Ghost – Season 2 yang wajib ditonton

2,822 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Ghost, satu-satu’nya drama tempatan berbahasa inggeris yang mendapat paling banyak liputan dan buah mulut rakyat Malaysia. Ianya termasuklah di blog-blog rakyat Singapore dan Malaysia sendiri. Drama ni tak perlu diperkenalkan lagi sebenarnya. Tapi Khai rasa masih ramai yang ‘blur’ dan ketinggalan mengenai drama Ghost ni. Khai pernah buat satu entri dulu mengenai Ghost musim pertama. Boleh usya kalau nak rasa penangan Ghost ni.

Percaya atau tidak, Khai ketinggalan sebenarnya untuk menonton Ghost Season 1 dulu. Tapi terima kasih pada Youtube. Khai habiskan semua episod dalam masa satu hari. Percayalah, cerita ni memang membuatkan korang addict untuk tonton dari satu ke satu episod selepasnya. Non-Stop!

Kalau terlepas Ghost season 1 tu, boleh la search kat youtube “8tv ghost”. Ramai sebenarnya yang bencikan drama tempatan sebelum ni, serta merta berubah tanggapan bila menonton Ghost. Nama Eza dan Zack Imran pasti akan melekat dalam ingatan korang sampai mati. Seriously! Seperti tajuknya, cerita ini memang betul-betul ber’hantu.

Lihat Short Trailer Ghost Season 2..

Kalau takde masa nak nengok TV, no problem sebab korang boleh je layan via Youtube macam Khai. Sekarang ni dah ramai uploader drama-drama tempatan kat Youtube tu. Bagus betul diorang tu kan? Terima kasih la banyak-banyak kerana adanya diorang, membuatkan Khai dan korang yang anti-TV dapat hidup dengan lebih sempurna.

Untuk Ghost 2 ni, korang boleh subscribe dari Irienad sebab gadis ni memang tiap-tiap minggu akan upload episod baru cerita ni dalam channel Youtube dia.

Ghost bukan hanya berkisar mengenai hantu. Ini hantu lain. Hantu handsome yang best. Dan kalau korang perasan, hanya drama ini yang pernah wujud untuk review di blog ini. Kalau terlepas minggu lepas punya episod, jangan terlepas pulak episod 2 ahad ni jam 10:30 malam ye. Set dalam ‘calendar’ handphone korang tu. Cerita-cerita seperti Ghost ni memang membuatkan hidup korang lebih best dan sempurna. Percayalah!

Pssttt: Kalau ada orang suruh rate cerita ni dari 10 bintang, 10000000 bintang terus Khai kasi. Sumpah!

Ditulis pada 2:48 am 25 April '09 dan pastinya oleh . Siape lagi?
Dalam kategori: Hiburan | Tweet This!

Tag: , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed

57 Comments

Comment by Enpjan
2009-04-25 03:01:08

best ke khai cita ni..x penah tgk la pulak…skrg ni dok gila tgk 24 n lost dari season 1st..dah berpinau dah biji mata ni

Comment by Khai
2009-04-25 03:15:25

Lost pon lost jugak bro, tp Ghost ni ko akan rasa best macam nengok Lost.. hehe… yang lagi best, Lost tu mat saleh punya.. Ini malaywood punye.. :[

Comment by Enpjan
2009-04-25 03:16:31

hehehe ok nanti aku try tgk…kalo x best ko kena belanja aku sushi king khai
hahaha :) :)

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-04-25 03:30:07

pe barang sushi king.. makan kat octopus ampang point la plak… tadi akak aku belanja kat situ.. lazat gak sushi2 diorang.. hehe

 
Comment by Enpjan
2009-04-25 03:38:02

haa mana2 pun leh janji ko belanja..hahaha..genki sushi pun ok gak..im addicted to sushi :) :) :)

 
 
 
 
Comment by Jaws
2009-04-25 03:04:16

aku ade l;ayan ghost season 1…
memg best giler..
citer melayu paling bermutu aku pernah tgk..
haha.. :o:

Comment by Khai
2009-04-25 03:17:40

betul2.. takde drama kat Malaysia setanding dengan Ghost ni lagi setakat ni.. Pada pendapat aku la kan.. hehehe :8

 
Comment by Amirez
2009-04-29 11:15:50

ye..memang bermutu.
tak pernah aku layan cerita malaysia sampai ketagih camtu. season 1 dulu tgk sampai 3 kali eheh.

 
 
Comment by menteil
2009-04-25 03:07:57

pergh!! sampai 10000000 ko nak bagi.. nampak sangat la best kan…
aku satu episod pon tak penah dapat tengok..

thanks untuk link gadis tu..
dapat la aku layan (nanti)
tenet cam haram kalau aku nak tengok skang nie..

Comment by Kreuger
2009-04-25 23:32:15

hahaha… aku tak terlintas langsung nak tengok TV
sekarang ni..

khai.. kalau ade link untuk tengok semua series
CSI sila bagi tau aku… cume ni jer permintaan aku.
jenuh aku carik, tapi tadek yang menepati keywords
carian aku… hahaha

*macam aku tau sangat nak carik mende dalam
bahase penjajah ni… :aie:

 
 
Comment by Enpjan
2009-04-25 03:09:35

hahaha x sangka aku yang 1st lak komen….khai cita bohsia dah g tgk ke..best x

 
Comment by zelo55
2009-04-25 03:55:51

errrmmmm…
ptutkah ak tengok….
atau ak hnya ptut tggu orang ramai kasi 100000 bintang mcm yg ko buat…

hurrrmmm…

 
Comment by Mindaku Di Sini
2009-04-25 04:13:13

irienad adalah adik aku…muahahhaahha…promo diri siot !

Comment by Khai
2009-04-25 04:45:54

kita pernah chat pasal Irienad dulu kan bro kat YM? hehehe.. so how? family dah terima cincin merisik yang khai send? pakai post laju tu.. ekekeke….

 
 
Comment by Penjual Kaspersky
2009-04-25 05:07:27

keh3..
x minat la cite2 smbung mcm nie …ha3…mls nk layan dowh ~

kesalahan ejaan : sharyll :)

 
Comment by hayatito
2009-04-25 09:32:22

Salam khai..

disebabkan khai ckp cte ni best, rasa mcm nk tgk pulak.. pdhal bukan layan cte melayu sgt.. ahaks.. tgk sinopsis cte tu mcm best pulak..

 
Comment by daya
2009-04-25 09:32:51

its superb! tgok byk2 kali pon x muak! best best! sgt tak sabar nk tggu season 2 nye kuar!heee~best la..taw sal ghost 1 pon sbb khai yg promote dlm blog..semlm gak behkn tgok cite tu kat youtube! hee~

yelah..time cite tu kuar…kat matrix..tak dpt nk tgok.:)

tp cite ni bssssssssssstttttttt!

 
Comment by abdusfauzi
2009-04-25 10:06:17

khai, thanx for the link! dulu tgk from TV3. skang, ade utube sudah. hehe. :)

follow beb crite ni!

Comment by kehek
2009-04-26 21:41:03

tv3?????
celah mane…
8tv la

 
 
Comment by izzat aziz
2009-04-25 10:24:04

bila lak ada season 1? x pnh dgr pun cerita ni.. :cool:

 
Comment by Eriyza
2009-04-25 10:37:36

Hohoho! Jrg sgt layan drama begenrekan melayu
wal omputih, lg pun x penah dengo ttg citer ni. :8

 
Comment by shafie[dot]biz
2009-04-25 12:42:14

khai suggh ker best citer ni…aku x pernah ngk pun…ish siyez..akan ku habiskan season 1 kat youtube..thanks khai..aku mmg suka ngk drama2 ni…thanks skali lagi..

 
Comment by h3r0
2009-04-25 13:47:57

Aku takut kalu tajuk ghost2 nie…
he he.. :[

Comment by Iz
2009-05-11 02:01:37

ala takut manje2 gitu. ahaks!

btw, zack imran x kuor2 lg ah. dah tggu bape episod dah ni? tgk iklan ader je muke die.

 
 
Comment by bby
2009-04-25 14:16:41

cite ni mmg besh….
sukew2… :bloody: <- tahap gaban.. hahhahah..

 
Comment by deena
2009-04-25 14:34:24

haah, memang berhantu cerita ni. tambah2 hantu nya yang hensem. tgh kembang lah abg naz skarang neh, hahaha :)

 
Comment by Kill-Vearn
2009-04-25 14:38:59

erm tak penah dengar lak citer neh… ni mcm series prison break eh? kalo kat tv kol bape eh?

 
Comment by loq
2009-04-25 15:21:47

kalau cenggini….
memang tak tengoklah
sebab jarang tengok tv…
senang citer,donlod je laaaa..hehe

 
Comment by azif4
2009-04-25 18:02:59

caya la..anding n tony joseph.dua2 org sarawak.anding was my schoolmate

 
Comment by nme sy ct
2009-04-25 21:39:11

1st episod
subtitle slh eje avril lavign
:)

 
Comment by deennasour
2009-04-26 02:48:21

memula aku nak gelak baca ada caption lak bawah komen box nih. apa kes? hehe.

k k, aku anti-tv and rumah tak ada tv ni pernah sekali dua tgk ghost ni kat umah member aku. memang teraddict gak.
tapi malangnya enggak ada masa mau nonton.
tapi drama kat 8tv memang best2 pon. kan.

 
Comment by Rjuna
2009-04-26 03:29:45

Thanx Khai aku baru nak start layan drama ni, season 1 tak tgk lagi

kena pulun tengok ni, masa season 2 ada dia rangkumkan sipnopsis kisah awal musim pertama, so aku paham kenapa ia ada sesuatu

 
Comment by MissSue
2009-04-26 20:20:46

Citer nie mmg best sgt2! season 1 dulu pun terlewat tgk, nasib ader youtube. nasib baik terbaca entri dalam justkhai.com, dah kuar rupanya season 2. Mesti tgk! :love:

 
2009-04-26 21:00:06

best ke cite ni?aku x tgk lagi…… :) :)

 
Comment by joe
2009-04-26 21:44:21

“satu-satu’nya drama tempatan berbahasa inggeris”???????????
WTF
ko penah tengok ke x?????
die menggunakan bahasa inggeris DAN bahasa melayu
stupid :oups:

 
Comment by PakciQue
2009-04-27 11:57:47

Kau orang kena ke blog aku untuk baca ulasan yang aku buat. Mari kita berspekulasi di sana.

Tu pun, kalau kau orang pengikut setia drama ni. Tak rugi woo tengok drama ni.

 
Comment by aarin
2009-04-27 15:54:11

Ghost nie mmg layan, ssb khai minat cite nie yg buat saya nak komen bahawa..CITE NIE MMG BEST!!

Comment by PakciQue
2009-04-27 16:11:21

Memang tersangat best!!

 
 
Comment by bd fabregas
2009-04-28 04:23:36

8tv nyer drama mmg high quality eeekk cuma kurang popular jek.. dulu aku addict ngan goda, tp ghost ni belum berkesempatan nak tengok lagi..

Comment by Khai
2009-04-28 04:45:50

yezzaa.. lambakkan channel (lagi2 yg ada astro) buat 8TV ni macam tersisih.. aduyai!

Episod 2 khai pon dah terlepas ahad baru2 ni.. nak kene nengok kat utube lagi la jawabnye!

psstt: 8TV, tolong keluarkan iklan ghost banyak2 kali kat TV3.. plzz! :-|

Comment by PakciQue
2009-04-28 08:22:57

Lor, camnelah kau boleh ter’miss nie. Jangan wei. Jangan jadi antara golongan yang ketinggalan. Ho-ho.

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by ella
2009-04-28 13:30:13

aku pun ter miss gak..baru tengok semalam..memang best…sangat3. :8 :8 :8 :8 :8 :8 ngan jalan citer menarik…ngan lagu tema sekali aku minat..naz memang…………errr..hensem giler.. kekadang manja :8 , serius :choler: ..menggoda siiii :D:) :)

 
Comment by bukhari
2009-04-28 15:14:45

:-[) SAYA TAK SETUJU 200%,CERITA2 BEGINI AMAT BAHAYA! : Sorrylah, saya sentuh angle lain pula, bahkan tidak menyokong langsug drama2 sedemikian..kenapa? rosak akidah,manalah ada roh org mati balik ke dunia..itu akidah agama lain beb! Islam menyatakan roh kita akan melalui laluan sehala di 5 alam:

1-Alam pertama ialah alam roh di mana semua roh makhluk telah dikumpulkan dan diminta bersaksi akan ketuhanan Allah sebagai pencipta mereka (al-A'raf: 172),

2- alam kedua ialah alam janin semasa kita berada di dalam rahim ibu kita selama 9 bulan (al-Najm: 32),

3-alam ketiga ialah alam dunia yang merupakan tempat tinggal sementara dan tempat mencari bekal ke akhirat (al-Mulk: 2),

4-alam keempat ialah alam barzakh selepas kematian dan merupakan tempat kita menunggu tibanya hari kiamat (al-Mu'minun: 99 & 100),

5- alam kelima ialah alam akhirat tempat pembalasan segala perilaku makhluk di dunia (al-An'am: 27-29).

Kesemua perjalanan menempuhi lima alam tersebut adalah sehala dan mustahil untuk berpatah balik. Apatah lagi setelah kematian seseorang itu, si mati kembali menjadi hantu yang membalas dendam di atas kezaliman manusia terhadapnya.

Yg menjadi masalahnya ialah TV2 kita ok siar lagi citer2 begini..shg sukar nak diubah..kadang2 korg kata alah hiburan je..jawabnya boleh ke buat main2 ttg akidah? Org jahil x nampak bahaya akidah rosak, tapi org alim tahu ianya bahaya membawa kesan jangka masa panjang. Beza org alim dgn org jahil analoginya begini..ibu yg menjerit melarang anak kecilnya cuba pegang ular,sedang anak yg tak tahu bahaya ular nampak elok je..si ibu yg kenal bahaya ular memang gerun dgn bahay ular. Allah berfirman:

(Fatir[35.28]) Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

Bukan apa beb! sekadar menegur,utk keterangan lanjut rujuk di sini1
1-http://www.zaharuddin.net/content/view/283/91/

2-http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0728&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm&arc=hive

Comment by ella
2009-04-29 18:53:18

sekadar nak tengok pun tak boleh?? :oups: dorang bt filem ni bukannya pikir pasal agama…cara idup ngan pakaian dorang pun dah salah..tp, kalau fokus jalan citer..menarik.effect pun menjadi..kalau nak sentuh soal akidah…memangla jauh terpesong… :((

Comment by Khai
2009-05-01 19:03:44

mungkin ke ada yang tersesat akidah bila nengok cerita2 sekadar hiburan ni.. kalau budak2 tu maybe.. tapi dia budak2 kan.. dah besar nanti dia akan tahu sendiri semua ni hanya rekaan semata2.. seperti yang dah tertulis besar2 bila cerita nak start..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by amoi
2009-04-29 00:16:54

aku dh tgk cter ni dari musim pertama dan skung aku dlm prosess tgk musim kedua. siyes aku ckp, cter ni best siot. kisah pasal penyiasatan. tak la seram tapi penuh dgn misteri. hua3

 
Comment by iN
2009-04-30 01:27:39

ghost 1..
awal2 lagik aku dh layan..yg paleng aku x lupe..pas abes cite tuh aku leh layan tgk kt website 8tv.1 hari je aku abeskan..sampaikan makan depan laptop..haha

ghost 2..
abg nas xde pun..sedih2..sebab dia bawak watak yg besh dlm ghost 1..

ape2 pun..kita lihat ghost 1 ke 2 yg terbaekkkk.. :bloody:

 
Comment by hunny
2009-04-30 21:56:35

Wahhaahhhaa.. =(
4 hr aq mti2an flow cter ni kt youtube..
Khai sruh tngOx, aQ pOn lyn ah..

Skli lyn xnk b’henti la plekkk..
Hrp je aq ni dak skOla law x, 24 jm aq lyn..

Pssstt: SeasOn 2 lyn MnggU dpn plakk..
OmwOrk bnyk x ciap!!! 8)

 
Comment by yazidyahaya
2009-04-30 23:15:19

cerita ni memang nampak menarik..,niang rapik pun leh kalah ke khai? :[

Comment by Khai
2009-05-01 19:06:21

kalah… bawah kaki je niyang rapik yg marapu tu.. itu lagi menyesatkan akidah.. xde plak yg nak komen.. ni ghost ni apa sangatlah kan…

 
 
Comment by ella
2009-05-02 03:11:19

aku tak tengok lg ghost 2.. :) iN, ko ckp nas tak de?? :[ :[ aku nk tengok dia je… :8 :8

 
Comment by Sen
2009-05-18 11:28:20

Memang BEST giler…lain dari lain…

Khai rasa saper dalang nyer ? yang pasti Edmund ada kaitan ngan Harum dan Alicia….dua-dua anak dia…

Hmmm…next week ada Romeo pulak….sape lak tuu…

Harap lebih banyak drama Mesia bermutu mcm nie

 
Comment by haf
2009-06-22 14:18:43

couldn’t agree with u more…best local drama ive ever watched… ^_^

anyway, does anyone know what the song title a beginning of the show?

 
Comment by PakciQue
2009-07-13 09:39:13

Dah habis dah drma ni. Apa komen kau orang?

 
Comment by mzanrahman
2011-02-18 21:55:16

saya mmg minat sunggh tengok citer ghost…season 1, kisah pakwe dia polis ( x silap lakonan arwah Faizal )… kira hantu nye zack ( pelakon terkenal )….

 
Comment by HoNEyzA
2011-04-27 11:31:33

best sgt cite ni…kalau tgk skali mesti kite nak tgk plak episod seterusnyee…cite ni xmcm cte melayu len yg bleh agak ape yg jd leps tuh… :)

 

Sorry, the comment form is closed at this time.

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?