Kenapa anda perlu menyokong Pak Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6?


Ini entri pertama yang ada di blog ni selepas Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 menggantikan Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Kalau Abdullah Ahmad Badawi kita panggil Pak Lah, boleh tak Najib kita panggik Pak Najib? Hehehe.

Hari ini hari ke-2 Pak Najib kita menjadi Perdana Menteri Malaysia. 3 April 2009 merupakan tarikh keramat dalam lipatan sejarah negara. Memang terlalu awal untuk kita membuat keputusan betul atau tidak Pak Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Apapun ianya satu pengalaman paling bersejarah untuk diceritakan pada anak cucu kita nanti. Khai masih belum lahir ketika Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama sehinggalah juga perlantikkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Tetapi penyerahan kuasa dari Tun Mahathir kepada Paklah dan dari Paklah kepada Najib dah tentu memberi seribu makna buat Khai yang pasti akan menjadi seorang bapa kepada anak-anak yang akan lahir kelak. Ini mungkin cerita yang mereka nak dengar kerana pada masa itu, dah ada pun soalan dalam subjek Sejarah SPM mungkin. Hehehe. (more…)

Posted on 4 April '09 by , under Politik, Tergempar. 93 Comments.