Selamat Berpuasa & HE for Allah?

selamat-berpuasa-2.gif

Beberapa hari lagi, bulan Ramadhan datang menggantikan Sya’ban. Bulan yang penuh dengan nikmat dari Allah SWT. Jadi dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Meyambuat bulan Ramadhan 1428 Hijrah kepada semua yang beragama islam terutama seluruh produksi Scukz.Com yang tidak henti membantu menaik’kan jenama ini. Diharapkan, kalau tahun lepas puasa tak penuh, tahun ni cuba-cuba la penuhkan ya. Bukan susah pun kalau sedaya-upaya. Alah, persetankan saja tentang rokok, Nasi Lemak, Mc Donald, KFC, Pizza Hutz dan pelbagai lagi perkara yang sememangnya sudah cukup membuatkan iman kita bergelora. Tempoh lebih kurang 12 jam tu, takkan membuatkan kau mati kelaparan. Ini ada jadual waktu berbuka.

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan, “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

– Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya;
– Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri (yang sah okay!);
– Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Jadi, kalau rasa taknak sia-sia berlapar tu, buatlah 3 di atas tu. Jika aku pernah melakukan kesalah kepada kalian, harap dimaafkan sahaja begitu juga dosa kalian jika ada kepada aku, aku anggap 0-0 sahaja. Tetapi kepada insan yang mencuri email aku dahulu, maafkan aku kerana aku tidak dapat memaafkan dosa kau. Kau juga bukan pernah meminta maaf sebaliknya makin keji. Itu janji aku kepada diri aku sendiri.

Oh, aku ade soalan kepada kalian. Jawab jika kau betul-betul tahu. Jika ingin memberikan pendapat, nyatakan itu pendapat bukan fakta. Aku cuma agak konfius, dengan nama panggilan Allah SWT di dalam english. Seperti yang kita semua tahu, Allah SWT tidak mempunyai jantina dan bermakna Dia bukan’lah setaraf dengan kita manusia biasa yang mempunyai jantina lelaki dan perempuan. Aku agak konfius, mengapa dalam english, Allah SWT selalu sahaja digantikan dengan “HE”. Bukan’kah “HE” itu digunakan sebagai nama panggilan kepada lelaki? Aku cuba bertanya kepada seorang kawan dan dia cakap, sebelum ni pernah membaca sebuah kitab tafsir al-Quran yang dialih-bahasa ke dalam english dan “HE” juga digunakan di dalam kitab itu untuk menggantikan panggilan tuhan. Berikut adalah contoh ucapan yang aku terima melalui email petang semalam. Bukan’kah lebih bagus jika “HE” itu digantikan dengan “Allah”.

selamat-berpuasa-1.gif

Aku cuma bertanya apa yang aku terlalu ingin tahu.. tidak terlalu awal untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya sekali. Lagi sebulan je. Kalau merdeka dari awal tahun dah diucapkan, apa pula Hari Raya.

Pssttt: Thanks Ismail kerana highlight kisah cinta aku. Haha > This Link

Ditulis pada 11 September '07 oleh | 668 views telah diterima.
Dalam kategori Religion | Promo di Twitter! | 15 Respon