Google Adsense di blog Bahasa Melayu
Rasanya semua orang kenal dengan Google Adsense. Well, pernahlah beberapa tahun dahulu saya mendaftar Google Adnsese ni dan Google hantar surat sampai ke rumah kata percubaan saya telah approve masa tu. Tapi yang menjadi masalah blog english saya masa tu tak jalan pun jadi timbul masalah pula sebab tak boleh nak letak Adsense ni dalam blog berbahasa Melayu. Jadi sejak tu saya abaikan Adsense ni selama beberapa tahun.
Sehingga ke hari ini memang Adsense masih tak menyokong blog Bahasa Melayu. Jadi blogger tempatan yang menulis dalam Bahasa Melayu terpaksalah menggunakan servis beberapa syarikat pengiklanan lain dan rata-ratanya menggunakan perkhidmatan dari syarikat tempatan seperti Nuffnang dan Innity. Advertlets ada yang guna lagi ke? Harap tak lah.
Sebenarnya apa yang jarang saya kongsikan, rata-rata blogger yang ditanya berapa income dari pengiklanan mereka bersama Innity atau Nuffnang, rata-rata jawapan yang saya terima semuanya sangatlah mengecewakan walaupun trafik blog mereka bukan kepalang. Jadi ramailah yang jadi malas dah nak berblog dengan sepenuh hati macam dulu kerana ianya tak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Baik kerja kat 7E lagi masyuk ye tak?
Bila diorang tanya pengalaman saya pula, pengalaman saya sedikit berbeza tapi jawapan yang selalu saya balas, “Lebih Kurang Lah Bro!” menampakkan diri sebagai seorang yang noob tahap cipan tak tahu apa (sebab saya tak suka bercerita soal income ni secara live).
Jadi di sini dapat saya putuskan adalah satu kerugian bilamana blogger yang bertungkus-lumus siang dan malam dengan blog berbahasa melayu mereka, tetapi tidak mendapat pulangan yang setimpal dengan kerja-keras yang diberi. Adsense sebenarnya memberikan pulangan yang agak baik kerana pembayaran dilakukan dalam matawang USD. Jadi kalau biasa katakan korang dapat RM200 dari syarikat pengiklanan tempatan, dengan Google Adsense korang darab dengan 3, dah jadi RM600 macam tu sahaja. Bolehlah hari-hari isi full tank RON97 tanpa mengalirkan air mata kan? Hahaha.
Tapi nak buat macamana. Nak salahkan Google pun tak boleh kenapa sampai hari ni mereka menganak-tirikan Bahasa Melayu. Bahasa Indonesia pun dah disokong mereka baru-baru ini. Antara sebab yang aku nampak, salah pasaran di Malaysia juga yang tak ramai advertiser sanggup melabur sejumlah modal yang besar. Nak orang cepat kenal produk, tapi kedekut nak salur modal memasarkan produk sendiri. Rata-rata iklan Adsense yang selalu kita nampak kalau dulu MUDAH mempromosikan web mereka, sekarang penuh dengan iklan Zalora dan beberapa iklan kecil lain. Pengiklanan pula langsung tak pandang blog Bahasa Melayu ni sebagai sasaran pengiklanan mereka dengan anggapan orang Melayu punya kuasa membeli tak kuat dan orang melayu sendiri boleh faham kalau tengok iklan English.
Jadi bila target pemasaran Adsense tu sendiri tak mendapat sambutan dalam negara tumpahnya darah ni, camanalah diorang nak beri sokongan kat Bahasa Melayu tu sendiri kan? Jadi terpulang kat usaha kita semua juga agar jangan hiraukan iklan Bahasa English tu. Biar Google nampak sikit akan permintaan pemasaran berbahasa Melayu tu pada masa akan datang.
Blablabla… kalau dah menulis memang tak mahu berhenti. Hehe. Saya bukan pakar Adsense jadi apa yang diceritakan tadi semata-mata tanggapan peribadi semata-mata. Mungkin ramai pakar Adsense di luar sana boleh berkongsi sebabnya?
Berbalik tentang kisah saya dan Adsense ni, selepas beberapa tahun menganggap Google Adsense tidak wujud akhirnya ditakdirkan ter’klik semula di salah satu bookmark folder di browser yang saya gunakan dan terbuka akaun Adsense tersebut. Kasi try Login sekali boleh login la pulak! Betul langsung tak terniat nak buka pun sebenarnya. Jadi bila buka tu macam biasa ini gambar yang aku nampak dalam ruangan “Finalized earnings and payments“.
February 2008 hingga September 2012
Oktober 2012 hingga April 2013
Ok cerita panjang lagi..
Jangan ditanya mana datang beberapa sen dolar tu sebab saya pun tak pasti sebab memang dah tak gunakan lagi Adsense ni. Dah bertahun-tahun dah pun. Tapi berkemungkinan iklan tersebut masih berjalan dalam blog english yang dah pun lupa apa username dan password dia (Blogspot & Tumblr). Hahaha! Sebab tu payment makin bertambah di belakang pengetahuan dan baki tersebut sentiasa di bawa ke hadapan. Nak cash out tak boleh sebab jumlah minima nak cashout kena cecah USD100. Bayangkan dari 2008 sampai April 2013 tempohari (5 tahun), jumlah terkumpul dari Adsense ni baru USD35.91 jer. Sedih gila kan? Kalau convert duit kita adalah dalam RM100 something dapatlah buat belanja kawan-kawan makan Choki-Choki dekat Mapley. Tapi apa nak dihairankan sebab dah bertahun-tahun dibiarkan macam tu sahaja.
Jadi bila dah terbuka tu, timbul perasaan nak cuba pasang Adsense ni semula. Ye lah dari aku biarkan macam tu je baik guna kan? Lantaklah akaun nak kena ban ke apa kan bukan beri kesan apa-apa (itu yang aku fikir masa tu). Jadi sikit-sikit saya menggerakkan corak pemasaran (trick) ikut rentak dan teknik sendiri yang bermula pada bulan May 2013 lepas tanpa mempedulikan kata dan pandangan orang lain (saya memang begitu lebih percayakan kata hati sendiri dari kata orang lain). Jadi percubaan saya pada bulan pertama tu menampakkan sedikit peningkatan yang tak dijangka.
Gambar di atas menunjukkan dalam masa 30 hari (May 2013), saya berjaya dapatkan USD212.11 iaitu satu amaun tertinggi sejak pernah menggunakan Adsense. Jadi 24 Jun 2013 lepas tanpa banyak bunyi, terus cashout Adsense tersebut yang berjumlah USD248.02 buat pertama kalinya. Yay, menarik tak? Beberapa hari lepas dah sampai pun payment dari Google Adsense ni.
Cerita ni tak habis lagi. Bagaimana pula dengan pencapaian bagi 30 hari pada bulan lepas (Jun 2013) yer?
Macam yang korang dapat dilihat, untuk tempoh 30 hari pada bulan lepas, Khai berjaya rekodkan sejumlah USD632.62 yang membawa jumlah RM2,016. Satu jumlah di luar jangkaan saya sendiri sebenarnya tapi boleh saya kategorikan ianya sebagai pencapaian peribadi di luar jangkaan lagi-lagi untuk sesuatu sumber yang langsung tak pernah diharapkan selama ini. Kehadiran RM2,000 yang totally memang duit belanja tepi sepenuhnya sebab tak pernah dijangka. Rasa macam duit terpijak pun ada. Alhamdulillah. Keep in mind RM2,000 dari Google Adsense untuk blog Bahasa Melayu sepenuhnya dan bukannya blog English.
Jadi ini kronologi dari Oktober 2012 hingga Jun 2013.
Jadi bagaimana dengan bulan ini dan seterusnya? Adakah ianya akan meningkat dan terus meningkat lagi? Berapa lamakah ianya akan bertahan? Itu terpulanglah pada Google Adsense sendiri nak menapisnya dan aku anggap selagi boleh digunapakai ni, ianya rezeki dan bila dah tak boleh nanti, mungkin sampai di situ sahaja rezeki yang Allah dah tetapkan melalui Adsense ini.
Mustahil tak nak dapat macam mamat atas ni? Tak pasal-pasal je dapat duit banyak tu. Mungkin ada yang pandang remah dan kata mustahil tapi hati aku sentiasa kata tiada apa yang mustahil kalau diri rajin nak belajar dan berusaha. Pucuk pangkal dari hati kita juga kan?
Jadi itu sahaja yang dapat dikongsikan kepada semua pembaca Justkhai. Saya Khai Hassan menulis artikel ini sebagai rujukan peribadi saya sendiri dan sekadar perkongsian kepada para blogger baru atau lama di luar sana untuk berani mengambil risiko di dalam bidang ini. Mengapa bidang ini menarik untuk dijadikan kerjaya? Bolehlah baca semula artikel yang pernah aku tulis tahun 2009 lalu.
Kepada yang nak tahu lebih lanjut ilmu Adsense ni, mohon cari tunjuk ajar dari sesiapa yang pakar dalam hal ini kerana saya sekadar melakukan eksperimen peribadi yang belum cukup terbukti. Terima kasih dan selamat berpuasa dari saya sekeluarga!
UPDATE:
Eksperimen diteruskan untuk bulan-bulan seterusnya dan berikut adalah pencapaian Adsense pada bulan Julai 2013 yang lepas. Sesuatu yang diluar jangkaan.
Beberapa hari lepas baru menerima cheque bertarikh 27 August, 2013 bernilai USD4,337.38 lebih kurang RM13,750.00.
Jadi ini membuktikan yang ianya satu eksperimen yang sangat berjaya dan merupakan satu pencapaian buat diri saya sendiri bersama Adsense. Update dan penceritaan saya tentang Google Adsense ini terhenti di sini sahaja dan diharapkan segala perkongsian ini memberikan satu semangat hebat kepada para blogger baru di luar sana untuk mencari pendapatan sampingan melalui blog dan internet.
Kalau ada apa-apa tips, kongsikanlah nak juga saya belajar dari para otai di luar sana. InsyaAllah.
– Khai Hassan
pergh!
masyuk…
Rezeki…
Kualiti artikel dalam sesebuah blog tu penting dan kena berani main dengan keyword. Ini kunci utama untuk blog yang ingin meletakkan iklan dari Google
Erkkk… Aku dr 2011 hingga skg earnings nuffnang aku just rm3.50.. Tapi minat berblog xpnh padam… Haha
salam macam mana nak reg balik google ads nie?? aku nyer cm xleh reg hurmmm
cube ajar step by step mcm mana nak buat google adsense ni n mcm mana nak letak kt blog..dia punye payment pki check ke pakai paypal
dah banyak kali cuba nak letak adsense nie..susah giler..
Kalaulah Adsense ada support untuk bahasa Melayu, memang dah lama dah aku campak Nuffnang ni jauh-jauh. Tulis blog dekat tiga tahun, earning baru RM25.22. Sadis betul.
Perghhh! tabik! huhuhuhu… ak noob ja bab blog nie..
tahniah.. Dapat RM2000 daripada Adsense memang banyak tu… Selepas akaun Adsense kena reject pada tahun 2009, tak pernah cuba apply lagi sekali untuk beberapa blog yang seterusnya…..
dulu pernah apply adsense masa zaman pakai blogspot, tapi sayang tak diterima pulak ๐
apa-apa pun mesti try…
dulu-dulu khai membahasakan dirinya ‘khai’…sekarang dah guna ‘aku’ jer..
Hahaha. Sekali sekalau ubah angin bahasa.
yup, selain beblogging, jawab survey secara online beberapa website survey pun boleh menjana pendapatan yang cukup lumayan.
cer try komli lak boleh dikatakan setanding adsense if guna blog bm.
Adsense memang masyuk.. RM15k sebulan pernah dapat tu.. tp kena terer la letak ads biar orang senang klik.. CTR n CPC biar sama naik.. baru puas hati guna benda ni.. tp mat saleh sekarang ramai cakap guna media.net yang yahoo punya lagi masyuk 3 kali ganda dari adsense, tp x pernah cuba setakat ni..
Nice. Thanks untuk tips tersebut!
Terima kasih khai untuk entri ni,tetiba rasa nak aktif balik je guna Adsense
Sama-sama bro. Saya pun sekadar bereksperimen aje ni. Jadi mana blogger yang dah lama tinggal or x pernah guna tu, ini masanya untuk kita sama-sama bergerak.
gua harap akaun lu bertahan lama. ๐
Ahahaha. Itulah tengok la sejauh mana dia boleh survive.
aku punya akaun dah bertahun-tahun inactive & tak boleh reactivate. tah kenapa… so tak pernah ada peluang nak merasa mengguna adsens. malas pulak nak register guna akaun lain, nak handle banyak2 akaun agak leceh. pape pun, tahniah la. banyak rezeki khai.
Alhamdulillah. hurm, kenapa la macam tu ye? Maybe la sbb dah lama x pakai kot kan? Khai punya pun hidup lagi sebab masuk beberapa puluh sen tu mungkin.
tak tau la kenapa jadi macam tu, nak reregister & betulkan balik setting pun x boleh sebab langsung takde option tu. terima je la. hehe
bestnya..traffik blog tinggi memang senang..ada tips tak share lah
saya baru sertai google adsense tak sampai sebulan sekarang akaun da nak cecah rm3++ usd … trafik paling penting !
Wow! Mantap tuh! Blog english atau melayu? Kalau melayu, u’re soooo good!
thanks untuk info ni bro
Sure! ๐
kesimpulannya
– google x ban blog bahasa BM
blog melayu..
Tahniah bro
owww…dari youtube kan khai?….power lah…respek
Nope. Totally dari blog.
bro letak kat blog yang mana.. semua koleksi “Oh!” ke?
mmg masyuk la kalu gitu
cuma nasihat saya, jgn wat apa apa pantang larang google adsense, sbb saya dah kena banned dan susah nak unBanned di kemudian hari.
Bukan. Ianya diletakkan di blog peribadi saya yang lain. Ya, terima kasih untuk nasihat tersebut. Akan lebih berhati-hati ๐
1 akaun kene banned.. ada lagi satu akaun, dah dekat setahun tak active, lepas baca entry khai, bukak la adsense akaun ke 2.. ok.. kene banned jugak.. hahahaha…
blog BM boleh survive kalau niche.. selain yg di jemput guna.. =)
terbaik bro..lama tak guna bila dah guna balik, terus naik kaw-kaw..i adore u bro..hoho
hebat bro
nko buh kat web mana bro? trafic sehari berapa? mantap siot.. ๐
Masyuk giler bro
Tunjuk ajarku sifu
Aku pun suka ikut kata hati
Salam Khai,satu acc google adsense memang untuk satu blog je ke?
Wsalam. Boleh banyak2 blog pun tak apa.
Adsense memang dah lama kot boleh guna Bahasa Melayu. Aku mula sedar tahun 2012, first time dapat USD100.00. Blog aku memang Bahasa Melayu 100%.
Sekarang pun dah boleh guna Western Union, tak perlu pakai cek. Kalau pakai cek dia akan tolak sikit dan ambil masa cek nak sampai rumah. Kalau Western Union terus je pergi pejabat pos dan ambil duit. Mudah dah sekarang ni.
Thanks Wahdaz untuk respon. Ya betul ini untuk nak ambil gambar je ni kita ambil cheque. Lepas ni memey Western Union terus la kan? Heheh.
Bagi sesiapa yang ada akaun adsense, cuba buka semula. Mana tau dalam tu dah ada sedikit habuan yang masuk tanpa disangka.
Lagi satu, sekarang ni adsense dah update undang2 dia. Kalau boleh janganlah sampai kena ban. Nanti satu Malaya kena ban. Orang Malaysia ni banyak yang nak mudah je, ikut jalan belakang. Ingat rezeki tu akan jadi darah daging kita. Halal Haram pun kena beringat.
salam. nk tanya, kalau kita dh register dgn nuffnang, boleh ke kita register dgn adsense ni?
boleh. Tiada masalah.