Kenapa saya suka Toyota Corolla Altis yang terbaru?

Minggu lepas Khai sempat ke UMW Toyota Motor di Pandan Indah. Motifnya hanya satu nak lihat sentuhan terbaru yang diberikan pada Toyota Corolla Altis dan apa lagi kalau bukan nak test-drive ye tak? Khai pun memang tengah mencari kereta yang paling sesuai untuk Khai. Kereta nak pakai lama bukan boleh pakai buang ye tak?

Sebelumnya sampai sana tu, puas fikir mana nak cari Toyota Showroom. Dalam kepala ada satu je Toyota Showroom iaitu yang di Jalan Maarof, Bangsar. Nasib ada GPS, senang sikit nak cari mana showroom yang paling dekat. Berbaloi laburkan RM1200 untuk Garmin ni. Hehe. Atas petunjuk encik Garmin, akhirnya sampai ke Toyota Showroom di Pandan Indah bersebelahan dengan The Store. Punyalah selalu lalu situ, boleh tak perasan ada showroom. Grrr, Sabar ajelah! Haha.

Apapun thanks kat member yang sorang ni sebab temankan. Dalam pukul 3 petang macam tu, kami sampai ke showroom tersebut dan disambut dengan satu kereta berwarna putih yang dari jauh dah nampak menarik, apa lagi kalau bukan Toyota Corolla Altis yang dah menerima banyan sentuhan dari Toyota. Seksi sungguh design dia. Tapi yang ada kat luar tu memang khas untuk test-drive, so kalau nak belek-belek lebih lanjut, masuklah dalam ye tak?

Seriously, Corolla Altis ni memang cantik. Sekali imbas, nampak macam Corolla Altis yang terdahulu tapi kalau perhatikan betul-betul, banyak juga sentuhan terbaru pada keluaran yang terbaru ni. Aksesori dalaman dan juga luaran banyak menerima sentuhan mengikut peredaran zaman dan kehendak pembeli masa kini.


Dalam hati, kalaulah aku dapat keluar sebiji kereta ni memang seminggu la tidur dalam kereta baru. Haha. Dalam dia memang luas dan selesa. Itu baru perasaan bila masuk dalam kereta yang ada kat showroom, kalau dah jadi kereta sendiri, entah apa la ceritanya nanti. Silap-silap makan minum semua pun nak kat dalam kereta. Haha. Fuh, sukar digambarkan.



Memang puas la belek masa tu. Dekat setengah jam juga lah. Habis luar dalam atas bawah kereta semua kami tinjau. Kereta ni memang sangat kemas. Tali pinggang keselamatan di bahagian belakang tu pun disusun dengan rapi dan memang nampak sangat kemas. Rekaan dalaman dia banyak yang curve, so memang nampak sangat cantik. Glovebox pun ada dua (satu buka atas dan satu buka ke bawah), boleh sumbat macam-macam barang dalam tu nanti.

Mengikut kata jurujual Toyota yang ditemui, Corolla Altis ini mempunyai empat warna pilihan iaitu White Pearl Crystal Shine, Medium Silver Metallic, Black Mica dan Silver Metallic. Perkara utama yang ingin diketengahkah Toyota pada kereta ini adalah rekaan dalaman dengan warna yang gelap berbanding Corolla Altis sebelum ini serta sistem navigasi DVD terbina (atas permintaan sahaja).

Lepas ni mereka yang dah berkeluarga pun boleh la consider kereta ni kan sebab dalam dia bukan setakat luas, tetapi berwarna gelap so kalau ada anak kecil tu, tak perlu risau la kalau dia makan coklat bersepah ke atau tumpahkan air atas seat. Hehe.


Untuk yang selalu sesat tapi taknak pakai GPS tu pun tak payah nak risau lagi. Lepas ni dijamin takkan sesat lagi kerana Sistem Navigasi sudah dipasangkan pada kereta ni. Apapun ianya hanya di atas permintaan untuk penambahan aksesori pada kereta anda sahaja. Dari skrin Sistem Navigasi tu bukan boleh nengok GPS je, malah ianya dilengkapi reverse camera. Ini memang banyak memudahkan bila nak parking nanti.


Pada yang mengutamakan performance tu, Corolla Altis ni didatangkan dengan Gearbox Super CVT-i yang mempunyai 7 kelajuan, Paddle Shifters, dan enjin Dual VVT-i. Ini kalau drive jauh-jauh balik kampung pun muka ada senyum aje ni atas highway. Mana tak senyum, enjin dah la power lepas tu minyak pun jimat kerana teknologi transmission mereka.



Lepas dah puas tengok sana-sini kereta dalam showroom tu, mana puas hati kalau tak test-drive sekali kan. Baru boleh tahu kereta tu sesuai dengan kita ke tidak. Start enjin je, terus nengok meter dia. Pergh! Boleh naik sampai 240KM tu. Nasib test-drive kat kawasan yang yang sibuk macam Pandan Indah tu. Kalau tak? Hehe. Apapun perasan masa test-drive tu memang sangat heaven orang kata. Kereta baru tu satu hal, then dia punya keserasian tu memang cepat masuk walaupun cuba drive untuk kali pertama. Memang sangat selesa lah senang cakap. Rasa macam nak drive terus je bawak balik kampung tunjuk kat mak. Nasib je tak buat. Haha.



Harga termasuk insuran adalah RM105,990 (1.6E), RM112,990 (1.8E), RM122,990 (1.8G) dan RM131,990(2.0V).

Nak tahu lebih lanjut pasal Toyota Corolla Altis ni, korang pergi ke website mereka atau pergi ajelah ke mana-mana showroom Toyota berhampiran untuk lihat dan sentuh sendiri. Kalau ada masa, kasi test-drive satu kali. Best woo! Serius tak tipu. Memang jatuh cinta. Jangan terkejut kalau tiba-tiba ada artikel bertajuk “Akhirnya Toyota Corolla Altis Milik Saya” kat blog ni nanti ye? Hehe. Manalah tahu kalau murah rezeki, boleh drive jauh-jauh pergi Thailand untuk honeymoon sekali kan? Amin kan aje. Hehe.

Pssttt: Maaf kalau gambar tak berapa ok sebab ambil guna iPhone aje pun. Dah terlanjur pergi showroom nak nengok Corolla Altis ni, terus la snap gambar sikit untuk perkongsian.

Ditulis pada 10:37 AM 30 November '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 4,122 views | Dalam kategori: Advertorial | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

35 Comments »

Comment by Omar
2011-11-30 10:56:51

Beli la Khai…
Kalau tak beli untuk personal, beli untuk company lah..Haha, senang krew nak gerak gi event naik keta camni~

..
Comment by Khai
2011-11-30 11:00:12

Haha.. Krew nak gerak pergi event, naik Viva ya udah.. Asalkan selamat sampai. Hehehe..

..
 
 
Comment by ejam
2011-11-30 11:09:55

harga mmg mengancam.
tapi mungkin berbaloi utk jangka masa pjg.

..
 
Comment by shah
2011-11-30 11:20:26

cuba tgok civic lak….civic pnye reka bentuk lbh sporty tp altis ni lbh pd veteran kot… anyway masing2 punye cita rasa berlainan kan2….

..
 
Comment by Ethan
2011-11-30 11:23:05

Proud Ownr.. Get one and feel the differnts… only 50-60 ringgit pegi-balik From K.L to Muar, Johor(My kampung)
Like khai kata.. Memang Senyum je mase balik kampung πŸ™‚ πŸ˜†

..
 
Comment by Fazreen
2011-11-30 11:23:11

krew dah biasa naik motor. tak da hal lah.

..
 
Comment by Miizan
2011-11-30 11:37:34

Woww mmg terbaik enjin die dri Camry…. My bro keje toyta pun suggest dis car…. Btw forte cmne khai???

..
 
Comment by onetrg
2011-11-30 11:50:39

finally dh updte…msti bru updte ni..ptg xd xde lg..hehe. πŸ˜‰

..
 
Comment by wan
2011-11-30 12:03:20

ko msti dpt pyer kete ni….amin…

..
 
Comment by larina
2011-11-30 12:15:14

try tgk Honda Civic plak lps nie…klu da tgk rasanya cnfirm trpikat..seriously, best gle..tekan pedal minyak pun xperasan speed dy..lg2 yg 2.0 nye..syokkk ooo..tp rege dy mmg buleh thn r..nie sbb pengalaman sndri..hehehe

..
 
Comment by Aman
2011-11-30 12:38:20

beli jangan tak beli, last week drive vios makcik pergi klia, kalau stakat nak drive 140-160km/j, sekejap je naik.. toyota punya engine performance mmg tak boleh dinafikan lah…

..
 
Comment by LawrenceVision
2011-11-30 13:27:31

Wow kalau dapat pakai ni mmg bestla :mrgreen:

..
 
Comment by izhar
2011-11-30 14:11:55

mmg best..tapi bila la nk boleh hahaha….pape pun berhati-hati semasa dipantai…tengok ni http://terubukbakar.blogspot.com/2011/11/kerana-terlalu-ghairahartis-ini-disepit.html

..
 
Comment by fuzz
2011-11-30 14:31:11

dh tgk honda civic fd? mmg byk beza.. altis xboleh tanding civic… altis masih guna kn meter spedometer biasa.. civic guna digital… dashboard n dalaman civic lg lawa dr altis yg kelihatan sesuai utk golongan veteran… setakat ni honda yg pegang bg kategori enjin N.A yg paling kuat n jimat minyak.. altis suspension blakang die guna torsion beam yg xsedap utk layan selekoh.. civic guna Independent Double Wishbone yg sedap meratah selekoh.. altis guna gearbox CVT.. gearbox CVT ni terlalu manja, xboleh selalu nk merempit.. hehe.. seperti skuter.. dan setiap 100k mileage, belting dlm gearbox tu kena tukar.. dan upah semua tu dlm 2k-3k… harap pihak oh!media buat review honda civic lak lpas ni.. baru adil..

..
 
Comment by Kucing Nakal
2011-11-30 17:19:22

sy nk Honda Legend 2009… hehehe πŸ˜†

..
 
Comment by sukacuka
2011-11-30 21:03:35

Sebenarnya saya tak tahu nak beri komen apa pada entiri Khai kali ini.

Apapun, saya doakan apa yang Khai hajatkan, tercapai hendaknya. Amin.

Terima kasih.

..
 
Comment by megat
2011-12-01 03:43:27

nampak gaya sudah ada peningkatan taraf hidup la khai sekarang. syukur alhamdulillah.

bab memilih kereta ni perlu ada kriteria yang dikehendaki juga. lain orang lain citarasa dan kriterianya.

kalau khai harapkan performance yang comfort dan tahan lama, toyota adalah yang terbaik. ibarat memilih produk iOS atau android dan juga memilih BMW atau Mercedes.

perbandingan, toyota macam mercedes dan honda macam BMW. mercedes tahan lama dan selesa, bmw sporty dan manja.

hehe, hanya pandangan peribadi πŸ˜‰

..
 
Comment by Mohd Isa
2011-12-01 12:55:31

haish…baru nak congak2 nak beli vios je…ko dah promo altis ni plak…kena congak baliklah jawabnya…haha πŸ™„

..
 
Comment by Pacifista
2011-12-01 14:38:20

perghh…dashboard dia smart la πŸ˜€

..
 
Comment by Oh! budu
2011-12-01 23:49:27

kejap lagi, dapatlah tu sebijik.. hehe.. boleh tumpang.. πŸ˜€

..
 
Comment by hafizmd
2011-12-02 04:32:42

Altis. Mmg smart berbanding yg lama tuh.

Jadi, aku ameenkan saje utk Khai ni πŸ˜€

..
 
Comment by Finalcross
2011-12-02 09:45:23

Fuuuhhhhh….mmg bertuah kalo dpt memiliki Toyota Corolla Altis ni. Ape pun tetap bersyukur dengan Proton Persona yang dimiliki kini. Walaupun tidak semewah mana, Alhamdulillah…tetap rezeki namanya. πŸ™‚

..
 
Comment by levelsatu
2011-12-02 20:24:03

hoho..angkatla satu..

..
 
Comment by im4string
2011-12-03 05:59:47

mantap,ada gaya..memang altis ni cutting cun abis..ape lagi bro,bleh sambar 1..angkat kaler putih nmpk class.

..
 
Comment by Khai
2011-12-04 11:46:14

Jgn beli altis.. Xbest.. Civic pon jgn beli… Keta apa pon xyah beli.. Simpan duit p haji lagi best.. Tumpang muda baik p siap2.. Nnt dah tua x larat..

..
 
Comment by shraqs
2011-12-05 08:03:11

Bila pegi showroom kat pandan indah tu? Aku pun br minggu lepas je pegi Pandan Indah ngan BB Ampang sana usha Altis ngan Mit ASX, berbelah bagi skrag ni…

..
 
Comment by Budak Nakal
2011-12-05 10:34:46

wow…mmg smart…

bilalah koz lh pakai kereta cmni ye^ ^

Jom komen hasil seni yang koz buat^ ^
http://kozumiro.blogspot.com/2011/12/hasil-seni-budak-nakal-menggunakan.html

..
 
Comment by faizalrsd
2012-01-04 06:50:30

“comment by fuzz
2011-11-30 14:31:11
dh tgk honda civic fd? mmg byk beza.. altis xboleh tanding civic… altis masih guna kn meter spedometer biasa.. civic guna digital… dashboard n dalaman civic lg lawa dr altis yg kelihatan sesuai utk golongan veteran… ”

selera orang tak sama.sebab tu kereta ada banyak variasi model,untuk kumpulan sasaran yang berbeza.ada pesen orang muda,otai,masuk hutan,resing,memacam la.Civic FD pun banyak jenis,NA paling power FD2 Type R harga dekat 200k.

..
 
Comment by kartikel.com
2012-01-12 13:41:31

ok juga kualiti gambar iphone4..

..
 
Comment by zulancer
2012-01-28 01:14:17

naik honda ag best.owh honda ex5ku.

..
 
Comment by Atikah
2012-02-02 15:05:26

memang menawan hati,Corolla Altis!.. πŸ˜€

..
 
Comment by Syam
2012-03-11 03:59:00

toyota mmg antara pengeluar kereta terbaik lah!!
πŸ˜†

..
 
Comment by donnyien
2012-04-10 02:38:47

tajuk yang tuan tulis memang gempak :aie:

..
 
Comment by xie
2012-06-13 07:41:28

xder org pandang PREVE ke??? adakah xsetanding atau sgt jauh ketinggalan???

..
 
Comment by riso
2013-04-18 02:44:27

minyak jimat terbaik…balik klntan rm50 lepas gak….seriusss..

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post