Mengantuk Layan Man of Steel

427 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

20130622-202443.jpg

Dua hari lepas keluar makan berbuka puasa dengan isteri dan kawan baik. Puasa sunat geng! Hehe. Lepas makan tu member tanya lepas ni nak pergi mana. Terus kepala TAPP!! Teringat belum tengok lagi filem Man of Steel. Filem yang Superman dah reti pakai seluar dalam kat dalam tu. Haha! Then on the spot beli tiket guna app GSC. Imax Times Square – Man of Steel (3D).

Then bawa kereta macam orang gila dari Kajang ke Times Square nak kejar wayang pukul 9:20 malam punya pasal. Habis lampu merah dilanggar, Lamborghini dicucuk (ok ini gebang lebih. Haha). http://www.ohtidak.com/oh-mampu-beli-ferrari/

Sampai tepat jam 9:20 malam. Macam lipas kudung naik tingkat 10 takut terlepas scene awal sampai tak sempat beli popcorn. Ingat dah lambat dah, sekali dia punya iklan je mahunya dekat 15 minit. Hampeh! Haha. Lupa plak cerita yang popular ni memang standard banyak iklan.

Then cerita pun start. Ada yang kata cerita ni best dan ada yang kata tak. Jadi kesimpulan dia tu yang kena tengok sendiri. Sebagai seorang yang bukan peminat komic DC ni, tak sesekali pun beri sebarang harapan. Fikir nak tengok dan enjoy je. Before layan filem Batman tu pun boleh je follow walau tak pernah minat Batman. Hehe.

20130622-202233.jpg

20130622-202141.jpg

Taknak story pasal filem tu tapi just nak kasitahu cerita dia panjang gila tapi padat dengan aksi. Personally rasa aksi dalam filem ni melebih-lebih sampai rasa bosan sebab rasa macam banyak pengulangan. Sampai satu tahap terlepap-lelap jugalah mata ni. Hahaha.

Paling tak tahan, Superman berlawan dengan General Zod sampai berkecai satu bandar Metropolis tu. Habis runtuh segala macam bangunan. Tak tahu la berapa ramai yang mati. Pergi la berlawan atas angin ke, kat ladang gandum ke atau kat mana ajelah. Ini gaduh kat tengah bandar. Dah gaduh teruk-teruk, last-last ending dia Superman patahkan leher si Zod tu je. Hadoiii!!

Ada review lengkap pasal filem ni di Oh! Artis dari penulis jemputan kita. Nanti baca kat sana lah eh. Saja je nak story skit sebab dah lama tak updare Justkhai ni. Hehe.

Jadi overall pasal filem Man of Steel ni, siapa yang rasa nak tidur dalam aircond sejuk-sejuk, pergilah tengok. Tak tahu la sebab takde popcorn buat Khai tertidur tak pun sebab badan penat sangat seharian berpuasa. Entahlah

20130622-202534.jpg

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 11:33 am 22 June '13 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 427 views
Dalam kategori: Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , , ,


RSS feed | Trackback URI

5 Comments »

Comment by azrijohan
2013-06-22 23:46:58

batman better lagi, hehehe

..
Comment by Khai
2013-06-23 11:39:47

Yup. Batman dari awal sampai habis rasa excited.

..
 
 
Comment by Rizuan
2013-06-22 23:55:03

Ada perubahan pada Superman.

1. Tak pakai dah seluar dalam kat luar. Reti pun pakai seluar dalam kt dalam.. haha

2. Tak ada dah rambut berjuntai berbentuk S..

..
Comment by Khai
2013-06-23 11:39:34

Hahaha so true!

..
 
 
Comment by Aya
2013-06-25 13:35:16

Mengantuk ye? xpayah tengok lah, tunggu keluar kat Astro Best je..hehehe

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?