Dunia Animasi di Malaysia, Upin & Ipin dan Les’ Copaque

dunia-animasi-di-malaysia-upin-dan-ipin-jadi-model.jpg

Pernah menonton animasi pendek bertajuk Misi Mustahak? Misi 3 orang tua yang mahu menonton televisyen terhalang oleh seorang wanita berbadan sasa penjaga rumah orang tua. Hah, kalau tak pernah nengok, kau masih lagi seorang yang berbumbung’kan tempurung. Untuk animasi pendek itu, sudah cukup membuatkan aku terbayang-bayang malaysia akan ada animasi yang hebat tidak lama lagi. Berikan pula animasi kita kepada dunia luar. Bukan hanya membayar animasi luar untuk dibawa masuk ke sini. Aku pilu melihat animasi kita seperti Usop Sontorian dan Keluangman. Aku sangat sukakan jalan cerita kedua-dua animasi itu tetapi apa yang membuatkan aku pilu adalah akan ‘kecantikkan’ animasi’nya. Jalan cerita yang baik perlu diikuti dengan animasi yang baik. Bukan lagi seperti animasi Doraemon yang sudah wujud sejak 30 tahun dahulu apakan lagi jika animasi kita lebih biasa dari Doraemon. Oh, itu satu disaster!

Aku pernah berbicara dengan seorang senior aku yang kini menjalani praktikal di sebuah studio animasi terkenal di Malaysia. Aku bertanyakan tentang dunia’nya di sana. Aku terkejut mendengar mereka membuat kartun untuk projek terbaru bagi animasi di TV1 menggunakan Adobe Flash. Adobe Flash? ah, patutlah kartun Malaysia tidak pernah berubah. Belajar di Universiti yang penuh dengan dunia kretiviti, membuatkan aku lebih celik mengenai animasi. Aku tidak lagi memandang animasi hanya sebuah cerita kanak-kanak tetapi lebih memandang di mana keunikkan sesuatu animasi yang ada. Menonton animasi dari luar terutama dari Jepun membuatkan kita berfikiran ianya sudah biasa. Akan tetapi, bagaimana jika kita dapat melihat animasi seperti mereka wujud di Malaysia?

upinipin.jpg
pemegang watak suara bagi animasi Upin & Ipin.

Aku terpaku melihat sebuah animasi dari Malaysia bertajuk Upin & Ipin yang berkisarkan tentang kehidupan dua beradik kembar melalui bulan puasa. Jalan cerita’nya sangat baik membuatkan aku ketawa tidak kering gusi. Upin dan Ipin terlalu comel bagi aku walau kepala mereka terlebih besar sedikit dari badan. Melihat animasinya pula, eh, betul ke ini animasi dari Malaysia? Ya, ianya betul. Lihat sahaja rekaan watak yang ada. Tersangatlah kemelayuan dan ini adalah sebuah animasi 3D. Akhirnya, slogan Malaysia Boleh akhirnya menjadi kenyataan. Bukan sekadar angan-angan kosong.

about_lescopaque_khai-blog.jpg

Les’ Copaque Production, sebuah produksi yang sama menghasilkan Misi Mustahak yang aku ceritakan di atas tadi telah muncul untuk merubah persepsi animasi di Malaysia. Les’ Copaque menjadi bumbung kepada anak-anak muda kita yang menjadi tiang kepada Les’ Copaque sendiri. Kebanyakkan dari mereka datang dari pelajar lulusanMMU dan lebih 90% dari mereka adalah anak Melayu. Tidak cukup membuatkan aku teruja dengan itu, lihat pula apa yang sudah mereka ada. Mereka telah menang banyak award. Lihat sahaja di sini. Projek terbaru mereka ialah animasi Geng:The Adventure Begins yang akan beraksi di kaca televisyen atau mungkin panggung wayang pada akhir tahun ini. Cuba lihat trailer mereka. Hopefully bukan di RTM atau Astro!! Ini adalah filem animasi CGI Malaysia yang pertama. So, tulis dalam diari atau note sedikit dalam handphone kalian!! Made in Malaysia by Malaysian you know!

7upin_ipin00.jpgBerbalik kepada animasi Upin & Ipin, ianya adalah kesinambungan bagi filem animasi Geng dek kerana Upin & Ipin juga turut beraksi dalam filem animasi tersebut. Sebuah lagi produk berkualiti dari Les’ Copaque. Sehingga artikel ini di tulis, animasi ini baru 4 episod keudara di TV9 setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 7:30 malam. Masih menunggu dua (2) episod lagi bagi menggenapkan enam (6) episod kesemuanya. Minum segelas air, pergi solat Maghrib dan makanlah di hadapan televisyen bersama Upin & Ipin. Aku terlalu banyak ‘miss’ dengan animasi ini tetapi terima kasih kepada Youtube. Pergi ke sana dan tonton’nya. Kau tahu, animasi ini membuatkan aku rasa yang Kak Rose si cantik manis itu betul-betul wujud. Oh, aku admire akan beliau. Kak Rose….. juga ingin saja ku tarik jambul Upin dan sekeh kepala botak licin si Ipin yang kuat sangat melantak ayam goreng!

Download – Right click & save link as

Kalau dah sedar diri awak tu guna Streamyx yang lembap, takyah la nengok sekat2 camtu buat sakit hati je. Ni aku ada sediakan link untuk terus Download. Sila Right Click & save Link As. Tambahkan extension .flv di belakang nama file dan perlukan any FLV Player untuk dimainkan. Dapatkanlah GOM Player!!

1.jpg
Download Upin & Ipin Episod 1 – Esok Puasa

2.jpg
Download Upin & Ipin Episod 2 – Dugaan

3.jpg
Download Upin & Ipin Episod 3 – Nikmat

4.jpg
Download Upin & Ipin Episod 4 – Terawih


Download Upin & Ipin Episod 5 – Esok Raya


Download Upin & Ipin Episod 6 – Hari Raya

Ini paling wajib kalian download. Aku rasa sampai nak menangis melihat kehebatan trailer ini.

5.jpg
Download Geng: The Adventure Begins Trailer

Panjangnya aku menulis. Dah pukul 8:45 pagi aku masih belum tidur lagi. Dah lebih 2 jam 45 minit waktu tidur aku.. Huwaaa…

* Dua lagi episod telah di tambah pada 16 Oktober 2007.

Ditulis pada 8:40 AM 28 September '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 781 views | Dalam kategori: Lain-lain | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

49 Comments »

Comment by pat
2007-09-28 09:19:52

ceh aku ingatkan kul 7.30 pagi..upenye 7.30 mlm… poyo…penat aku tggu huhuhuhuhuhuhuhuhu…..

..
Comment by Khai
2007-09-30 00:39:51

HEHE… sape suh x tanyee.. πŸ˜›

..
Comment by illa
2009-04-24 20:33:26

x tanye ape? names wot?
:[

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by pat
2007-09-28 09:44:33

ahahahahaha best nyer upin n ipin…saaangaaat best… (betoi betoi betoi)…

..
 
Comment by pat
2007-09-28 10:02:15

waaaaaaaaaa amazing 3d btol kartun ni..smart gler(bak kate encik khai huhuhu) sgt hebat yeeeeee…..

..
 
Comment by xtreme_paranoid
2007-09-28 12:13:51

huhuhu..besh ah khai.
klakar pon ader kartun nih..
haku paling minat yang budak kecik 2 org tu
upin ngan ipin..
lagi2 yg kat dlm treiler tuh..
bergaduh mane abang mane adik..

huhuhu
thanks khai..

..
Comment by Khai
2007-09-30 00:43:33

well.. u’re welcome.. mmg best kan trailer tu. Sape tak donlod mmg sengal la lepaskan peluang nengok animasi 3D malaysia yang pertama ni. Bukan senang nak ada tu…

..
Comment by nhaza
2008-10-09 16:15:30

aku dh de cd dier dh.lg sengal sape xbli cd tu…betoi betoi betoi

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by gurl life
2007-09-28 12:28:48

waaaa…best nyer…mst adik suke tgok kt umahh tu..hehe

..
Comment by Khai
2007-09-30 01:08:38

alaa.. macam la adik dia je.. kalau dia ade pon, melekat gakk … wekks!!

..
 
 
Comment by kak su
2007-09-28 19:50:28

Txz alots khai, upin & ipin makes me ketawa eventhou am not in mood. Well, bad hair day today! Miss utk bpuasa di malaysia maa…

..
Comment by Khai
2007-09-30 00:26:47

Hehe.. thats good for you πŸ˜€

..
 
 
Comment by hafreze
2007-09-28 22:03:00

hidup em em you!!..haha

..
 
Comment by shadowX_10
2007-09-30 02:18:37

uhhu.. salam.. agak lame aku tak komen blog ko nih.. busy main game je aku hari2. hak2.. aku dah tgk trailer geng ni bulan lepas. memang masyuk. kalo korg nak tgk yg lain2 gi je kat youtube. situ byk. taip je search tuk geng n upin dan ipin.

anyway gratz tuk malaysia sbb dpt buat filem animasi 3d yang pertama. bangga gak aku jadi org shah alam. hak2.. tak sabar nak tunggu filem ni kuar kat pawagam tahun dpn. harap2 la dpt tandingi filem 3d luar.

ps : ruang komen ko lari kat firefox kat area textarea

..
Comment by Khai
2007-09-30 04:56:10

Salamx,
game ape la agaknye yang ko mainkan tu ye. hehehe…
Hurmmm… aku pon rasa gembira gak adanya production malaysia yang mampu buat animasi macam ni.. Salute abis!!

ruang komen dah pon aku fix kan.. thanks for noticed me..

..
 
 
Comment by flisterz
2007-09-30 09:16:11

aah aku pun ade tgk upin & ipin tu. lawak gile budak2 tu. semoga malaysia terus hasilkan animasi berkualiti pada masa hadapan : ) yeah!

..
Comment by illa
2009-04-24 20:40:38

betul…betul…betul πŸ™‚

..
 
 
Comment by khairilz
2007-09-30 15:57:49

khai,boleh mintak tolong ak?
aku nak mintak tolong ko Redirect khairilz.scukz.com ke http://khairilz.com/blog

ko guna redirect di cpanel iaitu di http://scukz.com:2082/frontend/x/mime/redirect.html
just redirect scukz.com/khairilz ke http://khairilz.com/blog

thanks you khai………
tapi kau tak perlu batalkan akaun blog aku just redirect,memang aku dah tak guna blog tu tapi aku nak kau redirect je ke blog aku khairilz.com/blog sebab visitors blog aku dari khairilz.scukz.com,dorang belum tahu blog baru aku

anyways,aku nak ucapkan terima kasih banyak2 sebab sudi host blog aku..

**tapi khai aku nak balik host dari kau bila hosting+domain aku ni expired 27 september 2008..he3X

..
 
Comment by shiCi
2007-10-03 09:26:05

shangat shuker ngan kartun ni. n proud of ’em. proud to be malaysian, proud to be MMU-ianz gakz. hehehe πŸ˜€ n thankx 4 da link πŸ˜‰ n jugak link bout GOM player. im lurving it.

thankx a lot, tis blog is a very beneficial to all. πŸ™‚

..
Comment by Khai
2007-10-03 23:51:34

u’re welcome.. proud to be Limkokwing (jiran MMU) gak.. kekee

..
 
 
Comment by Maya
2007-10-03 13:04:39

Yang ni pun made in malaysia gak.. citer pasal saladin.. so tak tau yang mana 1st.. ape2 pun.. semua citer2 tu wat i rasa bangga…

http://youtube.com/watch?v=YNiGQPofZyI

..
Comment by Khai
2007-10-03 23:53:08

Saladin 1st kot.. tapi kurang mendapat promosi.. mungkin jalan cerita dan perwatakkan tidak sebaik Upin n Ipin..

..
 
 
Comment by adib.
2007-10-03 23:47:13

huhu..kt mane nk dpt kan..upin dan ipin yg kt atas tu..alah comel nye..dengan pegang ketupat..2…aku nk pasang kt blog aku jugak r…cantik sgt…

..
Comment by Khai
2007-10-11 05:12:58

check kat entry strip tu.. atau click kepala upin di mana2 pengguna strip yang adib nampak…

..
 
 
Comment by Anas_Voobee
2007-10-11 01:35:54

Terima kasih kerana menulis tentang Upin & Ipin. Saya krew dari Les’ copaque Production.

Dapatkan VCD/DVD UPIN & IPIN sekarang!! VCD/DVD ini adalah kompilasi episod 1 sehingga 6.

Harga: VCD Upin & Ipin – RM 15
DVD Upin & Ipin – RM 18

http://www.lescopaque.com/upinipindvd.html

..
Comment by Khai
2007-10-11 02:27:59

wah, betul2 cari duit y’all ni. Tahniah!! hasil yg hebat, sambutan pasti hebat. Jom ramai2 beli CD & DVD si kembar tu. SUpport animasi tempatan. Saudara anas ni mesti kawan kepada lecturer saya kan.. nama dia Asrizal Razali..

..
 
Comment by Noorliza
2008-08-29 22:49:04

Salam, boleh tolong, inform. dimana saya nak beli VCD/DVD..really appreciated kalau dapat inform saya segera.
Terima kasih

..
 
 
Comment by missyLeen
2007-10-17 20:35:32

sya suker sgt citer ni.semuanyer cumil2..
tapi sya nak tau lah..
mana parents upin ngn ipin?
naper ader kak. ros jer?

..
Comment by Khai
2007-10-17 23:18:29

tonton lah episod 5 & 6 .. sure tahu mana pegi mak ayah dia.. hehehe

..
 
 
Comment by bunga
2007-10-22 16:19:51

naper xleh download 2 episod yg last…

..
 
Comment by Naza_europe
2008-04-05 23:37:09

semua xblewh download

..
Comment by Khai
2008-08-07 02:28:47

llink tu tahun lepas khai letak.. so kalau korang dah x leh donlod, terus saja ke youtube dan search sendiri Upin dan Ipin.. then copy URL, pergi ke keepvid.com dan download video tu di sana….

..
 
 
Comment by abdfatah
2008-09-18 18:15:18

animasi upin dan ipin memang cute aaaaaa…

..
 
Comment by she_emo
2008-12-28 12:44:29

suka sgt ngan citer upin ipin ni.. byk kisah n teladannya..

..
 
Comment by fara@youko
2009-02-25 17:39:13

inilah animasi 3D pertama yg sy tgk kt pgu wyg..
sy betul..betul..betul thibur.
smoga ank2 m’sia trus b’usaha b’karya dlm bdg animasi ni…
x rugi pun tgk…
πŸ™‚

..
 
Comment by avine
2009-09-17 12:35:50

ihhhhh filmnya lucu buanget
xampe2 Q ketagihan n ga mw ketinggalan stiap episodenya
hehehehehehehehe
wkwkwkwkwkwkwk

..
 
Comment by noni
2009-09-30 17:55:47

wadoeeeh…
upin ipin tu lucu πŸ™‚ tros menghibur πŸ˜‰ tros apix lg πŸ˜€ pokoke aku suka upin ipin… πŸ˜‰ oya… tolong to buat crita yang laene biar seru!!! 8) gax bosen gtu…. :beurk:

..
 
Comment by jal
2009-12-17 12:08:34

…………..awk pun suka ma mrka kpn2 klo boleh mampir ke indonesia ya……!!!!!!!!!!!!

..
 
Comment by shelyna n zahra
2009-12-25 13:15:25

upin ipin akrab lah kau….ya…
jgn menyusahkan opa dan kak oros…hhe πŸ™‚

aku suka flim kau itu…luchu nya….. πŸ˜‰ :love:

betul..betull…betul.. :love:
my love upin dan ipin….

ok ok ok

..
 
Comment by Rara
2010-01-14 15:06:05

Kartunnya upin dan ipin lucu bngt,aku sama adikku suka πŸ˜€
betul…betul…betul… 8)

..
 
Comment by FAZ
2010-02-13 16:41:54

best gile kartun animasi 3d upin dan ipin
betul!….betul!….betul8) πŸ˜€

..
 
Comment by Darwin
2010-02-25 05:40:26

πŸ™‚ Upin , ipin klian luchu aq ska ma kalian.
! Love you upin , ipin.

..
 
Comment by azimah
2010-03-01 03:16:47

salam..
blh x terangkan pasai animasi dalam komputer???
plz help mee???!!!

..
 
Comment by ozzay
2010-03-10 17:38:35

senang sekali nonton tu ank 2 yang lucu2……hahahahaha
tayangan yang baguzzzzzz n’ tauladan :o: :o: :o: :(( πŸ˜‰ πŸ˜‰ πŸ˜‰ πŸ˜‰ πŸ˜‰ πŸ˜‰ πŸ˜‰ πŸ˜‰ πŸ˜‰

..
 
Comment by wiwit cuma caiyank rifandi
2010-05-15 08:26:24

idiiiiiiiiiiih……………
lucu abiz………
bkankah bg2 upin…?????????

betul…..betul…..betul………..!!!!!!!!!!! 8) 8) 8) 8) 8)

..
 
Comment by jarinah
2010-06-05 16:16:23

Tahniah atas kejayaan filem dan animasi bersiri yang telah ditayangkan. Dengar2 ada filem baru upin & ipin. Syabas!!!!
nak beri pendapat dan pandangan rasanya tak selayak mana. sebab belajarpun tak tinggi. cuma banyakkan adegan nasihat , teladan dan bentuk kerohanian juga keagamaan. Dgn cara itu dapat menanam dan menyemai akhlak yang baik khususnya pada sasaran utama “kanak-kanak”. Moga sukses dan mendapat redha Allah s.w.t.

..
 
Comment by ansarida
2012-07-05 08:36:46

Aku rasa doremon punya grafix lagi cun dari usop sontorian dgn keluang man.. 10 kali ganda lagi bagus

..
 
Comment by Handa Yani
2013-05-09 09:18:38

cerita upin dan ipinnya sangatttttttttt lucu banget jadi aku sangatttttttttt kemes dech nengok filmnya πŸ™

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

  • Upin & Ipin