Aku Jual Oh! Media – Part 1
Ini sebuah cerita yang Khai nak kongsikan di sini kerana layaknya blog Justkhai ni menjadi lokasi yang paling sesuai untuk segalanya diceritakan. Justkhai ni dari berbelas tahun yang lalu lagi dah menjadi saksi bagaimana segalanya bermula. Kisah hidup Khai setakat hari ini boleh dikatakan berjalan lancar tanpa perlu dirancang jauh. Pernah gagal namun sentiasa bangkit semula tanpa berparut pun.
— Bagaimana Oh! Media bermula?
Dari zaman sekolah lagi, Khai bermula dengan forum sendiri. Masa tu zaman PHP-Nuke. Zaman tu mana ada media sosial macam Facebook, Twitter, Instagram dan segala yang lain ni. Zaman tu forumlah yang paling best dan popular sekali. Masa tu la wujudnya sebuah forum yang dikenali sebagai SCUKZ — dengan domain www.scukz.com (kini dah tiada).
Forum ni mungkin korang tahu kot yang kat dalamnya ada pelbagai kategori sendiri. Jadi semua posting yang dibuat tu perlu ikut kategori yang dah disediakan. Meriahnya masa tu. Betapa seronoknya bila yang join forum naik beribu-ribu orang setiap hari. Memang ramai kawan online yang dibuat dari sini. Masa zaman tu selain Scukz, ada banyak lagi forum popular macam Jiwang.Org, Syokz.Org, Fungkur.Org, dan banyak sangat lagi. Scukz dikategorikan sebagai “phenemenon” kerana naik dengan terlalu cepat.
Sedang hangat zaman forum, muncul pula zaman kebangkitan BLOGGING pula ketika itu. Semua orang berlumba-lumba mahu buat blog sendiri dan gelarkan diri mereka sebagai Blogger. Masa tu jugalah Khai wujudkan blog Justkhai ni. Sebelum buat Justkhai ni, Khai dah ada blog peribadi (dekat blogdrive kalau tak silap) jadi masa buat Justkhai ni just transfer sahaja semua penulisan ke WordPress.
Apa yang menyeronokkan bila Justkhai ni wujud jer, terus memang ramai yang menyokong kerana masa tu Khai dah ada fan-base yang datang dari forum SCUKZ tu. Forum SCUKZ ni wujud masa Khai di Tingkatan 4 (tahun 2004). Zaman tu struggle nak buat sesuatu dengan internet kerana masih guna dial-up lagi. Belum kita kena hack, hijack, database corrupt, dan banyak lagi masalah mendatang. Sebab tu SCUKZ ni secara peribadi ada sentimental value yang begitu tinggi.
— Dari Forum Kemudian Dipecahkan Kepada Beberapa Jenis Blog
Dari pelbagai kategori yang ada dalam forum tu, Khai pecahkan setiap kategori kepada beberapa blog. Zaman tu orang sibuk dengan blog peribadi tapi Khai dah nampak yang sepatutnya blog tidak harus menjurus kepada jenis peribadi sahaja tapi boleh jadi lebih dari itu.
Berdasarkan kategori yang ada dalam Scukz ketika itu, maka wujudlah beberapa blog lain atas nama Oh! Tidak, Oh! Artis, Oh! Islam, Oh! Jika, Oh! Geekz, Oh! Tiny, Tanpa Warna, dan banyak lagi (tak ingat semua). Tapi mungkin ada nama-nama blog ni yang korang familiar kan? Hehe. Masa ni Oh! Media masih belum wujud lagi cuma blog-blog dengan nama “OH!” ni sahaja dulu.
Ketika itu, Khai masih seorang pelajar di Limkokwing University. Bila graduate jer sempat la kerja sekejap kat tempat belajar tu (dari intern diserap kerja) untuk beberapa tempoh masa sebelum Khai berhenti dan berikan tumpuan sepenuhnya pada blog-blog yang ada ni. Semuanya digerakkan seorang diri. Lone Ranger baq hang! Gigih betul hari-hari update semua blog yang ada. Haha!
Semua blog tu Alhamdulillah memang menjadi. Perlahan-lahan ada penulis lain yang datang untuk menyumbang penulisan mereka. Mostly memang tak bebayar tapi kerana mereka ni bersedia untuk menyumbang kreativiti masing-masing. Apa yang pasti, banyak server bertukar-ganti hanya sebab nak pastikan blog dan forum tu sentiasa dapat diakses dengan mudah.
Pernah satu tahap kena pakai dedicated server sebab syarikat hosting dah tak bolah nak letak forum dan semua blog ni dalam shared server lagi. Bising la diorang ni sebab blog yang trafik tinggi, habis orang lain punya blog pun jadi slow. Nak taknak beralih ke dedicated server biar semua blog dan forum kita jer kat dalam tu. Ibarat tadi kau sewa bilik dan kongsi rumah sama-sama tapi sekarang kau sewa satu rumah terus dan duduk seorang.
Kos untuk Dedicated Server pada masa tu memang sangat tinggi. Untuk forum dan semua blog ni perlukan server yang berharga RM3,000 per bulan. Apa yang paling best, Khai kena gunakan 2 dedicated server yang membawa kepada perbelanjaan bulanan bagi blog-blog ni sahaja dah jadi RM6,000. Pada ketika itu, memang terbeban hidup mana lah aku ada duit banyak tu tiap-tiap bulan.
Oleh kerana nak menampung kos server yang mahal gila zaman tu, kena fikirkan something untuk menampung kos untuk blog-blog tu terus hidup. Ini semua cabaran yang buat kita tak duduk senang dalam zon selesa. Nak tutup tak boleh sebab kena jaga hati followers yang tentulah sangat sayang dengan SCUKZ pada masa tu sebab banyak penulisan yang mereka sumbang dalam forum dan juga blog-blog ni. Ramai yang menyumbang kewangan masa tu untuk nak pastikan semua blog dan forum berjalan lancar tapi tetap tak mencukupi lagi.
So how?
— Kewujudan Oh! Media
Oleh kerana untuk dapatkan support kewangan, semua blog dan juga forum Scukz tu terpaksalah menyediakan slot-slot pengiklanan banner walhal masa tu kita cuba untuk bebas sebarang iklan. Tapi nak buat camne kan? Hehe. Bila dah mula buat advertising, maka dengan itu… wujudlah…. OH! MEDIA sebagai sebuah syarikat pengiklanan di Malaysia.
Tahun 2010, Oh! Media didaftarkan di SSM sebagai sebuah syarikat enterprise sahaja. Ala yang kena bayar RM70 setiap tahun tu? Apa keperluan daftar masa tu? Sebab nak buat akaun bank lah. Bila kita buat suatu proses perniagaan dan jual beli (dalam kes ni iklan lah kan), maka kenalah ada akaun bank untuk syarikat tu sendiri agar duit tak mengalir ke dalam akaun peribadi sendiri.
Pada masa yang sama juga kita buka office pertama di Desa Pandan pada tahun 2011. Masa ni umur Khai baru 23 tahun.
Turun ke lokasi office pertama Gigih beli lampu ni kat Ikea Renovation bermula Datang melawat kawasan Kita cat hijau tema Oh! Media Test lampu Gigih cari karpet yang timbul2 ni Meja kerja khai masa tu Ruang meeting & santai Situ juga tempat men’deejay Masa ni juga wujud radio Oh! Media FM Aim Dot Dot join team bermula sebagai DJ radio Meja untuk staff Meeting Team awal Oh! Media. Mostly terdiri dari kawan-kawan sampai ke hari ini.
Selain dari pendapatan Adsense dan pengiklanan kecil-kecilan pada masa tu, masa tu juga Oh! Media keluarkan Tshirt yang pertama semuanya demi nak pastikan semua blog dan forum dapat terus hidup.
Penuh boot kereta sampai ke seat dalam First shipping sahaja penuh 2 trolley
Lepas tu, Khai terus bergerak tanpa sekalipun pandang ke belakang lagi…. Tak perlu masa yang lama, nama Oh! Media masa tu diterima dengan sangat baik sekali. Mostly semua followers terawal yang menyokong kaw-kaw semuanya datang daripada forum Scukz dan juga barisan blog-blog yang dah ada terutamanya Oh! Tidak dan Oh! Artis.
Office ke-2 Oh! Media di Soho Desa Pandan
Kewujudan Oh! Media FM yang diketuai oleh Sisi Azie (akak Khai) turut sama mencipta trend radio online pada ketika itu. Selalu juga On-Air dari konti luar dan biasanya memang ramai followers akan datang support non-stop. Oh! Media FM ni juga sedikit sebanyak membesarkan lagi “keluarga Oh! Media” bila memang ramai krew yang join tanpa pernah mengharap bayaran pun.
Sekarang ni, mana perginya radio dan semua blog-blog tu serta mana datangnya pula sebuah website ohmedia.my ni? Kita sambung dalam bahagian 2 nanti. Banyak benda yang Khai nak dikongsikan terutamanya yang berbalik kepada tajuk artikel ni. So, stay tuned!
Ni title clickbait ke apa ni? Aduh suspense betul
bukan clickbait. haha! nnt dalam part seterusnya ya.
Eh jual dah ke?
Teringat zaman2 berblog.. singgah sini menjenguk khabar blogger yg pernah popular satu masa dulu.. semoga terus maju ya khai~ ?
Ohhh forum scukz bro punya…zaman nie paling best sebenarnya..byk forum melayu, web torrent melayu..rindu plak nak layan torrentmalaya, fungkur.org, jiwang(.org .net), jiwangtorrent