
Lama rasanya takde entri mengenai komputer di Justkhai ni. Bila Khai usya balik entri-entri terbaru kat blog ni, nyata blog ni dah tak macam dulu. Jarang-jarang ada tutorial, file sharing, software, dunia animasi, gadjet, artis, gambar pelik-pelik dan macam-macam lagi la. Korang boleh’lah usya kategori-kategori yang ada di blog ni untuk baca entri-entri lama yang pastinya, segala macam perkara tersumbat di blog ini dengan padat sekali. Kadang-kadang Khai sendiri baca entri-entri lama tu untuk flashback pengetahuan yang pernah Khai kongsikan. Alhamdulillah, berguna juga untuk diri sendiri.
Ramai dah sedia maklum, macam cerita mengenai artis tu takde, sebab semuanya dah move ke Oh! Artis. Macam tu juga dengan gambar-gambar menarik semuanya tersumbat di Oh! Tidak. Dengan adanya Oh! Cun plak, nyatanya makin kurang entri-entri yang cun di blog ini.
Apapun dari poll yang ada di sidebar ni, nyatanya readers di sini mahukan lebih cerita mengenai perkembangan semasa, hiburan, sexuality (?), tutorial dan sebagainya. Dengan tu, insyaAllah Khai akan kembalikan wajah sebenar blog ini seperti dulu dengan adanya entri hari-hari. So datanglah ke sini hari-hari dan lebih mudah kalau subscribe blog ni guna Google Reader. Tak tahu nak guna? Ada tutorial yang dah pun Khai sediakan awal-awal.
Ini ada beberapa cara paling mudah untuk melajukan OS (Windows) korang. Khai dari dulu tak pernah guna PC or laptop yang lebih dari 1GB RAM. Dan Alhamdulillah, everything berjalan lancar. Tak guna sumbat RAM tinggi-tinggi kalau tak pandai nak jaga PC ye tak? (more…)
Ditulis pada 14 January '09 oleh KhaiHassan | 2,230 views telah diterima.
Dalam kategori Tutorial | Promo di Twitter! | 71 Respon

Semua orang nak jadi popular. Mudah je nak tahu orang tu popular atau tidak. Sila buat semakkan nama di Wikipedia. Andai kata nama korang pun ada di Wikipedia, mean korang ni bukan calang-calang orang. Korang dah kira popular la tu. Nama Khai ada tak ye di Wikipedia? Ada hati ye tak? Berangan je la ko Khai. Hahaha but maybe someday. Siapa tahu?
Korang still ingat peristiwa Bushoe – George Bush dibaling kasut? Malang sekali balingan Muntader al-Zaidi langsung tidak mengena walau dua kali diberi peluang. Mungkin kasut saiz 10 tu terlalu berat atau mungkin, tangan dia memang jenis tak berbedung? Bush pun boleh tahan hebat mengelak ye tak? Mesti masa kecik selalu main baling selipar ni. Apapun keberanian Muntader menghina Bush dengan cara membaling kasut sememangnya mendapat pujian ramai sehinggakan kini di negara sebelah timur dah anggap Muntader ni sebagai hero mereka. Mungkin kerana keberanian Muntader yang tiada pada orang lain. Kalau ada pun ada je la, buat nya tak berani.
Dan kini, Muntader al-Zaidi dah pun wujud di Wikipedia. Semudah itu dengan cara membaling kasut. Boleh ke kalau kita nak kategori’kan apa yang Muntader ni buat sebagai satu Jihad? Hurmm.. (more…)
Ditulis pada 13 January '09 oleh KhaiHassan | 1,406 views telah diterima.
Dalam kategori Politik | Promo di Twitter! | 28 Respon

Sebentar tadi, Khai dikejutkan dengan panggilan di atas pemergian nenek sebelah abah di Kedah. Dan tepat jam 2 pagi tadi, parent Khai terus bergegas dari Negeri Sembilan ke Sg. Petani, kedah. Pengebumian dijangkakan jam 11 pagi. Hurm, harap mereka selamat sampai tak kiralah dah dikebumi atau belum jenazah tu. Khai tak ikut sebab kene jaga rumah. Al-Fatihah setulus hati kepada arwah nenek di Kedah. Semoga ditempatkan bersama mereka yang beriman.
Percaya atau tidak, Khai tak pernah jumpa pun nenek sebelah abah ni. Sebab abah Khai dari kecil dijaga oleh orang lain. So kira macam tak berapa nak rapat sangatlah. Adik beradik Khai yang lain mungkin pernah jumpa dia sekali time kecik tapi masa tu Khai belum lahir pun. Mak Khai kata, dia pernahlah dokong Khai sekali masa Khai kecik dulu.
Semalam, member Khai, Rahman ada kasi satu fail notepad ni yang dalamnya nampak macam cerita lawak. Baca punya baca, sekali tazkirah hari ini daa. So Khai kongsikan bersama untuk korang dan korang yang rasa ada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Bukan paksaan pun untuk korang baca. Sangat digalakkan pada yang masih single atau sedang bercouple. Kalau dah kahwin, baca je la boleh cerita kat anak-anak.
1. Hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk, da lamer sayer perhati awk,awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh awk…… sayer harap kiter boleh berkenalan….ukhwah fillah eh orang kater… sayer x pandai sangat arab… (more…)
Ditulis pada 13 January '09 oleh KhaiHassan | 1,697 views telah diterima.
Dalam kategori Religion | Promo di Twitter! | 89 Respon