Persepsi “Boring” Pada Aku

Khai selalu borak-borak dengan member dan ada dari mereka yang selalu mengeluh kesah mengenai “boring”. Pada Khai, boring tu tak pernah wujud pada diri. Boring atau kata lainnya, tak tahu apa nak buat. So ramai antara kita akan mengisi keboringan dengan tidur dan tidur. Nyata sekali tidur berlebihan, adalah membuang masa. Khai kalau memang tak rasa penat, akan cuba untuk tidur 3 ke 4 jam je sehari dan selebihnya, isikan masa “boring” tersebut dengan something yang berguna. Duduk depan komputer surf internet!

Dalam internet, bagi Khai tak pernah terfikir ada definisi boring tersebut. Kalau korang rasa boring dengan internet, fikirkan balik apa yang korang isikan dengan internet? Sejauh mana internet memberikan korang sesuatu? Kalau dengan internet korang boleh buat something untuk at least bayar bil internet korang bulan-bulan tanpa perlu keluarkan duit gaji, korang mesti takkan pernah kenal definisi boring dengan internet.

Boring pada Khai ada satu jenis je iaitu boring atau bosan dengan perkara yang sama kita lakukan hari-hari iaitu kerja yang memberi kita sesuap nasi. Kerja yang perlu dibuat dengan ikhlas sebenarnya sebab itulah rezeki yang Allah pilih untuk beri pada kita. So dalam erti-kata lain, soal kerja pun penting. Kalau kita buat kerja yang kita memang minat dan mahukan memang senang. Tapi kalau korang ditakdirkan untuk buat sesuatu yang korang tak suka tapi terpaksa buat sebab nak cari duit, maka ikhlas-ikhlaskan’lah diri untuknya. Selagi korang belum ada pilihan lain. Hidup ni tak lama jadi lakukanlah perkara yang korang suka untuk lakukan as long bukan syok sendiri dan tak memberi hasil. (more…)

Posted on 21 July '10 by , under Hidup Khai, Motivasi. 48 Comments.