Berbaloikah untuk Maxis Broadband?


Petang semalam, aku ke Maxis Centre KLCC. Tujuannya ada dua. Satu aku ingin mengkonfigurasi Nokia N73 ini supaya dilengkapi teknologi 3G. Kedua, aku ingin mendaftar sebagai pengguna Maxis Broadband. Tidak tertahan lagi aku menggunakan Go Lightspeed sebagai ISP yang sedia ada di hostel aku duduki. ISP ini boleh aku simpulkan sebagai ISP paling teruk servis’nya 2 kali ganda dari Streamyx. Pagi sebelum aku ke Maxis Centre, sempat aku membuat sedikit research. Seperti biasa, tiada satu pun produk di dunia ini yang tidak mendapat kritikan. Maxis Broadband tidak lari dari itu. Ternyata keburukkan yang aku baca lebih banyak dari pengguna yang menulis tentang kebaikkannya. Dari semua itu, conclusion dari aku, Maxis Broadband sebenarnya mampu memberikan perkhidmatan internet yang baik jika kena pada tempatnya. Maksud aku area di mana pengguna itu duduk. Kali ini aku menulis entri ini menggunakan Maxis Broadband. Bukan akaun aku tapi akaun akak aku. Rumah ini terletak di Desa Pandan, Ampang yang sagak berhampiran dengan KLCC. Jadi hasilnya, aku mampu online 24 jam tanpa sebarang masalah putus-putus atau kelembapan seperti yang dikatakan pengguna lain di internet.

Maxis Broadband terdapat dalam 3 pakej..

Tapi buat masa sekarang, Maxis telah memperkenalkan sebuah modem baru yang bersaiz poket. Hanya mempunyai USB untuk di’plugkan. Apa yang aku dengar dari jurucakap Maxis Broadband itu, dengan modem kecil ini, sesiapa sahaja mampu melayari internet di mana-mana saja pada bila-bila masa. Harga untuk perkhidmatan internet 3.6Mbps bersama Modem kecil ini berharga RM138.00. Oh, aku mahukannya kerana aku mahu online setiap masa tapi bila dilihat pada harganya, RM138.00 sebulan bukanlah harga yang murah bagi aku sebagai seorang pelajar sepenuh masa.

Aku agak kecewa kerana sudahlah pakej modem comel ini aku tak dapat, bahkan semua pakej lain yang menggunakan Modem gedabak juga tidak merasa. Modem gedabak (besar) mempunyai wayar penyambung kepada sambungan elektrik dan kabel sambungan Network ke komputer. Ini kerana hostel aku di Cyberjaya tidak ber’ada dalam coverage area Maxis Broadband. Hoi Maxis, tolong la faham, itukan Cyberjaya yang kononnya kawasan MSC di Malaysia. Apesal boleh terabai kawasan tu untuk masuk dalam senarai coverage area korang? Untuk melihat sama ada kawasan kalian termasuk dalam coverage area atau tidak, sila klik di sini.

Aku bukan cemburu jika kawasan korang termasuk dalam coverage area mereka, tapi nasihat aku, buatlah research sebelum terikat dengan kontrak 18 bulan selepas mendaftar bersama Maxis Broadband. Jika kau kaki torrent, janganlah mimpi kerana Maxis hanya membenarkan 3GB bandwidth sebulan yang membuatkan Streamyx la yang paling layak untuk kau biarpun Streamyx terkenal dengan servis paling menyayat hati di negara ini. Oh kita tiada pilihan. Jika negara jiran terdekat kita Singapora mampu tersenyum sinis dengan servis Internet 8mbps sejak tahun lepas lagi, Kita di Malaysia, bersyukurlah dengan kelajuan koneksi 4mbps yang baru sahaja diperkenalkan ini. Aku tidak mahu bercerita tentang Celcom Broadband di sini kerana servisnya hampir sama juga dengan Maxis Broadband. Apa yang aku kesalkan di sini, mengapa DiGi tidak diberikan lesen untuk 3G di negara ini. Jika tidak, lihatlah apa yang mampu si Kuning lakukan diikuti dengan peniruan sang Hijau dan Biru. Kau pun tahu itu.

Diingatkan aku bercerita mengenai Maxis Broadband jenis Wireless dan bukan Wired. Mungkin banyak info yang terlupa aku nyatakan di dalam entri ini, kalian tanyalah melalui komen nanti. Keterangan lanjut mengenai Maxis Broadband, terus ke sana.

Ditulis pada 18 October '07 oleh | 957 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 40 Respon