Oh! Aku Pelik Betul


Berikut adalah beberapa perkara yang mengundang “pelik” dalam hidup Khai. Kenapa ianya terjadi dan kenapa ianya terjadi di depan mata Khai dan juga hidup Khai? Why me?! Why?!! Hehehe.. Ikuti artikel berikut.

– Aku pelik betul bila Tok Imam baca khutbah suara tergagap-gagap sambil menangis teresak-esak kerana menghayati apa yang dibacanya tapi tanpa diketahui makmum’nya semua pelik kenapa Tok Imam tu menangis dan tergagap-gagap sampai tak dapat nak catch up apa yang dia baca. Ini kat kampung aku la.

– Aku pelik betul bila anak remaja datang ke masjid untuk solat jumaat tapi bila orang sembahyang, dia kat luar borak-borak dan hisap rokok. Kan lebih baik kau tidur kat rumah je kawan?

– Aku pelik betul bila Tok Imam merokok. Kenapa yer aku pelik?

– Aku pelik betul bila seorang sahabat baik boleh bergaduh hanya kerana dua sebab. Satu, kerana awek dan satu lagi kerana duit.

– Aku pelik betul dengan perempuan mata duitan. Materialistik! Mungkin penyakit turun-temurun yang tidak disedari oleh dirinya sendiri.

– Aku pelik betul bila melihat orang masih menggunakan Internet Explorer. Sudah tu tak reti nak bukak tab. Bukak la IE tu banyak-banyak sampai penuh kat taskbar. Oh!!

– Aku pelik betul remaja kita naik motor macam beruk sarkas. Angkat tayar sana sini. Terbang superman. Kalau dah kahwin takpe juga. Habislah generasi keturunan kau nanti. Tapi bagus juga dari kau lahirkan keturunan yang satu warna dengan kau. (more…)

Posted on 8 June '09 by , under Hidup Khai. 256 Comments.