Hutang Advertlets Makin Tinggi!

advertlets_logo_justkhaidotcom.jpg
advertisers + bloggers = nothing + sadly

Advertlets kata:
Payments cycle are at the end of every month. Please note that payments are processed 30-45 days from the end of the month which you cashed out.

Korang boleh lihat janji di atas dalam page “earning” dalam akaun Advertlets. Tapi apa yang terjadi pada Khai dan mungkin ratusan pelanggan Advertlets mungkin seperti gambar di bawah.

adverlets_payment_like_hell_justkhaidotcom.gif

Apa yang menjadi tanda tanya di sini, 4 kali Khai membuat pengeluaran pada bulan November. Jika sekarang dah sampai bulan Februari, ini bermakna sudah 4 bulan berlalu tanpa menerima sebarang cek dari Advertlets. Mengapa Adverlets hanya pandai cakap tapi tak serupa bikin? Semuanya unpaid! unpaid! unpaid! dan unpaid!!!!

Mengapa Advertlets hanya mendiamkan diri tanpa sebarang alasan? jika perlu, mengapa tidak emailkan kepada kami menyatakan apa sebenarnya yang menyebabkan payment lewat dilakukan? Seperti yang korang nampak kat blog Khai ni, iklan dari Nuffnang sudah mula menempatkan diri. Mungkin juga Khai perlu cuba Nuffnang Glitterati dan menerima sumbangan lumayan dua kali ganda seperti beberapa blogger yang lain selagi menanti “hutang” Advertlets yang makin beranak pinak dibayar. Agak kecewa sokongan yang diberikan kepada Advertlets, di balas dengan gaya begini. Emas yang kita beri, Tahi yang kita dapat. Bukan Khai tak pernah email kepada mereka bertanya mengenai hal ini, tapi agaknya, mereka tak jumpa button reply!! Dan entri di blog menjadi penyudahnya.

Kalau korang juga mengalami masalah yang sama, nyatakannya di sini kerana Khai pasti Josh Lim mahupun team Advertlets pasti akan masuk ke blog ini dan bersuara. Itu yang selalu mereka lakukan. To Advertlets, please jangan buat begini pada blogger yang menyokong anda. Khai cuma takut suatu hari nanti, jikalau’lah Advertlets hilang dari dunia maya ini, duit kami pun hilang begitu saja. Sangat sia-sia dan menyedihkan. Please wakeup Advertlets. We Watching You!!

Posted on 11 February '08 by , under Daily Craps. 36 Comments.