Archive for 'Acara'

Malaysiaku Gemilang

merdeka_by_blur_berry.jpg

Disaat orang lain dah lama menulis mengenai erti kemerdekaan di blog mereka, baru hari ini aku tergerak untuk menulis. Sebenarnya sahaja aku tunggu sehingga ke hari ini dikala saat aku sudah memasuki umur 19 tahun. Baru la aku pun merdeka sama! Hari ini genap umur aku 19 tahun 3 hari. Yay!!

Kalau ditanya kepada aku apa makna kemerdekaan, rasanya jawapan aku sama sahaja dengan orang lain. Contoh jawapan membosankan yang selalu kita dengar seperti kita bebas dari jajahan, kita boleh mengikut acuan kita sendiri dan macam-macam lagi. Tapi bagi aku, semua itu memang betul cuma aku teringin sangat nak lihat rakyat Malaysia kita ni bebas dari segala propaganda. Contohnya, kau sendiri pun tahu harga internet di Malaysia ni sangat mahal berbanding negara maju lain. Internet di negara kita dua kali ganda lebih lembap dari negara luar tetapi dua kali ganda lagi mahal dari negara luar? siapa nak jawab? Bukan itu sahaja, malahan terdapat pelbagai lagi perkara yang ternyata membuatkan kita hidup dalam penipuan. Aku juga ingin melihat Malaysia bebas daripada rokok. Bukan dengan menaikkan harga rokok yang ternyata tidak mendatangkan effect kepada si perokok malahan mungkin memberi kesan negatif dalam masyarakat kita sendiri. Harga rokok naik siapa yang kaya dan siapa yang sakit? kau sendiri pun tahu.

Selain itu juga, aku sangat berharap Malaysia akan bebas daripada kretiviti yang tiada nilai. Contohnya, lihat sendiri animasi dari tangan anak Malaysia. Sampai sekarang masih lagi dalam bentuk animasi 2D. Di negara Jepun, animasi 3D mereka dah cukup melambak sampai tak tahu mana satu nak layan. Tetapi di Malaysia, hanya RTM sahajalah yang sanggup menerima kartun kita sendiri. Syarikat Swasta seperti TV3 ingin nak siarkan? kirim salam aje la. Apa yang ada di TV3 hanya animasi-animasi Jepun yang telah dirosakkan dengan mengalih bahasa asli’nya ke dalam Bahasa Melayu. Kasihannya. Ye la, sampai bila pengertian merdeka itu masih di tampuk lama. Sampai bila kita nak berbangga yang negara kita dah merdeka 50 tahun sedangkan negara lain sudah lama merdeka dan terus mengejar sesuatu yang dinamakan “Creative Technology”. (more…)

Posted on 6 August '07 by , under Acara, Istimewa. 16 Comments.