Remp-It

” … enjin motor ni takkan mati selagi aku tak mati sekali – madi “

Korang dah nengok Remp-it?? sure dah nengok kan? maybe ade lagi yang baru nengok.. macam khai la.. baru je berkesempatan nengok semalam.. before ni kan bz gile study.. tak berkesempatan langsung nak nengok cerita ni. So dah nengok, dan inilah pendapat khai.

[IMAGES BROKEN – UPDATE SOON]
” Adegan menarik penonton datang nengok.. huhu.. ”

Cerita ni bagi khai ntah ape ape.. diorang tarik penonton pon dengan aksi aksi mat rempit. Jalan cerita pon agak kalut dan biasa aje. Mat rempit racing then gaduh gaduh.. akhirnye mati.. Lol .. Bijak juga bagi pengarah cerita ni, Ahmad Idham sebab buat cerita ni dikala isu mat rempit memang ngah panas. Tak hairanlah cerita ni dapat kutipan lebih RM3 million coz mat rempit aje yang turun padang kan?

[IMAGES BROKEN – UPDATE SOON]
” 125z in action.. best gileee ”

Bila reporter tanye, kenapa Ahmad Idham buat cerita ni. Dia jawab cerita ni ade menyelitkan pengajaran kepada Mat Rempit. Bagi khai ni semua alasan aje.. sebenarnye cerita tu langsung tak menyelitkan pengajaran. Selain jalan cerita yang berkhilafkan ” sepet ” dan ” gubra “, penuh dengan adengan sexual, tiada apa lagi pengajaran yang boleh kita amik dari cerita ni. Aksi separa seks dalam cerita ni bagi khai langsung tak mencerminkan rakyat Malaysia yang sebenar. Memang ade dikalangan orang kita yang macam tu, tapi perlu ke nak buat pendedahan dalam cerita plak? Dia buat cerita camtu bagaikan semua mat rempit ni jahat, kaki bohsia, seks rambang dan gaduh.

[IMAGES BROKEN – UPDATE SOON]
” RXZ plak in action.. ”

Klimaks cerita ni pon macam kim*k.. patut la member-member khai yang dah nengok tak puas hati.. rupernye memang patut pon. Dah la hero mampos, then yang watak antagonis tu plak, blah macam tu aje. Then cerita pon abis. Dengan poyonye tulis mamat jahat tu diberkas polis dan dipenjarakan di penjara kajang!! huh!! kalau aku la yang buat filem tu, kalau hero mati, buat la mamat jahat tu pon mati.. Mati kene langgar lori ke.. asalkan mampos jugak!!

[IMAGES BROKEN – UPDATE SOON]
” Aksi hebat Farid Kamil stuntman!! ”

Tapi ape pon tahniah kepada Ahmad Idham kerana berani buat cerita macam ni. Semoga Ahmad Idham dapat menerbitkan cerita yang lebih berkualiti di masa hadapan. Cerita macam ” tipah tetipu ” tu x payah masuk panggung pon takpe. Standard CD jer!!

[IMAGES BROKEN – UPDATE SOON]
” Aksi Zul Huzaimy Stuntman with TZM. Dashat!! ”

Director : Ahmad Idham
Theme : Action Movie
Actor/actress : Farid Kamil | Julia Hana | Zul Huzaimy | Cat Farish | Aqasha
Merit : Membawa Mat Rempit ke panggung.. bukan senang!!
Demerit : Terlalu banyak budaya kuning yang diselitkan.. We’re ISLAMIC country!!

Ditulis pada 30 October '06 oleh | 628 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 21 Respon

Kentot!! yuck!!

click

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu… ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada ‘surprise’ untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan ‘surprise’ isteriku ini. Aku pun tahan ler… Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya… bau boleh tahan… maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi… Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia… aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia… adalah macam bau telur tembelang sikit..

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi… hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu… PRRROOOOOTTT!!!!… fuhh lega… bergegar sikit meja makan dibuatnya… peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut ‘ahhhh…. lega…’. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat..

lalu dia kata ‘SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!’ dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le… camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong… ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. ‘dah lama ke pak sampai?’.Dan pak mertua aku pun jawab. ” Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!” ..

p/s : pengajarannye, kentut siang pandang padang, kentut malam dengar dengar.. :))

Ditulis pada 28 October '06 oleh | 875 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 15 Respon

Irwansyah – Pencinta Wanita

Aiseh.. korang dah nengok lom cerita Heart? huhu.. khai belom lagi.. CD dah ade kat umah member.. tapi malas le plak nak gi pinjam.. nanti la esok lusa.. ermm.. khai layan lagu Pencinta wanita ni rasa sedap gile plak.. dan wat masa ni, ni la lagu yang bermain di bibir khai.. walaupon suaranye x sama, tapi takpe la .. bak kata cikgu khai, kalau kita nak tunggu suara ni sedap macam irwansyah ni baru nak menyanyi, sampai mampos pon lom tentu dapat.. tul tak? tapi korang pon satu.. nak nyanyi nengok kanan kiri.. kalau kat office x payah.. buat tercabut je gegendang telinga officemate tu kang.. huhuhu

[audio:http://scukz.com/streaming/pencinta_wanita.mp3]

kutemukan dalam pencarian
cinta sejati untuk hidupku
kurang lebih yang seperti dia
kuharap dalam cintaku

ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku

reff:
aku memang pencinta wanita
namun ku bukan buaya
yang setia pada seribu gadis
ku hanya mencintai dia

aku memang pencinta wanita
yang lembut seperti dia
ini saat ku akhiri semua
pencarian dalam hidup
dan cintaku ternyata
yang kumau hanyalah dia

Melly:
kamu memang pencinta wanita
namun kau bukan buaya
yang setia pada seribu gadis
kau hanya mencintai aku

Download This Song : right click on icon and save target.
downloadIrwansyah – Pencinta Wanita

Ditulis pada 27 October '06 oleh | 523 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 36 Respon