcam-macma kena fikir oo. Hehe

..
 
 
Comment by Hackers
2011-11-11 01:40:53

entry terbaik bro..suka baca… ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by mrnamie
2011-11-11 02:02:20

Pasal rezeki tu aku pun sama gak. hehe Wallet letak tempat lain. hehe

..
 
Comment by Zarul Umbrella
2011-11-11 04:07:23

pasal wallet saya letak kat poket depan..

..
 
Comment by pan
2011-11-11 06:43:27

audi khai ke tuh?

..
Comment by Khai
2011-11-12 18:41:55

Isk, bukan. Itu sekadar gambar hiasan aje tu.

..
 
 
Comment by Omar
2011-11-11 08:43:31

Plat number tu.. fuyoh.. Khai punya ke?

..
Comment by Khai
2011-11-12 18:42:25

Plate number tu memang idaman saya tapi dah jadi milik orang lain. Hehe

..
 
 
Comment by tarmizishukri
2011-11-11 09:07:05

aku letak wallet kat poket depan/tepi, sejak dari sekolah lagi, rasa pelik je bila letak kat bontot…

..
 
Comment by Arrul
2011-11-11 10:58:24

KH41…hahaha mmg awesome! ๐Ÿ˜ฏ

..
 
Comment by sukacuka
2011-11-11 13:06:55

tak de kaitan. cuma imaginasi. haha

..
Comment by Khai
2011-11-12 18:42:55

Hehe, bagus-bagus. Imiginasi tinggi tu amat baik untuk tumbesaran. haha

..
 
 
Comment by arnamee
2011-11-12 02:46:51

Tunggu part 2 pula ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Pacifista
2011-11-12 10:18:34

pergh…menarik nombor plat tu.ko punya ke bro?kalau tak rugi betul ๐Ÿ˜›

..
 
Comment by samanosuke_04
2011-11-13 10:59:58

serius aku suka post nie.. hehe, aku suka prinsip yang nak bini bertudung tue.. huhu, lagi satukan khai, aku rasa teringin sangat nak tengok jadual hidup ko.. huhuhuhu, nak contohi.. keh3..

..
 
Comment by sifwan
2011-11-13 12:04:48

memg best la coretan ko ni.hahaha..ske plak aku bace…kne gn jiwa aku gak..1988!

..
 
Comment by sukacuka
2011-11-13 19:45:54

Khai, kalau mata saya tk silap pandang atau komputer ni yang ada masalh, widget whos amung us tu, nombor nya mcm ada masalah. tak tau la kalau dari komputer orang lain ok je.

..
 
Comment by Firdaus Latib
2011-11-18 04:10:52

Hampir sama apa yang kita buat khai..Apapun, terima kasih atas artikel jujur ini. Saya suka.

..
 
Comment by titan
2011-11-22 15:34:53

lawa plat keta tu. hoho..

..
 
Comment by Aree
2011-11-26 17:40:47

Wallet kena jaga ma…keje sndiri ngan makan gaji byk perbezaanya…makan gaji bis kuat kena marah, kena maki hamun dek bosss…gaji plak kecikkk lau yg tak ada kelulusan..lau ada kelulusan gaji besar la..

Keje sndiri plak pening kepala nak uruskan biz..lau untung hepi giler lau rugi menangis gila ..so terpulang ats diri sndiri maaa ๐Ÿ˜†

..
Comment by Khai
2011-11-26 18:45:37

Sokong 120%..

..
 
 
Comment by Mika
2011-11-26 17:47:52

Satu inspirasi.

..
 
Comment by Faizal Ehsan
2011-11-30 05:44:45

Hidup kena ada prinsip! ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Man
2013-02-03 03:15:22

masih menanti part 2. hahaha

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?