Hai 2024 & Selamat Tinggal 2023

Salam.

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk bertemu dengan tahun 2024. Untuk tahun 2023 banyak juga kenangan manis yang dilalui. Bila baca artikel berbelas tahun lalu dalam blog ni, adakalanya Khai ketawa juga. Kalau lah kita boleh baca masa depan kan? Hehe.

Tahun 2024, umur Khai dah pun masuk ke usia 36 tahun penuh bergaya. Mak aih! Hahaha. Bayangkan jer la blog Justkhai ni wujud masa umur Khai 17 tahun lagi. Fuh, itu 19 tahun yang lalu. Mana yang masih baby masa blog ni wujud, sekarang mungkin dah masuk alam pekerjaan pun. Mana yang dulu rajin baca blog ni, mesti anak pun dah berderet-deret kot? Haha.

Camping

Tahun ni, Khai akan mula betul-betul aktif untuk ber’camping semula tapi bukan sekadar camping kosong melainkan untuk mengejar sesuatu. Kali ni bajet yang diperuntukkan untuk barang-barang camping ni Khai pun tak sangka boleh cecah 14k juga semuanya. Jadi Khai anggap pengeluaran tu sebagai ‘investment’ daripada bayar hotel mahal-mahal, apakata salurkan duit tu untuk beli segala keperluan camping sampai lengkap untuk bermain denga nature.

InsyaAllah tahun ni akan lebih aktif bercamping kalau boleh tiap minggu dan dalam masa yang sama, slow-slow capai impian untuk dapatkan tanah yang paling sesuai untuk bangunkan campsite sendiri nanti.

Kalau ada rezeki.

4×4 – Ford Raptor

Bagi melengkapkan projek camping ni, paling penting kita perlukan kenderaan yang sesuai. Jadi September 2023 Khai berjaya untuk beli sebuah kenderaan 4×4 yang akan digunakan untuk 2 tujuan utama iaitu bawa pergi camping ke lokasi yang mencabar sikit dan juga buat khidmat masyarakat. Sepanjang hidup jangan kata pernah ada 4×4 sendiri, naik pun tak pernah. Haha! Harapnya dah ada Raptor ni, jangan lupa beli tanah buat campsite cepat-cepat ye Khai!

Terjun Ke Dunia EV

Dah bertahun-tahun tunggu Tesla secara rasmi masuk ke Malaysia. Dari booking Tesla Model Y pada Julai 2023 terus tukar ke Tesla Model 3 (Highland) yang kemudiannya masuk ke market kita. Memang kalau beli Model Y tu lebih berbaloi sebab dia SUV, tapi memandangkan Model 3 yang masuk ke Malaysia adalah berteknologi lebih baru, Khai tukar booking dari Model Y kepada Model 3. Nak pulak Model 3 yang lebih cepat untuk dapat. Terus rasa no brainer kalau beli Model Y berbanding Model 3 buat masa sekarang.

So sekarang dapatlah terjun ke tahun 2024 dengan lebih bergaya bila banyak ilmu baru yang Khai belajar tentang EV ni. Kalau dulu teori je, sekarang dah boleh praktik sendiri dan berkongsi dengan orang lain tentang semua pengalaman yang Khai dapat. Tapi memang betul lah kata orang, once kita dah pakai EV memang susah kita nak kembali pakai kenderaan berenjin.

Tak kenal maka tak cinta. Jadi untuk Tesla ni gerenti boleh buat pemilik dia bahagia. Haha! Pasal Tesla ni korang boleh baca banyak review Khai kat Instagram @ohkhai ya.

Kembali Ke Dunia Permotoran

Sejak jual Kawasaki Z800 dan Yamaha NVX beberapa tahun lalu, terkadang tu ada rasa rindu juga nak kembali naik motor santai-santai macam dulu. Paddock pun ada lagi kat rumah tu. Jadi bulan Mac 2023, Khai ada beli Honda ADV160 dengan harapan senang la sikit setakat nak bawa dekat-dekat ke kedai dan masjid. Walaupun masih tetap jarang guna sampaikan minyak yang dapat free masa beli tu pun tak habis-habis lagi sampai sekarang, motif pembelian tu memang betul-betul tercapai dah la setakat hari ni.

Untuk tahun ni kalau ada rezeki, kita main superbike balik.

Kebebasan Masa & Kewangan

Topik ni selalu kena sentuh dalam Justkhai ni sejak bertahun dulu lagi bila Khai pernah letakkan target untuk dapatkan time & financial freedom ni. Jadi, semuanya masih sama Khai tetap jalankan Ohmedia seperti biasa cuma sekarang dah ramai staff, boleh la kot nak rehat sikit dan monitor dari jauh dari mana-mana jer bagi memberi peluang kepada idea-idea baru yang bernas dari anak-anak muda ni.

Rumah Lagi

Tahun 2024 ni insyaAllah akan dapat kunci kondo. Kondo yang ni Khai beli untuk buat Airbnb dan bukan untuk duduk sebab lokasi yang sangat dekat dengan salah sebuah Waterpark popular kat Malaysia. Ini salah satu bisnes impian juga la ni yang akan direalisasikan tahun ni ada unit Airbnb sendiri. Jangan developer slow buat kerja dah la yer sampai pending tahun lain pulak. Selain tu Khai tengah cari satu lagi rumah lain kali ni kat Johor pula. Kenapa Johor? Itu kita cerita bila masuk tahun 2025 nanti.

Tu jer la update yang dapat dicoretkan dalam penulisan blog kali ini. Cuma satu Khai nak cakap kalau ada adik-adik yang membaca ni boleh jadikan inspirasi bahawasanya semua yang kita impiankan ni pada suatu masa dulu, pada awalnya sekadar impian yang kita sendiri rasa mustahil nak dicapai.

Tapi ingatlah bahawa seiring waktu berjalan, InsyaAllah semuanya seakan jadi mudah jika kita terus fokus dan tahu tentang apa yang kita inginkan dalam hidup ni. Setiap orang hidup dalam timeline mereka sendiri jadi abaikan orang lain, fokus pada timeline hidup kita jer cukuplah.

Till then…

Ditulis pada 9:45 AM 27 January '24 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 3,779 views | Dalam kategori: Hidup Khai | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post