My Table
Lama gile tak update blog ni. Busy gile dengan assignment lagi lagi dah nak abis sem ni. Semua subject kene siapkan final assignment. Sabar aje la.. Tapi selalu gak masuk reply comment dari readers.. So today ade masa skit nak update sket la. Pasal meja study Khai. Actually dah lama kene tag dengan Neutronics. So harini baru nak tunjukkan..

This is my table. Hehe.. image terpaksa di blur kan bagi mengaburi mata y’all tentang betapa bersepahnya meja tu.. Hehehe.. Atas meja dalam gambar tu ada sebijik hamster (actually mouse tapi khai panggil dia hamster sebab comel sangat) dan sebuah notebook HP Compaq Presario V2000 yang dihadiahkan oleh my dad. Then ada speaker comel Sonic Gear Tatoo dan DVD Windows Vista. Dalam laci tu ada macam2 barang seperti my wallet, wristband NIKE (ade 3 yang leh ditukar2 jam dia), Lambakkan getah pengikat rambut, Stampnama Khai (cop le tu), Headphone with mic, Kunci motor dan tissue. Bawah laci plak ada beberapa buah megazine seperti Majalah PC dan GameAxis.
Itu masa pic tu di snap 3 minggu lepas la. Tapi time khai menaip blog ni, meja tu memang tengah bersepah gile. Barang2 semua dah bertambah iaitu seperti sebijik cawan bekas makan nestum yang belum di basuh, sebuah mangkuk oren bekas mee seedap yang juga belum di basuh, sebijik lighter Yeepi (ape kejadahnya), lambakkan ratusan duit syiling yang dipandang sepi (padahal time poket kosong ni), Installer driver HP Deskjet Printer, LUCT Student Card dan bangkai hamster (actually mouse yang comel tu baru je rosak semalam)..
Bilik khai kat tingkat 11. Dari tingkap dapat view swimming pool and street. So best gak ar bila meja study ni diletakkan di tepi tingkap.. Lagi lagi kalau ade minah saleh mandi time tengah2ari.. penghawa mata orang cakap… wakaka.. acah jer.. Actually khai langsung tak perlukan meja study sebab takde subject yang memerlukan baca buku gile babeng pon. Semua assignment banyak guna PC.. so meja PC ni dah jadi meja study khai la tu.. Wekss.. so itu aje yang nak diupdate kali ni.. Mangsa seterusnya untuk ditag menunjukkan meja belajar ialah ………
TARAKK!!
hehehe.. sapa rasa nak tunjuk gak meja study dia, silakan la.. anggap je la Khai yang tag.. Heheee!! TQ
Pssttt: nasib x jadi dating. actually kul 1630 tadi nak turun dating.. skali awek khai yang kaki tido tu tertido daa.. nak kejutkan dia my handphone ade dalam bag dia plak.. aiseh!! tapi takpelaaa.. dapat gak update blog yang kucinta ni (actually makin malas plak nak berblog disebabkan assignment) .. Khai juga baru baru ni dah tukar number phone dari Maxis ke DiGi. So kepada yang ada menyimpan number Maxis tu, abaikan aja la ok. Ntuk number baru, Sila comment di Myspace atau PM khai di Yahoo!Messenger. Oklah, semoga semua terus dilindungi Allah SWT.. Daaaaa…

















