Bagaimana ingin menaip dengan pantas
4,519 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini
Oh! Artis bersama Sound Machine sedang menganjurkan satu contest di Oh! Artis. Menangi 2 tiket ke konsert gig Indie di KL secara percuma. Ayuh cepat! Anda hanya perlu memberi sebab kenapa anda ingin pergi dan 2 tiket percuma pasti menjadi milik anda!!

Justkhai bukan sebuah blog yang tertumpu ceritanya mengenai komputer sahaja dan jika korang pembaca setia di sini, korang mesti tahu yang Justkhai adalah sebuah ‘MIX BLOG’ iaitu bercerita mengenai pelbagai aspek tidak kiralah ilmuan, promosi, website, blogging, duniawi, akhirat, hiburan dan pelbagai lagi. Pendek kata, macam-macam ada lah. Bukanlah maksud Khai untuk menjadi mamat poyo atau kerek, tapi jika Justkhai ni bukan Khai punya sekalipun, pastinya Khai jadikan blog ni sebagai Favourite. Tahukah korang yang Khai menghabiskan 1/4 dari hidupnya untuk membaca blog ini? Bila Khai baca, Khai tak rasa pun yang artikel tu Khai yang tulis. So Khai boleh revise balik pelbagai perkara yang hampir Khai lupakan.
Orait, merujuk tajuk entri ni, ramai dan tersangat ramai bertanya Khai bagaimana untuk menaip laju? Yup, semua orang ingin menaip laju dan itu adalah satu advantage jika korang ingin bekerja di syarikat yang menggunakan komputer 100% untuk bisnes mereka. Apabila korang diterima bekerja di mana-mana syarikat sebegini, percayalah bahawa korang mempunyai eset saham sebanyak 100% dari kepercayaan bos. Akan tetapi, betapa sedihnya bila bos korang usya korang menaip dengan tersangat lembap dan percayalah juga saham korang pada hari tersebut akan jatuh merudum hingga tinggal 20%. Ini adalah perumpamaan sahaja yer. Mungkin juga tinggal 0% kalau tahap korang menaip dah macam kura-kura ingin belajar menaip.
Menaip menggunakan satu atau dua jari, suatu perkara yang memalukan jika korang menggelarkan diri korang sebagai seorang yang celik IT. Kononnya! So entri ni Khai nak mengajar diri Khai sendiri dan juga korang bagaimana ingin menaip dengan pantas dan kurang membuat kesalahan. Tahukah korang yang setiap entri di Justkhai tidak pernah Khai cek ejaannya selepas habis menulis. Publish dan terus publish. Dan jika korang terjumpa salah ejaan di mana-mana entri, normal lah tu kerana Khai sedang belajar menaip laju dan kurang membuat kesilapan. Begini caranya…
Mana-mana kelas komputer yang korang pergi pun, cara ini yang akan mereka ajar. Tuhan mengurniakan kita 10 jari di tangan dan pastinya kesemuanya ada motif yang tertentu diluar jangkaan kita mungkin.

First, sila renung keyboard korang betul-betul. Tumpukan perhatian pada huruf “F” dan “J”. Perasan atau tidak yang dua huruf itu terdapat satu tanda kecil yang timbul. Kalau ada, tolong jangan ingat tanda tu untuk kegunaan orang buta. Orang buta tak guna keyboard macam kita ye? So letakkan jari telunjuk kanan pada huruf “J” dan telunjuk kiri pada huruf “F”. Dan jari-jari lain susun sahaja mengikut huruf di sebelah.
Masa korang baca kat bawah ni, sila buat praktik’kan sekali jari-jari tu.
Ibu Jari
Satu ibu jari kanan atau kiri (ikut mana selesa) digunakan untuk menekan butang SPACE. Satu lagi ibu jari digunakan untuk control touchpad (jika korang menggunakan notebook).
Jari telunjuk
Jari telunjuk kiri digunakan untuk menekan butang F, G, R, V, B dan T.
Jari telunjuk kanan pula digunakan untuk menekan butang J, H, Y, U, N dan M.
Jari Hantu (tengah)
Jari hantu kiri digunakan untuk menekan butang D, C dan E
Jari hantu kanan pula digunakan untuk menekan butang K, I dan koma (,)
Jari Manis
Jari manis kiri digunakan untuk menekan butang S, W dan X
Jari manis kanan pula digunakan untuk menekan butang L, O dan Noktah (.)
Jari Kelinking (anak jari)
Jari kelinking kiri digunakan untuk menekan butang A, Q, Z, Shift, Caps Lock dan Tab
Jari kelinking kanan pula digunakan untuk menekan butang (titik bertindih ;), P, slash (/) dan Enter

Selesai. Itu sahaja asas yang perlu kita tahu dan bila jadi korang dah berada di tempat yang betul, jari tu sendiri akan bertindakbalas dengan mana-mana butang lain yang ingin korang tekan termasuklah nombor-bombor yang berderet kat atas tu. Untuk lebih membantu korang practice menaip dengan 10 jari ni, google je la software type ye.
So sekarang, korang dah tahu kenapa keyboard tu betul-betul seni cara susunan dia. Maksud Khai, tidak disusun selari antara setiap huruf atas dan bawah. Z, X, C dan V pula adalah huruf paling sukar dicapai kerana itu huruf yang sangat jarang kita gunakan. Wonder, siapa yang otai sangat cipta Keyboard QWERTY ni yer? Bill Gate juga kah? Tidak, kerana Typewriter dah lama wujud dari Windows. Hurm… korang tahu siapa?
Update 21 March 2009
Korang boleh menguji kepantasan menaip di Fast Finger. [klik sini]
Itu untuk ujian dalam bahasa melayu. Untuk english pula, [klik sini]
Boleh print kalau nak
Artikel Berkaitan
» Sharpen Ur Typing Skill!!» Dealova My Memoria
» Seeking for MP3 or other files?
» Bagaimana cara ingin membeli Mousepad paling seksi?
» Kerana itu aku..
» Help
» 5 Software Ada Boleh, Tiada Pun Boleh
» Ada Apa Dengan Drama Melayu?
» (Respon Pembaca) Bagaimana JustKhai dikenali?
» Perlukah Berbadan Sasa Untuk Perempuan?




Subscibe Blog Nih
Subscribe Via Email
Favourite this blog









































bgus2 tips nie..tp cm agak ssh sb xbese kn..
betul2.. entri ni just nak kasitahu cara yang sebenar-benarnya jer.. tapi kalau korang dah biasa dengan gaya tersendiri dah ianya still laju (tak pandang keyboard), why not kan?
awat tak selit skit pasal mario teaches typing (kalau tak silap aku la..) game nih dah lama..khai penah main tak?..masa zaman darjah 1 2 3..aku pon dah tak ingt..tp aku bljar dari situ la..bila dah besar..baru aku yg benda tu ada improvement secara tidak sedar….
bukan masuk bakul angkat sendirik ni. tapi agak pantas gak ah orang cakap aku menaip. termasuk menaip sms kalau aku guna hp yg keypaid best ah. macam ngage o 3310. huhu.
tapi aku tekan A guna jari manis seh. hehe. and jari kanan aku just jari hantu and ibu jari je yg guna taip. yang kiri lak keseluruhannya.
lain kan? hehe.
yang pastinya, aku tak taip dgn dua jari jerk. keh keh keh
kalau Ngage, taip sebelah tangan ye tak? pernah pakai dulu time gila2 ngan game henphone.. bila dah rasa diri ni tua sikit, wajib dah ntuk tukar handphone lain.. hahaa
1st komen..!!!
smart jgak tngan aku ni..sume ley capai..haha..
slalu pakai 8 jari jerk..sumer pkai kecuali ibu jari tgn kiri, kelingking kanan…n semua jari kaki..LOL…
lahai..site xabis load lagi..3rd komen upernyer..huhu
hahaha… aku tergelak bsar nengok komen ko ni Tomo.. bukan sebab ayat ke ape, nengok gravatar hijau tu macam kena ngan situasi.. hehehhee
tu la psl..LOL..muke berslah..slah kah aku???
tu bukan muka bersalah dah.. mula malu.. pemalu orangnya.
haahha … mcm pelik jep! hahah! .. entah .. aq wat mcm tekebil kebil plak haha! .. xpew lah .. ikut style sndiri je lah hahah!
aku adalah salah sorang antara berjuta yg menaip dgn sangat lembab lg2 kalau guna keyboard yg betringkat. kui3.. kalau guna laptop cpt la sket sbb jari tu main tolak2 je tekan keyboard. hehehe..
kalau nak guna teknik yg kau bg kat atas tu, maybe 6 bulan baru aku boleh pro. e2pun tak tentu lg. huhu.. sbb bkn apa, huruf2 kat keyboard ni pun aku tak fasih lg.. inikan pula nk tutup huruf2 tu..
yg aku tau jari hantu belah kiri aku mesti dok atas huruf A sbb itulah kebiasaan aku. hahaha
dulu bro, masa proses aku nak hafal huruf kat keyboard ni, aku cabut satu satu huruf, then aku pasang balik.. dah macam main susun dan menang.. haha..
tapi kat keyboard yang PC tu la.. jangan keyboard laptop plak.. sakit jiwa ko nak cabut dan pasang balik.. leceh ya rabbi.. hehehee
hurm..info yg menarik…
tapi malangnya aku dikategorikan sama mcm azizwan…
nak taip laju tak dapek la…sian aku…
aku still guna satu jari iaitu jari telunjuk kanan n kiri…
malang susah nak mahir tol…
u know what bro.. mulakan guna banyak jari mulai hari ni. Kalau hari ini, esok dan seterusnya ko teruskan dengan 2 jari tu, ada kemungkinan sampai bila2 pun akan macam tu (sbb dah terlampau selesa kan)..
Macam budak naik basikal.. kalau tak cuba naik motor, sampai ke tua la dia bawak beskal je.. hehe
jika mahu belajar menaip dengan jari kaki, sila datang ke blog aku. kahkah…
aku satu jari je, jari lain aku simpan untuk bini aku.
untuk aper jari yg len tu??mnaip gner bini???
konpiuuus..
“menaip” atas badan bini la bro.. buat2 tak paham plak.. huhu
aku menaip guna sblah tgn je.. kalo guna dua2 blah tgn aku jd hilang kawalan..
hehe… teknik asdf dan jkl; memang aku dah guna dari awal aku pegang komputer.. tapi skang nie lebih ‘ikut keselesaan’..
tapi still laju ape..
tak yah nak susah2 pandang keyboard.. hehe…
kalau keyboard PC aku memang otai.. tapi laptop masih kurang sket..
aku sendiri tak tau sape yang cipta susunan tu, apekata ko tanya pakcik google dan buat entry.. hehe.. (ayat orang malas)
Chis!! hehe.. saje je nak korang cari dan kasi komen kat sini.. last2 yg kasi komen pun malas gak nak cair.. terpaksa gak aku yg kasitahu… hehehe…
Usya je di sini..
http://en.wikipedia.org/wiki/Christopher_Sholes
macam nih rupanya
hahaha
aku pun tak tahu
hahaha
khai, ko guna cara nih ker?
iye la.. dah ini ajaran yang betulnya, so kita kena la pakai ajaran yg betul..
hrumm…usefull tips..even agak susah cikit tuk di praktikkn..cz selaman nie hntm jer gune jari mn2..asalkn cpt
Alamak, susah nak praktikkan.
Huhuhu!!!
Bagi aku, biar lmbat asl selamat. Hoho…(cakap ajela..type slow).
terima kasih abg khai.
heheh
aku igt aku taip gne 8 jari da cukup bagos..hehe
aha. aku antara org2 yg istimewa boleh menulis dgn lajunya. hehe. perasan ;p
lepas baca entri khai ni, trus syima download software type tu. huhu. tp lembab cam siput bila nk type2 guna 10 jari ni. ades
pelan2 kayuh
huhu khai, i xreti la nk menaip..u la tlg taip utk i k…u cyg i kn?
wah x-poshop tu awek khai rupenye…
erk..sejak bila u tukar jantina ni wahai en.x-po…
huhuhu… i nak join la..hahahaa
dulu-dulu waktu mula-mula belajar taip laju, aku memang berjaya dengan cemerlang. lepas beberapa seketika damn boleh plak da tak biasa.. sampai sekarang aku menaip dgn cara pelik..
tapi gua nak kongsi satu benda boleh belajar taip dengan berdisiplin dan laju.. time cikgu aku ajar dulu dia suh tengok muke surat pertama buku teks.. dlm 5 minit terus menuju ke alam permainan.. muhahaha memang syok sebab part pertama dlm sesi pembelajaran bermain games..
http://www.popcap.com/games/free/typershark
main games ni ikut yg khai tunjuk dekat atas.. dan biasakan lama-lama boleh la..
tapi jgn jadi mcm aku, baru belajar dah kantoi sampai sekarang mihaha.. janji boleh menaip sudah..
sangat berguna masa nak buat coding..hehe
kalau bleh menaip tanpa tgk keyboard tu dh kira
otai dh tu dlm dunia menaip ni.. jari anak aku jarang sangat guna samalah dengan ibu jari.. dua tu rasa tak pernah guna pun.. hehe
practice menaip tanpa bukak lampu dalam bilik.. hehe.. mesti berjaya…
aku, tangan kanan aku guna jari hantu..tangan kiri jari telunjuk..tapi kekadang tak tengok keyboard jugak..hehe
tak besh lah touch pad guna ibu jari..
wah khai… best entri ni.
aku sebelum ni aku tak pon perasan yang ade
dua titik kat huruf J dengan F
hahaha… memang selama ni aku tak pernah nak ambik tahu pon.
dah biase taip tak sistematik… bile aku cube teknik
yang nko ajo ni… jadi slow plak… memang tak dinafikan…
inilah sebetoinya cara untuk menaip… tapi kekok beb.
kalau bab ibu jari jer yang betoi. yang lain abis semua salah.
ahaha… aku menaip komen ni pon terkial-kial mengikut
cara yang nko ajo kat atas ni..
untuk nko… yang dah biase prektis macam ni… memang
ucapan tahniah… memang nampak macam pro beb.
keke.. aku tak tau bile aku bleh dapat skill menaip ala-ala
citer MATRIX @ SwordFish tuh..
normal la bro.. time baru2 nak mula, mmg slow lah. lama2, pro la macam hackers (hackers pun ada yg tak tahu cara taip yg betul sebenarnya.. percayalah.. haha)
duck dh taw pasl ni lame dh tp sush la nk pektis kn.Taip cara sndri lagi laju kot tp duck mmg pakai thumb for space bar n touch pad~
Oleh kerana info begini lah aku jd pembaca setia justkhai…
sesape yang masok OM die taula cam ne nak taip ngan cepat..
TQ..tapii..alaaa..
malas la nk blaja… haha
mcm mane ni khai..tolong..tolong…
huh
rupanya nk menaip nie ade teknik jgak
tp mcm si syafiq tu
mls la nk blaja
hehe
http://iqbalstudioz.com
hahaha… agak susah permulaan..
caiyok…
try taip gne cre ni. memg slow gler.
tp xpe, akn ku praktiskn slalu.
dulu masa aku mula kenal komputer ada satu game yang menarik untuk belajar type pantas. tapi aku rasa game tue tak takleh main lagi kut, sebab dulu pakai monochrome punye monitor dgn disckett yang 5′ besar gaban tue..
http://lixdo.net
erm. korang tau tak..ape perkataan yg paling pjg yg boleh korang taip mggunakan hanya sebaris barisan keyboard korang tu..hehehe.jawapannyer….T.Y.P.E.W.R.I.T.E.R ..menarik kan???try la usha lau tak caya….hehehe saje nk kongsi info…..anyway .aku lagi hebat .. leh taip siap leh taip pakai jari kaki jer..huhuhu tak kecoh ..pun..!!!
wow.. nice info.. baru perasan.. hehe.. maybe kebetulan atau mmg sengaja? kena tanya pencipta QWERT yg dah KO tu.. kene gali kubur dia balik.. hehee..
wah pakai kaki? abis la keyboard bau cagu.. hakhaks!!
huh,bagus tips ni..sangat berguna untuk bloggers.bleh la post banyak2 pasni.hehe
geli dan seram betul aku tengok tgn dekat keyboard tu…. hihih…. kalau nak bljr taip laju..cuba main game menaip…tp aku pun dah lupa nak game tu… korang tanya makcik google jelah ok….
Aku dari kecik2 lg dah biasa main game fighting, street fighter, kof dll…buat moves n combo power2 sampai lenguh jari…bila lama2 jari2 dah hafal location huruf2 kat keyboard tu…so bila menaip senang arr…men game fighting mmg melatih jari jemari korang…
So, sapa kata main game takde faedah?
aku..still taip satu jari….
sdehnye….
x biase ah nk gunesmue jari…kekok sgt2..
kang aku tulis kuar bnde lain kang…huuuuu
owh..baru ku tahu kini..
hehe..
camtuh erk nak menaip ng betull..
selama ini ku main hentam jer..
haha..
ada fungsi rupenye tanda timbul kt huruf f ngan j tu.. igt wat hiasan jek..
hahaha…aku still salah satu yang gila online ..smpai menaip x yah tgk keyboard…cuma skunk dh slalu gne laptop !!~ so agak terkebil2 gne keyboard kt pc ..huuuuuu…sbb laptop aku keyboard nye sgt kecik..
!!~ tp tips khai nie still cam best…hehhee..tgk ada masa ..akan ku praktikkan..huhu…
, asyik terangkat je…[gaya pompuan abesh kot]
jari telunjuk…aku x penah plaks guna utk menaip
ssh gak mula2 cuba..dah biasa bwat d,s, dan a sbgai key home untuk tgn kiri,yg kelinking dop senyap2 jer. LOL!!
satu lg ssb tapak tangan aku kecik…lalalala..haha
huhu,baik guna cara nie gak ke??atau ader cara khas untuk tgn kecik?haha..
sape tangan kecik, sila online guna Iphone.. hehehe
Prektis.. prektis.. prektis.. dan terus prektis.. Penting tu.. nanti lama2 akan biasa guna semua jari tu.. terutama sekali guna jari kelingking.. memang akan kekok pasa mulanya.. tapi lama2 ok la .. huahahah.. aku pun bukan guna sangat jari kelingking ni.. kelingking guna pun nak tekan shift je.. huahahaa..!!
aku telah join contest tersebut..harap maklum..hohoho.. jom semua join http://ohartis.com/promosi/contest-sound-machine-stage-2-tiket-untuk-dimenangi/
selalu chatting..lame2 laju la ..
hehe..
ye ke chating leh buat laju taip?
ye..ye…slalu chatting …bg tangan laju..hehehehhehe
helps a lot bro!!!
tanxs~
aku cuba mengaplikasi kan teknik menaip secara berbaring…
i guna iPhone,
ada onscreen keyboard. terpaksa guna jari telunjuk kanan dan kiri
i guna Blackberry Bold,
ada keyboard, tapi terpaksa guna satu jari kanak dan satu jari kiri je…
cam ne tu??
blackberry bold tu tak boleh nak guna ibu jari kanan dan kiri macam biasa ke wan? macam yg kat iphone? Hurm..
dari gambar macam boleh je tapi tak tahu la, sbb khai x pakai henphone tu. hehee..
apa kisah menaip dengan dua putung jari… janji dapat menaip laaa…
cuba ko usha http://mediafarklaya.com/
web tu musuh ko ke?
x kenal maka x cintakan…
x nape dia disturb ko ???
mesti ko kenal die ni.. kalau
explain k bro???
dulu mereka pernah bercouple tapi sekarang telah berpisah.
hekhek, gurau je.
masih ramai kat malaysia ni yang taip terhegeh-hegeh.kalau dah jumpa cam ni ade bagus jugak ni..pas ni boleh kau orang taip laju-laju speed bawah sikit pada F ONE
aku telah diajar benda ni sjak tahun 1996 darjah 3, skola cina besa la kan dorg xnk ank2 dorg ketiggalan setapak pun..
kelas compter lak jd slh satu mtaplajaran waktu kelas.. computer 1 sorg tu.. xde maen kongsi2 dok 3,4 org..
itu la kelebihan skola cina..
hak ala..pnat dah test..
cam susah je.adeh..
agak susah r..aku suka tangan dalam gmbr tu,,unique…hehe
seram pun ada gak..
salam,
siapa cakap orang buta tak guna keyboard macam orang celik? untuk pengetahuan anda, anda sedang membaca kiriman komen daripada seorang yang cacat penglihatan. saya tak nak cakap yang saya boleh taip dengan sangat pantas dan hasil kerja saya “error free”. tapi saya cuma nak maklumkan yang dah ramai orang buta yang boleh akses komputer sekarang ni dan kemahiran Touch Typing adalah sangat perlu bagi kami.
salam,
kalo kita dah tahu teknik die lagi laju menaip
ape2 pun kene byk at latihan la heheheh
mmg betol pon teknik yg dinyatekan kt atas ni… aku pon gune teknik ni gak kt poli…….mule2 memang susah. lame2 syok oooooooo…….hahaahhaaa