Google Adsense di blog Bahasa Melayu
Rasanya semua orang kenal dengan Google Adsense. Well, pernahlah beberapa tahun dahulu saya mendaftar Google Adnsese ni dan Google hantar surat sampai ke rumah kata percubaan saya telah approve masa tu. Tapi yang menjadi masalah blog english saya masa tu tak jalan pun jadi timbul masalah pula sebab tak boleh nak letak Adsense ni dalam blog berbahasa Melayu. Jadi sejak tu saya abaikan Adsense ni selama beberapa tahun.
Sehingga ke hari ini memang Adsense masih tak menyokong blog Bahasa Melayu. Jadi blogger tempatan yang menulis dalam Bahasa Melayu terpaksalah menggunakan servis beberapa syarikat pengiklanan lain dan rata-ratanya menggunakan perkhidmatan dari syarikat tempatan seperti Nuffnang dan Innity. Advertlets ada yang guna lagi ke? Harap tak lah.
Sebenarnya apa yang jarang saya kongsikan, rata-rata blogger yang ditanya berapa income dari pengiklanan mereka bersama Innity atau Nuffnang, rata-rata jawapan yang saya terima semuanya sangatlah mengecewakan walaupun trafik blog mereka bukan kepalang. Jadi ramailah yang jadi malas dah nak berblog dengan sepenuh hati macam dulu kerana ianya tak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Baik kerja kat 7E lagi masyuk ye tak?
Bila diorang tanya pengalaman saya pula, pengalaman saya sedikit berbeza tapi jawapan yang selalu saya balas, “Lebih Kurang Lah Bro!” menampakkan diri sebagai seorang yang noob tahap cipan tak tahu apa (sebab saya tak suka bercerita soal income ni secara live).