Sindarela Idaman

Download mp3 OST Sindarela
Amylea – Sindarela (akustik version)
Bau – Warkah

Pagi tadi Khai sampai kampus dalam pukul 8:30 pagi. Masa nak parking motor tu, perasan ada satu kawasan dalam Universiti yang dah jadi tempat ramai orang sarapan pagi. Ada payung-payung macam kat pasar malam tu.Khai bajet, LUCT nak bukak satu warung murah kat dalam kawasan Universiti ni kot. Wah gempak!.. Bila tengahari tadi, usya-usya kat tempat tu, rupanya ada satu produksi drama tengah shooting. Korang rasa drama ape yang diorang tengah shooting kat Limkokwing University tu? Tak lain tak bukan, Lestary setiap hari selasa jam 9 malam di TV3, Sindarela. Sumpah Syarifah Armani berdiri depan Khai. huhuhu. Sumpah jugak dia memang comel. Comel gile rasa nak geget-geget. Aiseh, semalam Acha Septriasa, harini, si Zoela ni plak.

justkhai_nieza_with_armani.jpg
Sempat juga nengok diorang shooting. Nengok krew produksi Sindarela bertungkus-lumus tak kenal erti penat menarik hati Khai untuk melekat di situ selain ingin melekat bersama Syarifah Armani. Terus-terang Khai katakan, rasa benci dan meluat Khai kat dia tiba-tiba lenyap macam tu je. Benci pun korang pun tahu kenapa kan? macam-macam angkara yang dia ni buat. Saya nampak bodoh bila bercakap dalam bahasa melayu la, botakkan kepala sampai licin la yang cukup membuat kontroversi satu arena hiburan negara. Tapi rambut dia sekarang yang macam korang nampak dalam cerita Sindarela tu betul-betul mencairkan kahak di tekak. Meleleh beb. Oh Sharifah Armani, sudikah dikau menjadi pacarku? haha. So harini, N73‘ku ini telah memecah rekod menangkap gambar artis. Nengok Nieza tu, kemain lagi.

Scukz.Com kembali Online?

Petang tadi bila Khai check inbox kat Myspace, ade dua orang budak Scukz beritahu yang Scukz dah ok. Khai ingatkan diorang main-main. Bila Khai cuba, eh dah OK la. Apa kena dengan CGYhost ni? So Khai gi kat main website dia, nengok ada satu announcement di situ yang betul-betul membuatkan Khai tak faham. Mereka mengatakan yang mereka memohon maaf atau masalah sejak kebelakangan ini kerana proses pemindahan server ke Cyberjaya sedang dijalankan. Aik, kenapa tak beritahu awal-awal? Kenapa mereka tak email’kan tetapi sanggup bernanah telinga menanggung sumpah-saranah dari customer dan yang tiada kena-mengena. Khai bertanya dengan seorang ex-staff CGYhost mengenai notis tu. Dia jawab, itukan notis yang dah lama ada kat sane. Heh, amik ko Khai. Which mean, CGYhost still sama dan Scukz boleh online balik mungkin sebagai satu keajaiban untuk sesiapa yang berada di dalam CGYhost, untuk backup data secepat mungkin.

Road block Oh

Haha, selama dah ada motor ni, Khai selalu pikir bila la nak ade road block. Saja nak ngetest power. Ape taknya, sebab takde benda yang perlu ditakutkan. Motor pon standard, lesen ada, road tax ada, side mirror dua dua ada. Kalau kene saman gak tak tahu la nak cakap. So ditakdirkan, petang tadi masa balik kelas, ade road block kat flyover highway KL – Putrajaya. Kereta semua lepas, sampai motor je, dia suh pi tepi. Hampeh! Mintak lesen boleh terkasi plak lesen L awek (saja Khai simpan Nieza punya). Mampos kene berdekah ngan polis tu. Haha. Then dia cakap kamu ni bila nak amik lesen P. Khai cakap nanti incik lepas saya abis final semester ni. Then dia tanya lagi apesal kamu tak tampal L kat motor kamu ni. Khai jawab, incik tak nampak ke punye besar L tu. Hahaha.. otai jugak aku walaupun tak tahu kenapa tangan terketar-ketar abis masa nak masukkan lesen dalam wallet. Pengalaman pertama diriku di tahan polis. Yay!

Internship

Khai di’rekomen’kan oleh seorang lecturer untuk buat internship di Go International Group, Damansara. Rasa berat sikit nak tolak sebab ni lecturer yang rekomen’kan. Masalahnya sekarang kat Damansara. I hate Damansara. Tapi nengoklah camana nanti. Kalau tak jadi praktikal kat Limkokwing ke, Khai pergi lah sana. Nengok portfolio diorang pun sangat OK. Nieza awal-awal dah tak kasi, sebabnya, malaslah Khai nak cerita.. Sebab merepek sangat..

Rosak

Kad Maybank rosak. Damn, tak boleh keluar duit dari semalam. So tadi buat pertama kali’nya sejak Khai dilahirkan, Khai berdikari sendiri seorang diri. Merentas Cyberjaya untuk ke Maybank nak apply kad baru. Alhamdulillah semua’nya selamat. Lihatlah akak-akakku, adikmu kini sudah pandai berdikari. Hihi.. Tapi hanya kerana semangat 125zr itu masih ada.

Psstt: Isk, kalau Nieza dengan Armani dah sama tinggi, itu bermakna, Kalau Khai khawin ngan Armani nanti, tinggi dia hanyalah pada paras bahuku. Haha, indahnya mimpi malam ni.

Posted on 27 February '08 by , under Hiburan. 42 Comments.