Allah Selamatkan Kamu, Pak Hassan

Hari ni hari jadi abah aku. Dah makin tua abah aku sekarang. Masuk 59 tahun dah umur dia. Aku sedar makin tua dia, makin meningkatlah umur aku. Sejauh mana kehidupan aku selama hampir 22 tahun ini mampu membuat dia ketawa? hanya dia dan Allah saja yang tahu.

Kepada Abah, orang sayang abah sangat-sangat. Tak lebih tak kurang rasa sayang orang dengan mak. Abah adalah abah terbaik di dunia bagi saya. Abah tak pernah walau sekalipun pukul orang time kecik dulu tapi tanpa pukul dan marah-marah, abah tetap berjaya jadikan orang manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Alhamdulillah.

Setiap satu dan sekelumit dosa orang didunia ini, bukanlah ditanggung salah abah dan mak lagi tapi salah orang sendiri. Tahniah kepada abah kerana berjaya membimbing kita sekeluarga sehingga ke tahap ini. Sesungguhnya, orang bersykur atas segala-galanya dan rasa betul-betul beruntung dilahirkan di dalam sebuah keluarga Pak Hassan. (more…)

Posted on 22 May '10 by , under Hidup Khai, Istimewa. 60 Comments.