zShare Free Hosting
Start hari ini, kau semua akan lihat aku kembali menulis untuk setiap hari. Ingat, jam berapa? setiap hari pada jam 1 hingga 3 pagi dan kau semua dialu-alukan untuk memberi komen di setiap entry kerana aku sangat suka membaca feedback dari pembaca. Tak susah pun.
Harini nak inform kau semua pasal zSHARE. Aku taknak buat lawak bodoh untuk mengatakan menda ni sejenis biskut atau kenderaan pulak kan. zSHARE adalah sebuah free hosting yang boleh digunakan untuk mereka yang masih belum ada hosting sendiri. Ianya sama sahaja seperti Turboupload mahupun Megaupload, tetapi ianya tidak bersyarat. Maksudnya, fail yang kau upload tu, takkan hilang jika tidak di download atau meng’had kan jumlah download untuk fail tersebut. Takdalah sampai 1000 upload je hilang fail tu. Poyo jerk ek? Ini bermaksud pada bulan ini, kau boleh berkongsi mp3 dengan awek kau dan bulan depan, kau masih boleh kongsi fail mp3 yang sama dengan awek baru kau? Playboy kau yer? hehe..
Kau boleh upload sebarang fail multimedia yang kau suka. File, Image, Video, Audio atau Flash? Suka hati kau lah. Hihi.. saiz’nya limit kepada 100 MB sahaja. Tapi nasihat aku yang naif ni, apa kata kau beli hosting sendiri yang pasti membuatkan kau lebih best berada di dunia internet ni. Kau boleh upload apa kau nak tak kirala saiznya 15 juta MB pun. Nak beli hosting pula bukan mudah! Kau jangan mudah terpedaya dengan harga atau status kepopularitian syarikat tersebut kerana nanti kau pasti tension bila kau dilarang meletak sebarang fail audio (mp3 dsb.) meskipun ianya hanya sekadar untuk koleksi persendirian kau. Apakah maknanya kau mempunyai hosting sendiri yang kau bayar tetapi kau masih perlu menggunakan free hosting seperti zSHARE ini untuk meng’upload sebarang fail. Inilah yang terjadi kepada kawan aku, ShadowX. Jadi aku nasihatkan, beli hosting yang bijak dari segala aspek. Hosting yang aku gunakan ini dari Cgyhost. Kau pasti tertawan.
Uniform Resource Locator (URL): just click zSHARE!
Pssttt: tired with Photobucket & Imageshack.. Lembap!

















